Pengudaraan Cemerlang! Ini Kipas Siling Terbaik Untuk Semua Saiz Bilik Mengikut Bajet Anda

Pengudaraan Cemerlang! Ini Kipas Siling Terbaik Untuk Semua Saiz Bilik Mengikut Bajet Anda
Peralatan rumah


Kipas siling adalah salah satu peralatan penting di rumah yang dapat membantu meningkatkan pengudaraan dan memberikan keselesaan semasa cuaca panas. Bagi mereka yang ingin menjimatkan bajet tetapi masih ingin mengekalkan keselesaan rumah semasa menyambut raya, kipas siling adalah satu pilihan yang baik. Selain dapat membantu menyegarkan udara, kipas siling juga dapat membantu mengekalkan kelembapan dalam bilik. Ini sangat penting apabila ada tetamu yang datang berkunjung semasa musim raya kerana keadaan udara yang selesa dapat memberikan keselesaan dan kesejukan yang diperlukan. Oleh itu, pastikan anda mempertimbangkan kipas siling sebagai salah satu peralatan penting dalam rumah anda untuk menyambut raya dan memberikan keselesaan kepada keluarga dan tetamu.

Pengudaraan Cemerlang! Ini 5 Kipas Siling Terbaik Untuk Semua Saiz Bilik Mengikut Bajet Anda

DEKA DR Baby 8 42”

DEKA DR Baby 8 42”
Jika mencari kipas siling bermutu pada harga bajet, jenama DEKA adalah dicadangkan. DEKA DR Baby 8 42” merupakan model kipas siling terbaik untuk tahun 2022. Rekaan DEKA DR Baby 8 42” menggunakan bilah kipas dari material ABS. DEKA DR Baby 8 42” mempunyai fungsi dan ciri yang agak cemerlang antaranya ialah 5 pilihan kelajuan angin dan disertakan pilihan setting timer untuk 1 jam, 3 jam dan 6 jam.
Penetapan suhu dan kelajuan yang senyap dapat membantu pengguna menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mengikut suhu ruang dan bilik yang sesuai. DEKA DR Baby 8 42”, kipas siling dengan 5 bilah mempunyai alat kawalan jauh untuk memudahkan fungsi tutup dan buka. DEKA DR Baby 8 42” hadir dengan pilihan warna putih dan hitam sesuai dipadankan dengan apa jua warna dinding.

Kelebihan DEKA DR Baby 8 42”

  • Senyap dan jimat tenaga
  • 5 pilihan kelajuan angin
  • Mempunyai alat kawalan jauh
  • Harga berpatutan

Kekurangan DEKA DR Baby 8 42”

  • Rekaan seakaan sama jenama pesaing

Spesifikasi DEKA DR Baby 8 42”

Bilangan Bilah 5
Warna White/ Black
Tempoh Jaminan 1 Tahun
Harga RM198.00

KDK Z Series K14YZ-PBR/ K14YZ-GY

KDK Z Series K14YZ-PBR/ K14YZ-GY
KDK Z Series K14YZ-PBR/ K14YZ-GY jenama kipas siling terkemuka Jepun, Kawakita Denki Kigyousha yang tidak asing lagi. Percayalah setiap kali mencari kipas siling, jenama KDK adalah pilihan utama pengguna untuk diteliti. KDK mengeluarkan pelbagai jenis kipas siling bermutu dan tahan lama antaranya KDK Z Series K14YZ-PBR/ K14YZ-GY dilengkapi alat kawalan jauh untuk mengaktifkan fungsi kipas kepada tiga kelajuan pratetap, pemasa (1,3,6 jam) dan mod tidur.
KDK Z Series K14YZ-PBR/ K14YZ-GY mempunyai sistem operasi yang senyap setiap kali kelajuan ditingkatkan. Dengan dua model yang berbeza, reka bentuk inovatif kipas siling KDK Z Series K14YZ-PBR/ K14YZ-GY mempunyai 4 dan 5 bilah mampu menghasilkan udara angin yang kuat. Terdapat 2 pilihan warna iaitu coklat dan kelabu yang pastinya mudah untuk disesuaikan dengan dekorasi ruangan kegemaran.
KDK Z Series K14YZ-PBR/ K14YZ-GY mendapat penarafan lima bintang bagi kecekapan penggunaan tenaga daripada Suruhanjaya Tenaga. Label kecekapan tenaga dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga kepada pengilang alat elektrik untuk mempromosikan alat elektrik cekap tenaga dalam pasaran.

Kelebihan KDK Z Series K14YZ-PBR/ K14YZ-GY

  • Berkualiti dan tahan lama
  • Sistem kelajuan kipas senyap
  • Mempunyai 3 tetapan (pratetap, pemasa dan mod tidur)
  • Kecekapan penggunaan tenaga diiktiraf Suruhanjaya Tenaga

Kekurangan KDK Z Series K14YZ-PBR/ K14YZ-GY

  • Harga di pasaran berubah-ubah

Spesifikasi KDK Z Series K14YZ-PBR/ K14YZ-GY

Bilangan Bilah 5
Warna K14YZ-GY (Grey) / K14YZ-PBR (Brown)
Tempoh Jaminan 12 Bulan
Harga RM419.00

KHIND Mercury 36″ / 46″ DC Ceiling Fan with LED Light Kit

KHIND Mercury 36″ / 46″ DC Ceiling Fan with LED Light Kit
Jenama KHIND pengeluar produk elektrik terkenal juga mengeluarkan kipas silingnya tersendiri. Bakal masuk ke pasaran negara tidak lama lagi, KHIND Mercury 36″ / 46″ DC Ceiling Fan with LED Light Kit antara siri kipas angin yang ditunggu-tunggu. KHIND Mercury 36″ / 46″ DC Ceiling Fan with LED Light Kit hadir dengan rantaian keselamatan built-in untuk keselamatan tambahan yang lebih jitu.
Ia bagi mengelakkan sebarang kecelakaan akibat kipas angin. Didatangkan dengan alat kawalan jauh dengan pilihan 6 kelajuan berbeza yang senyap. KHIND Mercury 36″ / 46″ DC Ceiling Fan with LED Light Kit turut dilengkapi fungsi pembalikan sesuai digunakan bersama penghawa dingin yang mendorong udara ke atas dan beredar untuk pengedaran udara sekata.
Dengan itu, pengguna dapat merasai udara yang sekata pada suhu yang selesa. Motor DC bagi KHIND Mercury 36″ / 46″ DC Ceiling Fan with LED Light Kit sangat menjimatkan tenaga, selain memiliki bilah tahan kakisan AB dan kit lampu led tiga warna 20W. Dapatkan kipas pintar siri Mercury keluaran KHIND hari ini untuk gaya hidup yang lebih sihat.

Kelebihan KHIND Mercury 36″ / 46″ DC Ceiling Fan with LED Light Kit

  • Jimat tenaga eletrik
  • Memiliki bilah tahan kakisan AB
  • Mempunyai fungsi keselamatan tambahan
  • Memiliki 3 warna pilihan iaitu Full Black, Full White dan Black with Woodgrain Blades

Kekurangan KHIND Mercury 36″ / 46″ DC Ceiling Fan with LED Light Kit

  • Stok terhad

Spesifikasi KHIND Mercury 36″ / 46″ DC Ceiling Fan with LED Light Kit

Bilangan Bilah 3
Warna Full Black / Full White / Black with Woodgrain Blades
Tempoh Jaminan 10 Tahun (untuk motor)
Harga RM601.00

Panasonic ECONAVI 5-Blade Ceiling Fan (60″) F-M15H5VBSQH

Panasonic ECONAVI 5-Blade Ceiling Fan (60") F-M15H5VBSQH
Kipas siling jenama Panasonic menjadi pilihan sejak zaman berzaman. Untuk teknologi dan inovasi terkini, Panasonic ECONAVI 5-Blade Ceiling Fan (60″) F-M15H5VBSQH diperkenalkan sebagai kipas siling mencipta aliran udara yang kuat dan juga membantu peredaran udara sejuk daripada sistem penghawa dingin. Panasonic ECONAVI 5-Blade Ceiling Fan (60″) F-M15H5VBSQH menggabungkan teknologi inovatif dengan reka bentuk kontemporari yang cantik.
ECONAVI merupakan litar bersepadu mikropemproses pintar yang menganalisis maklumat daripada penderia dan melaraskan kelajuan kipas kepada keadaan optimum. Selain itu, penderia suhu eko pintar pada Panasonic ECONAVI 5-Blade Ceiling Fan (60″) F-M15H5VBSQH juga dapat mengesan suhu sekeliling dengan tepat untuk menyeragamkan jenis kelajuan untuk tempoh masa 3 minit sekali.
Sekaligus ia dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Panasonic ECONAVI 5-Blade Ceiling Fan (60″) F-M15H5VBSQH mempunyai motor yang lebih padat, ringat dan beroperasi dengan senyap. Panasonic ECONAVI 5-Blade Ceiling Fan (60″) F-M15H5VBSQH dilengkapi dengan fungsi 1/f Yuragi yang merupakan corak turun naik untuk menjana angin sepoi-sepoi memberikan pengguna perasaan damai dan selesa.

Kelebihan Panasonic ECONAVI 5-Blade Ceiling Fan (60″) F-M15H5VBSQH

  • Menggunakan alat kawalan jauh LCD
  • Jimat tenaga
  • Bunyi yang senyap
  • Dilengkapi mod tidur

Kekurangan Panasonic ECONAVI 5-Blade Ceiling Fan (60″) F-M15H5VBSQH

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi Panasonic ECONAVI 5-Blade Ceiling Fan (60″) F-M15H5VBSQH

Bilangan Bilah 5
Warna Platinum Silver
Tempoh Jaminan 12 Bulan
Harga RM795.00

Nodoka K15UC

Nodoka K15UC
Nodoka K15UC adalah kipas siling pilihan tepat untuk individu yang sering lupa mematikan suis peralatan elektrik ketika keluar dari kediaman. Nodoka K15UC kipas siling pintar yang boleh dikawal menggunakan aplikasi selain alat kawalan jauh di rumah yang menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
Nodoka K15UC hadir dengan dua pilihan iaitu 60 inci 5 bilah diod pemancar cahaya (LED) dan bukan LED memiliki 10 pilihan kelajuan yang boleh dikawal menggunakan aplikasi. Setiap pengguna boleh mengawal sehingga 8 buah kipas siling serentak mengikut masa dan waktu.
Nodoka K15UC dilengkapi fungsi 1/f Yuragi iaitu corak turun naik yang meniru angin lembut dan semula jadi bagi menambahkan kehalusan pada kapasiti udara serta menghasilkan angin yang selesa. Nodoka K15UC dilengkapi lampu LED yang boleh dikawal daripada aplikasi mengikut kesesuaian dan keselesaan pengguna.
Sebanyak 4 tetapan lampu disediakan untuk pelbagai aktiviti harian mengikut tahap keselesaan pengguna. Kipas ini juga dilengkapi dengan mod tidur di mana kelajuan kipas dan pemasa akan menurun sebanyak dua kelajuan setiap 2 jam sehingga kipas dimatikan bagi menghasilkan suasana tidur yang optimum

Kelebihan Nodoka K15UC

  • Menjimatkan tenaga
  • Kipas pintar dikawal melalui aplikasi
  • Dilengkapi fungsi 1/f Yuragi
  • Mempunyai kawalan pencahayaan

Kekurangan Nodoka K15UC

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi Nodoka K15UC

Bilangan Bilah 5
Warna White Pearl
Tempoh Jaminan 12 Bulan
Harga RM1099.00

Pastikan kipas siling mempunyai ciri-ciri keselamatan yang boleh menyelamatkan penghuni dari apa-apa kemalangan. Kipas siling yang baik mempunyai wayar keselamatan yang memegang motor kipas ke soket siling yang boleh mengelakkannya daripada jatuh. Kipas siling yang mempunyai 3 atau 5 bilah mempunyai fungsi yang sama bergantung kepada citarasa dan pilihan tersendiri. Bagi yang lebih suka jenis rekaan kipas estetik, mungkin anda boleh memilih kipas siling yang mempunyai 3 bilah berbanding dengan 5 bilah. Namun begitu, 5 bilah kipas mampu menghasilkan angin yang kuat disebabkan jarak bilah kipas yang lebih dekat dan boleh menghasilkan angin yang lebih konsisten.

Tahukah anda kipas siling elektrik pertama dicipta oleh Philip H. Diehl pada tahun 1882, menggunakan motor elektrik mesin jahit dan lampiran bilah kayu dengannya. 140 tahun kemudian, generasi hari ini mempunyai pelbagai pilihan reka bentuk dan model kipas siling yang boleh dibanggakan dengan pelbagai fungsi terkini.



Related posts