5 Sabun Mandian Bayi Bertekstur Lembut & Selamat Untuk Si Manja Anda

5 Sabun Mandian Bayi Bertekstur Lembut & Selamat Untuk Si Manja Anda
Ibu dan anak


Majoriti ibu bapa mahukan produk penjagaan bayi yang selamat, lembut dan menyenangkan buat kulit bayi mereka. Namun ada ibu bapa tidak sedar bahawa produk pembersihan konvensional mengandungi bahan kimia yang terlalu kuat untuk bayi. Ada yang beranggapan apa sahaja mandian dan syampu sama sahaja iaitu berfungsi untuk membersihkan kulit dan rambut bayi. Mereka menggunakan sabun mandian orang dewasa kepada bayi sekali gus secara tanpa sedar mendedahkan si kecil kepada bahan kimia yang kuat pada usia muda.

Perlu diketahui penggunaan produk yang salah boleh mempengaruhi kesihatan tubuh si comel. Si kecil memerlukan produk penjagaan diri yang dikhaskan untuk bayi kerana mereka tidak mempunyai sistem pertahanan diri sebaik tubuh orang dewasa. Ini bermakna, bayi tidak mampu melawan kesan bahan kimia. Produk penjagaan bayi yang mengandungi bahan kimia boleh mengundang risiko alahan pada kulit si kecil. Prinsip penjagaan kulit bayi adalah menggunakan bahan pembersih yang lembut, menghidratkan kulit, melembapkan kulit dan mampu melindungi kulit daripada bahan perengsa. Sebagai bu bapa, kalian perlu bersikap prihatin terutama dalam memilih barangan penjagaan harian bayi seperti mandian. Ini 5 pilihan produk sabun mandian untuk bayi yang wajib menjadi pilihan ibu bapa. Paling penting selamat dan bertekstur lembut untuk kulit bayi si manja.

AVEENO® Baby Wash & Shampoo

AVEENO® Baby Wash & Shampoo
AVEENO® turut memiliki produk mandian bayi iaitu AVEENO® Baby Wash & Shampoo 354ml khas untuk rambut serta kulit bayi yang sensitif. Ia turut disyorkan pakar pediatrik setelah diuji di makmal. Dengan satu formula lembut, AVEENO® Baby Wash & Shampoo 354ml dirumus dengan bahan berasaskan sumber semula jadi sesuai untuk kegunaan harian. Ia diperkaya dengan ekstrak Ekstrak Oat semulajadi yang berkhasiat mampu memberi kelembapan unggul, menenangkan iritasi kulit dan mencegah kekeringan kulit serta rambut. Malah, pewangi yang digunakan tanpa alergen, berbau segar dan ringan tidak menyebabkan iritasi kulit pada si manja. AVEENO® Baby Wash & Shampoo 354ml membantu membersihkan kulit bayi dengan lembut dan selamat. Ia turut memelihara kelembapan semula jadi kulit bayi untuk melindungi kulit daripada kekeringan dan segar dari hujung kepala hingga hujung kaki.

Kelebihan produk

  • Kandungan 2 dalam 1 iaitu sabun dan syampu
  • Disyorkan Pediatrik untuk bayi berkulit sensitif
  • Diperkaya dengan ekstrak Ekstrak Oat semulajadi yang berkhasiat
  • Pewangi yang digunakan tanpa alergen, berbau segar dan ringan

Kekurangan produk

  • Perlu simpan di tempat yang kering
  • Tidak boleh digunakan jika penutup atau seal rosak atau hilang sebelum membeli.

Spesifikasi produk

Isipadu 354ML
Cadangan penggunaan Tuangkan pada kain lap basah atau tangan. Sapukan pada rambut dan badan bayi atau tuang terus ke dalam air mandian. Cuci keseluruhan rambut dan badan bayi kemudian bilas air bersih.
Harga RM41.61

Pigeon Sakura Baby Wash 2in1

Pigeon Sakura Baby Wash 2in1
Pigeon Sakura Baby Wash 2in1 produk sabun mandian bayi berasal dari Jepun dihasilkan melalui penyelidikan inovasi teknologi dari saintis terbaik di dunia. Menggunakan formula ekstrak Sakura semulajadi untuk memberikan khasiat tambahan dan menenangkan kulit sensitif bayi. Hipoalergenik, ia terbukti selamat pada kulit sensitif. Selain itu, Pigeon Sakura Baby Wash 2in1 tidak memedihkan mata kerana rumusan Tear-free.
Pada masa sama, produk ini memiliki PH seimbang dan tanpa paraben, sulfat alkohol, SLS, agen pewarna dan bahan perengsa yang lain yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Pigeon Sakura Baby Wash 2in1 mandian pelindung untuk membantu memelihara daripada kerosakan kulit. Ia juga berfungsi membersihkan dan melembabkan kulit dan kulit kepala bayi dengan lembut dan berkesan. Produk sabun mandian ini datang dalam pilihan beberapa saiz di pasaran iaitu 1000ml, 200ml, 500ml, dan 900ml (pek Isian semula).

Kelebihan produk

  • Menggunakan formula ekstrak Sakura semulajadi
  • Hipoalergenik. Terbukti selamat pada kulit sensitif
  • Rumusan Tear-free yang tidak memedihkan mata
  • Harga berpatutan
  • Memiliki PH seimbang dan tanpa paraben

Kekurangan produk

  • Mudah habis di pasaran terutamanya semasa promosi

Spesifikasi produk

Isipadu 1000ML
Cadangan penggunaan Sesuai untuk kegunaan setiap hari. Hanya satu hingga dua pam bergantung kepada saiz bayi. Bilas dengan air bersih.
Harga RM39.90

Johnson’s® Cotton Touch™ Top-To-Toe™ Bath

Johnson's® Cotton Touch™ Top-To-Toe™ Bath
Johnson’s Baby, jenama produk penjagaan bayi dipercayai kebanyakkan ibu bapa di Malaysia. Menyedari pentingnya bayi dibelai dengan produk penjagaan yang selamat, Johnson’s Baby membawakan sabun mandian yang dirumus khas untuk kegunaan bayi iaitu Johnson’s® Cotton Touch™ Top-To-Toe™ Bath. Ia dihasilkan dua dalam satu bagi memudahkan ibu bapa, sekali gus menjimatkan. Mandian ini boleh digunakan dari rambut hingga ke hujung kaki.
Johnson’s® Cotton Touch™ Top-To-Toe™ Bath mempunyai pH seimbang, bertekstur sangat ringan dan lembut sesuai untuk kulit bayi sensitif. Diadun dengan 100 peratus kapas semula jadi sebenar, sabun mandian ini adalah produk bebas SLS dan SLES, paraben mahupun pewangi sintetik. Menariknya, ia juga tidak memedihkan mata dan menjimatkan. Sebotol mandian bersaiz besar mampu bertahan sehingga sebulan bergantung kepada pemakaian. Selain memberi manfaat kepada kesihatan kulit bayi, mandian ini juga sesuai untuk golongan dewasa yang mempunyai kulit sensitif atau kering.

Kelebihan produk

  • Diadun dengan 100 peratus kapas semula jadi sebenar
  • Harga mampu milik
  • pH seimbang, bertekstur sangat ringan
  • Produk bebas SLS dan SLES, paraben mahupun pewangi sintetik
  • Tidak memedihkan mata

Kekurangan produk

  • Perlu simpan di tempat sejuk yang kering dan jauh dari cahaya matahari.

Spesifikasi produk

Isipadu 500ML
Cadangan penggunaan Basahkan rambut dan badan bayi dengan air suam, sapukan pencuci dan syampu bayi dengan tangan atau kain lap anda, buih dan bilas perlahan-lahan.
Harga RM19.45

Sebamed Baby Liquid Cleanser

Sebamed Baby Liquid Cleanser
Jika bayi anda mengalami masalah kulit sensitif seperti ruam dan ekzema, dicadangkan menggunakan produk dari jenama Sebamed. Sebamed Baby Liquid Cleanser mengandungi ekstrak tumbuhan dan 100 peratus bebas daripada paraben dan alkali. Sabun mandian ini akan memastikan pH kulit badan bayi neutral mengelakkan ketidakselesaan dan kegatalan. Diuji secara klinikal, pakar dermatologi dan klinikal mengesahkan penggunaan Sebamed Baby Liquid Cleanser secara berterusan akan menghilangkan 50 peratus masalah kulit sensitif pada bayi.
Penggunaan sabun mandian bayi ini juga ringkas dan mudah dibilas, menghidratkan kulit, melembapkan kulit dan mampu melindungi kulit daripada bahan perengsa. Sebamed Baby Liquid Cleanser 500ml menggantikan fungsi sabun untuk menghilangkan kotoran dan membersihkan tubuh secara efektif. Dengan tekstur mandian yang lembut, ringan dan tidak banyak buih, tentunya ia membantu ibu atau bapa baru untuk menguruskan bayi yang kecil berkulit sensitif dengan mudah. Sebamed Baby Liquid Cleanser ada 3 pilihan saiz dan isipadu berbeza iaitu 200ml, 500ml dan 1000ml.

Kelebihan produk

  • Seimbangkan pH pada kulit badan
  • Diuji secara klinikal dan dipercayai untuk kulit bayi sensitif
  • Tekstur mandian yang lembut, ringan dan tidak banyak buih
  • Mempunyai saiz dan isipadu pelbagai iaitu 200ml, 500ml dan 1000ml

Kekurangan produk

  • Harga tinggi dipasaran
  • Sukar didapati di kedai biasa kecuali farmasi

Spesifikasi produk

Isipadu 500ML
Cadangan penggunaan Boleh mula digunakan untuk memandikan bayi selepas tali pusat tertanggal.
Harga RM60.50

Buds Super Soothing Hydrating Cleanser

Buds Super Soothing Hydrating Cleanser
Memahami keperluan rangkaian penjagaan kulit bayi yang lebih selamat, Buds Organics memperkenalkan produk mandian Buds Super Soothing Hydrating Cleanser sesuai untuk kulit bayi yang sensitif. Ia tidak mengandungi sebarang pewangi sintetik dan bahan kimia yang berbahaya seperti Phosphates, NPE, SLS, SLES, Formaldehyde, Phthalates, Phosphates, Chlorine, Optical Brighteners dan pewangi tiruan. Formulasi Buds Super Soothing Hydrating Cleanser ini adalah bahan-bahan berasaskan tumbuhan organik dan mudah terbiodegradasi seperti ekstrak daun lidah buaya dan pewangi organik, minyak pati lavender, ekstrak daun zaitun, minyak biji jojoba, minyak biji bunga matahari, dan shea butter digunakan bagi melindungi kulit bayi anda sepenuhnya. Buds Super Soothing Hydrating Cleanser turut dianugerahkan sijil ECOCERT, sebuah badan pensijilan antarabangsa kerana produk ini tidak mengandungi sebarang pewangi, pewarna, dan enzim sintetik.

Kelebihan produk

  • Sesuai untuk kulit bayi yang sensitif
  • Menggunakan sumber semula jadi dan organik
  • Aroma semula jadi yang harum serasi dengan bau bayi
  • Dianugerahkan sijil ECOCERT

Kekurangan produk

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi produk

Isipadu 425ml
Cadangan penggunaan Sesuai untuk kegunaan harian.
Harga RM 95.20

Lambakan produk mandian bayi di pasaran hari ini sepatutnya memberi lebih ruang kesedaran kepada ibu bapa untuk memilih hanya yang terbaik buat bayi mereka. Elak membeli produk mandian bayi yang salah. Kulit bayi mungkin memberi tindak balas negatif sehingga menimbulkan pelbagai masalah yang menjejaskan keselesaan mereka sepanjang hari. Sistem badan bayi masih belum matang dan sangat sensitif, maka mudah mengalami masalah kulit seperti ruam, iritasi dan ekzema. Oleh itu, pemilihan produk mandian berkualiti diperlukan penjagaan kulit bayi yang rapi adalah penting untuk memelihara kesihatan kulit bayi.

Lapisan kulit bayi adalah sangat nipis dan sensitif, ia mudah terdedah kepada faktor persekitaran yang boleh membahayakan kulit. Sebagai ibu bapa, usahalah menjaga kebajikan dan kesihatan bayi anda sebaik yang mungkin. Pilihlah jenama barangan bayi yang selamat terutama sabun mandian kegunaan harian. Sentiasa semak kandungan barangan mandian bayi dengan teliti bagi memastikan sumber penghasilan sabun mandian tersebut adalah sesuai untuk bayi.



Related posts