Istimewa Ramadan – Jenama Popular Baju Raya Untuk Pembelian Secara Online (Bahagian 2)

Istimewa Ramadan - Jenama Popular Baju Raya Untuk Pembelian Secara Online (Bahagian 2)
Fesyen


Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Istimewa Ramadan 2023 kali ini walaupun raya masih berbaki berminggu-minggu lagi, namun pelbagai persiapan boleh dilakukan dengan lebih awal agar tidak kelam kabut lebih-lebih lagi dalam menyediakan pakaian raya. Bagi yang tidak berkesempatan membuat tempahan baju raya lebih awal atau lebih suka membeli baju raya jenis siap, pakaian raya readymade pastinya menjadi pilihan. Pilihlah yang padan dengan bentuk badan dan gaya pilihan sekeluarga, paling penting sesuai dengan bajet dan praktikal! Kini terdapat banyak dipasaran baju raya pelbagai rekaan, jenis fabrik dan warna yang boleh dimiliki dan pastinya menepati citarasa terkini.

Pembelian boleh dilakukan sama ada di butik atau terus dalam talian. Jangan tidak tahu, pertambahan aktiviti membeli belah dalam talian ketika ini di Malaysia selari dengan perkembangan pesat bahagian-bahagian ekonomi lain yang membawa kepada peningkatan pembayaran tanpa tunai, penggunaan aplikasi super dan penembusan internet mudah alih. Tahniah Malaysia! Anda juga masih boleh terus menyumbang melonjakkan urus niaga dalam talian di negara kita dan membantu peniaga lokal. Bagi yang tidak suka bersesak-sesak dan ingin menjimatkan masa mencari pakaian raya, anda boleh membeli belah secara online seperti di lima jenama popular baju raya berikut.

Istimewa Ramadan 2023 – 5 Jenama Popular Baju Raya Untuk Pembelian Secara Online (Bahagian 2)

Poplook

Poplook
Seperti biasa, setiap tahun Poplook pasti tampil dengan koleksi raya terbaharu yang pastinya mencuri perhatian ramai. Kali ini, label terkemuka ini menampilkan dua koleksi khas untuk Raya 2023 yang dinamakan Koleksi Bintang dan Koleksi Gemalai. Koleksi Bintang yang berkilau terdiri daripada siri premium yang bakal memberi tumpuan seperti PREMIUM Chandra Blouse & Skirt, PREMIUM Apollo Blouse & Skirt, PREMIUM Cressida Blouse & Skirt, PREMIUM Gemini Blouse & Skirt, PREMIUM Meissa Blouse & Skirt, PREMIUM Kartika Blouse & Skirt, PREMIUM Halley Blouse & Skirt, PREMIUM LINEN Widuri Blouse & Skirt, COTTON Seputeh Blouse & Skirt PREMIUM, PREMIUM Kartika Blouse & Skirt, dan PREMIUM Mago Embellished Zip-Front Dress. Manaka Koleksi Gemalai dijahit indah dengan sulaman dan teknik renda terdiri daripada rekaan seperti Mahira Blouse & Skirt, Luyina Blouse & Skirt, Zakiya Blouse & Skirt, dan Zaituna Blouse & Skirt. Semua koleksi terdiri daripada pelbagai saiz bermula XS hingga 4XL. Koleksi Poplook Raya 2023 itu juga menyediakan saiz kanak-kanak untuk helaian terpilih bermula saiz 1 tahun hingga saiz 12.

Kelebihan Poplook

  • Corak dan warna terkini
  • Saiz pelbagai dari XS hingga 4XL
  • Material dan rekaan premium
  • Pilihan sedondon ibu dan anak perempuan

Kekurangan Poplook

  • Tiada busana untuk lelaki

Spesifikasi Poplook

Pasaran https://poplook.com/en/222-Raya-2023
Sosial Media https://www.instagram.com/poplook/
Kategori Wanita dan kanak-kanak perempuan sahaja
Harga Bermula RM99.00 hingga RM289.00

Misslily Shop

Misslily Shop
Misslily Shop, jenama fesyen Muslimah terkemuka di Malaysia ketika ini. Misslily Shop antara jenama terawal menawarkan butik secara atas talian dan mempunyai pengikut tersendiri. Misslily Shop sentiasa menampilkan rekaan minimal dan elegan, effortless chic. Koleksi raya Misslily Shop kali ini sangat menarik dan diperbuat daripada fabrik premium seperti kapas viscose korea dan kapas linen. Segalanya dizahirkan dalam pelbagai rekaan indah seperti baju kurung kedah, kurung moden dan kebaya. Setiap koleksi menampilkan kekuatan rekaan tersendiri yang mesra pada kulit. Koleksi pelbagai rona ini boleh didapati dalam talian secara terus atau pre-order.

Terdapat juga koleksi yang dijual berasingan top dan bottom membolehkan anda bebas menyuai padan mengikut keselesaan dan bajet. Antara koleksi raya 2023 Misslily Shop bakal mendapat sambutan seperti siri Nedia Rib Tie Set, Bidasari Kurung Kedah, Soraya Kurung Pahang, Atma Pareo, Kalsom Kurung, Elsie Pahang Kurung, Doris Pahang Kurung, Ratna Kedah Button, Nilam Kedah, Zainab Loose Kurung, Kalsom Kurung, Rokiah Kebarung, Baiduri Riau, dan Cendana Pahang Button. Semua koleksi bermula dengan saiz S hingga XL sahaja.

Kelebihan Misslily Shop

  • Bayaran sehingga 3x secara ansuran dengan shopback
  • Percuma Dustbag dengan setiap pembelian
  • Dengan setiap pembelian 2 koleksi akan menerima potongan RM10
  • Penghantaran percuma dengan pembelian minimum RM200

Kekurangan Misslily Shop

  • Saiz terhad

Spesifikasi Misslily Shop

Pasaran https://www.misslilyshop.my/shop-collection/baju-raya-2023
Sosial Media https://www.instagram.com/misslilyshop/
Kategori Wanita dan kanak-kanak perempuan sahaja
Harga Bermula RM269.00 hingga RM79.00

ZEFIKS

ZEFIKS
ZEFIKS berasaskan jenama dalam talian Malaysia dengan kedai fizikal dilancarkan secara rasmi pada September 2012. Semua produk di ZEFIKS direka dan dibina dengan tiga elemen iaitu moden, mudah dan kontemporari. Saban tahun, ZEFIKS turut mengeluarkan rekaan khas untuk lebaran, Edisi Raya 2023 menampilkan koleksi seperti Lourve Kaftan, Gia Kurung, dan Palais Kaftan khas untuk kaum hawa sahaja. Setiap rekaan pakaian di ZEFIKS bermula dengan saiz XS sehingga XXL sahaja.

Dengan setiap pembelian Lourve Kaftan atau Gia Kurung yang ekslusif, pelanggan akan menerima pouch bag indah secara percuma. Palais Kaftan pula hadir dengan material satin kusam berkualiti tinggi. Siri ini juga antara yang mendapat permintaan dan laris ketika mula dipasarkan hadir dengan pelbagai warna idaman. Semestinya semua koleksi di ZEFIKS tidak panas dan sesuai dengan cuaca kita di Malaysia ini. Untuk lelaki, set baju melayu ada dipasarkan di ZEFIKS tetapi bukan keluaran khas untuk raya 2023, ianya merupakan koleksi sedia ada yang sentiasa di pasarkan sepanjang tahun.

Kelebihan ZEFIKS

  • Rekaan premium
  • Warna dan corak pelbagai
  • Saiz bermula dari XS hingga 2XL
  • Material kain tidak panas

Kekurangan ZEFIKS

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi ZEFIKS

Pasaran https://zefiks.com/zefiks-raya-2023
Sosial Media https://www.instagram.com/zefikscollection/
Kategori Wanita sahaja
Harga RM269.00

Azuredzua

Azuredzua
Jenama Azuredzua menampilkan enam koleksi busana berbeza untuk raya yang masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri mengikut cita rasa pelanggan. Antara koleksi raya kali ini seperti Aesyah Abaya, Anum Pario, Azeeza Kurung (Sulam Timbul), Endang Batik Kurung, Kaisarah Kaftan Kurung dan Madhuri Kurung (paling laris). Semua fabrik dan material rekaan Azuredzua adalah jenis lembut, sejuk dan selesa dipakai walaupun ketika hari panas atau sibuk. Azuredzua mementingkan keselesaan pelanggan dan disebabkan itu, semua koleksi ini dihasilkan dengan potongan istimewa dan memudahkan pergerakan. Azuredzua juga menawarkan koleksi busana yang didatangkan dalam pelbagai rona sama ada warna lembut, terang menyerlah mahupun gelap. Lebih menarik, semua koleksi mempunyai saiz bermula daripada S sehingga 2XL dan dijual pada harga RM99 hingga RM169. Pembelian boleh dilakukan secara atas talian atau di butik.

Kelebihan Azuredzua

  • Semua produk stok tersedia untuk penghantaran
  • Warna dan corak pelbagai
  • Saiz bermula dari S hingga 2XL
  • Material kain tidak panas

Kekurangan Azuredzua

  • Stok terhad untuk Madhuri Kurung

Spesifikasi Azuredzua

Pasaran https://www.azuredzua.com/azuredzua-raya-2023
Sosial Media https://www.instagram.com/azuredzua/
Kategori Wanita sahaja
Harga Bermula RM99.00 hingga RM169.00

Nureena

Nureena
Jenama fesyen tempatan Nureena tampil dengan koleksi raya 2023 khusus untuk seisi keluarga sehingga saiz 3XL. Kebanyakkan rekaan Nureena dihasilkan dalam potongan lebih longgar dan selesa namun rekaannya terkini dan mengikut peredaran masa. Secara keseluruhannya, Nureena mempunyai lebih enam rekaan untuk lebaran 2023. Bagaimanapun, untuk praraya, Nureena masih mengetengahkan koleksi moden kontemporari yang menggabungkan konsep moden dan klasik. Nureena turut menyediakan koleksi baju sedondon buat si ibu dan anak perempuan serta si ayah bersama anak lelaki. Antaranya seperti Kurta Uzair Dad & Son, Kurta Razin Sedondon, Kurung Uzma Mom & Kid, Baju Kurung Afreen Mom & Kid, Kurung Marwa Mom & Kid, dan Kurung Shafa Mom & Kid. Setiap keluaran pakaian di Nureena hadir dengan warna serta saiz berbeza bermula daripada saiz S hingga 3XL untuk dewasa, manakal saiz 4T hingga 12T untuk kanak-kanak.

Kelebihan Nureena

  • Konsep sedondon seisi keluarga
  • Saiz bermula dari S hingga 3XL (dewasa)
  • Saiz bermula 4T hingga 12T (kanak-kanak)
  • Rekaan longgar dan selesa
  • Penghantaran percuma dengan pembelian RM100 ke atas

Kekurangan Nureena

  • Tidak boleh membuat penukaran selepas pembelian

Spesifikasi Nureena

Pasaran https://www.nureena.com/collections/raya-collection-2023
Sosial Media https://www.instagram.com/nureena.style/
Kategori Wanita, lelaki dewasa, kanak-kanak perempuan dan lelaki
Harga Bermula RM65.00 hingga RM149.00

Tip lain yang boleh anda gunakan untuk membeli baju raya dalam talian agar pembelian dinilai sebagai berbaloi seperti berikut. Pastikan, jenama baju raya anda idamkan memiliki dasar pemulangan barang. Membeli dalam talian agak berisiko memandangkan pembeli tidak boleh mencubanya. Pastikan kedai yang anda pilih mempunyai polisi ini. Jika tidak, pertimbangkan untuk mencari di tempat lain. Pautan ke dasar pengembalian selalunya berada pada bahagian bawah mana-mana halaman web. Selain itu, cuba cari jenama yang memberikan khidmat penghantaran percuma. Banyak peniaga dalam talian menawarkan penghantaran percuma jika anda membelanjakan lebih daripada sejumlah wang. Ia sekaligus bakal menarik minat ramai pembeli memiliki pakaian daripada jenama tersebut.

Sebelum membuat keputusan membeli baju raya idaman, pastikan rekaan sesuatu baju yang dipromosikan sesuai dengan tubuh badan anda. Tidak semestinya anda bertubuh kurus sesuai dengan apa sahaja jenis rekaan seperti kebaya ketat. Begitu juga sekiranya anda berbadan gempal, tidak semestinya rekaan baju raya potongan jubah labuh hanya sesuai untuk anda. Raikan kepelbagaian!



Related posts