Gigi Anak Lebih Sihat Berseri Dengan 5 Pilihan Jenama Ubat Gigi Popular di Malaysia Ini

Gigi Anak Lebih Sihat Berseri Dengan 5 Pilihan Jenama Ubat Gigi Popular di Malaysia Ini
Ibu dan anak


Sama seperti penjagaan kebersihan tubuh badan yang lain, ibu bapa juga harus menitikberatkan soal penjagaan gigi. Kini terdapat pelbagai jenis ubat gigi direka khas untuk kanak-kanak di pasaran yang didatangkan dengan pelbagai jenis perisa seperti anggur, strawberry dan sebagainya. Kalau nak tahu, ubat gigi kanak-kanak ini dihasilkan agar ianya selamat ditelan kerana kanak-kanak di bawah umur 6 tahun kebanyakkannya masih belum mahir mengeluarkan ubat gigi mereka.

Ubat gigi kanak-kanak juga dihasilkan sedikit manis berbanding ubat gigi dewasa untuk menggalakkan kanak-kanak ini menggunakannya bagi tujuan membersihkan gigi. Kebanyakkan ubat gigi biasanya mengandungi pemanis tiruan yang tidak menyumbang kepada kerosakkan gigi. Jom lihat beberapa pilihan ubat gigi terbaik untuk anak anda yang ada di pasaran Malaysia ini.

Ubat gigi JORDAN Kids Step 2

Ubat gigi JORDAN Kids Step 2
Ubat Gigi Jordan Step 2 mempunyai perisa pudina buah lembut yang dikenali oleh kanak-kanak daripada ubat gigi kanak-kanak, tetapi dirumus khas dengan 0% SLS, bebas gula dan pada paras fluorida yang disyorkan sesuai untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun untuk melindungi gigi kekal pertama. Ia mempunyai perisa buah-buahan ringan yang pasti disukai oleh kanak-kanak!

Kelebihan Ubat gigi JORDAN Kids Step 2:

  • Bebas gula
  • 0%SLS
  • Perisa buah-buahan ringan
  • Perisa pudina lembut
  • Dekorasi tiub dengan corak menarik

Kekurangan Ubat gigi JORDAN Kids Step 2:

  • Tekstur agak licin mudah terjatuh dari berus sewaktu memberus

Spesifikasi Ubat gigi JORDAN Kids Step 2:

Umur: 6-12 tahun
Saiz: 75g
Kandungan: Sorbitol, Aqua, Hydrated Silica, Cellulose Gum, Flavor, PEG-32, Sodium Benzoate, Sodium Saccharin, Cocamidopropyl Betaine, Sodium Fluoride, Trisodium Phosphate, Menthol, Sodium Chloride, CL 42090 Contains: Sodium Fluoride 1000 ppm F *Sulfate free = 0% SLS (Sodium Lauryl Sulfate)
Harga: RM 8.80

Ubat gigi Mama’s Choice Baby & Kids

Ubat gigi Mama's Choice Baby & Kids
Ejen perlindungan berganda, Xylitol dan Hydroxyapatite, membantu mencegah kaviti dan memineralkan semula gigi. Ubat gigi Mama’s Choice Baby & Kids ini juga mengurangkan plak serta membantu menghalang pertumbuhan bakteria dalam mulut. Nafas anak anda juga akan menjadi lebih segar serta apa yang menarik, ianya dilengkapi dengan perisa lazat disukai kanak-kanak.

Kelebihan Ubat gigi Mama’s Choice Baby & Kids:

  • Mengurangkan plak dan menghalang pertumbuhan bakteria
  • Memulihkan kalsium dan mineral kepada enamel gigi
  • Mengurangkan dan mencegah kerengsaan gusi
  • Menyegarkan nafas
  • Terdapat dalam perisa lazat yang disukai oleh kanak-kanak

Kekurangan Ubat gigi Mama’s Choice Baby & Kids:

  • Harga agak mahal

Spesifikasi Ubat gigi Mama’s Choice Baby & Kids:

Umur: 6bulan ke atas dan 3 tahun ke atas
Saiz: 45g
Kandungan: Aqua, Isomalt, Xylitol, Glycerin, Hydrated Silica, Sodium Lauroyl Sarcosinate, Flavor, Calcium Glycerophosphate, Hydroxyapatite, Xanthan Gum, Potassium Sorbate
Harga: RM 13.90

Ubat gigi Lion Kodomo

Ubat gigi Lion Kodomo
Kodomo Lion dengan gabungan 5% Xylitol dan Fluorida Aktif boleh memulihkan mineral dengan berkesan dan membaiki karies awal dalam 14 hari. Ia juga membantu memberikan perlindungan berganda iaitu (Enamel Protection and Cavity Prevention) terhadap kerosakan gigi. Kandungan Fluorida aktif membantu melawan kaviti serta ianya juga diformulasikan tanpa kandungan gula.

Kelebihan Ubat gigi Lion Kodomo:

  • Selamat untuk kegunaan harian
  • Bebas gula
  • Kurang buih
  • Menyegarkan nafas
  • Terdapat dalam perisa lazat yang disukai oleh kanak-kanak

Kekurangan Ubat gigi Lion Kodomo:

  • Bungkusan kurang menarik

Spesifikasi Ubat gigi Lion Kodomo:

Umur: 6 bulan hingga 12 tahun
Saiz: 40g
Kandungan: Water, Sorbitol, Hydrated Silica, Xylitol, Propylene Glycol, Sodium Fluoride, Cellulose Gum, Sodium Lauryl Sulfate, Flavor, Sodium Saccharin, Sodium Fluoride (500ppm), Methylparaben, Butylparaben, CI 77891.
Harga: RM 3.40

Ubat gigi Mismis Just For Kids Combo

Ubat gigi Mismis Just For Kids Combo
Ubat gigi asli Mismis Just For Kids sesuai untuk umur 3 hingga 11 tahun. Ianya adalah Vegan, disahkan Halal, berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan disokong oleh Cocoa Board Malaysia. Ubat gigi ini amat sesuai kepada keluarga yang inginkan produk yang bebas dari flourida dan selamat jika tertelan. Buih ubat giginya juga menggunakan dari sumber kelapa. Ia mengandungi cocoa polyphenol termasuk tannin untuk meghalang pembiakan bakteria tidak baik, mencegah gula dari menjadi asid gula yang boleh menghakis gigi anak anda.

Kelebihan Ubat gigi Mismis Just For Kids Combo:

  • Selamat untuk kegunaan harian
  • Bahan semulajadi
  • Bebas SLS, paraben, flourida
  • Menyegarkan nafas
  • Terdapat dalam perisa lazat yang disukai oleh kanak-kanak

Kekurangan Ubat gigi Mismis Just For Kids Combo:

  • Sukar didapati di pasaran

Spesifikasi Ubat gigi Mismis Just For Kids Combo:

Umur: 3 tahun – 11 tahun
Saiz: 50g
Kandungan: Dicalcium phosphate Sorbital, vegetable glycerin Xantham gum Cellulose gum Cocoa flavour Decyl polyglucose
Harga: RM 7.90

Ubat gigi Raiya Junior

Ubat gigi Raiya Junior
Raiya Junior adalah formulasi ubat gigi yang dihasilkan khas untuk pasaran kanak-kanak berusia di antara 2 hingga 8 tahun. Terdapat dalam 6 perisa seperti fruity, strawberry, oren, epal, mangga dan anggur. Menariknya ianya tidak mengandungi gula. Ubat gigi kanak-kanak ini juga diformulasi tanpa fluorida yang selamat untuk kanak-kanak. Selain itu, ia juga mempunyai pembungkusan pek tunggal dan pembungkusan dengan berus gigi.

Kelebihan Ubat gigi Raiya Junior:

  • Pelbagai jenis perisa buah seperti Fruity, Orange, Strawberry, dan Apple, Mango dan Grape
  • Tanpa gula dengan rasa buah-buahan yang lazat
  • Buatan Malaysia, Disahkan HALAL

Kekurangan Ubat gigi Raiya Junior:

  • Jenama kurang popular

Spesifikasi Ubat gigi Raiya Junior:

Umur: 2 tahun – 8 tahun
Saiz: 75g
Kandungan:
Harga: RM 3.99

Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda haruskan sentiasa pantau rutin memberus anak anda, dan galakkan mereka menggunakan hanya ubat gigi sebesar kacang pea untuk meminimumkan mereka daripada menelan ubat gigi tersebut. Walaupun ia dirumus untuk selamat untuk dimakan, ubat gigi tidak boleh ditelan dalam jumlah yang banyak.

Pemeriksaan pergigian yang kerap dan amalan kebersihan mulut yang betul, termasuk memberus gigi dan flos secara berkala, adalah penting untuk mengekalkan kesihatan mulut yang baik pada kanak-kanak.



Related posts