5 Jam Tangan Lelaki Terbaik Bawah RM1000: Panduan Hadiah Belian Bernilai Terunggul

5 Jam Tangan Lelaki Terbaik Bawah RM1000: Panduan Hadiah Belian Bernilai Terunggul
Fesyen


Fesyen dan gaya hidup sentiasa berubah. Sama juga dengan aksesori gaya seperti jam tangan tidak lagi berfungsi sekadar jam, tetapi menjadi simbol untuk menampilkan karakter sebenar seseorang. Bagi lelaki, jam tangan bukan sekadar pemberitahu masa, malah lebih daripada itu kerana ia menjadi pelengkap gaya seharian. Seiring perubahan zaman, jam tangan juga mengalami revolusi hingga pelbagai rekaan menarik dan dipenuhi ciri maskulin memenuhi pasaran. Rekaannya tidak lagi terhad kepada bentuk, jarum dan nombor, tetapi diperincikan dengan pelbagai fungsi serta ciri bersesuaian.

Pelbagai jenama sentiasa komited menghasilkan rekaan baru jam tangan untuk lelaki seiring dengan perubahan gaya dan peralihan fesyen semasa. Kebanyakan lelaki hari ini mengambil kira soal jenama, rekaan, perincian dan harga untuk disesuaikan dengan gaya mereka. Sesuai untuk belian bernilai terunggul untuk dihadiahkan kepada bapa, suami, teman lelaki, sahabat baik atau diri sendiri, kali ini kami tampilkan 5 koleksi jam tangan terbaik harga bawah RM1000 untuk mereka yang mementingkan fungsi tapi masih mahu mengekalkan gaya maskulin.

Daniel Wellington Classic Cornwall Watch

Daniel Wellington Classic Cornwall Watch

Daniel Wellington diasaskan pada 2011, oleh rakyat Sweden, Filip Tysander. Jenama Daniel Wellington mengeluarkan pelbagai siri jam tangan khas untuk lelaki antaranya seperti Classic Cornwall Watch. Daniel Wellington Classic Cornwall Watch jam tangan khas untuk lelaki mempunyai keunikan tersendiri diilhamkan melengkapi kehidupan urban yang selesa. Reka bentuk muka jam yang bulat dan tali NATO hitam melengkapkan kisah reka bentuk asli koleksi itu sesuai buat jejaka yang gemarkan kehidupan ringkas. Daniel Wellington Classic Cornwall Watch merangkumi beberapa ciri-ciri elegan dan klasik hadir dalam dua warna pilihan iaitu Rose Gold dan Silver. Begitu juga dengan pilihan saiz talinya, Daniel Wellington Classic Cornwall Watch menawarkan dua pilihan panjang tali fabrik jenis polister iaitu 36mm atau 40mm. Diperbuat daripada keluli, selain tahan karat, Daniel Wellington Classic Cornwall Watch juga kalis air 3 ATM. Cermin pemukanya tahan lasak dihasilkan menggunakan kaca mineral kristal yang memberikan lebih perlindungan jika tercalar.

Kelebihan Daniel Wellington Classic Cornwall Watch:

  • Nipis, ringan tetapi tahan lasak
  • Mudah, ringkas dan selesa dipakai
  • Kalis air hujan
  • Ada pilihan 2 warna iaitu Gold Rose dan Silver

Kekurangan Daniel Wellington Classic Cornwall Watch:

  • Reka bentuk generik. Digunakan kebanyakan jenama lain

Spesifikasi Daniel Wellington Classic Cornwall Watch:

Jenis: Analog
Tempoh jaminan: 2 Tahun
Harga: RM 880

SUUNTO 5 Peak All Black

SUUNTO 5 Peak All Black

Jenama SUUNTO peneraju bagi jam tangan untuk individu yang aktif. SUUNTO 5 Peak All Black, jam tangan keluaran terbaharu jenama ini padat dengan mod dan ciri-ciri yang mudah untuk dinavigasi. SUUNTO 5 Peak All Black didatangkan dengan pelbagai ciri-ciri menarik antaranya kawalan muzik yang memastikan pemakai mempunyai kawalan lagu yang tepat ketika memakainya. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan navigasi Sistem Kedudukan Global (GPS) termasuk petunjuk navigasi lengkap bagi memastikan pemiliknya selamat di laluan tanpa perlu risau terpesong atau tersesat. Sesuai dengan ciri-ciri DNAnya, SUUNTO 5 Peak All Black dibina untuk menahan semua keadaan cuaca dengan bezel keluli tahan karat yang tahan lama dan kalis air sehingga 30 meter. Ia juga serasi dengan sensor basikal jenama itu dan tali pinggang pintar supaya penggunanya boleh mendapat lebih banyak kelebihan daripada setiap pengembaraan mereka. SUUNTO 5 Peak All Black menawarkan hayat bateri sehingga 100 jam, datang dengan enam warna tali jam yang berbeza.

Kelebihan SUUNTO 5 Peak All Black:

  • Pemetaan dan navigasi yang hebat
  • Ringan dan selesa
  • Penjejakan tidur yang boleh dipercayai
  • Ringan seberat 36gram

Kekurangan SUUNTO 5 Peak All Black:

  • Diperbuat daripada kanta plastik (Non-toughened glass)

Spesifikasi SUUNTO 5 Peak All Black:

Jenis: Digital
Tempoh jaminan: 2 Tahun
Harga: RM 989.00

Fossil Special Edition Star Wars™ Darth Vader™ Three-Hand Black Silicone Watch

Fossil Special Edition Star Wars™ Darth Vader™ Three-Hand Black Silicone Watch

Star Wars bukan filem biasa, ia sangat berpengaruh dalam sejarah pembikinan filem antarabangsa. Peminatnya bukan seribu dua, tetapi berjuta peminat setia dari segenap pelosok dunia. Berita baik buat peminat Star Wars! Label jam tangan, Fossil melancarkan koleksi istimewa bersama watak ikonik Star Wars yang cukup mengujakan. Koleksi ini menghembuskan inovasi kepada Star Wars dengan sentuhan personaliti warna-warna yang tersendiri. Kolaborasi Fossil Special Edition Star Wars™ Darth Vader™ Three-Hand Black Silicone Watch ini menampilkan karakter-karakter epik kegemaran ramai sempena meraikan 40 tahun Star Wars™ Return of The Jedi™. Jam tangan edisi istimewa ini direka dengan penuh teliti menampilkan tali silikon hitam, kesan bercahaya pada muka jam dan kotak khas yang bercahaya jika diletakkan di kawasan gelap. Edisi terhad jam tangan Fossil ini dirancang khusus untuk menghormati beberapa watak ikonik dari Star Wars seperti Luke Skywalker, Leia Organa, Han Solo, Chewie, R2-D2, dan C-3PO dengan setiap jam mempunyai ilustrasi berlainan. Diperbuat daripada material pemuka kristal mineral dan keluli tahan karat bagi badan jam, Fossil Special Edition Star Wars™ Darth Vader™ Three-Hand Black Silicone Watch adalah kalis air dengan kedalaman 5 ATM

Kelebihan Fossil Special Edition Star Wars™ Darth Vader™ Three-Hand Black Silicone Watch:

  • Kotak jam istimewa edisi terhad diberikan
  • Pemuka kristal mineral tahan calar
  • Warna dan ilustrasi menarik
  • Kalis air 5 ATM

Kekurangan Fossil Special Edition Star Wars™ Darth Vader™ Three-Hand Black Silicone Watch:

  • Sukar diperolehi di pasaran biasa

Spesifikasi Fossil Special Edition Star Wars™ Darth Vader™ Three-Hand Black Silicone Watch:

Jenis: Analog
Tempoh jaminan: 2 Tahun
Harga: RM 769.00

GUESS Phoenix Mens Trend Blue Colour

GUESS Phoenix Mens Trend Blue Colour

Guess pertama kali bermula sebagai jenama denim di Beverly Hills diasaskan oleh Paul dan Maurice Marciano. Khas untuk peminat warna biru! Jenama Guess menampilkan koleksi terbarunya yang dilengkapi nilai, ciri mewah, identiti unik, personaliti serta komitmen reka bentuk tersendiri. Siri GUESS Phoenix Mens Trend Blue Colour merangkul segenap ruang inovasi. GUESS Phoenix Mens Trend Blue Colour jam tangan klasik dan moden, sesuai dengan pelbagai gaya mahupun personaliti. Ketara luar biasa, potongan separa empat segi dan ovul jam ini dikemaskan secara dramatik tertumpu ke bahagian tengah untuk kesan kotak infiniti tiga dimensi. Aspek emas kecil pada jam ini memberi sedikit warna. Manakala corak kedalaman dan sudut jam menampilkan logo GUESS dan dipadankan dengan tali getah jenis silikon biru. Justeru, dengan kepakaran pasukan pereka jam siri GUESS Phoenix Mens Trend boleh diangkat koleksi terbaru penuh inovasi. GUESS Phoenix Mens Trend Blue Colour kalis air untuk kedalam sehingga 50m dan diperbuat daripada pemuka kaca mineral kalias calar serta sarung polikarbonat.

Kelebihan GUESS Phoenix Mens Trend Blue Colour:

  • Reka bentuk mewah dan elegan
  • Pemuka kristal mineral tahan calar
  • Tali silicon tahan lasak
  • Kalis air sehingga kedalaman 50m

Kekurangan GUESS Phoenix Mens Trend Blue Colour:

  • Jenama menjadi sasaran produk tiruan

Spesifikasi GUESS Phoenix Mens Trend Blue Colour:

Jenis: Analog
Tempoh jaminan: 1 Tahun
Harga: RM749.00

Casio G-Shock Teal and Brown Series GA-2100RC-1A

Casio G-Shock Teal and Brown Series GA-2100RC-1A

Syarikat multinasional Jepun, Casio mengeluarkan jam tangan isitmewa G-Shock Teal and Brown Series GA-2100RC-1A. Dengan fizikal digital-analog, Casio G-Shock Teal and Brown Series GA-2100RC-1A berkongsi komitmennya dalam mewujudkan nilai baru akan datang. Casio G-Shock Teal and Brown Series GA-2100RC-1A ketika ini mendapat perhatian dalam kalangan orang muda yang kerana gayanya yang semakin ‘trendy’. Casio G-Shock Teal and Brown Series GA-2100RC-1A hadir dengan struktur tahan gegaran dan tahan lasak seperti siri-siri sebelumnya. Ciri asalnya yang kalis daripada sebarang hentakan tetap menjadi keutamaan dalam penghasilan produk ini. Casio G-Shock Teal and Brown Series GA-2100RC-1A, jam tangan penuh gaya maskulin pasti memberi inspirasi kepada satu perjalanan yang berani dan perlu dimiliki mereka yang aktif dan lasak. Casio G-Shock Teal and Brown Series GA-2100RC-1A bersaiz sederhana dengan lampu LED berganda dan mempunyai anggaran hayat bateri sehingga 3 tahun lamanya. Casio G-Shock Teal and Brown Series GA-2100RC-1A dianggap fenomena apabila ia memberi persepsi terhadap penghasilan jam tangan lasak kerana ketahanannya yang tidak mudah rosak mahu pun pecah akibat kejutan graviti.

Kelebihan Casio G-Shock Teal and Brown Series GA-2100RC-1A:

  • Ringan dan selesa pada tangan
  • Bateri tahan sehingga 3 tahun
  • Tahan lasak
  • Kalis air

Kekurangan Casio G-Shock Teal and Brown Series GA-2100RC-1A:

  • Jenama menjadi sasaran produk tiruan

Spesifikasi Casio G-Shock Teal and Brown Series GA-2100RC-1A:

Jenis: Analog-Digital
Tempoh jaminan: 1 Tahun
Harga: RM 545.00

Perubahan zaman kini meletakkan jam tangan bukan sekadar pemberitahu masa, malah diangkat sebagai aksesori pelengkap gaya yang menjadi cermin menggambarkan karakter seseorang. Pemakaian jam tangan terutama bagi kaum Adam dianggap suatu kemestian untuk tampil lebih maskulin dan elegan di pejabat, majlis korporat mahupun acara penting. Begitu juga waktu santai, jam tangan tidak lagi dianggap sebagai penunjuk masa, namun lebih kepada pilihan aksesori untuk menyerlahkan lagi penampilan diri. Berlainan dengan kaum Hawa yang mempunyai lebih banyak pilihan untuk dijadikan aksesori selain daripada jam tangan.

Tidak hairanlah pembuat jam tangan kini semakin kreatif dan inovatif agar pemakaian aksesori itu bukan saja sebagai keperluan, malah dapat memberi keyakinan kepada si pemakai terutama bagi lelaki. Jam tangan juga melambangkan personaliti si pemakainya dengan direka khusus untuk menggambarkan diri mereka. Sebelum membeli jam tangan, ketahui karektor diri sendiri atau si bakal penerima jam terlebih dahulu agar pembelian tidak sia-sia dan membazir.



Related posts