Lebih Senang, Gerenti Berkilat: 5 Produk Pencuci Tandas Terbaik Di Malaysia Untuk Cucian Maksimum

Lebih Senang, Gerenti Berkilat: 5 Produk Pencuci Tandas Terbaik Di Malaysia Untuk Cucian Maksimum
Peralatan dapur


Mencuci tandas perlu dilakukan dengan kerap sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu. Ini kerana bakteria mudah membiak di kawasan yang hangat, lembap dan tertutup. Keadaan ini menyebabkan bakteria dan virus mampu hidup lama di dalam tandas anda dan akan menjejaskan kebersihannya serta kesihatan anda yang menggunakan tandas tersebut. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, mencuci tandas dengan kerap adalah solusinya.

Pencuci tandas yang senang digunakan adalah yang dapat memberikan bau yang wangi dan menjadikan permukaan tandas berkilat. Selain itu, pencuci tandas yang berkesan juga penting untuk memastikan kebersihan tandas setiap hari. Namun, pencuci tandas yang baik tidak semestinya mahal, ada yang terjangkau tetapi tetap memberikan keberkesanan yang sama. Oleh itu, pilihlah pencuci tandas yang memberikan kebaikan tersebut untuk menjaga kebersihan tandas anda. Jadi, sebelum memilih produk yang sesuai, anda perlu meneliti dan mengetahui isi kandungan produk pencuci tersebut untuk mendapatkan produk yang terbaik demi kepuasan anda. Sebagai rujukan anda yang mencari produk pencuci tandas terbaik, jom kita lihat senarai lima produk pencuci tandas terbaik untuk basuhan maksimum dan menyeluruh.

CLOROX PLUS TILEX MOLD+MILDEW

CLOROX PLUS TILEX MOLD+MILDEW
Tidak semestinya apabila tandas anda nampak bersih, ianya benar-benar bersih. Yang hilang mungkin cuma tompok-tompok kotoran, tetapi bagaimana dengan kulat dan lumut yang masih hidup lebih-lebih lagi dalam kawasan yang hangat, mempunyai sedikit pengudaraan dan lembap? Clorox Plus Tilex Mold + Mildew adalah penyelesaiannya. Pencuci ini bukan sahaja boleh menghapuskan kotoran degil, tetapi ia juga mampu membunuh 99.9 % kulat dan lumut yang menjadi punca kepada kotoran degil itu.

Diformulasikan dengan peluntur clorox, anda hanya perlu menyembur pada kotoran degil dan ia akan hilang tanpa anda perlu menggosoknya, cukup sekadar membilas. Dengan menggunakan penyembur jenis semburan, segala sudut sempit di dalam tandas anda pasti lebih mudah dijangkau tandas anda akan dibersihkan secara maksimum dan menyeluruh. Dengan harga mampu milik serendah RM 28.90, pastinya produk pencuci ini berbaloi untuk anda miliki.

Kelebihan CLOROX PLUS TILEX MOLD+MILDEW:

  • Menghapuskan 99.9% kotoran degil, kulat dan lumut
  • Tidak perlu menggosok
  • Penyembur jenis spray untuk jangkauan maksimum
  • Harga mampu milik

Kekurangan CLOROX PLUS TILEX MOLD+MILDEW:

  • Mengandungi peluntur, perlu dikendalikan dengan berhati-hati.

Info CLOROX PLUS TILEX MOLD+MILDEW

Nama Produk: CLOROX PLUS TILEX MOLD+MILDEW
Isipadu: 946 ml
Harga: RM28.90
Kandungan: Liquid pencuci + peluntur

HARPIC BATHROOM CLEANER TRIGGER

HARPIC BATHROOM CLEANER TRIGGER
Anda nak tandas bersih dengan bau-bauan yang menyenangkan? Anda boleh cuba Harpic Bathroom Cleaner Trigger. Dengan 10 kali ganda cucian efektif pada kotoran degil, Harpic Bathroom Cleaner Trigger sentiasa memastikan tandas anda dalam keadaan bersih dan berkilat melalui cecair pencuci pekat yang diformulasikan dengan agen pencuci yang berkuasa. Ia mampu membunuh hampir 99.9% kuman-kuman dan kotoran degil.

Pencuci ini sangat efektif dalam mencuci kotoran degil termasuk kesan sabun kering, kerak air dan kotoran kuning. Dengan kaedah spray atau semburan, banyak sudut-sudut yang sukar dapat dibersihkan termasuk paip, sinki, bahagian luar mangkuk tandas, tab mandi, pancur air, jubin dan tombol pintu, bererti ia tidak terhad kepada kawasan dalaman tandas sahaja. Walaupun berharga RM 18.49 sahaja, pencuci tandas ini mempunyai prestasi yang baik setanding dengan jenama-jenama yang lain.

Kelebihan HARPIC BATHROOM CLEANER TRIGGER:

  • 10 kali ganda cucian efektif
  • Membunuh 99.9% kuman dan kotoran degil
  • Mampu mencuci sudut-sudut yang sukar
  • Harga mampu milik

Kekurangan HARPIC BATHROOM CLEANER TRIGGER:

  • Kandungan isipadu 500 ml sahaja

Info HARPIC BATHROOM CLEANER TRIGGER:

Nama Produk: HARPIC BATHROOM CLEANER TRIGGER
Isipadu: 500 ml
Harga: RM15++
Kandungan: 1.53% Asid Formik, kurang dari 5% nonionic surfactants, pewangi

MAGICLEAN LEMON BATHROOM TRIGGER

MAGICLEAN LEMON BATHROOM TRIGGER
Dihasilkan melalui “Japan Advanced & Research Technology”, Magiclean Lemon Bathroom Trigger adalah sebuah pencuci tandas antibakteria yang berprestasi menghapuskan 99.9% bakteria dan kotoran degil. Identik bagi sebuah pencuci adalah menggunakan aroma sitrus sebagai bau-bauan dan sebagai salah satu agen pencuci contohnya pencuci pinggan mangkuk. Ini juga diterapkan oleh Magiclean dengan menjadikan lemon sebagai pewangi. Tandas anda akan lebih berkilat pada masa yang sama mempunyai aroma dan bauan yang sangat menyegarkan. Hanya dengan sekali gosok selepas membuat satu semburan, kotoran degil dan bakteria dapat dihilangkan serta merta. Ia sesuai digunakan untuk semua jenis lapisan dan permukaan tandas seperti tab mandi, jubin, mangkuk tandas dan sinki. Dengan isipadu 500ml, anda boleh mendapatkan pencuci tandas ini di pasaran dengan harga dibawah RM 10 iaitu hanya RM 9.50 sahaja.

Kelebihan MAGICLEAN LEMON BATHROOM TRIGGER:

  • Dihasilkan melalui “Japan Advanced & Research Technology”
  • Menghapuskan 99.9% bakteria dan kotoran degil
  • Menggunakan aroma lemon yang segar
  • Sesuai digunakan untuk semua jenis lapisan dan permukaan tandas
  • Harga yang sangat murah

Kekurangan MAGICLEAN LEMON BATHROOM TRIGGER:

  • Kandungan isipadu 500 ml sahaja

Info MAGICLEAN LEMON BATHROOM TRIGGER:

Nama Produk: MAGICLEAN LEMON BATHROOM TRIGGER
Isipadu: 500 ml
Harga: RM 9.50
Kandungan: Surfactant, Solvent dan pewangi lemon

Walch Multi-purpose Cleaner Bathroom

Walch Multi-purpose Cleaner Bathroom
Jenama Walch menampilkan Multi-purpose Bathroom Cleaner, iaitu pencuci pelbagai guna yang boleh digunakan untuk mencuci tandas, semua bahagian dapur kecuali perkakas dapur, barangan kanak-kanak kecuali alatan makan minum serta barangan tahan lasak seperti ketuhar dan barangan rumah yang lain. Ia diyakini mampu membunuh 99.9% kuman dan virus seperti E.coli, Salmonella dan Influenza A (Jenis H1N1).

Pencuci ini tidak mengandungi sebarang peluntur dan selamat digunakan. Apa yang lebih menarik, anda tidak perlu membilas permukaan lantai apabila anda menggunakan pencuci ini, hanya biarkan sahaja kotoran degil itu berlalu dengan air yang anda siram. Ia sangat berkesan dalam menyegarkan dan meninggalkan permukaan yang anda cuci dengan kilauan yang maksimum. Dengan isipadu 500ml, anda boleh mendapatkan pencuci serba guna ini dengan harga RM 14.25 sahaja. Pastinya ia sangat menguntungkan.

Kelebihan Walch Multi-purpose Cleaner Bathroom:

  • Pencuci serba guna
  • Membunuh 99.9% kuman dan virus seperti E.coli, Salmonella dan Influenza A (Jenis H1N1)
  • Tidak mengandungi sebarang peluntur dan selamat digunakan
  • Tidak perlu bilas
  • Harga yang sangat murah

Kekurangan Walch Multi-purpose Cleaner Bathroom:

  • Kandungan isipadu 500 ml sahaja

Info Walch Multi-purpose Cleaner Bathroom:

Nama Produk: Walch Multi-purpose Cleaner Bathroom
Isipadu: 500 ml
Harga: RM 14.25
Kandungan: Ethanol

Mr MUSCLE 5-IN-1 BATHROOM CLEANER

Mr MUSCLE 5-IN-1 BATHROOM CLEANER
Mr. Muscle Bathroom 5-in-1 Cleaner diyakini mampu menghilangkan kotoran degil dengan mudah tanpa bau yang menusuk hidung. Ia adalah sebuah produk pencuci tandas 5 dalam 1 yang sesuai digunakan pada semua permukaan bilik mandi seperti tab mandi, dinding tandas, pancur air, langsir pancuran air, dan sinki. Anda hanya perlu menyembur pencuci ini dari jarak 20 cm (6 – 8 inci) dari kotoran dan gosok untuk menghilangkan kotoran tersebut.

Untuk kotoran degil, anda perlu menunggu beberapa minit sebelum menggosok untuk cucian maksimum. Dan bagi tujuan membasmi kuman atau disinfect, anda hanya perlu basuh permukaan dengan air dahulu, sembur produk ini dan gosok dengan sekata. Walau bagaimanapun, produk ini tidak disyorkan untuk digunakan pada permukaan akrilik, loyang dan marmar semula jadi. Dengan RM 15.58 sahaja, anda boleh memiliki produk yang mempunyai kandungan isipadu 500ml ini.

Kelebihan Mr MUSCLE 5-IN-1 BATHROOM CLEANER:

  • Produk pencuci tandas 5 dalam 1
  • Sesuai digunakan pada semua permukaan bilik mandi
  • Boleh digunakan untuk tujuan membasmi kuman / disinfect
  • Harga murah dan mampu milik

Kekurangan Mr MUSCLE 5-IN-1 BATHROOM CLEANER:

  • Kandungan isipadu 500ml sahaja
  • Tidak disyorkan untuk digunakan pada permukaan akrilik, loyang dan marmar semula jadi

Info Mr MUSCLE 5-IN-1 BATHROOM CLEANER:

Nama Produk: Mr MUSCLE 5-IN-1 BATHROOM CLEANER
Isipadu: 500 ml
Harga: RM 15.58
Kandungan: Air, Diisopropanolamine, Isotridecyl Alcohol 3EO, Lauramine Oxide, Benzalkonium Chloride, Tetrasodium Iminodisuccinate, Pewangi

Kebersihan tandas perlulah dijaga sentiasa. Walaupun anda tinggal berseorangan dan jarang menerima tetamu, tandas perlu dicuci dengan kerap kerana ia adalah tempat terkumpul dan terhasilnya bakteria. Penggunaan pencuci tandas adalah sangat penting dalam memastikan tandas anda sentiasa bersih dan terjaga kerana sedar tak sedar ia juga berkait rapat dengan kesihatan anda. Bakteria yang terhasil itu mampu membiak dan tersebar dengan mudah sekaligus menjejaskan kesihatan seisi rumah.

Disarankan sebelum anda membuat sebarang pembelian pencuci tandas, anda perlu menyemak isi kandungan produk tersebut. Jika terdapat peluntur, berhati-hatilah ketika anda menggunakannya. Sentiasa memakai penutup muka dan sarung tangan untuk mengelakkan anda dari sesak nafas dan nyeri di kulit.



Related posts