Penceritaan Drama Jepun Terbaik! Ini 5 J-Drama Popular Perlu Tonton 2022 Ini

Penceritaan Drama Jepun Terbaik! Ini 5 J-Drama Popular Perlu Tonton 2022 Ini
Hiburan


Untuk generasi hari ini kalau ingin tahu, sebelum drama Korea menjadi popular, drama dari negara matahari terbit Jepun terlebih dahulu berjaya menambat hati para peminat tempatan di Malaysia. Tidak dinafikan kebanyakan drama Jepun menyajikan plot serta jalan cerita menarik untuk tatapan penonton selain penampilan pelakon handalan yang bukan sahaja berbakat malah sedap mata memandang. Tidak hairanlah fenomena J-Drama sebelum ini sama hebat sama seperti penerimaan drama dari Korea Selatan pada hari ini.

Antara drama yang menjadi kegilaan para remaja suatu ketika dahulu seperti Great Teacher Onizuka, Beautiful Life, Beach Boy dan Power Office Girls. Dek kerana penangan drama Jepun terbabit ramai pada ketika itu bercita-cita menjadi guru yang hebat atau berhijrah menetap di pulau. Untuk era ketika ini, jangan tidak tahu drama Jepun masih ada peminat tersendiri di seluruh negara yang sentiasa menunggu perkembangan dunia drama. Ada mencari naskah menarik drama Jepun untuk ditonton hari ini? Cuba tonton J-Drama popular dan wajib tonton untuk tahun 2022 ini.

He’s Expecting

He's Expecting
He’s Expecting merupakan sebuah siri televisyen penstriman drama komedi Jepun yang diarahkan oleh Yuko Hakoda. Berdasarkan manga Hiyama Kentaro’s First Pregnancy, He’s Expecting berkisarkan mengenai seorang lelaki hamil tanpa diduga. Kentaro Hiyama lakonana Takumi Saitoh merupakan seorang ahli perniagaan disebuah firma periklanan terkenal. Dia sangat berkarisma, bergaya serta disanjung ramai pekerja wanita di perusaharaannya.

Walau bagaimanapun dia seorang yang mementingkan diri dan sentiasa menghakimi kehidupan orang lain. Takdir telah menukar kehidupannya apabila dirinya didapati hamil. Ketika itu timbul rasa bersalah dan simpati terhadap kehidupan ibu hamil sebelum ini. Tekanan demi tekanan dihadapi ketika hamil mempengaruhi keputusannya samada untuk meneruskan kandungan tersebut atau tidak. He’s Expecting telah ditayangkan menerusi saluran Netflix pada 21 April 2022 dengan 8 episod untuk ditonton.

Spesifikasi produk

Jumlah episod 8
Genre Komedi Romantik
Pelakon Takumi Saitoh (Kentaro Hiyama), Juri Ueno (Seto Aki)

He’s Expecting Trailer

Shinbun Kisha (The Journalist)

Shinbun Kisha (The Journalist)
Shinbun Kisha (The Journalist) memaparkan kehidupan seorang wartawan dalam menyampaikan realiti kehidupan sebenar setiap hari kepada masyarakat. Matsuda Anna lakonan Yonekura Ryoko seorang wartawan yang berdedikasi yang gigih mengejar kebenaran lebih-lebih lagi tentang isu skandal dan rasuah kerajaan walaupun musuh yang kuat berusaha untuk menentang laporannya.

Bukan sahaja ditentang hebat tidak kira orang atasan atau samseng upahan pegawai kerajaan, dia juga hampir kehilangan nyawa demi membongkar penyelewangan selain menuntut keadilan dalam isu skandal Akademi Eishin. Bagi kalian penggemar drama aksi yang penuh cabaran, Shinbun Kisha (The Journalist) adalah siri terbaik untuk ditonton di saluran berbayar Netflix. Shinbun Kisha (The Journalist) mula ditayangkan pada 13 Januari 2022 dengan 6 episod.

Spesifikasi produk

Jumlah episod 6
Genre Aksi, Thriller
Pelakon Yonekura Ryoko (Matsuda Anna), Ayano Go (Murakami Shinichi), Yokohama Ryusei (Kinoshita Ryo)

Shinbun Kisha (The Journalist) Trailer

Kei×Yaku: Abunai Aibou

Kei×Yaku: Abunai Aibou
Kei×Yaku: Abunai Aibou, merupakan drama aksi komedi 10 episod mengisahkan Ichiro Kunishita lakonan Nobuyuki Suzuki seorang penyiasat kacak di jabatan keselamatan awam Balai Polis Tokyo. Ichiro Kunishita seorang yang rajin dan sempurna tetapi dia tidak pernah mempunyai kekasih hati. Ichiro Kunishita menerima misi baharu, iaitu menjalankan siasatan ke atas Shiro Hanabusa lakonan Atsuhiro Inukai merupakan ketua sebuah organisasi kongsi gelap.

Walaupun menjadi ketua organisasi jenayah paling muda, Shiro Hanabusa lelaki misteri yang tidak pernah gentar dengan sesiapa pun. Mendekati Shiro Hanabusa untuk misinya, Ichiro Kunishita mengetahui bahawa Shiro Hanabusa ialah adik kepada penyiasat kanannya yang telah hilang. Untuk mendedahkan kebenaran disebalik kehilangan tersebut, Ichiro Kunishita dan Shiro Hanabusa memutuskan untuk bekerjasama dan berpura-pura menjadi pasangan kekasih ‘gay’. Ditayangkan pada 13 Januari 2022 lalu, jangan lepaskan peluang menonton Kei×Yaku: Abunai Aibou disaluran berbayar kesukaan anda!

Spesifikasi produk

Jumlah episod 10
Genre Aksi komedi
Pelakon Nobuyuki Suzuki (Ichiro Kunishita), Atsuhiro Inukai (Shiro Hanabusa)

Kei×Yaku: Abunai Aibou Trailer

Motokare Retry: Kanojo ga Shiranai Bokutachi no Honne

Motokare Retry: Kanojo ga Shiranai Bokutachi no Honne
Motokare Retry: Kanojo ga Shiranai Bokutachi no Honne drama bersiri yang ringan dan santai mengisahkan kehidupan remaja sekolah menengah yang bakal menghabiskan alam persekolah dan dalam persiapan untuk memasuki university tempatan. Motokare Retry: Kanojo ga Shiranai Bokutachi no Honne hanya mempunyai 2 episod adalah sambungan daripada siri drama Motokare Retry. Hirako Kaede lakonan Suzuki Jin berkawan baiknya dengan Yamashita Kazuha lakonan Yoshida Jinto.

Mereka cuba menjadi orang dewasa dengan cuba untuk belajar bercinta dan berhubungan dengan beberapa wanita namun masih merindui dan memikirkan bekas teman wanita dalam siri Motokare Retry yang lalu. Kedua-dua sabahat baik ini juga mempunya port lepak kegemaran iaitu sebuah sauna untuk berborak dan berkongsi idea. Adakah percintaan dengan bekas kekasih mereka bakal bertaut kembali? Jom tonton Motokare Retry: Kanojo ga Shiranai Bokutachi no Honne di saluran dTV atau aplikasi berbayar kegemaran kalian.

Spesifikasi produk

Jumlah episod 2
Genre Romantik
Pelakon Suzuki Jin (Hirako Kaede), Yoshida Jinto (Yamashita Kazuha)

Motokare Retry: Kanojo ga Shiranai Bokutachi no Honne Trailer

Kingyo Tsuma (Fishbowl Wives)

Kingyo Tsuma (Fishbowl Wives)
Kingyo Tsuma (Fishbowl Wives) mengisahkan tentang hal perkahwinan beberapa pasangan suami isteri di bawah satu bumbung bangunan penthouse mewah yang sama di Jepun. Ia memberi peringatan tentang perkahwinan dan tidak mengabaikan pasangan anda demi wang atau kekayaan materialistik.

Sakura Hiraga lakonana Ryoko Shinohara, seorang wanita popular yang berkahwin dengan ahli perniagaan terkenal Takuya Hiraga lakonan Masanobu Ando Malangnya perkahwinan mereka tidak bahagia, suaminya mengawal dan sering menganiaya termasuk didera secara lisan serta fizikal.

Akhirnya menyebabkan Sakura Hiraga keluar mencari pendengar yang baik dan menemui Haruto Toyota (Takanori Iwata) pemilik kedai ikan emas yang baik hati. Apakah nasib yang bakal dialami Sakura Hiraga? Tonton keseluruhan 8 episode Kingyo Tsuma (Fishbowl Wives) di dalam aplikasi Netflix hari ini.

Spesifikasi produk

Jumlah episod 8
Genre Romantik
Pelakon Ryoko Shinohara (Sakura Hiraga). Takanori Iwata (Haruto Toyota). Masanobu Ando (Takuya Hiraga)

Kingyo Tsuma (Fishbowl Wives) Trailer

Menerusi drama Jepun, penonton boleh melihat bagaimana orang Jepun memberi inspirasi kepada rakyatnya untuk menjadi berjaya dalam apa juga bidang. Kisah yang dipaparkan dalam setiap drama Jepun merupakan cerminan rakyat Jepun itu sendiri terutama cara berkerja, kekeluargaan, penggunaan gajet berteknologi, cara menghormati, disiplin yang tinggi, pengurusan masa dan pengambilan makanan sihat. Menarik bukan?

Ingin menonton J-Drama terkini? Anda dicadangkan untuk melanggan aplikasi, portal atau saluran televisyen berbayar yang berdaftar dan tonton J-Drama anda di mana sahaja dan bila-bila masa.



Related posts