Kerja Membersih Lantai Dan Permaidani Lebih Cekap Dengan 5 Pembersih Vakum Terkini di Malaysia

Kerja Membersih Lantai Dan Permaidani Lebih Cekap Dengan 5 Pembersih Vakum Terkini di Malaysia
Peralatan rumah


Amalan membersih lantai dan permaidani secara berkala sangat sinonim bagi masyarakat di negara ini. Kerja pembersihan dibuat bagi memastikan setiap sudut rumah berada dalam keadaan bersih dan sempurna demi keselesaan penghuni dan tetamu. Namun, tanpa peralatan yang lengkap, kerja membersihkan rumah pasti menjadi sukar dan mungkin memakan masa lebih lama. Justeru, tidak hairan jika inovasi produk pembersihan seperti vakum dengan teknologi canggih mula mendapat perhatian ramai pengguna di negara ini. Kini, vakum yang digunakan secara meluas bukan sahaja dapat menjimatkan masa bahkan dapat mengurangkan penggunaan tenaga.

Hari ini, pembersih vakumi dilengkapi dengan siri teknologi pintar baharu yang direka untuk membawakan automasi, kemudahan dan manfaat kepada pengguna. Ia berupaya menguruskan keseluruhan proses pembersihan lantai dan permaidani dengan begitu efisyen. Selain menyedut habuk dan membersihkan kotoran, kebanyakkan model pembersih vakum terkini di Malaysia berupaya berfungsi sebagai mop mengelap cecair. Pastinya menjadikan fungsi pembersih vakum seperti ini benar- benar menjimatkan masa pengguna dalam melakukan kerja mengemas rumah. Ini cadangan 5 pembersih vakum terkini yang lebih cakap terdapat di Malaysia.

Electrova iTech PRO Smart Cordless Vacuum Cleaner

Electrova iTech PRO Smart Cordless Vacuum Cleaner
Electrova iTech PRO Smart Cordless Vacuum Cleaner dengan teknologi terbaharu sistem iTech SMART control 6 mod kelajuan (Kawalan Skrin Sentuh) menjadikan kerja membersihkan lebih mudah dan pantas. Memiliki 5 sistem filter penapisan untuk memerangkap habuk, debu dan helaian rambut, Electrova iTech PRO Smart Cordless Vacuum Cleaner sesuai untu kegunaan semua permukaan kayu, mozek dan karpet.

Direka dengan motor digital kecil, ringan serta tanpa wayar, Electrova iTech PRO Smart Cordless Vacuum Cleaner sangat mudah dikendalikan dengan kuasa sedutan sehingga 23000PA. Sedutan yang kuat dan penggelek pembersih Electrova iTech PRO Smart Cordless Vacuum Cleaner yang lembut mampu mengeluarkan habuk halus dan serpihan besar dari lantai. Sedutannya yang membolehkan kotoran dibersihkan dari dalam dan membersihkan kotaran terperangkap dalam permaidani.
Dengan Electrova iTech PRO Smart Cordless Vacuum Cleaner rumah juga akan menjadi lebih bersih kerana mesin penapisannya mampu menangkap 99 peratus zarah sekecil 0.3 mikron sekali gus menangkap habuk dan alergen bagi membersihkan udara. Ia juga diperhebat dengan bateri berkuasa 250w yang membolehkan berfungsi sehingga 55 minit tanpa sebarang berat tambahan.

Kelebihan Electrova iTech PRO Smart Cordless Vacuum Cleaner:

  • Memiliki perakuan sijil SIRIM, CE dan IECEE
  • Mempunyai fungsi mengemop
  • Memerangkap 99 peratus bakteria
  • Ada 6 mod kelajuan dengan kawalan skrin sentuh berteknologi

Kekurangan Electrova iTech PRO Smart Cordless Vacuum Cleaner

  • Bunyi kurang senyap

Spesifikasi Electrova iTech PRO Smart Cordless Vacuum Cleaner:

Berat: 1.6kg
Tempoh jaminan: 2 Tahun
Harga: RM319.00

MMX Aero Pro S23e Wet & Dry Cordless Vacuum Cleaner

MMX Aero Pro S23e Wet & Dry Cordless Vacuum Cleaner
MMX jenama perkakas rumah dengan pasukan R&D dari Jerman memperkenalkan pembersih vakum terkini iaitu MMX Aero Pro S23e Wet & Dry Cordless Vacuum Cleaner. Ledakan teknologi mendorong MMX Aero Pro S23e Wet & Dry Cordless Vacuum Cleaner dilancarkan pada harga yang cukup kompetitif. MMX Aero Pro S23e Wet & Dry Cordless Vacuum Cleaner dilengkapi dengan ciri kendalian mudah, ringan dan bantuan kuasa tolakan yang menjadikan ia vakum yang memerlukan tenaga yang begitu minimum.
Ia didatangkan dengan ciri tambahan seperti Mod Pengesan Habuk Automatik yang melaras tetapan sedutan secara automatik mengikut tahap kekotoran dengan motor kuasa sedutan 23kPa. Pembersih vakum ini tidak terhad digunakan di dalam ruang kediaman kerana dengan tanpa wayar, ia turut boleh digunakan untuk membersihkan dalam kereta. Membersih bilik tidur ketika anak sedang tidur juga tidak menjadi masalah kerana pembersih vakum MMX Aero Pro S23e Wet & Dry Cordless Vacuum Cleaner ini juga kurang bunyi bising iaitu hanya 80dB. Bagi anda yang ingin menjadikan kerja mengemas rumah lebih praktikal, mudah dan cepat, pembersih vakum MMX Aero Pro S23e Wet & Dry Cordless Vacuum Cleaner pasti tidak mengecewakan anda.

Kelebihan MMX Aero Pro S23e Wet & Dry Cordless Vacuum Cleaner:

  • Pengecasan sangat pantas
  • Boleh berfungsi sebagai mop
  • Bunyi senyap dan tidak bising
  • Diperakui SIRIM

Kekurangan MMX Aero Pro S23e Wet & Dry Cordless Vacuum Cleaner:

  • Aksesori lain dijual berasingan

Spesifikasi MMX Aero Pro S23e Wet & Dry Cordless Vacuum Cleaner:

Berat: 1.6kg
Tempoh jaminan: 24 Bulan
Harga: RM338.80

Corvan 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner & Cordless Mop K18

Corvan 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner & Cordless Mop K18
Sambutan luar biasa pembersih vakum Corvan 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner & Cordless Mop K18 di pasaran Malaysia ketika ini memang luar biasa. Ini kerana Corvan 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner & Cordless Mop K18 dilengkapi dengan 6 tahap pembersihan udara dengan gred profesional H12 penapis HEPA yang berteknologi tinggi, menjadikannya lebih mesra pengguna, terutama yang mempunyai alahan dan asma. Kuasa sedutan ultra Corvan 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner & Cordless Mop K18 pada 201AW berupaya menyedut setiap jenis kotoran dengan hanya sekali sedutan.
Berus anti kusut yang disertakan membantu proses sedutan rambut dan bulu haiwan peliharaan supaya pengguna tidak perlu bersusah payah untuk mengeluarkan rambut daripada berus vakum selepas setiap penggunaan. Corvan 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner & Cordless Mop K18 direka sempurna dengan pad gentian mikro mop dwi-motor yang berputar pada kelajuan 250 putaran seminit, menghasilkan kuasa mengemop seperti sentalan manual menggunakan dua tangan. Lebih mengujakan, sistem UltraCyclone membolehkan Corvan 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner & Cordless Mop K18 menyimpan semua debu dan kotoran dengan rapi dalam bekas kotoran tanpa beg sebesar 800ml.

Kelebihan Corvan 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner & Cordless Mop K18

  • Vakum dengan fungsi Mop
  • 6 lampu LED berkuasa tinggi yang membantu mendedahkan habuk halus
  • Ringan dengan reka bentuk ergonomik
  • Paparan skrin sentuh digital
  • Kuasa sedutan yang kuat dan berkesan

Kekurangan Corvan 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner & Cordless Mop K18:

  • Ada sedikit perbezaan fungsi jenis biasa dan PRO

Spesifikasi Corvan 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner & Cordless Mop K18:

Berat: 1.5kg
Tempoh jaminan: 12 Bulan
Harga: RM1298.00

Philips SpeedPro Aqua Cordless 5000 series

Philips SpeedPro Aqua Cordless 5000 series
Philips tampil memperkenalkan Philips SpeedPro Aqua Cordless 5000 series ciri utama yang menarik perhatian pengguna adalah fungsi vakum dan mop dalam satu peranti tawar pengalaman pembersihan lebih pantas serta efisien. Sambil menyedut kotoran, Philips SpeedPro Aqua Cordless 5000 series berkerja serentak mengemop lantai sambil menawarkan jaminan pembasmian bakteria sehingga 99 peratus. Selain itu, teknologi Power Cyclone 7 pada Philips SpeedPro Aqua Cordless 5000 series pula membantu vakum mengasingkan udara dengan debu dengan baik bagi memastikan hayat dan prestasi vakum lebih berpanjangan.
Dengan muncung sedutan 180 darjah, Philips SpeedPro Aqua Cordless 5000 series mampu menyedut kotoran pada setiap permukaan termasuk tempat yang sukar dicapai dan tersembunyi. Dari segi prestasi, vakum ini dilengkapi dengan bateri litium 21.6V Li-Ion berkuasa tinggi yang mampu berfungsi sehingga 50 minit dalam mod biasa dan 22 minit untuk mod turbo sebelum perlu dicas semula. Lebih mengagumkan, Philips SpeedPro Aqua Cordless 5000 series dimuatkan dengan motor PowerBlade yang berupaya menghasilkan kuasa sedutan angin berkelajuan tinggi.

Kelebihan Philips SpeedPro Aqua Cordless 5000 series:

  • Hapus 99 peratus debu dan bakteria
  • Bateri litium berkuasa tinggi 21.6V Li-Ion berfungsi sehingga 50 minit penggunaan
  • Lampu LED bantu kesan debu, rambut atau serpihan kecil
  • Pad mikrofiber mop boleh dicuci menggunakan tangan atau mesin basuh

Kekurangan Philips SpeedPro Aqua Cordless 5000 series:

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi Philips SpeedPro Aqua Cordless 5000 series:

Berat: 2.1kg
Tempoh jaminan: 2 Tahun
Harga: RM1549.00

PANASONIC MC-SB85 Powerful Cyclone Lightweight Cordless Stick Vacuum Cleaner

PANASONIC MC-SB85 Powerful Cyclone Lightweight Cordless Stick Vacuum Cleaner
PANASONIC MC-SB85 Powerful Cyclone Lightweight Cordless Stick Vacuum Cleaner, pembersih vakum buatan Jepun dengan Teknologi Float-Lite terkini paling laris di Malaysia. PANASONIC MC-SB85 Powerful Cyclone Lightweight Cordless Stick Vacuum Cleaner model ringan direka untuk menjadikan pembersihan lebih mudah dan bebas tekanan minda khas untuk individu yang mempunyai anak dan haiwan peliharaan berbulu.
Dengan ciri pembersihan lantai fleksibel 360 darjah yang ada pada PANASONIC MC-SB85 Powerful Cyclone Lightweight Cordless Stick Vacuum Cleaner, menjadikannya mudah dan efisien untuk bergerak ke sudut dan ruang sempit. Ia juga menampilkan pemegang ergonomik baharu yang dimajukan dengan 840 paten, untuk memastikan cengkaman selesa dan navigasi mudah. PANASONIC MC-SB85 Powerful Cyclone Lightweight Cordless Stick Vacuum Cleaner hadir dengan tempoh penggunaan yang lama disumbangkan oleh lapan bateri sel ion litium berkapasiti tinggi yang terdapat pada pembersih vakum itu dengan tempoh pengecasan penuhnya selama tiga jam.
PANASONIC MC-SB85 Powerful Cyclone Lightweight Cordless Stick Vacuum Cleaner mempunyai sensor pengesan debu yang mengesan dan menyesuaikan kuasa sedutan mengikut jumlah habuk serta hama. Diod pemancar cahaya (LED) pada sensor itu secara automatik akan berubah warna daripada biru kepada merah apabila terdapat habuk atau hama pada kawasan yang hendak dibersihkan.

Kelebihan PANASONIC MC-SB85 Powerful Cyclone Lightweight Cordless Stick Vacuum Cleaner

  • Menggunakan Teknologi Float-Lite menyedut dengan efisyen
  • Menghapuskan 99 peratus bakteria dengan mudah
  • Memiliki pemisah emparan 7 silinder memisahkan habuk yang paling halus
  • Kotak habuk boleh dicuci

Kekurangan PANASONIC MC-SB85 Powerful Cyclone Lightweight Cordless Stick Vacuum Cleaner:

  • Tempoh jaminan singkat

Spesifikasi PANASONIC MC-SB85 Powerful Cyclone Lightweight Cordless Stick Vacuum Cleaner:

Berat: 2kg
Tempoh jaminan: 12 Bulan
Harga: RM2299.00

Aspek kebersihan rumah amat dititikberatkan untuk kesejahteraan bersama. Jika tidak, habuk atau hama boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit disebabkan pembersihan rumah yang tidak sempurna. Namun, rutin harian yang sibuk dengan tugasan di pejabat dan menguruskan rumah tangga menjadikan kerja membersihkan rumah sesuatu yang cukup membebankan. Kebersihan lantai misalnya, antara yang perlu diberikan perhatian dan dibersihkan selalu kerana ia mudah kotor atau bersepah. Lazimnya, lantai di ruang tamu sering menjadi tempat keluarga berkumpul. Justeru, semestinya semua orang ingin memastikan ruang berkenaan bersih dan rapi. Cara terbaik dan mudah untuk membersihkannya adalah menggunakan vakum. Lebih seronok jika rutin membersihkan lantai menggunakan vakum terkini yang serba moden, berteknologi, ringan dan multifungsi.

Seiring perkembangan dalam bidang teknologi masa kini, banyak ciptaan inovatif yang memudahkan urusan manusia telah dibangunkan. Untuk memilih pembersih vakum yang sesuai, terdapat beberapa tips yang perlu diambil kira. Pertama sekali, pastikan anda memilih jenis pembersih vakum yang sesuai dengan keperluan anda, sama ada ia boleh digunakan untuk basah dan kering atau hanya kering sahaja. Selain itu, pastikan ia mempunyai bateri yang tahan lama jika anda memerlukan pembersih vakum tanpa wayar. Terakhir, pastikan anda mengambil kira bajet anda sebelum membeli pembersih vakum yang sesuai. Dengan mengambil kira semua faktor ini, anda pasti dapat memilih pembersih vakum yang sesuai dengan keperluan anda tanpa melepasi bajet anda.



Related posts