Kejar Impian : Pohon Diploma Pengurusan Hotel di 5 Universiti dan Kolej ini di Malaysia

Kejar Impian : Pohon Diploma Pengurusan Hotel di 5 Universiti dan Kolej ini di Malaysia
Gaya hidup


Salah satu industri yang menjadi penyumbang penting kepada ekonomi negara adalah industri pelancongan negara. Pelbagai warisan budaya dan kepelbagaian tarikan pelancongan dipromosikan termasuk pengalaman penginapan terbaik di Malaysia. Jadi, siapa yang mempunyai tanggapan bahawa industri perhotelan ini tidak sehebat sektor lain, anda ternyata salah. Ia adalah antara industri yang tidak akan lupus, kerana permintaannya boleh dikatakan sepanjang masa.

Dan bukan sebarangan orang ya boleh terlibat dalam industri perhotelan ini. Ia kerana ilmu dan latihan pengurusan hotel sangat penting dalam membantu memperhebatkan industri pelancongan itu. Jika anda mempunyai minat, dan mahu menjadi antara penggiat industri ini,senarai tempat pengajian di bawah mungkin dapat membantu anda.

YTL International College of Hotel Management

YTL International College of Hotel Management
Kolej Pengurusan Hotel Antarabangsa YTL (YTL-ICHM), telah beroperasi sejak 2003 dan bertempat di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Konsep yang disediakan adalah mengikut konsep ‘pendidikan butik’, di mana pelajar akan didedahkan dengan pengalaman professional di bawah bimbingan pakar pensyarah berpengalaman.

Di sini, pelajar akan didedahkan dengan kemahiran asas untuk menyediakan masa depan yang menarik dalam dunia perhotelan dan seni masakan. Pelajar akan mendapat pandangan yang berharga dalam kedua-dua teori dan arahan praktikal dan diberi peluang untuk melatih di bawah pakar dalam industri untuk mendapatkan pengalaman langsung.

Tumpuan akan diberikan lebih kepada kaedah pembelajaran kreatif dan moden. Memandangkan latihan amali adalah sebahagian daripada program ini, pelajar akan ditempatkan untuk latihan di resort dan hotel kami yang memenangi anugerah di seluruh dunia

Kelebihan YTL International College of Hotel Management:

  • Pendedahan kepada latihan teknikal
  • Disokong oleh Swiss Education Group (SEG)
  • Pensyarah berpengalaman
  • Belajar semua aspek utama industri hospitality, pelbagai kemahiran khusus, teknikal dan pengurusan
  • Mempunyai fasiliti lengkap

Kekurangan YTL International College of Hotel Management:

  • Lokasi di tengah bandar Kuala Lumpur yang agak sibuk; masalah kos ke pusat pengajian dan lokasi parkir kenderaan

Info YTL International College of Hotel Management:

Nama Kolej/Universiti: YTL International College of Hotel Management
Alamat: Level 2, Yeoh Tiong Lay Plaza, 55, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Website: https://www.ytl-ichm.edu.my/

UniSHAMS

UniSHAMS
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), adalah universiti yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Insaniah. UniSHAMS telah dinaik taraf kepada status universiti pada tahun 2018 dan sehingga kini UniSHAMS telah berjaya melahirkan lebih 10,000 graduan dalam pelbagai bidang pengajian antaranya Diploma in Hotel Management.

Program sepenuh masa ini diwujudkan untuk melengkapkan pelajar dengan asas pengurusan hospitaliti dan pengetahuan khusus dalam perniagaan hospitaliti berdasarkan pematuhan Syariah. Pelajar juga berpeluang mempelajari semua kemahiran menyeluruh dalam pengurusan hotel dan pengurusan katering serta kemahiran peribadi untuk berjaya dari bawah hingga ke peringkat penyeliaan. Sepanjang tiga tahun, pelajar akan mempelajari semua aspek utama operasi hospitaliti seperti pengeluaran makanan, perkhidmatan makanan dan tempat tinggal. Kurikulum ini juga menekankan kompetensi berkaitan komunikasi berkesan, perhubungan sesama manusia, keusahawanan dan kepelbagaian budaya.

Kelebihan UniSHAMS:

  • Pelajari aspek utama operasi hospitaliti
  • Didedahkan dengan kemahiran menyeluruh pengurusan hotel dan penyeliaan
  • Pensyarah berpengalaman
  • Mempunyai fasiliti lengkap

Kekurangan UniSHAMS:

  • Tiada program lanjutan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda

Info UniSHAMS:

Nama Kolej/Universiti: Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Alamat: Universiti Islam Antarabangsa, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah,09300 Kuala Ketil, Kedah Darul Aman
Website: https://unishams.edu.my/index.php

Kolej Reliance

Kolej Reliance
Ditubuhkan pada awal 1980-an, Kolej Reliance merupakan perintis dalam bidang pendidikan Pelancongan dan Hospitaliti. Mereka menawarkan pengalaman pendidikan canggih yang direka untuk memberi anda latihan praktikal pakar bersama kemahiran pengurusan yang anda perlukan untuk kerjaya dalam industri hospitaliti global. Kolej ini juga menawarkan sambungan industri yang kukuh dan kurikulum berkualiti tinggi untuk melancarkan kerjaya anda dalam bidang hospitaliti dan bersedia menghadapi perubahan sifat kerja.

Diploma Reliance dalam Pengurusan Hotel ialah program pelbagai disiplin unik yang direka untuk melengkapkan anda dengan kemahiran praktikal dan pengetahuan penting yang penting untuk berkembang maju dalam industri pengurusan hotel dan bidang berkaitannya, termasuk hospitaliti, pelancongan dan perjalanan. Diploma ini akan memberi anda pemahaman yang mendalam tentang ‘sebalik tabir’ sesebuah industri.

Kelebihan Kolej Reliance:

  • Lengkapkan latihan amali yang akan meningkatkan CV dan prospek pekerjaan anda dengan ketara
  • Pelajar akan menjalani pengalaman langsung dan praktikal termasuk pengurusan hospitaliti dan pelancongan.
  • Dapatkan pengetahuan eksklusif dalam aspek operasi industri yang berbeza
  • Modul pembelajaran 2 tahun setengah

Kekurangan Kolej Reliance:

  • Hanya untuk pelajar ‘full-time’ sahaja

Info Kolej Reliance:

Nama Kolej/Universiti: Kolej Reliance
Alamat: VSQ @ PJ CITY CENTRE
Ground Floor, VSQ Petaling Jaya City Centre, Jalan Utara, Seksyen 14, 46200, Petaling Jaya, Selangor
Website: https://www.reliance.edu.my/

University College Sabah Foundation

University College Sabah Foundation
Diploma in Hotel Management di University College Sabah Foundation (UCSF)mengambil pendekatan praktikal dan terdiri daripada gabungan kelas dan latihan praktikal untuk membawa pelajar ke landasan pantas untuk berjaya dalam dunia hospitaliti. Selain daripada memperoleh gabungan kecekapan yang baik yang diperlukan dalam bidang hospitaliti, pelajar yang memilih program ini juga akan mengambil satu set kursus perniagaan teras yang komprehensif supaya mereka bersedia untuk menjawat jawatan pengurusan dalam industri atau, memulakan perniagaan mereka sendiri , serta yakin bahawa mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya.
Semasa mengikuti program ini, anda akan pergi ke lawatan lapangan, bertemu dan menunjukkan kemahiran anda kepada profesional yang berjaya dari industri perhotelan dan berkongsi idea anda dengan pensyarah jemputan dan pakar industri.

Kelebihan University College Sabah Foundation:

  • Pendedahan secara praktikal kepada pelajar
  • Set kursus teras komprehensif
  • Lawatan ke industri perhotelan
  • Pensyarah berpengalaman

Kelebihan University College Sabah Foundation:

  • Lokasi agak jauh di Sabah

Kelebihan University College Sabah Foundation:

Nama Kolej/Universiti: UNIVERSITY COLLEGE SABAH FOUNDATION
Alamat: Jalan Sanzac Sembulan, 88100 Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA
Website: https://www.ucsf.edu.my/

Kolej Cosmopoint

Kolej Cosmopoint
Kolej Cosmopoint telah ditubuhkan pada tahun 1991 dan secara keseluruhan terdapat 11 buah kolej yang terletak di seluruh Malaysia, dari utara ke selatan, dari Semenanjung Malaysia ke Malaysia Timur. Cawangannya terletak di Sungai Petani, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuching, dan Kota Kinabalu, yang memberi manfaat kepada pelajar yang tidak perlu melakukan perjalanan jauh dari rumah untuk mengejar impian mereka.

Menariknya, 8 dari 11 Kolej Cosmopoint diiktiraf kolej 5-Bintang oleh Kementerian Pengajian Tinggi melalui Malaysia Quality Evaluation System (MyQuest) pada tahun 2017. Secara keseluruhan, Cosmopoint College kini dalam kelompok 30% tertinggi di antara semua kolej swasta di Malaysia.

Dengan lebih 30 tahun pengalaman, lebih 50,000 graduan, dan pengiktirafan dari Kementerian Pengajian Tinggi, Kolej Cosmopoint terus menyediakan Pendidikan 5-bintang untuk semua! Program ini mensasarkan untuk melengkapkan pelajar dengan asas pengurusan hotel dan juga pengetahuan khas dalam bidang perniagaan hotel serta menjawat jawatan pengurusan dalam industri ini.

Demi melayakkan diri untuk peranan pengurusan, pelajar diberi latihan yang berkesan untuk pengurusan peringkat pertengahan dalam semua bidang dan pastinya memanfaatkan bakal majikan mereka.

Kelebihan Kolej Cosmopoint:

  • Bantuan keewangan PTPTN disediakan
  • Pendedahan secara praktikal kepada pelajar
  • Pensyarah berpengalaman
  • Akses mudah kepada pengangkutan awam, kawasan komersial dan perniagaan

Kekurangan Kolej Cosmopoint:

  • Program ini hanya menawarkan diploma. Malangnya, tiada pilihan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Info Kolej Cosmopoint:

Nama kolej/Universiti: Kolej Cosmopoint
Alamat: No 77 -78, Wisma Cosmopoint, 75a, Lorong Mawar 1, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah
Website: https://cosmopointcollege.edu.my/

Masa depan dalam bidang pengurusan hotel adalah sangat luas dan sentiasa mendapat permintaan. Ini kerana keperluan pekerja hotel terlatih semakin meningkat dengan bertambahnya hotel-hotel baru di Malaysia. Ini sekaligus, menjamin tidak akan ada pengurangan dalam pekerjaan bagi pelajar pengurusan hotel. Sesetengah pusat pengajian tidak menyediakan biasiswa atau pinjaman kepada pelajar. Jadi, kaji terlebih dahulu pakej yang ditawarkan sebelum memohonnya okay.



Related posts