Terlepas K-Drama Popular & Best 2022? Ini 5 Drama Korea Anda Perlu Tonton

Terlepas K-Drama Popular & Best 2022? Ini 5 Drama Korea Anda Perlu Tonton
Hiburan


Demam drama Korea atau istilah lebih dekat, K-Drama tidak pernah kebah dan menjadi fenomena umpama tiada kesudahan. Sehingga ketika pandemik yang lalu, dek kerana ramai yang terpaksa duduk atau berkurung di rumah, ada yang sebelum ini tidak minat dengan K-Drama mula berjinak-jinak sehingga terpengaruh. Ribuan judul K-Drama memasuki pasaran tempatan, sama ada di TV tempatan mahupun ditonton secara dalam talian.

Ada yang setia menanti setiap episod baru saban minggu tidak kurang juga yang lebih gemar ‘marathon’ menunggu sehingga semua episod selesai ditayangkan. Jika anda ‘sejenis’ yang suka marathon K-Drama, bling!! Untuk bulan Jun 2022 ini jangan lupa untuk menonton kembali siri K-Drama paling popular dan mendapat sambutan hangat peminat K-Drama tempatan sejak kebelakangan ini. Antara lima K-Drama yang anda mungkin sudah terlepas dan wajib tonton seperti From Now on Showtime, Business Proposal, Crazy Love, Ghost Doctor, dan Soundtrack #1.

Business Proposal

Business Proposal
Business Proposal, drama komedi romantik ringan biasa antara majikan dan pekerjanya, namun berjaya menjadi antara K-Drama popular diseluruh negara. Business Proposal diadaptasi dari siri webtoon berjudul The Office Blind Date karya HaeHwa mengisahkan Shin Ha-ri (Kim Se-jeong) yang menyamar ketika ‘blind date’ untuk membantu rakan baiknya Jin Young-Seo (Seol In-A) daripada dijodohkan bersama Kang Tae-Moo (Ahn Hyo-Seop). Rancangan kedua-dua sahabat baik ini pada awalnya harus membuat Kang Tae-Moo meluat dan benci dengan Shin Ha-ri, malangnya karektor gila-gilanya semakin membuatkan Kang Tae-Moo meminatinya dalam diam.

Di tempat kerja, Shin Ha-ri terkejut apabila mendapati Kang Tae Moo merupakan presiden baru di syarikat perusahaannya, Go Food. Kang Tae Moo mengetahui Shin Ha-ri seorang penyamar dan menipunya namun tetap ingin dia meneruskan penyamaran sebagai kekasihnya agar tidak didesak oleh datuknya untuk berkahwin. Adakah Shin Ha-ri menerima ‘lamaran’ tersebut? Anda boleh layan kisah comel mereka dalam 12 episod Business Proposal di Netflix.

Jumlah episod 12
Tayangan February 28 – April 5, 2022
Pelakon Kim Se-Jeong (Shin Ha-Ri), Ahn Hyo-Seop (Kang Tae-Moo), Kim Min-Kyu (Cha Sung-Hoon), Seol In-A (Jin Young-Seo)

Business Proposal Trailer

Crazy Love

Crazy Love
K-Drama berjudul Crazy Love telah disiarkan serentak seluruh negara melalui perkhidmatan penstriman bertaraf dunia Disney+ Hotstar pada Mac sehingga April lalu. Seakan genre sama seperti Business Proposal, Crazy Love, adalah drama percintaan antara majikan dan pekerja namun kisah mereka berbalut drama penderita amnesia dan target pembunuhan demi dendam. Semuanya bermula apabila seorang lelaki bernama Noh Go-jin lakonan Kim Jae-Wook yang berpura-pura hilang ingatan diberitahu bakal dibunuh oleh seorang wanita yang berlakon menjadi tunangannya, Lee Shin-ah lakonan Krystal Jung. Noh Go-jin, seorang pengajar matematik hebat dalam negara dan CEO kepada GO Study.

Manakala Lee Shin-ah, merupakan setiausaha lelaki tersebut. Lee Shin-a disahkan mengidap penyakit kronik dan berdepan maut, dia menyalahkan majikannya sebagai penyebab penyakitnya itu. Apakah kesudahan drama cinta gila ini? Jangan lupa menonton keseluruhan 16 episod Crazy Love ini di saluran berbayar kesukaan kalian!

Jumlah episod 16
Tayangan Mar 7, 2022 – Apr 26, 2022
Pelakon Kim Jae-Wook (Noh Go-jin), Krystal Jung (Lee Shin-ah), Ha Jun.

Crazy Love Trailer

Soundtrack #1

Soundtrack #1
Mempunyai hanya 4 episod, drama yang disiarkan di saluran Disney+ Hotstar April lalu ‘Soundtrack #1’ merupakan naskhah yang berjaya membuatkan penonton mengimbas kembali pengalaman cinta mereka. Berlatar runut bunyi yang sempurna, Soundtrack #1 membawa kisah seorang lelaki dan wanita yang bersahabat baik selama 20 tahun. Mereka terpaksa tinggal bersama selama hampir dua minggu, daripada perasaan seorang sahabat perlahan-lahan bertukar kepada rasa cinta.

Meskipun sedar dengan perasaan membuak-buak antara satu sama lain namun Han Sun-woo lakonan Park Hyung-sik dan Lee Eun-soo lakonan Han So-hee memilih untuk tidak meluahkannya kerana tidak mahu ada sesiapa yang terluka. Bahkan mereka kemudiannya berpisah selama setahun. Ketika kembali bertemu, Lee Eun-soo sudah pun menjadi penulis lirik terkenal dan Han Sun-woo juga menjadi jurufoto yang ternama. Adakah hubungan persahabatan ini berjaya bertukar status menjadi cinta? Saksikan Soundtrack #1 diaplikasi berbayar kegemaran anda.

Jumlah episod 4
Tayangan March 23 – April 13, 2022
Pelakon Park Hyung-Sik (Han Sun-Woo), Han So-Hee (Lee Eun-Soo)

Soundtrack #1 Trailer

From Now on Showtime

From Now on Showtime
Bosan drama percintaan romantik? Cuba beralih ke drama 16 episod ‘From Now on Showtime’ berunsur 3M – magis, misteri dan mistik namun ada unsur humor. From Now on Showtime diterajui oleh Park Hae Jin (Cha Cha Woong), Jin Ki Joo (Go Seul Hae), dan Jung Joon Ho (Choi Gum), mengisahkan seorang dukun tua jatuh sakit dan berharap cucunya, Cha Cha Woong mewarisi bakat ‘menghalau hantu’ keturunan mereka. Namun dia enggan menerima kerana memilih kerjaya sebagai seorang selebriti ahli silap mata.

Namun begitu sebenarnya Cha Cha Woong sendiri memang mempunyai kebolehan berinteraksi dengan hantu yang membantu dalam setiap persembahannya. Karier Cha Cha Woong berjalan lancar sehinggalah dia bertemu dengan seorang polis wanita lakonan Jin Ki Joo (Go Seul Hae) sedang mengejar pencuri di tempat pertunjukan silap matanya ‘From Now On, Showtime!’. Tambah menarik lagi dengan keserasian di antara Cha Cha Eoong dan Go Seul Hae, mereka bersama-sama memecahkan kes misteri dan bibit-bibit cinta mula mekar. Adakah kerjaya magis Cha Cha Woong terus berkembang? Tonton keseluruhan episode From Now On, Showtime di dalam aplikasi VIU hari ini.

Jumlah episod 16
Tayangan 23 April 2022 – 12 Jun 2022
Pelakon Park Hae Jin (Cha Cha Woong), Jin Ki Joo (Go Seul Hae), Jung Joon Ho (Choi Gum)

From Now on Showtime Trailer

Ghost Doctor

Ghost Doctor
Misteri tetapi masih ada unsur humor, itu yang boleh digambarkan K-Drama Ghost Doctor diterajui oleh pelakon dan penyanyi terkenal Rain dan Kim Bum. Ghost Doctor mengisahkan seorang doktor genius tetapi sombong iaitu Cha Young-min (Rain) dengan seorang pelatih doktor yang kaya dan bijak dalam teori sahaja lakonan Kim Bum sebagai Go Seung-tak. Kedua-dua mereka mula berhubung dan akrab selepas Cha Young-min terlibat dalam kemalangan ‘dirancang’ dan koma.

Ketika koma, Cha Young-min menjadi roh (hantu) dan kelibatnya hanya boleh dilihat oleh Go Seung-tak. Mereka berdua juga berjaya menyelesaikan beberapa kes perubatan dan membongkar misteri kemalangan Cha Young-min . Gelagat dua doktor saling bergaduh dan dirasuk pasti mencuit hati penonton. Apakah kesudahan nasib Cha Young-min, adakah terus kekal menjadi roh atau mendapat pembelaan dan kembali hidup normal? Saksikan Ghost Doctor di Viu dan sudah ditayangkan sebanyak 16 episod.

Jumlah episod 16
Tayangan January 3 – February 22, 2022
Pelakon Rain (Cha Young-min), Kim-Bum (Go Seung-tak), Uee (Jang Se-jin), Son Na-eun (Oh Soo-jeong)

Ghost Doctor Trailer

Tidak dinafikan kebanyakan drama Korea Selatan menyajikan plot serta jalan cerita menarik untuk tatapan penonton selain penampilan pelakon handalan yang bukan sahaja berbakat malah sedap mata memandang. Tidak hairanlah fenomena K-Drama seperti tiada penghujung dan menjadi kegemaran ramai tidak kira peringkat umur.

Ingin menonton K-Drama terkini? Anda dicadangkan untuk melanggan aplikasi atau portal yang berdaftar dan tonton K-Drama anda di mana sahaja dan bila-bila masa.



Related posts