Serlahkan Keanggunanmu! Ini 5 Pilihan Beg Tangan Berjenama Setiap Wanita Wajib Ada Untuk 2023

Serlahkan Keanggunanmu! Ini 5 Pilihan Beg Tangan Berjenama Setiap Wanita Wajib Ada Untuk 2023
Fesyen


Kecil atau besar kadang-kala tidak menjadi ukuran, asalkan reka bentuk, warna, dan ia datang dari jenama yang diminati sudah cukup untuk wanita. Beg tangan ibarat barangan wajib perlu ada kerana ke mana sahaja kaki melangkah, ia pasti akan dibawa bersama.

Bukan sekadar untuk penyimpanan barang, beg tangan turut menjadi lambang status bagi seorang wanita. Ini kerana, sesetengah beg tangan yang berjenama berharga ribuan ringgit dan ada juga yang mencecah puluhan ribu ringgit sekaligus menaikkan status wanita tersebut.

Sesetengah orang mungkin merasakan tidak berbaloi untuk berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk status, namun bagi peminat tegar beg tangan ini, mereka sanggup berhabis asalkan barang yang diminati menjadi miliknya. Khas untuk anda peminat beg tangan, ini antara beg tangan yang hot di pasaran.

Longchamp Box-Trot

Longchamp Box-Trot
Beg tangan klasik dari Longchamp ini hadir dengan sentuhan klasik, structured yang agak menonjol dan mempunyai kelasnya yang tersendiri. Bag yang diperbuat daripada material kulit lembu muda ini sesuai untuk digayakan pada hari biasa secara santai dan juga untuk ke majlis formal. Dengan tali boleh larasnya, anda boleh mencipta dua gaya yang berbeza untuk shoulder bag dan juga sling bag. Nama Box-Trot diinspirasikan daripada bentuk kotaknya yang elegan dan timeless. Longchamp Box-Trot hadir dengan beberapa pilihan warna trendy menarik seperti warna merah jambu, hitam, coklat, dan oren malah anda juga boleh memilih saiz mengikut keperluan anda iaitu XS, S dan juga M.

Kelebihan Longchamp Box-Trot

  • Bentuk kotak yang elegan dan timeless
  • Pilihan warna menarik
  • Anda boleh memilih saiz mengikut keperluan anda
  • Tali boleh laras

Kekurangan Longchamp Box-Trot

  • Harga mahal

Spesifikasi Longchamp Box-Trot

Nama Produk Longchamp’s Box-Trot
Keluaran Perancis
Saiz XS, S dan M
Harga RM 2,930.00 (XS), RM 3,090.00 (S), dan RM 3,760 (M)
Link https://www.longchamp.com/my/en/longchamp-box-trot/

Saint Laurent Le Maillon Satchel

Saint Laurent Le Maillon Satchel
Beg tangan keluaran Itali ini adalah sebuah shoulder bag yang berbentuk kotak serta minimalis tetapi tidak mengurangi sedikit pun elemen elegannya . Sangat sesuai untuk anda yang berjiwa muda serta boleh digayakan dalam pelbagai persekitaran tidak kira formal mahupun santai. mempunyai shoulder strap yang boleh laras mengikut pilihan anda. Boleh dijadikan sling bag atau shoulder bag bergantung kepada pemakaian anda. Melihat kepada materialnya, bag ini diperbuat 90% daripada kulit lembu muda manakala lebihan 10% adalah daripada besi loyang. Ia mempunyai sebuah flap ringkas dihadapan yang boleh dibuka dan ditutup serta dihiasi dengan besi loyang magnetik disalut dengan warna gangsa. Dalamannya pula mempunyai dua ruang atau kotak utama, satu poket berzip, satu poket tidak berzip serta sebuah poket dossier didepan. Ia nampak kecil tetapi mempunyai ruang yang agak banyak untuk menyimpan barangan peribadi anda serta pelbagai pilihan warna menarik.

Kelebihan Saint Laurent Le Maillon Satchel

  • Bentuk kotak yang minimalis dan elegan
  • Sesuai digayakan secara formal dan santai
  • Tali boleh laras
  • Dalamannya mempunyai banyak poket

Kekurangan Saint Laurent Le Maillon Satchel

  • Tidak mempunyai saiz lain

Spesifikasi Saint Laurent Le Maillon Satchel

Nama Produk Saint Laurent Le Maillon Satchel
Keluaran Itali
Saiz 24 X 14 X 6.5 CM / 9.4 X 5.5 X 2.5 Inci
Harga RM 10,705.01
Link https://www.matchesfashion.com/intl/products/1433986?country=MYS&srsltid=AeTuncpY0uBO1-0jDNKy4VyWqCOdoLFwa19hrJEtI0UDZLIJfNNwdZcsbuQ

Michael Kors Parker Bag

Michael Kors Parker Bag
Michael Kors memberikan sedikit kelainan pada Parker Bag ini dengan menawarkan dua jenis strap berlainan material yang boleh digayakan mengikut persekitaran dan pemakaian anda iaitu leather dan metal strap. Selain daripada fesyen, Michael Kors juga turut menawarkan solusi melalui penggunaan leather dan metal strap ini. Sekiranya kapasiti dan berat barangan anda di dalam beg ini berlebihan, anda mempunyai alternatif untuk menggunakan metal strap. Mempunyai pilihan warna yang agak menonjol dan garang, ianya menunjukkan sisi berani dan unik kepada pemakainya. Bermaterialkan 100% kulit, ia mempunyai satu flap yang bertatahkan besi berwarna perak berbentuk logo Michael Kors serta mempunyai magnet untuk menutup dan membuka flap tersebut. Selain mempunyai sebuah snap pocket dibahagian luar belakang, ia juga turut mempunyai dua ruangan poket di dalam. Satu poket berzip dibahagian belakang, dan satu tidak berzip di bahagian depan.

Kelebihan Michael Kors Parker Bag

  • Pilihan metal dan leather strap
  • Material 100% kulit
  • Mempunyai snap pocket di luaran belakang bag.
  • Pilihan warna yang agak menonjol dan garang
  • Harga mampu milik

Kekurangan Michael Kors Parker Bag

  • Tidak mempunyai saiz lain

Spesifikasi Michael Kors Parker Bag

Nama Produk Michael Kors Parker Bag
Keluaran Amerika Syarikat
Saiz 10.75″ X 6.25″ X 4″
Harga RM 2,239.00
Link https://www.zalora.com.my/

Coach Bandit

Coach Bandit
Buat anda yang sukakan beg tangan yang ringkas tanpa sebarang corak-corak yang berlebihan, jenama Coach mengeluarkan Coach Bandit yang sangat ringkas dan tidak keterlaluan. Menggunakan huruf C yang berbentuk logo ikonik Coach sebagai pushpin, flap di bahagian hadapan beg ini nampak mewah dengan diperbuat daripada material kulit lembu muda yang berkilat. Leather strap sepanjang 54.5 cm turut boleh dilaras untuk dijadikan dua versi, iaitu shoulder bag atau crossbody wear bergantung kepada pemakaian anda. Ia mempunyai dua ruang penyimpanan barangan yang tersusun dibahagian dalam yang salah satunya menggunakan snap pocket untuk menutup poketnya yang multifungsi. Selain itu, di bahagian luarannya juga mempunyai sebuah poket yang tidak berzip untuk anda menyimpan barangan yang kurang penting. Walaupun ia nampak ringkas, tetapi kemasannya mampu mencairkan mata anda yang melihat.

Kelebihan Coach Bandit

  • Beg tangan yang ringkas
  • Pushpin huruf C mengikut logo ikonik Coach
  • Leather strap sepanjang 54.5 cm.
  • Snap pocket
  • Harga mampu milik

Kekurangan Coach Bandit

  • Kapasiti beg agak kecil

Spesifikasi Coach Bandit

Nama Produk Coach Bandit
Keluaran Amerika Syarikat
Saiz 23.5cm x 14.5cm x 6cm
Harga RM 2,950.00
Link https://malaysia.coach.com/women/cc416-b4t2.html

Bottega Veneta Padded Tech Cassette Bag

Bottega Veneta Padded Tech Cassette Bag
Jika kebanyakan beg-beg diatas menggunakan material kulit sebagai material utama, berlainan dengan Bottega Venerta Padded Tech Cassette Bag ini. Ia menggunakan material 100% polyamide. Tiada satu pun ciri-ciri feminin yang ditonjolkan menjadikan ianya sangat unik dan turut boleh dipakai oleh lelaki. Mempunyai penutup magnetik, beg tangan ini sesuai dijadikan shoulder bag dan juga crossbody wear dalam keadaan yang santai, tetapi tidak untuk pemakaian dan persekitaran formal. Strap yang mempunyai panjang 58 cm diperbuat daripada material medium padded intreccio nylon crossbody dan mempunyai sebuah poket berzip yang boleh dikeluarkan daripada beg tersebut. Ia berfungsi seperti sebuah dompet kecil untuk menyimpan barangan berharga anda. Pilihan warnanya juga adalah banyak dan sangat mudah untuk disesuaikan dengan pelbagai warna pakaian anda.

Kelebihan Bottega Veneta Padded Tech Cassette Bag

  • Turut boleh dipakai oleh lelaki
  • Pilihan warna yang banyak

Kekurangan Bottega Veneta Padded Tech Cassette Bag

  • Material bukan kulit
  • Bukan untuk pemakaian formal

Spesifikasi Bottega Veneta Padded Tech Cassette Bag

Nama Produk Bottega Veneta Padded Tech Cassette Bag
Keluaran Amerika Syarikat
Saiz 15 cm x 10 cm x 7.5 cm
Harga RM 8,602.68
Link https://www.mytheresa.com/

Ketika ini, fesyen-fesyen dengan ideologi minimalis mula mendapat perhatian. Kebanyakan produk fesyen seperti pakaian, aksesori seperti beg tangan khususnya sudah mula menawarkan rekabentuk beg tangan yang ringkas dan minimalis. Beg-beg ini ditawarkan dengan harga yang pelbagai, daripada harga yang premium sehinggalah kepada harga yang mampu milik mengikut jenis jenama. Terpulang kepada untuk memilih mengikut kesesuaian bajet anda. Yang penting, biar alah membeli, tapi menang memakai.

Di dalam mencari beg tangan yang bersesuaian dengan anda, aspek keselamatan perlu diambil kira dan dijadikan keutamaan. Secantik apa dan semahal manapun jenama sesebuah beg itu, aspek keselamatan lebih penting kerana di dalam beg anda terdapat barang-barang berharga yang akan menyebabkan kesusahan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti ragut.



Related posts