Baik Untuk Kesihatan! Ini Jenama Beras Perang Mesti Cuba Di Malaysia

Baik Untuk Kesihatan! Ini Jenama Beras Perang Mesti Cuba Di Malaysia
Gaya hidup


Sebutir beras perang tersimpan nutrisi, serat, protein, magnesium dan zink. Kelebihan ini menjadikan beras perang mudah membuatkan kita merasa cepat kenyang. Sebenarnya, beras perang tidak melalui proses yang rumit. Ia mungkin tidak dikisar atau separuh kisar, menjadikan setiap butirnya memiliki rasa sedikit berkacang, lebih kenyal, kaya dengan khasiat, serat serta nutrisi penting yang diperlukan tubuh.

Beras perang sememangnya berkhasiat dan harus menjadi sebahagian daripada diet sihat kerana mampu membekalkan pelbagai faedah kesihatan. Salah satu komponen penting dalam beras perang ialah serat makanan yang membantu mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit berkaitan diet seperti penyakit kardiovaskular, diabetes melitus jenis dua dan beberapa jenis kanser. Beras perang juga memberi kesan positif dalam pengurusan berat badan kerana ia membuat anda rasa kenyang yang mencegah anda daripada makan berlebihan dan mengurangkan risiko obesiti. Beras jenis ini juga memberi faedah kepada sistem penghadaman dengan mencegah sembelit kerana ia menambah pukal kepada najis dan meningkatkan pergerakan usus anda. Antara lima beras perang yang baik untuk kesihatan mesti cuba di Malaysia 2023 seperti berikut.

Baik Untuk Kesihatan! Ini 5 Jenama Beras Perang Mesti Cuba Di Malaysia 2023

Jasmine SunBrown Brown Rice Original

Jasmine SunBrown Brown Rice Original

Jasmine Food Corporation, jenama beras terkemuka di Malaysia mengeluarkan beras kesihatannya sendiri iaitu Jasmine SunBrown Brown Rice Original dan berstatus Halal. Jasmine SunBrown Brown Rice Original, beras perang tempatan dengan tekstur sederhana keras menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang enak. Di tanam di negeri Kedah, Jasmine SunBrown Brown Rice Original mengandungi pelbagai mineral tambahan yang diperlukan oleh tubuh seperti kalsium dan kalium, vitamin dan protein.
Jasmine SunBrown Brown Rice Original juga memiliki jumlah nutrien yang jauh lebih tinggi seperti serat, vitamin B1, B3, B6 dan zat besi, yang sangat baik terhadap kesihatan. Jasmine SunBrown Brown Rice Original boleh melengkapkan pemakanan harian anda jika diambil bersama sayur-sayuran, buah-buahan, daging, ikan, ayam atau apa jua makanan berprotein tinggi. Di kenali sebagai ‘Rice Bowl of Malaysia’, pengambilan Jasmine SunBrown Brown Rice Original setiap hari dalam ruji makanan harian adalah sebahagian daripada diet seimbang nutrisi, selain mencegah pelbagai penyakit kronik. Ia juga menawarkan beberapa perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular atau dikenali sebagai sakit jantung.

Kelebihan Jasmine SunBrown Brown Rice Original

  • Lebih serat, vitamin B1, B3, B6 dan zat besi
  • Ada dua saiz iaitu 2kg dan 5kg
  • Mencegah penyakit berisiko tinggi
  • Mendapat pensijilan Halal

Kekurangan Jasmine SunBrown Brown Rice Original

  • Kaedah memasak mengambil masa lama sikit

Spesifikasi Jasmine SunBrown Brown Rice Original

Berat 5kg
Jenis Organik
Harga RM25.90

MEWAH Brown Rice

MEWAH Brown Rice

MEWAH jenama yang beroperasi sejak 1984 di Malaysia memfokuskan kepada pemakanan sihat berkualiti premium. Antara produk yang mendapat perhatian ramai adalah beras perang berkhasiat dikenali sebagai MEWAH Brown Rice. MEWAH Brown Rice bijirin penuh yang bebas gluten, tanpa pengawet tiruan, rendah kalori selain mengandungi nutrien penting seperti vitamin, mineral dan protein. Sama seperti nama jenamanya, MEWAH Brown Rice kaya dengan Zat Besi, Kalium, Kalsium, Vitamin B1, B3 dan E membantu dalam mengurangkan kesan peningkatan paras glukosa dan melawan diabetes.
MEWAH Brown Rice juga mengandungi kandungan serat yang tinggi membantu sistem kolon dan penghadaman yang sempurna. Pengambilan MEWAH Brown Rice untuk diet harian dapat mengelakkan daripada masalah penghadaman atau sembelit kerana mendapat kebaikan daripada serat yang tinggi. MEWAH Brown Rice mendapat pensijilan Halal daripada Jakim dan menerima pelbagai penganugerahan. Antaranya pernah merangkul gelaran Superbrands Malaysia 2018 dan 2019, Jenama Terbaik Dunia 2020, serta Jenama TOP Excellence 2019, 2020 dan 2021.

Kelebihan MEWAH Brown Rice

  • Bebas gluten, pewarna tiruan dan pengawet tambahan
  • Kaya dengan Zat Besi, Kalium, Kalsium, Vitamin B1, B3 dan E
  • Membantu masalah penghadaman
  • Menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah

Kekurangan MEWAH Brown Rice

  • Sukar ditemui di pasaran biasa

Spesifikasi MEWAH Brown Rice

Berat 5kg
Jenis Organik
Harga RM27.00

Bird of Paradise Somaly Brown Rice

Bird of Paradise Somaly Brown Rice

Bird of Paradise Somaly Brown Rice, beras perang berasal daripada Kemboja tumbuh secara semulajadi diperkaya dengan 7.8 peratus serat dan mengandungi kurang daripada 0.1 peratus gula. Pengambilan Bird of Paradise Somaly Brown Rice berserat tinggi secara tetap dalam jangka masa panjang boleh membantu mengurangkan risiko diabetes, penyakit jantung, kanser, tekanan darah tinggi dan sembelit. Pengambilan dua mangkuk Bird of Paradise Somaly Brown Rice sehari telah mencukupi keperluan harian tubuh badan. Ia juga kaya dengan Vitamin B1, B2, magnesium, fiber dan Asid Folik.
Pytonutrient Lignin yang terdapat dalam Bird of Paradise Somaly Brown Rice juga dikatakan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Bird of Paradise Somaly Brown Rice tinggi bahan khasiat iaitu asid ferulik dan asid coumarik berbanding beras putih. Ia bertindak sebagai antioksidan dan antikanser. Bird of Paradise Somaly Brown Rice pemenang anugerah antarabangsa mempunyai rasa yang enak, lembut dengan tekstur yang kenyal. Semestinya Bird of Paradise Somaly Brown Rice mempunyai gabungan sempurna antara kesihatan dan rasa.

Kelebihan Bird of Paradise Somaly Brown Rice

  • Diperkaya dengan 7.8 peratus serat, Vitamin B1, B2, magnesium, fiber dan Asid Folik.
  • Pemenang Anugerah Antarabangsa
  • Menghalang pertumbuhan sel-sel kanser
  • Mudah ditemui di pasaran

Kekurangan Bird of Paradise Somaly Brown Rice

  • Kaedah memasak mengambil masa agak lama

Spesifikasi Bird of Paradise Somaly Brown Rice

Berat 5kg
Jenis Penanaman Semulajadi
Harga RM34.50

ecoBrown’s Pusa Brown Basmathi Rice

ecoBrown's Pusa Brown Basmathi Rice

ecoBrown’s Pusa Brown Basmathi Rice adalah beras perang basmathi gred premium 1121 berbau harum, bertekstur lembut dan mempunyai rasa yang sedap. ecoBrown’s Pusa Brown Basmathi Rice adalah 100 peratus bijirin penuh, tidak hanya sesuai untuk dijadikan sajian harian tetapi juga dijadikan Nasi Briyani, Nasi Minyak dan pelbagai lagi. Bersaiz panjang, ecoBrown’s Pusa Brown Basmathi Rice adalah sumber serat larut terbaik yang membantu merendahkan kolesterol LDL jahat di dalam darah.
ecoBrown’s Pusa Brown Basmathi Rice memiliki jumlah nutrien yang jauh lebih tinggi seperti serat, vitamin B1, B3, B6 dan zat besi, yang sangat baik terhadap kesihatan juga membantu untuk menurunkan paras kolesterol berbahaya dan tekanan darah. Pengambilan ecoBrown’s Pusa Brown Basmathi Rice secara harian juga membantu sistem penghadaman dan aktiviti perkumuhan tubuh badan lebih baik. Sebagai salah satu jenama yang dipercayai di Malaysia, ecoBrown’s Pusa Brown Basmathi Rice adalah bebas gluten, bebas kolesterol dan mendapat pengiktirafan dan pensijilan Halal.

Kelebihan ecoBrown’s Pusa Brown Basmathi Rice

  • Tinggi dengan serat pemakanan dan nutrient tambahan
  • Bebas gluten
  • Semulajadi tanpa kolesterol
  • Mendapat pensijilan Halal

Kekurangan ecoBrown’s Pusa Brown Basmathi Rice

  • Kaedah memasak mengambil masa agak lama

Spesifikasi ecoBrown’s Pusa Brown Basmathi Rice

Berat 1kg
Jenis Penanaman Semulajadi
Harga RM16.50

KENYALANG Beras Merah Premium Sarawak

KENYALANG Beras Merah Premium Sarawak

KENYALANG Beras Merah Premium Sarawak merupakan varieti beras berwarna merah daripada padi basah yang ditanam oleh masyarakat setempat di daerah Siburan dan Lundu, Sarawak. Jenama ini sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan kerana nilai kesihatannya yang tinggi selain kaya dengan serat, kalsium, antioksidan dan nutrien.
KENYALANG Beras Merah Premium Sarawak mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah daripada bijirin yang lain. Pengambilan KENYALANG Beras Merah Premium Sarawak sebagai diet harian yang kaya dengan GI rendah serta mengandungi serat tinggi menjadikan paras glukosa darah menjadi lebih stabil. Ia juga membantu untuk mengurangkan risiko mendapat diabetes dan masalah penghadaman. Warna merah beras KENYALANG Beras Merah Premium Sarawak ini adalah asli dan datang secara semulajadi daripada sebatian flavonoid yang dikenali sebagai anthocyanin tinggi anti-oksidan. Tekstur nasi dari beras KENYALANG Beras Merah Premium Sarawak sedikit kenyal, berbau lebih harum dan mempunyai rasa enak.

Kelebihan KENYALANG Beras Merah Premium Sarawak

  • Mengurangka risiko diabetes dan masalah penghadaman
  • Mempunyai GI yang rendah
  • Warna merah pada beras adalah semulajadi
  • Bebau harum dan rasa enak

Kekurangan KENYALANG Beras Merah Premium Sarawak

  • Produk sangat terhad di pasaran

Spesifikasi KENYALANG Beras Merah Premium Sarawak

Berat 1kg
Jenis Penanaman Semulajadi
Harga RM15.40

Beras perang memerlukan lebih banyak air ketika memasak dan mungkin mengambil masa lebih lama untuk masak. Jika anda baru mula menggunakan beras perang, disarankan untuk menambah sedikit beras perang dahulu dan meningkatkan sukatan secara beransur-ansur. Di samping itu, disarankan untuk merendam beras perang dahulu sebelum memasak, jika tidak anda mungkin perlu menambah sukatan air yang digunakan. Jangan lupa untuk menambah sukatan air mengikut perkadaran jumlah beras perang yang digunakan. Jika anda kurang pasti sukatan air yang perlu digunakan, baca arahan pada bungkusan beras. Walaupun mengambil beras perang baik untuk anda, ia hanyalah salah satu aspek diet yang sihat. Pastikan anda mengamalkan tabiat sihat yang lain seperti makan mengikut prinsip seimbang, sederhana dan pelbagai. Ini bermakna anda harus mengamalkan diet seimbang yang terdiri daripada makanan dari lima kumpulan dalam Piramid Makanan Malaysia.

Majoriti daripada penduduk di Malaysia mengambil sekurang-kurangnya satu hidangan nasi setiap hari sebagai melengkapkan diet harian. Beras putih boleh dianggap pilihan kebanyakan daripada kita namun ada juga yang memilih beras perang, tetapi tidak ramai. Salah satu alasan mengapa beras perang tidak menjadi pilihan kerana sukarnya untuk mendapatkan rasa tepat berbanding nasi putih. Realitinya, beras peranglah yang mengandungi lebih banyak manfaat serta khasiat daripada beras putih.



Related posts