Ibu Bapa Usah Risau Dengan 5 ‘Wireless Baby Monitors’ Popular Di Malaysia 2023 Ini

Ibu Bapa Usah Risau Dengan 5 ‘Wireless Baby Monitors’ Popular Di Malaysia 2023 Ini
Ibu dan anak


Memisahkan tempat tidur anak dan meninggalkan anak tidur bersendirian bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan kekuatan dari segi emosi dan perlu dilakukan secara berperingkat. Pastinya rasa tidak senang hati dan takut akan muncul dikala meninggalkan mereka tidur bersendirian. Lebih-lebih lagi buat anda yang mempunyai anxiety dan panic attack. Dah tentu bermacam-macam perkara negatif akan bermain di fikiran anda.

Dengan wireless baby monitors, anda tidak perlu lagi risau kerana anda boleh memantau keadaan anak-anak anda dari mana-mana sahaja. Wireless baby monitors adalah peranti seperti CCTV yang turut disambungkan dengan skrin beresolusi HD. Anda juga boleh berkomunikasi dengan anak-anak anda melalui peranti ini. Selain memudahkan anda untuk melakukan urusan-urusan lain ketika mereka sedang tidur, anda juga boleh melatih mereka untuk mula tidur berasingan secara berperingkat. Mudah dan sangat efektif kan? Jadi, buat anda yang tercari-cari model wireless baby monitors yang bersesuaian dengan bajet anda. Jom kita lihat senarai 5 wireless baby monitors yang popular di Malaysia untuk tahun 2023 khas.

Ibu Bapa Usah Risau Dengan 5 ‘Wireless Baby Monitors’ Popular Di Malaysia 2023 Ini

Babysense HD Split Screen Video Baby Monitor, HD S2

Babysense HD Split Screen Video Baby Monitor, HD S2
Jika anda mempunyai lebih dari seorang anak yang perlu anda pantau pada masa yang sama namun kedua-duanya berada di berlainan lokasi dalam rumah, wireless baby monitor keluaran Babysense ini adalah solusinya. Dengan paparan skrin bersaiz 5 inci dengan resolusi HD, paparan pada skrin boleh dibahagikan kepada dua kamera sekaligus. Ia juga boleh disambungkan dengan empat buah kamera dan sambungan di antara kamera dan skrin adalah sambungan yang lebih selamat dan tidak mudah untuk digodam. Kameranya pula boleh merakam keseluruhan ruangan bilik dengan pusingan 360 keseluruhan dan 90 darjah menegak, kedua-duanya dikawal melalui skrin.

Turut dilengkapi dengan indikator suhu dan lampu tidur boleh laras, anda turut boleh berkomunikasi dengan anak anda. Untuk tidur yang lebih lena, alunan lullaby juga turut disertakan pada wireless baby monitor ini. Anda tidak perlu risau tentang ketahanan baterinya, dengan dua mod yang berbeza, bateri wireless baby monitor ini mampu bertahan selama 12 jam untuk regular mode dan 20 jam untuk eco mode.

Kelebihan Babysense HD Split Screen Video Baby Monitor, HD S2:

  • Paparan skrin boleh dibahagi kepada dua kamera
  • Skrin bersaiz 5 inci dengan resolusi HD
  • Boleh disambungkan dengan empat buah kamera
  • Sambungan tidak mudah digodam
  • Lampu boleh laras, alunan lullaby untuk tidur yang lebih lena
  • Ketahanan bateri yang maksimum

Kekurangan Babysense HD Split Screen Video Baby Monitor, HD S2:

  • Indikator suhu kurang tepat
  • Tidak boleh mendengar suara dari kedua buah kamera sekaligus

Spesifikasi Babysense HD Split Screen Video Baby Monitor, HD S2:

Model HD2
Jenama Babysense
Dimensi skrin 5 inci TFT LCD
Resolusi 1280 x 720 pixels
Harga RM 199.00

Hyderson IP Camera 1080P

Hyderson IP Camera 1080P
Mempunyai kemampuan zum sebanyak 8 kali, Hyderson IP Camera dengan kualiti rakaman 1080P HD ini boleh merakam dengan luas melalui pusingan kamera 360 darjah secara keseluruhan dan 100 darjah secara menegak. Ia lebih teliti dalam merakam pergerakan dan objek yang jauh tanpa sedikit pun menjejaskan kualitinya ketika di zum jarak dekat atau jauh. Ini kerana ia dilengkapi Advance Night Vision dengan IR pada jarak sehingga 32 kaki. Dengan kebolehan mengesan pergerakan, muka dan bunyi, aplikasi akan menghantar mesej penggera dan video 10 saat apabila anak anda menangis atau merengek.

Dengan mikrofon dan speaker anti hingar 36dB, anda boleh berkomunikasi dengan anak anda di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Video-video rakaman akan disimpan melalui dua cara iaitu Micro SD card yang mempunyai kapasiti sehingga 512 GB ataupun Cloud Storage. Suhu bagi wireless baby monitor ini beroperasi adalah dari 4 °F sehingga 131 °F. Ia boleh disambungkan dengan beberapa buah kamera, dan anda juga boleh melihat sehingga 4 buah rakaman video dimainkan pada masa yang sama dalam satu skrin. Lebih mudah untuk anda mengawal keseluruhan rumah demi keselamatan anda dan anak-anak.

Kelebihan Hyderson IP Camera 1080P:

  • Kemampuan zum sebanyak 8 kali
  • Kualiti rakaman 1080 P HD
  • Mampu merakam pergerakan jauh dengan lebih jelas
  • Advance night vision dengan IR
  • Kapasiti memori yang besar
  • 4 buah rakaman video dalam satu skrin

Kekurangan Hyderson IP Camera 1080P:

  • Disambung dengan menggunakan wifi

Spesifikasi Hyderson IP Camera 1080P:

Model: Hyderson IP Camera 1080 P
Jenama: Hyderson
Resolusi: 2MP, 1920 x 1080 pixels
Harga: RM 99.00

Hubble Connected: Nursery Pal Glow Plus

Hubble Connected: Nursery Pal Glow Plus
Nursery Pal Glow Plus adalah sebuah peranti yang terbaik untuk mengawasi pergerakan anak-anak anda ketika tidur mahupun bersendirian. Paparan rakaman berkualiti 1080P HD ini boleh diakses dan ditonton melalui unit peranti yang disertakan untuk ibu bapa ataupun melalui telefon pintar anda menggunakan aplikasi HubbleClub. Anda juga boleh mengawal pergerakan kamera samada secara melintang, menegak ataupun zum melalui peranti dan telefon pintar anda. Tenangkan anak-anak anda melalui Two-Way Talk iaitu komunikasi dua hala yang membolehkan anda berkomunikasi dengan mereka.

Selain itu, anda juga boleh menstimulasi waktu tidur mereka dengan lampu boleh laras yang disetkan dengan 7 night-light, serta melatih tabiat bangun tidur mereka menerusi Sleep Trainer. Ketahanan baterinya pula mampu mencapai sehingga 15 jam bergantung kepada cara penggunaan anda. Untuk membantu anak-anak anda tidur lena, terdapat bunyi-bunyian alam semulajadi, lullaby dan juga cerita kanak-kanak yang telah disetkan pada wireless baby monitors ini.

Selain itu, kamera pada peranti ini juga dilengkapi dengan infrared night vision yang memudahkan anda untuk melihat pergerakan anak-anak anda dalam keadaan yang gelap. Untuk mengelakkan anak anda tidur dalam keadaan panas atau kurang selesa, indikator suhu juga turut ditunjukkan di skrin supaya anda bersedia sekiranya terdapat kerosakan pada kipas, penghawa dingin ataupun terputus bekalan elektrik.

Kelebihan Hubble Connected: Nursery Pal Glow Plus:

  • Paparan rakaman berkualiti 1080P HD
  • Two-Way Talk
  • 7 night-light dan Sleep Trainer
  • Ketahanan bateri sehingga 15 jam
  • Bunyi-bunyian menenangkan yang telah diset
  • Infrared night vision
  • Indikator suhu

Kekurangan Hubble Connected: Nursery Pal Glow Plus:

  • Harga yang mahal
  • Tidak boleh menggabungkan lebih dari satu kamera

Spesifikasi Hubble Connected: Nursery Pal Glow Plus:

Nama Produk: Nursery Pal Grow +
Jenama: Hubble Connected
Dimensi skrin: 5 inci skrin diagonal
Harga: RM 899.00

Philips Avent Digital Video Baby Monitor SCD600/00

Philips Avent Digital Video Baby Monitor SCD600/00
Phillip bukan lah satu jenama yang asing dalam menghasilkan barangan elektrik dan peranti berkualiti tinggi. Phillip menerusi rangkaian produk untuk bayi dan kanak-kanak yang dinamakan Avent juga turut mengeluarkan produk Wireless Baby Monitors. Mempunyai bentuk kamera yang dinamik dan mudah laras. ia sesuai diletakkan di mana-mana sudut untuk mendapatkan pandangan yang terbaik bagi melihat pergerakan anak-anak anda. Dengan infrared night-vision, anda tidak mempunyai masalah untuk melihat anak anda dalam apa jua keadaan bilik, samada terang mahupun gelap.

Selain itu, Wireless Baby Monitors ini juga dilengkapi dengan Automatic Screen Activation yang sangat memudahkan. Tahap keterangan skrin dan kekuatan suara akan diaktifkan secara automatik apabila kamera mengesan pergerakan anak-anak anda. Untuk tidur yang lena, lullaby dan night light telah disetkan pada kamera untuk memberi pengalaman tidur tanpa gangguan yang amat menenangkan anak-anak anda. Dan untuk set peranti bagi ibu bapa yang boleh dicas ulang, saiznya yang kecil dengan skrin 2.4 inci memudahkan anda untuk membawanya kemana sahaja asalkan dalam lingkungan 150 meter.

Kelebihan Philips Avent Digital Video Baby Monitor SCD600/00:

  • Kamera mudah laras dan sesuai diletakkan dimana-mana sudut
  • Automatic Screen Activation
  • Lullaby dan night-light yang disetkan
  • Ketersambungan unit peranti ibu bapa dalam lingkungan 150M

Kekurangan Philips Avent Digital Video Baby Monitor SCD600/00:

  • Harga yang mahal
  • Skrin terlalu kecil
  • Kamera tidak boleh dikawal
  • Tiada mikrofon untuk two-way talk

Spesifikasi Philips Avent Digital Video Baby Monitor SCD600/00:

Nama Produk: Philips Avent Digital Video Baby Monitor SCD600/00
Jenama: Phillip
Dimensi skrin: 2.4 inci
Harga: RM 1299.00

VTech VM919-2HD 2-cam Video Monitor

VTech VM919-2HD 2-cam Video Monitor
Dengan sekali pengecasan, anda boleh strim video secara langsung anak-anak anda selama 15 jam. Didatangkan dengan set kamera serta set unit peranti untuk ibu bapa yang bersaiz 7 inci, resolusi bagi paparan video pada skrin adalah 720P HD, cukup terang dan jelas walaupun dalam keadaan gelap kerana ia juga mempunyai HD Night-Vision. Dilengkapi dengan wide-angle lens serta IR-Cut auto filter, anda dapat melihat dengan lebih meluas dan kualiti warna pada skrin juga sangat sempurna. Mempunyai kemampuan zum sehingga 4 kali, kamera pada Wireless Baby Monitors ini mampu mengambil rakaman secara panorama melalui pusingan 360 darjah keseluruhan, 270 darjah secara melintang dan 100 darjah secara menegak. Dan yang paling penting, pergerakan kamera boleh dikawal oleh ibu bapa.

Sekiranya anda mengawasi anak anda dengan skrin yang gelap, anda tidak perlu risau kerana mikrofon pada kamera sangat sensitif untuk mengesan bunyi-bunyian dan akan mengaktifkan serta mencerahkan skrin anda semula. Dalam lingkungan 1000 kaki, anda boleh bergerak kemana sahaja dengan unit peranti anda. Tenangkan anak-anak anda melalui interkom dimana anda boleh berkomunikasi secara dua hala dengan mereka, dan juga memainkan melodi-melodi yang tenang serta bunyi-bunyian semulajadi untuk menstimulasi tidur mereka. Jika anda ingin mengawasi lebih dari seorang, Wireless Baby Monitors ini boleh menyambungkan lebih dari satu kamera dan anda boleh mengawasi dua rakaman kamera sekaligus di dalam satu skrin.

Kelebihan VTech VM919-2HD 2-cam Video Monitor:

  • Bateri tahan sehingga 15 jam dengan sekali pengecasan
  • Interkom untuk berkomunikasi
  • Boleh menyambung lebih dari satu kamera
  • Boleh melihat dua rakaman sekaligus dalam satu skrin

Kekurangan VTech VM919-2HD 2-cam Video Monitor:

  • Paparan skrin 720p HD sahaja
  • Harga yang mahal

Spesifikasi VTech VM919-2HD 2-cam Video Monitor:

Nama Produk: VTech VM919-2HD 2-cam Video Monitor
Jenama: VTech
Dimensi skrin: 7 inci LCD
Harga: RM 2202.73

Kepesatan teknologi menjadikan peranti-peranti berinovasi dengan sangat cepat. Banyak lagi jenama-jenama yang menawarkan produk wireless baby monitors di pasaran dengan pelbagai kelebihan yang tersendiri. Kerisauan terhadap perkara-perkara yang tidak diingini menjadikan ibu bapa lebih peka dan sanggup memberi yang terbaik untuk anak-anak. Penggunaan Wireless Baby Monitors juga bukanlah sekadar untuk mengawasi keadaan anak-anak ketika mereka sedang tidur atau pun bermain. Ia juga berkait rapat dengan keselamatan mereka.

Seeloknya, setiap rumah yang mempunyai anak-anak kecil perlu ada wireless baby monitor sekurang-kurangnya satu. Tidak salah untuk anda berbelanja lebih untuk anak-anak. Yang penting keselamatan mereka diutamakan dan terjamin.



Related posts