Car Seat Bayi Terbaik Untuk Perjalanan Dalam Kenderaan Lebih Selesa & Selamat

Car Seat Bayi Terbaik Untuk Perjalanan Dalam Kenderaan Lebih Selesa & Selamat
Ibu dan anak


Bayi dan kanak-kanak adalah golongan yang turut sama berada di atas jalan raya setiap hari. Mahu tidak mahu, si comel ini juga terdedah kepada risiko yang tinggi terhadap kecederaan sekiranya terbabit di dalam nahas jalan raya. Bukan ingin meminta, tetapi malang memang tidak berbau. Disebabkan itu car seat atau nama sainstifiknya ‘Child Restraint System’ juga disebut sebagai kerusi keselamatan kanak-kanak adalah kerusi direka khas yang berfungsi untuk melindungi kanak-kanak di dalam kenderaan semasa berlakunya pelanggaran.

Penggunaan car seat penting bagi memastikan penumpang kecil berada dalam keadaan selamat sepanjang tempoh pemanduan. Kerusi ini juga berfungsi melindungi anak kalian daripada mengalami kecederaan parah jika berlaku kemalangan jalan raya. Penggunaan car seat dalam kalangan negara maju adalah tidak asing dan diwajibkan bagi mengurangkan impak pelanggaran kepada penumpang kanak-kanak dan seterusnya mengelakkan kecederaan parah dan kematian. Langkah ini adalah sangat bertepatan untuk mengurangkan kadar kematian dan kecederaan serius dalam kalangan pengguna jalan raya. Jika anda sebagai ibu bapa yang mempunyai anak masih bayi atau kanak-kanak, bertimbang rasa dengan mereka ketika di dalam kenderaan. Sediakan car seat yang selesa untuk perjalanan lebih selamat. Antara lima cadangan car seat terbaik untuk si manja seperti berikut.

5 Car Seat Bayi Terbaik Untuk Perjalanan Dalam Kenderaan Lebih Selesa & Selamat

Sweet Heart Paris CS287 Baby Car Seat

Sweet Heart Paris CS287 Baby Car Seat
Jenama Swet Heart Sweet diiktiraf sebagai salah satu car seat bayi paling selamat di Malaysia. Heart Paris CS287 Baby Car Seat antara siri car seat menjadi pilihan ibu bapa di Malaysia kerana hadir dengan harga yang berpatutan. Reka bentuk Sweet Heart Paris CS287 Baby Car Seat begitu baik umpama seperti car seat premium berharga ribuan ringgit. Sweet Heart Paris CS287 Baby Car Seat hadir dengan bahan penyerap kejutan untuk meminimumkan kecederaan apabila berlaku kemalangan.

Terdapat juga perlindungan sisi tambahan dengan Sistem Perlindungan Sisinya melalui Sweet Heart Paris CS287 Baby Car Seat. Malah, Sweet Heart Paris CS287 Baby Car Seat mendapat pengiktirafan sijil ECE. Untuk memastikan bayi anda selamat, Sweet Heart Paris CS287 Baby Car Seat mempunyai sistem abah-abah 5 mata dengan gesper keluli tahan karat yang tidak mudah dibuka oleh bayi anda.

Apabila bayi anda semakin besar, cuma laraskan ketinggian sandaran kepala agar sesuai dengan ketinggian anak anda dan pasangkan sokongan kaki untuk pemanduan yang selesa.

Kelebihan Sweet Heart Paris CS287 Baby Car Seat

  • Pad kepala kusyen dan sisipan tempat duduk boleh tanggal dan dibasuh
  • Diperbuat daripada bahan penyerap hentakan
  • Perlindungan sisi tambahan dengan Sistem Perlindungan Sisi
  • Sistem abah-abah 5 mata dengan gesper keluli tahan karat boleh laras
  • Mendapat sijil ECE R44/04

Kekurangan Sweet Heart Paris CS287 Baby Car Seat

  • Warna terhad

Spesifikasi Sweet Heart Paris CS287 Baby Car Seat

Kategori Sesuai untuk bayi baru lahir, 0 bulan hingga 7 tahun
Tempoh Jaminan 12 Bulan
Harga RM359.00

Quinton OneSpin 360 Safety Car Seat

Quinton OneSpin 360 Safety Car Seat
Quinton OneSpin 360 Baby Car Seat sudah pasti menjadi salah satu car seat bayi terbaik di Malaysia. Dengan ciri putaran 360 darjah, tempat duduk Quinton OneSpin 360 Safety Car Seat boleh ditukar orientasi dengan mudah dari hadapan menghadap ke belakang. Ia sebagai kemudahan untuk ibu bapa membawa bayi masuk atau keluar kenderaan mengikut keselesaan kedudukan mengikut lokasi berbeza. Bagi bayi yang baru lahir, tempat duduk Quinton OneSpin 360 Safety Car Seat boleh laras mempunyai 3 kedudukan baring yang berbeza, menjadikan penyusuan susu ibu lebih mudah.

Malah, terdapat 9 kedudukan boleh laras untuk sandaran kepala pada Quinton OneSpin 360 Safety Car Seat, dengan perlindungan hentaman sisi untuk keselamatan tambahan. Quinton OneSpin 360 Safety Car Seat diperbuat daripada bahan kanvas lembut untuk keselesaan dan pengudaraan hadir dengan 3 pilihan warna iaitu kelabu, biru dan merah. Quinton OneSpin 360 Safety Car Seat sesuai untuk kanak-kanak berumur sehingga 10 tahun atau 36kg.

Kelebihan Quinton OneSpin 360 Safety Car Seat

  • Terdapat 3 pilihan warna menarik iaitu biru, merah dan kelabu
  • Tempat letak kepala automatik dengan abah-abah dilaraskan
  • Ciri istimewa putaran 360 darjah tempat duduk
  • Mempunyai 3 kedudukan baring yang berbeza
  • Jaminan 3 tahun

Kekurangan Quinton OneSpin 360 Safety Car Seat

  • Aksesori tambahan dijual berasingan

Spesifikasi Quinton OneSpin 360 Safety Car Seat

Kategori Sesuai untuk bayi baru lahir dan sehingga 36kg
Tempoh Jaminan 3 Tahun
Harga RM769.00

Britax One4Life Clicktight All-In-One Convertible Car Seat

Britax One4Life Clicktight All-In-One Convertible Car Seat
Britax One4Life Clicktight All-In-One Convertible Car Seat sesuai dengan Namanya merupakan car seat semuanya dalam satu yang berbaloi untuk dimiliki. Bayangkan, kegunaan car seat ini dari hari pertama bayi anda dilahirkan sehingga berusia 10 tahun. Walaupun harga yang ditawarkan agak tinggi, tetapi cukup berbaloi untuk kegunaan hingga sedekad. Tempat duduk Britax One4Life Clicktight All-In-One Convertible Car Seat boleh dilaraskan sehingga 15 kedudukan, menjadikannya sesuai untuk kanak-kanak berumur 0-10 tahun.

Apabila anak anda masih bayi, anda boleh menggunakan Britax One4Life Clicktight All-In-One Convertible Car Seat menghadap ke belakang, apabila dia membesar dan mula bersekolah anda boleh melaraskan tempat duduk sebagai tempat duduk booster kedudukan tali pinggang tinggi. Britax One4Life Clicktight All-In-One Convertible Car Seat menawarkan Teknologi Penambat dan SafeCell berbentuk V yang dipatenkan yang mengurangkan pergerakan dan menyerap impak semasa kemalangan. Selain itu, tempat duduk kereta mempunyai rangka keluli berkekuatan tinggi untuk ketahanan, perlindungan hentaman sisi 2 lapisan dan abah-abah keselamatan 5 mata, memastikan keselamatan anak anda pada setiap masa.

Kelebihan Britax One4Life Clicktight All-In-One Convertible Car Seat

  • Mudah dipasang dan diselenggara
  • Boleh tukar dan boleh laras apabila anak anda membesar
  • Ada 3 pilihan iaitu warna biru, hitam dan kelabu
  • Boleh dilaraskan sehingga 15 kedudukan, dari bayi hingga ke umur 10 tahun

Kekurangan Britax One4Life Clicktight All-In-One Convertible Car Seat

  • Harga mahal

Spesifikasi Britax One4Life Clicktight All-In-One Convertible Car Seat

Kategori Sesuai untuk bayi baru lahir, 0 bulan hingga 10 tahun
Tempoh Jaminan Tidak dinyatakan
Harga RM2,879.00

Chicco Mini Bravo Plus Travel System (Stroller + Car Seat)

Chicco Mini Bravo Plus Travel System (Stroller + Car Seat)
Chicco Mini Bravo Plus Travel System (Stroller + Car Seat) merupakan gajet keselamatan untuk bayi yang patut dimiliki buat ibu bapa yang suka travel. Ia tampil dengan kombinasi car seat dan juga stroller yang sangat ringan untuk dikendalikan. Chicco Mini Bravo Plus Travel System (Stroller + Car Seat) dilengkapi dengan 3 tahap kedudukan untuk baring dengan sandaran belakang yang lembut, abah-abah 5 mata berlapik dan kanopi untuk menghalang sinaran matahari.

Chicco Mini Bravo Plus Travel System (Stroller + Car Seat) mudah dialihkan serta diangkat ke dalam kenderaan, pesawat atau terus dijadikan sebagai stroller. Material dan kain untuk Chicco Mini Bravo Plus Travel System (Stroller + Car Seat) adalah jenis boleh tanggal dan dibasuh. Chicco Mini Bravo Plus Travel System (Stroller + Car Seat) sesuai untuk bayi berusia 0 bulan sehingga 3 tahun atau berat tidak melebihi 13.5kg.

Kelebihan Chicco Mini Bravo Plus Travel System (Stroller + Car Seat)

  • Kombinasi antara car seat dan stroller
  • Ringan
  • Mudah dialihkan serta dikendali
  • Dilengkapi dengan 3 tahap kedudukan untuk baring

Kekurangan Chicco Mini Bravo Plus Travel System (Stroller + Car Seat)

  • Car seat dan stroller tidak dijual berasingan

Spesifikasi Chicco Mini Bravo Plus Travel System (Stroller + Car Seat)

Kategori Car seat sesuai untuk berat bayi 0kg hingga 13,5kg manakala stroller untuk 6 bulan hingga 4 tahun
Tempoh Jaminan 1 Tahun
Harga RM1,499.00

Maxi-Cosi PriaFix

Maxi-Cosi PriaFix
Maxi-Cosi adalah jenama car seat jenis premium dipercayai ibu bapa di Malaysia sejak sekian lama. Saban tahun pelbagai inovasi dan reka bentuk baru diperkenalkan, dan antara produk terkininya adalah Maxi-Cosi PriaFix. Maxi-Cosi PriaFix diperbuat daripada fabrik mesra kulit yang selamat dan selesa. Untuk memastikan kualiti, bahagian plastik Maxi-Cosi PriaFix diperbuat daripada 100 peratus bahan mentah tulen tanpa sebarang bahan kitar semula. Untuk keselamatan, sandaran tempat kepala Maxi-Cosi PriaFix menggunakan teknologi perlindungan AirProtect yang dipatenkan. Jika hentaman berlaku, sistem pelepasan udara akan menyuraikan daya hentaman serta-merta dan melindungi kepala juga leher bayi. Maxi-Cosi PriaFix menggunakan gesper keselamatan lima mata yang dicipta oleh Swedish Holmbergs untuk memberikan perlindungan keselamatan yang sama seperti kereta lumba. Maxi-Cosi PriaFix sesuai untuk kanak-kanak berumur 0 hingga 7 tahun tampil dengan 6 tahap kedudukan untuk baring dan 10 tahap kedudukan sandaran kepala boleh laras.

Kelebihan Maxi-Cosi PriaFix

  • Teknologi Air Protect untuk perlindungan tambahan untuk si manja
  • Fabrik dan material sejuk memastikan bayi anda selesa dan kering
  • Tampil dengan 6 tahap kedudukan untuk baring
  • Bahagian kepala boleh laras dengan 10 tahap kedudukan
  • Diperbuat daripada 100 peratus bahan mentah tulen

Kekurangan Maxi-Cosi PriaFix

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi Maxi-Cosi PriaFix

Kategori Sesuai untuk bayi baru lahir hingga 7 tahun
Tempoh Jaminan 2 Tahun
Harga RM1,599.00

Penggunaan car seat bayi atau kanak-kanak tidak boleh diletakkan sebarangan. Kedudukan car seat perlu diletak di hadapan dan belakang mengikut jenis kerusi serta umur (kategori kumpulan). Kanak-kanak berusia 0 hingga 18 bulan dikategorikan dalam Kumpulan 0, car seat dipasang perlu menghadap ke belakang. Bagi kumpulan ini, berat kanak-kanak sekurang-kurangnya 9kg, namun digalakkan sehingga 13kg pada ketinggian 83cm.

Car seat yang dipasang menghadap hadapan adalah untuk Kumpulan 1 hingga tiga yang berusia 15 bulan hingga 4 tahun ke atas dengan berat kanak-kanak 9kg hingga 18kg serta ketinggian 71cm. Bagi Kumpulan 2 pula, kanak-kanak berusia 4 hingga 7 tahun dengan berat dianggarkan 15kg hingga 25kg dan ketinggian 100cm.

Pemasangannya perlu pada tempat duduk yang mempunyai sokongan atau booster. Sementara itu, Kumpulan 3 membabitkan kanak-kanak berusia enam tahun ke atas pula disyorkan dengan berat sekitar 25kg hingga 36kg, ketinggian 135cm dan perlu tempat duduk mempunyai booster. Pemasangannya digalakkan pada kerusi penumpang belakang, jika diletakkan pada kerusi penumpang hadapan, hendaklah diselaraskan ke belakang iaitu kedudukan jauh daripada beg udara. Kerusi perlu menggunakan lima point harnes atau tali pinggang keselamatan.

Peringatan bersama untuk ibu bapa, car seat untuk bayi yang masih kecil tidak boleh diletakkan pada kerusi penumpang hadapan yang mempunyai beg udara aktif kerana beg berkenaan tidak boleh dimatikan fungsinya menggunakan suis. Beg udara jika teraktif ketika berlaku kemalangan atau hentakan boleh menyebabkan bayi dan car seat di hadapan terpelanting jauh dan menyebabkan kecederaan serius sehingga membawa maut. Bagaimanapun, keadaan dibolehkan jika tiada beg udara aktif atau boleh dimatikan suisnya. Pada kerusi ini mesti menggunakan tiga atau lima point harnes (tali pinggang keselamatan).



Related posts