Jus Atau ‘Smoothies’ Kini Lebih Mudah Disediakan Dengan 5 Pilihan Portable Blender Paling ‘Awesome’!

Jus Atau ‘Smoothies’ Kini Lebih Mudah Disediakan Dengan 5 Pilihan Portable Blender Paling ‘Awesome’!
Peralatan dapur


Pelbagai jenis kegunaan, reka bentuk yang berbeza, serta fungsi yang berbagai pasti membuatkan anda pening nak pilih yang mana satu. Apa yang dimaksudkan adalah peralatan elektronik di dapur yang semakin lama semakin berevolusi. Samalah seperti blender atau pengisar. Jika dahulu semua jenis makanan kita gunakan blender yang sama. Namun kini, ada pelbagai jenis blender seperti blender makanan keras, daging, blender tangan, blender makanan kering dan juga blender untuk minuman jus atau smoothies yang boleh dibawa ke mana sahaja.

Minuman jus sememangnya menjadi pilihan kebanyakkan rakyat di Malaysia. Namun, penyediaannya mungkin agak merenyahkan sehingga ada yang lebih suka membelinya sahaja di kedai. Kekurangan membeli di kedai, adalah faktor kebersihan, jenis ais yang digunakan, kualiti buah-buahan serta jumlah gula tidak dapat dipantau.

Sebab itulah, lebih bagus buat jus sendiri.Ianya mudah dengan menggunakan portable blender. Ada pelbagai jenis portable blender ni, jom lihat bersama. Mana tahu, ada yang berkenan di hati!

Morphy Richards 300ML Portable Blender 403PB1

Morphy Richards 300ML Portable Blender 403PB1
Reka bentuknya yang cantik dan saiznya yang kecil memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Anda boleh mengecas blender ini di dalam kereta mahupun menggunakan power bank sekiranya berada di luar rumah. Mudah kan? Proses mencucinya juga sangat mudah kerana bahagian motor nya adalah kalis air, dan anda boleh mencucinya seperti membasuh mug atau cawan biasa yang lain. Materialnya juga adalah BPA free selamat untuk digunakan.

Kelebihan

  • Boleh dicas di mana sahaja
  • Tidak memerlukan suiz elektrik untuk beroperasi
  • Mudah dibawa ke mana sahaja
  • Komponen motor yang kalis air
  • BPA free
  • Boleh beroperasi sehingga 10 kali penggunaan

Kekurangan

  • Perlu memotong kecil buah-buahan sebelum dikisar
  • Harga mahal

Spesifikasi

Kapasiti 300ml
Power 50W
Bateri Boleh dicas
Material BPA free
Harga Rm 139

Sharp EM-60PM-WH Personal Blender

Sharp EM-60PM-WH Personal Blender
Walaupun bersaiz kecil, namun ‘Personal Blender’ dari Sharp ini tidak akan mengecewakan anda. Bentuknya yang cantik membolehkan anda membawa jus anda tanpa perlu menukar ke tumbler atau bekas minuman lain untuk ke mana sahaja. Blender daripada Sharp ini mempunyai citi ‘anti-slip’ agar ia kekal tidak bergerak semasa anda menggunakannya. Pisaunya yang tajam menjadikan kisaran jus anda halus ibarat di café-café ternama.

Kelebihan

  • Anti-slip
  • Botol/cup portable
  • Mudah dibawa ke mana sahaja
  • Mempunyai safety lock agar tidak tumpah
  • BPA free
  • Didatangkan dengan 2 botol mudah alih
  • Mampu mengisar ais dengan mudah
  • Mudah dibersihkan

Kekurangan

  • Menggunakan tenaga elektrik

Spesifikasi

Kapasiti 0.6L
Power 300W
Bateri Menggunakan plug elektrik
Material BPA free
Harga Rm 85- RM99

TeXstar Portable 380ml Juice Cup Personal Blender

TeXstar Portable 380ml Juice Cup Personal Blender
Untuk penggemar jus yang selalu sibuk, ini adalah pilihan terbaik. Anda boleh menyediakan minuman jus walaupun berada di luar rumah kerana ianya menggunakan bateri yang boleh dicas semula. Sesuai untuk dibawa ketika berkhemah, beriadah atau bercuti kerana ia mudah dibawa ke mana sahaja. Reka bentuknya juga cantik didatangkan dengan beberapa pilihan warna menarik.

Kelebihan

  • Botol/cup portable
  • Mudah dibawa ke mana sahaja
  • Harga murah dan mampu milik
  • Boleh dicas semula
  • Pelbagai pilihan warna botol
  • Mudah dibersihkan

Kekurangan

  • Kapasiti air sedikit

Spesifikasi

Kapasiti 380ml
Power 2000mAh
Bateri Boleh dicas
Material ABS & Stainless steel
Harga RM 17 – RM 20

Vitamer Portable 500ml Electric Juice Blender

Vitamer Portable 500ml Electric Juice Blender
Siapa sahaja akan jatuh hati bila melihat botolnya yang sungguh comel dan unik. Saiznya yang kecil memudahkan anda membawanya ke mana sahaja. Menggunakan bateri yang boleh dicas semula menjadikan portable blender ini antara pilihan terbaik. Ianya juga mudah dicuci dan dijual dengan harga yang sangat murah!

Kelebihan

  • Ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja
  • Harga murah dan mampu milik
  • Boleh dicas semula
  • Pelbagai pilihan warna botol
  • Mudah dibersihkan

Kekurangan

  • Kapasiti air sedikit

Spesifikasi

Kapasiti 500ml
Power 30W
Bateri Boleh dicas
Material ABS
Harga RM 25 – RM29

Shake N Take 3

Shake N Take 3
Kisar apa sahaja menggunakan Shake N Take 3 portable blender ini kerana ia mampu memudahkan kerja anda! Selain, jus, pengisar ini juga boleh mengisar air atau makanan bayi dengan baik. Jenama ini juga didatangkan dengan beberapa pilihan warna yang menarik. Saiznya yang tidak terlalu besar juga memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja.

Kelebihan

  • Boleh mengisar makanan bayi dan ais dengan baik
  • Butang on/off dengan citi keselamatan interlock
  • Ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja
  • Harga berpatutan
  • Pelbagai pilihan warna botol
  • Mudah dibersihkan

Kekurangan

  • Menggunakan plug elektrik

Spesifikasi

Kapasiti 500ml
Power 30W
Bateri Menggunakan plug elektrik
Material ABS
Harga RM 25 – RM29

Tiada lagi alasan sibuk atau tidak sempat dalam penyediaan jus sihat atau smoothies dengan portable blender ini. Blend di mana sahaja bila-bila masa. Apa yang penting, pastikan makanan atau buah-buahan yang ingin dikisar dibersihkan terlebih dahulu okay. Selamat mencuba!

Penggunaan portable blender bukan lagi perkara yang asing dalam kalangan masyarakat kita. Ianya dilihat lebih praktikal dan sesuai untuk anda yang sibuk atau mahukan sesuatu yang memudahkan kerja.



Related posts