5 Meja Belajar Multifungsi & Bergaya Pilihan Ibu Bapa Di Malaysia Untuk Anak-Anak Ketika PdPR

5 Meja Belajar Multifungsi & Bergaya Pilihan Ibu Bapa Di Malaysia Untuk Anak-Anak Ketika PdPR
Peralatan rumah


Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi pelajar di seluruh negara seawal umur 3 tahun hingga 17 tahun telah dipraktikkan hampir dua tahun di Malaysia ketika musim pandemik. Berbeza belajar di sekolah, demi kebajikan pendidikan anak-anak, ramai ibu bapa hari ini semakin peka menyediakan ruang khas untuk pembelajar yang selesa agar anak-anak boleh fokus, lebih semangat, tekun dan tidak tertekan ketika sesi pembelajaran di rumah.

Pelbagai kaedah dilakukan termasuk menyediakan meja belajar yang lebih ceria, bergaya dan pelbagai fungsi bagi meningkatkan semangat serta suasana pembelajaran norma baharu yang lebih santai. Antara pilihan meja belajar multifungsi dan bergaya pilihan ibu bapa di Malaysia untuk anak-anak mereka ketika PdPR seperti berikut.

IKEA MAMMUT Children Table

IKEA MAMMUT Children Table
Perabot jenama IKEA menjadi trend pilihan ibu bapa terutama di bandar besar kerana tahap kualiti selain harganya yang berpatutan. Bagi meja belajar kanak-kanak pra sekolah, MAMMUT merupakan carian tertinggi dan laris terjual di pasaran sehingga hari ini walaupun sudah berada lama di pasaran Gedung IKEA. MAMMUT datang dalam dua rekaan yang bergaya iaitu berbentuk bulat dan empat segi tepat dengan pilihan warna yang ceria seperti merah, biru, merah jambu dan putih. Meja ini mempunyai permukaan yang selamat untuk kanak-kanak iaitu menggunakan material plastik polipropilena bebas Bisfenol-A. Selain ringan, meja ini sangat stabil, kalis air, mudah dibersihkan dan tahan panas. MAMMUT sangat mudah dipasang dan boleh di bawa ke mana sahaja untuk kegunaan pembelajaran di rumah, membuat seni kraf, waktu makan atau berkelah di luar rumah.

Kelebihan produk

  • Harga berpatutan
  • Kalis air. Kotoran mudah dibersihkan.
  • Ringan
  • Dua saiz pilihan dengan warna pelbagai

Kekurangan produk

  • Kerusi perlu beli berasingan
  • Disyorkan untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun sahaja

Spesifikasi produk

Negara Keluaran Sweden
Saiz (Empat segi tepat) Panjang 77cm x Lebar 55cm x Tinggi 48cm
(Bulat) Tinggi 48 cm x Diameter 85 cm
Harga RM99- RM129

M6+XS Kid2Youth Kids Study Table


Penggunaan meja bersesuaian dengan bentuk fizikal seseorang amat penting bagi mewujudkan keselesaan lebih-lebih lagi jika perlu menghadap sesi pembelajaran yang lama. Bagi mengelak risiko ergonomik yang boleh menjejaskan kesihatan, M6+XS Kid2Youth Kids Study Table adalah jenama meja belajar dicadangkan. M6+XS Kid2Youth Kids Study Table, keluaran negara Taiwan menampilkan reka bentuk meja belajar bergaya mudah laras dan permukaan bentuk L boleh dicondongkan mengikut keselesaan badan. Sesuai untuk kegunaan anak anda dari umur 3 tahun dan ke atas, meja ini boleh dilaras sehingga kesondongan 0 darjah ke 50 darjah mengikut kesesuaian aktiviti seperti menulis, membaca atau melukis.

Kelebihan produk

  • Tempoh jaminan sehingga 6 tahun
  • Terdapat ruang laci dan tempat letak buku
  • Ketinggian meja boleh laras
  • Permukaan meja tidak mudah calar

Kekurangan produk

  • Harga tinggi di pasaran
  • Datang dalam satu pilihan warna sahaja

Spesifikasi produk

Negara Keluaran Taiwan
Saiz Panjang: 75cm x Lebar 100cm x Tinggi: 53cm – 73cm
Harga RM1,699.00 – RM3,099.00

OSUKI Kids Study Table Set 3 IN 1

OSUKI Kids Study Table Set 3 IN 1
Tersilap konsep meja belajar dan tidak kena warna diminati boleh membawa padah bukan sahaja membuatkan anak merajuk malah boleh menyebabkan kerugian apabila ‘mungkin’ perlu membuat pembelian semula. Namun dengan meja belajar yang cantik dan multifungsi, jenama OSUKI Kids Study Table Set 3 IN 1 ini pasti membuatkan anak anda tersenyum gembira. Datang dalam dua warna khas untuk lelaki dan perempuan iaitu biru cair dan merah jambu, meja belajar ini disertakan dengan kerusi yang sepadan. OSUKI Kids Study Table Set 3 IN 1 merupakan jenama Malaysia direka khas untuk anak anda berumur 3 tahun hingga 18 tahun manakala kerusi boleh menampung berat hingga 50kg. Ketinggian meja boleh dilaras daripada 0 hingga 60 darjah sangat sesuai untuk aktiviti menulis dan melukis.​

Kelebihan produk

  • Ada laci menyimpan buku dan alat tulis
  • Reka bentuk selamat untuk mengelak kanak-kanak tercedera
  • Permukaan meja boleh dilaras untuk meletakkan komputer riba mengikut ketinggian
  • Ada dua pilihan warna yang sesuai untuk lelaki dan perempuan

Kekurangan produk

  • Tempoh jaminan singkat hanya 7 hari selepas pembelian
  • Ruang atas meja terhad

Spesifikasi produk

Negara Keluaran Malaysia
Saiz Saiz meja 76 x 54cm, tinggi boleh disesuaikan hingga 12 peringkat.
Ukuran kerusi 44 x 32cm
Harga RM293 – RM329

BONDI ST 8002 Study Table

BONDI ST 8002 Study Table
Bagi ibu bapa yang menggemari gaya moden, elegan dan ringkas dalam penyediaan ruang belajar anak anda, meja belajar BONDI ST 8002 Study Table ini dicadangkan. Jenama ini juga merupakan antara pembelian di atas talian yang tinggi ketika pandemik kerana selain harganya yang murah, reka bentuknya sangat minimalis sesuai untuk ruang rumah dan bilik bersaiz kecil atau sederhana. Meja ini merupakan meja multifungsi untuk kegunaan belajar atau ruang meletakkan komputer. Rangka logam berkualiti tinggi dan lapisan permukaan meja berkualiti menjadikan produk ini lebih tahan lama. Terdapat ruang laci saiz sederhana untuk kemudahan meletakkan alat tulis atau buku nota penting untuk rujukan ketika sesi pembelajaran atas talian.

Kelebihan produk

  • Harga berpatutan
  • DIjamin tahan lama
  • Reka bentuk elegan sesuai untuk diletakkan di mana-mana ruang
  • Rangka meja diperbuat daripada logam berkualiti

Kekurangan produk

  • Ruang atas meja terhad
  • Datang dalam satu pilihan warna sahaja

Spesifikasi produk

Negara Keluaran Malaysia
Saiz Panjang 1000mm x Lebar 500mm x Tinggi 770mm
Harga RM179.90 – RM199

MHJ A365 Modern Computer Study Table With Book Shelves

MHJ A365 Modern Computer Study Table With Book Shelves
Meja belajar MHJ A365 Modern Computer Study Table With Bookshelves paling ideal untuk ruang belajar setempat. Meja ini boleh menempatkan segala jenis buku sekolah, alatan menulis dan ruang komputer. Saiz meja yang besar dengan ruang rak simpanan atas dan bawah memudahkan sesi pembelajaran di rumah lebih selesa dan tenang. Selain reka bentuknya yang ‘stylish’, meja ini sangat kukuh diperbuat daripada gabungan rangka keluli yang tebal dan kayu berkualiti. Permukaan meja MHJ A365 Modern Computer Study Table With Book Shelves mudah dibersihkan dan dijamin anti karat.

Kelebihan produk

  • Harga berpatutan
  • Anti karat
  • Ruang meja belajar yang cukup besar dan selesa
  • Pelbagai ruang rak buku

Kekurangan produk

  • Datang dalam satu pilihan warna sahaja
  • Meja berat dan sukar untuk dialih kedudukan

Spesifikasi produk

Negara Keluaran China
Saiz 1layer 80cm, 2 layer 80cm, 1layer 100cm, 2 layer 100cm
Harga RM 114.88 – RM 154.88

Memilih meja belajar untuk anak-anak kadang kala boleh menjadi perkara yang membingungkan kerana sebagai ibu bapa tentunya ingin memberikan yang terbaik untuk mereka. Namun dari sisi lain, belanja membeli perabot anak-anak ada kalanya lebih besar berbanding perabot dewasa. Ini kerana rekaan perabot terutamanya meja belajar kanak-kanak sangat berbeza termasuk saiz khas, warna atau material. Walau bagaimanapun pengorbanan anda itu pasti berbaloi setelah melihat anak-anak dapat memberi tumpuan yang baik sepanjang pembelajaran di rumah ketika era pandemik.

Selalunya ruang yang disediakan untuk belajar di rumah sangat terhad. Bagi mereka yang mempunyai ruang bersaiz minima, sentuhan rekaan meja belajar boleh di laras dilihat sangat praktikal. Meja jenis ini boleh ditarik jika mahu menggunakannya dan boleh dilipat atau disimpan jika tidak memerlukannya. Susunan meja belajar juga penting kerana ia boleh membuat ruang terhad kelihatan luas atau sebaliknya. Ini penting supaya anak-anak berasa selesa dan tidak bosan ketika belajar di meja masing-masing. Susun atur meja belajar yang paling sesuai seeloknya rapat ke dinding.



Related posts