Proses Memasak Jadi Lebih Mudah Dengan 5 Pilihan ‘Air Fryer’ Terbaik 2022 Ini
Khas untuk anda yang sedang berkira-kira nak membeli air fryer, anda berada di page yang tepat. Bukan apa, makin lama makin ramai yang berkongsi menu-menu menarik yang dimasak menggunakan air fryer. Sudahlah jimat minyak, malah cara memasak juga menjadi lebih mudah. Boleh dikatakan air fryer kini menjadi salah satu peralatan di dapur yang perlu ada.
Antara kelebihan memasak menggunakan air fryer adalah seperti sihat dan selamat kerana mengurangkan risiko penyakit dan kemalangan kecil ketika memasak menggunakan minyak dan api memasak. Sebelum membeli, anda perlu tahu apakah spesifikasi yang perlu ada model apakah yang sesuai untuk kegunaan masing-masing.
Jom lihat antara pilihan terbaik air fryer yang ada di pasaran kini.
Philips Air Fryer Daily Collection HD9216/81
Antara ciri unik yang ada pada produk ini adalah gabungan teknologi peredaran udara berkelajuan tinggi bersama pemanasan optimum yang membolehkan pengguna memasak pelbagai jenis makanan dengan cepat dan sihat tanpa menggunakan minyak. Ianya mudah dibersihkan dan sesuai untuk menu masakan yang pelbagai, bukan hanya untuk masakan bergoreng. Teknologi Air Rapid dan reka bentuk Starfish yang ada pada produk ini juga bertujuan untuk membantu makanan dimasak dengan lebih sekata dan sempurna.
Kelebihan
- Tutup secara automatik
- Boleh memasak pelbagai jenis masakan
- Kapasiti muatan 800g
- Teknologi Rapid Air
- Mudah dibersihkan
- Kurang berbau berbanding produk lain
Kekurangan
- Harga mahal
- Agak berat
Spesifikasi
Kapasiti | 28 oz |
---|---|
Digital/ manual | Manual |
Kuasa watt | 1425 W |
Berat | 7KG |
Dimensi produk | 287 x 315 x 384 mm |
Harga | RM 753 |
Russell Taylor XL Air Fryer 7.7L AF-70
Produk ini sesuai untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga ramai kerana kapasitinya besar sehingga boleh memasak seekor ayam untuk sekali masak. Anda boleh menyelaraskan suhu mengikut kesesuaian berbeza setiap masakan. Harganya yang murah juga menjadikan Russell Taylor XL Air Fryer 7.7L AF-70 sebagai produk mampu milik dan berbaloi untuk dimiliki.
Kelebihan
- Harga berpatutan
- Pemegang anti panas
- Boleh memasak pelbagai jenis masakan
- Kapasiti muatan besar
- Teknologi Rapid Air
- Mudah dibersihkan
- Kurang berbau berbanding produk lain
Kekurangan
- Penggunaan elektrik agak tinggi
Spesifikasi
Kapasiti | 7.7L |
---|---|
Digital/ manual | Manual |
Kuasa watt | 1800 W |
Berat | – |
Dimensi produk | – |
Harga | RM 289.99 |
Klik sini untuk mendapatkan potongan sehingga RM100 sebelum membeli “Air Fryer” di Lazada atau Shopee.
Khind ARF3000 Air Fryer
Seperti mana kebanyakan air fryer popular lain, Khind ARF3000 juga menggunapakai teknologi Rapid Air yang mengoptimumkan peredaran udara ketika proses memasak berlaku. Tidak perlu lagi terbalikkan makanan untuk memastikan makanan dimasak sempurna kerana system high speed air circulation akan bertindak secara menyeluruh menjadikan masakan anda dimasak sekata. Menariknya air fryer ini diperbuat daripada bahan tahan karat dan pastinya mendapat kelulusan SIRIM.
Kelebihan
- Sistem high speed air circulation
- Harga berpatutan
- Boleh memasak pelbagai jenis masakan
- Teknologi sensor sentuhan
- Teknologi Rapid Air
- 8 Auto pre-set program
Kekurangan
- Kapasiti kecil
Spesifikasi
Kapasiti | 3L |
---|---|
Digital/ manual | Digital |
Kuasa watt | 1400 W |
Berat | 6KG |
Dimensi produk | 360 x 360x 355 mm |
Harga | RM 457 ++ |
Klik sini untuk mendapatkan potongan sehingga RM100 sebelum membeli “Air Fryer” di Lazada atau Shopee.
ELBA Air Fryer EAF-G3014
Antara tarikan utama air fryer berjenama ELBA EAF-G3014 ini adalah teknologi bebas asap dan bebas radiasinya. Anda tidak perlu lagi risau mengenai tahap kesihatan makanan yang dimasak menggunakan air fryer ini. Makanan yang dimasak juga tidak akan menjadi kering kerana ianya mempunyai program pra-tetap agar hasilnya adalah yang terbaik. Panel kawalan sentuh dengan paparan LED juga memudahkan pengguna untuk mengendalikan produk ini.
Kelebihan
- Ketetapan sehingga 60 minit
- Teknologi pengedaran udara panas berkelajuan tinggi 360 °
- Boleh memasak pelbagai jenis masakan
- Teknologi sensor sentuhan LED
- Bebas radiasi
- Cool touch body
- Bebas asap
Kekurangan
- Kapasiti kecil
Spesifikasi
Kapasiti | 3L |
---|---|
Digital/ manual | Digital |
Kuasa watt | 1450 W |
Berat | 6KG |
Dimensi produk | – |
Harga | RM 419 |
Riino 10L Intelligent All In One Turbo Air Fryer AF506E
Kapasitasnya yang besar sehingga 10 liter sangat menarik perhatian pengguna yang berkeluarga besar kerana lebih banyak makanan dapat dimasak pada satu-satu masa. Walaupun kapasitasnya besar, makanan tetap akan dimasak dengan sempurna tanpa menjejaskan kualiti dan rasa. Riino 10L Intelligent All In One Turbo Air Fryer AF506E dilengkapi dengan ciri pemanggang berputar 360°. Teknologi peredaran udara berkelajuan tinggi juga memendekkan tempoh memasak sehingga 30% dengan mengekalkan kandungan nutrisi makanan.
Kelebihan
- Kapasiti besar 10 liter
- Teknologi pengedaran udara panas berkelajuan tinggi 360 °
- Program pra-tetap digital
- Suhu 50°C-230°C
- Diperbuat daripada bahan tahan lasak
- Bebas radiasi
Kekurangan
- Berat
Spesifikasi
Kapasiti | 10L |
---|---|
Digital/ manual | Digital |
Kuasa watt | 1500 W |
Berat | 8KG |
Dimensi produk | 42.5 x 35.5 x 42.5cm |
Harga | RM 399 – RM699++ |
Klik sini untuk mendapatkan potongan sehingga RM100 sebelum membeli “Air Fryer” di Lazada atau Shopee.
Jangan hadkan penggunaan air fryer anda dengan hanya menggoreng ayam atau ikan dan seumpamanya. Kini terdapat pelbagai resipi menarik seperti kek juga boleh dimasak menggunakan air fryer. Apa yang penting, pastikan anda membeli produk dan jenama yang betul.
Sesetengah suri rumah memang memerlukan sesuatu yang mudah dan cepat lebih-lebih lagi jika mempunyai komitmen lain. Penggunaan air fryer dengan fungsi yang pelbagai pastinya dapat membantu anda menyelesaikan tugas harian memasak dengan pantas dan mudah. Selamat ber ‘air fryer’!