Istimewa Ramadan 2023 – Ini 5 Salted Butter Terpilih Yang Sedap Untuk Resepi Kuih Raya

Istimewa Ramadan 2023 - Ini 5 Salted Butter Terpilih Yang Sedap Untuk Resepi Kuih Raya
Gaya hidup


Aidilfitri dijangka disambut pada 22 April 2023 nanti, namun kedatangannya sudah mula dirasai terutama bagi wanita, dan suri rumah sebagai persediaan sempena menyambut hari lebaran itu. Seperti biasa, tiba bulan Ramadan sudah tentunya kita akan membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bermacam-macam persiapan dari segi makanan perlu disiapkan, antaranya kuih raya. Ramai yang sudah memikirkan apakah kuih raya yang sesuai baik untuk dinikmati sendiri atau hidangan untuk keluarga. Bagi peniaga kuih raya pula, mereka semestnya sudah tidak menang tangan menerima banyak tempahan. Selalunya permintaan sudah diterima lebih awal daripada pelanggan yang mahu membuat persiapan untuk 1 Syawal.

Kuih raya yang sedap pasti menerima pujian dan permintaan ramai. Tidak kira anda menghasilkan kuih raya untuk diri sendiri atau dijual, wajib ketahui adunan untuk mentega yang mana baik sebagai adunan biskut raya sesuai. Bagi menghasilkan kuih raya yang sedap, antara resepi bahan utama untuk membuat kuih raya semestinya Salted Butter. Salted Butter adalah mentega yang mengandungi garam yang lebih tahan lama berbanding butter biasa. Ingin mendapat tekstur biskut yang baik dan rangup? Sebaiknya gunalah bahan berkualiti dan sedikit premium seperti 5 Salted Butter jenama terpilih yang sedap ini.

Istimewa Ramadan 2023 – Ini 5 Salted Butter Terpilih Yang Sedap Untuk Resepi Kuih Raya

Golden Churn Creamery Wrapped Salted Butter 250g

Golden Churn Creamery Wrapped Salted Butter 250g
Golden Churn jenama mentega berasal daripada New Zealand dan Australia, sudah berada di pasaran lebih 120 tahun. Golden Churn Creamery Wrapped Salted Butter 250g, salah satu siri jenama ini merupakan 100 peratus mentega asli tanpa pewarna atau perisa tiruan berkualiti premium. Ia dipaket dan dibungkus pada suhu bawah -18 darjah calcium untuk mengekalkan kandungannya agar sentiasa segar dan terpelihara. Golden Churn Creamery Wrapped Salted Butter 250g masih dihasilkan dengan cara tradisional, diawet bersama krim Pasteur, air dan penambahan garam untuk memberikan rasa masin, lemak berkrim. Golden Churn Creamery Wrapped Salted Butter 250g sesuai digunakan untuk membakar kuih, scones dan juga beberapa jenis kek. Mentega masin ini juga menjadi pilihan chef ternama, pakar pembuat pastri dan kaum ibu kerana produk ini bukan sekadar menyedapkan kuih dan biskut malah memberikan pelbagai manfaat kesihatan.

Kelebihan Golden Churn Creamery Wrapped Salted Butter 250g

  • Sangat lembut
  • Rasa sedap dan bertekstur
  • Dihasilkan secara tradisional
  • Tanpa pewarna atau perisa tiruan

Kekurangan Golden Churn Creamery Wrapped Salted Butter 250g

  • Mengambil masa agak lama untuk cair

Spesifikasi Golden Churn Creamery Wrapped Salted Butter 250g

Isipadu 250g
Kandungan Krim Pasteur (minimum 80% Lemak Susu), Air, Garam
Harga RM16.90

Tatura Salted Butter 250g

Tatura Salted Butter 250g
Tatura Milk Industries adalah pengeluar produk tenusu berasal daripada Victoria, Australia. Jenama Tatura sudah mula diperkenalkan sejak tahun 1907, menghasilkan produk tenusu premium dan berkualiti sahaja. Jenama ini dipercayai pengguna hampir 116 tahun dalam pasaran tenusu. Bagi peminat krim cheese di Malaysia, jenama Tatura memang cukup popular. Namun jangan tidak tahu, Tatura juga ada mengeluarkan siri menteganya sendiri seperti Tatura Salted Butter 250g. Mendapat pensijilan Halal Australia, Tatura Salted Butter 250g mentega masin serba guna dan menjadi teman dapur yang hebat. Tatura Salted Butter 250g memiliki tekstur yang lembut dan memikat juga mentega berkrim dengan sedikit masin dan memiliki bau serta rasa menyenangkan. Mengandungi Krim Pasteur (daripada susu), air dan garam, Tatura Salted Butter 250g sangat dicadangkan untuk anda yang gemar membakar kuih dijadikan hidangan minum petang, majlis keramaian atau hari perayaan.

Kelebihan Tatura Salted Butter 250g

  • Tekstur lembut
  • Rasa dan bau yang enak
  • Produk premium dan berkualiti
  • Diiktiraf Halal

Kekurangan Tatura Salted Butter 250g

  • Warna pembungkus untuk krim cheese dan salted butter hampir sama

Spesifikasi Tatura Salted Butter 250g

Isipadu 250g
Kandungan Krim Pasteur (daripada Susu) Garam
Harga RM13.00

Westgold Salted Butter 250g

Westgold Salted Butter 250g
Jenama Westgold merupakan pengeluar produk tenusu popular dari New Zealand. Semua produk tenusunya dihasilkan daripada susu lembu yang sihat di kawasan padang rumput yang bersih dan luas. Westgold Salted Butter 250g merupakan salah satu produk keluaran jenama ini yang menjadi pilihan ramai. Westgold Salted Butter 250g dihasilkan melalui proses tradisional Fritz Churn, menghasilkan mentega masin dengan warna keemasan dengan rasa lemak berkrim juga berteksur lembut. Westgold Salted Butter 250g adalah pelengkap terbaik untuk sebarang hidangan pastri samada untuk dijadikan biskut, scone atau dimakan begitu sahaja bersama sapuan roti bakar juga kek perasa lemon. Westgold Salted Butter mentega masin asli tanpa pewarna atau perisa tiruan berkualiti premium telah mendapat banyak pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Kelebihan Westgold Salted Butter 250g

  • Tanpa pewarna atau perisa tiruan
  • Berkualiti premium
  • Dihasilkan melalui proses tradisional Fritz Churn
  • Rasa lemak berkrim
  • Berteksur lembut

Kekurangan Westgold Salted Butter 250g

  • Sukar diperolehi di pasaran biasa

Spesifikasi Westgold Salted Butter 250g

Isipadu 250g
Kandungan Krim (Dari Susu), Garam.
Harga RM12.90

Emborg Salted Butter 250g

Emborg Salted Butter 250g
Apabila disebut jenama Emborg, pasti ramai terbayang bungkusan pelbagai jenis cheese yang dijual di pasaraya. Ini kerana jenama Emborg lebih popular dalam kalangan penduduk di negara ini dengan produk seperti topping pizza. Emborg sebenarnya turut mengeluarkan pelbagai produk tenusu lain antaranya mentega masin asli iaitu Salted Butter 250g. Berasal dari Denmark, Emborg Salted Butter 250g merupakan mentega yang padat, licin, lembut, seragam dan berkualiti tinggi. Setiap resipi pastri, kuih atau biskut yang menggunakan mentega masin ini akan menghasilkan rasa dan tekstur mentega yang sangat baik. Emborg Salted Butter 250g dihasilkan daripada krim kisar asli Eropah dengan campuran garam berkualiti. Jika anda menyimpan di peti sejuk beku, Emborg Salted Butter 250g mampu bertahan lebih 3 bulan dengan rasa dan tekstur yang langsung tidak berubah.

Kelebihan Emborg Salted Butter 250g

  • Berkualiti tinggi
  • Rasa enak dan seragam
  • Bertekstur lembut, padat dan licin
  • Diperbuat daripada krim kisar asli dengan campuran garam berkualiti

Kekurangan Emborg Salted Butter 250g

  • Harga sedikit tinggi

Spesifikasi Emborg Salted Butter 250g

Isipadu 250g
Kandungan Mentega, Masin, Susu min 80% Krim (Produk susu), Kultur laktik, Garam (1.4%)
Harga RM15.40

Mega Food Pure & Creamy Salted Butter 250g

Mega Food Pure & Creamy Salted Butter 250g
Mega Food jenama tenusu berasal dari Denmark mengeluarkan pelbagai jenis mentega antaranya Mega Food Pure & Creamy Salted Butter 250g. Dihasilkan mengguna susu lembu segar asli, Mega Food Pure & Creamy Salted Butter 250g sangat berkrim, kerana tidak terlibat dalam proses penapaian mentega laktik yang mengandungi asid laktik dan menyebabkan rasa tajam. Disebabkan itu, Mega Food Pure & Creamy Salted Butter 250g tampil lain daripada mentega masin sedia ada kerana kandungan lemaknya yang agak tinggi iaitu 80 peratus. Ini menjadikan Mega Food Pure & Creamy Salted Butter 250g lembut, licin dan mudah cair apabila dimakan malah tidak berminyak.

Mega Food Pure & Creamy Salted Butter 250g memiliki warna kuning keemasan tanpa menggunakan sebarang pewarna serta perasa tiruan, menjadikannya mentega masin ini penuh nutrisi, semula jadi dan sihat. Mega Food Pure & Creamy Salted Butter 250g mengandungi vitamin D, yang diperlukan untuk membantu pembesaran dan perkembangan tulang, serta kalsium untuk kekuatan tulang.

Kelebihan Mega Food Pure & Creamy Salted Butter 250g

  • Tanpa pewarna dan perasa tiruan
  • Bebas daripada asid laktik
  • Mengandungi vitamin D
  • Dihasilkan mengguna susu lembu segar asli

Kekurangan Mega Food Pure & Creamy Salted Butter 250g

  • Stok terhad di pasaran

Spesifikasi Mega Food Pure & Creamy Salted Butter 250g

Isipadu 250g
Kandungan Krim susu lembu segar asli, air, garam
Harga RM12.50

Menjelang Ramadan, muncul pula tawaran harga bahan mentah utama untuk membuat kuih dan biskut raya seperti Salted Butter tidak munasabah dikesan di laman sosial. Lebih membimbangkan apabila pemilik akaun berkenaan didakwa menggunakan gambar produk daripada peniaga terlibat tanpa kebenaran untuk dijadikan testimoni pengguna bagi meraih kepercayaan pembeli. Ramai mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu berikutan ia boleh menjejaskan perniagaan. Oleh itu, sebelum membuat pembelian pastikan anda menyemak kewujudan setiap laman sosial terbabit tersebut terlebih dahulu. Lebih baik buat pembelian secara terus di pasaran atau aplikasi membeli-belah yang dipercayai ramai.

Walaupun peniaga dan pembuat kuih mengalami kenaikan harga bahan mentah tetapi rata-rata harga kuih raya di negara kita masih mengekalkan harga yang berbaloi. Namun, lebih menjimatkan jika anda mampu menghasilkan kuih raya sendiri. Lebih enak rasanya jika dihasilkan dengan air tangan sendiri.



Related posts