5 Sensasi Pencukur Elektrik Terbaik Untuk Lelaki & Wanita. Kerja Mencukur Lebih Lancar & Sempurna!
Rambut dan bulu boleh tumbuh pada mana-mana bahagian tubuh, antaranya kepala, muka, ketiak, kaki dan bahagian kemaluan. Fungsi rambut atau bulu pada badan adalah untuk mengekalkan suhu dan kelembapan kulit. Namun adakalanya individu akan memilih untuk mencukur bagi memberikan keselesaan, kemas, fesyen dan kebersihan diri. Disebabkan itu, pencukur elektrik telah wujud sejak sekian lama untuk membantu menjaga penampilan, kecantikan serta kesihatan diri. Sebagai seorang lelaki dan perempuan, kita memerlukan peralatan yang efisyen memudahkan serta memberikan simbol maskulin atau feminin tentunya pencukur elektrik merupakan alat wajib dimiliki setiap individu.
Pelbagai jenis mesin pencukur elektrik dengan bermacam reka bantu serta mata pisau membanjiri pasaran. Setiap pencukur elektrik mempunyai kelebihan dan fungsi berbeza baik untuk lelaki atau wanita. Setiap satu pencukur elektrik mempunyai teknologi serta inovasi tersendiri. Terdapat pelbagai segmen pencukur elektrik berbeza ditawarkan untuk anda berkulit sensitif, mencukur jambang, misai atau janggut, merapi kening, mengemas bulu terselindung atau bulu halus di bawah lengan atau betis. Ini lima jenis pencukur elektrik terbaik untuk kerja-kerja mencukur lebih pantas, sempurna dan lancar sesuai untuk lelaki dan perempuan.
Philips Multigroom 7000 Series MG7720
Pencukur elektrik Philips Multigroom 7000 Series MG7720 adalah peranti kalis air wajib dimiliki setiap lelaki. Philips Multigroom 7000 Series MG7720 hadir dengan teknologi DualCut berserta dua bilah pisau, memastikan hasil cukuran lebih maksimum, licin dan sempurna. Lebih menarik, ia turut dilengkapi dengan 14 peralatan dandanan dengan pelbagai fungsi berbeza dalam satu kotak.
Semua penawaran ini membolehkan anda bercukur dengan lebih mudah, di semua bahagian termasuk kepala, muka atau badan. Apa sahaja jenis cukuran yang diinginkan tidak kira ia licin, nipis atau gaya moden, Philips Multigroom 7000 Series MG7720 mampu selesaikan dengan mudah. Dari segi janaan kuasa, Philips Multigroom 7000 Series MG7720 mampu berfungsi selama 120 minit berterusan atau dianggarkan bertahan untuk 12 kali penggunaan selepas satu jam pengecasan penuh.
Kelebihan produk
- Kalis air
- Dilengkapi 14 peralatan dandanan pelbagai fungsi
- Cukuran lebih sempurna dengan teknologi DualCut
- Berfungsi selama 120 minit berterusan
Kekurangan produk
- Set dan reka bentuk menjadi sasaran produk tiruan
Spesifikasi produk
Jaminan | 2 Tahun |
---|---|
Jumlah Bilah | 2 |
Harga | RM199.00 |
Panasonic Electric Shaver for Women ES2216PC Cordless 4 Blade
Untuk wanita tidak perlu runsing dan membazir masa bercukur menggunakan cara lama kerana pencukur elektrik Panasonic Electric Shaver for Women ES2216PC Cordless 4 Blade menawarkan penyelesaian lebih mudah, selamat dan efisien. Panasonic Electric Shaver for Women ES2216PC Cordless 4 Blade hadir dengan kemasan kalis air. Dalam erti kata lain, jika anda melakukan rutin bercukur di bawah pancuran mandi sekalipun bukan masalah besar. Panasonic Electric Shaver for Women ES2216PC Cordless 4 Blade mempunyai sistem pencukur empat bilah untuk capaian cukuran lebih sempurna. Amat disyorkan kepada pengguna yang mempunyai kulit sensitif kerana bilahnya diperbuat daripada keluli tahan karat (hypoallergenic) untuk mengelakkan kerengsaan kulit dan memberi keselesaan.
Panasonic Electric Shaver for Women ES2216PC Cordless 4 Blade beri keselesaan kepada pengguna dengan putaran mesinnya yang perlahan. Mesin pencukur elektrik ini ideal untuk melakukan trim kemas pada bahagian bawah lengan, bulu halus di wajah serta garis bikini. Panasonic Electric Shaver for Women ES2216PC Cordless 4 Blade senang untuk dibersihkan dengan menggunakan air sahaja.
Kelebihan produk
- Kemasan kalis air
- Sistem pencukur empat bilah untuk kesempurnaan.
- Sesuai untuk kulit sensitif
- Senang untuk dibersihkan
Kekurangan produk
- Tempoh jaminan pendek
Spesifikasi produk
Jaminan | 3 Bulan |
---|---|
Jumlah Bilah | 4 |
Harga | RM199.00 |
Xiaomi Mi Electric Shaver S500 Global Version
Jenama Xiaomi tidak ketinggalan mengeluarkan pencukur elektrik sendiri iaitu Mi Electric Shaver S500. Xiaomi Mi Electric Shaver S500 Global Version pencukur elektrik ini turut memiliki kelajuan putaran dengan dua mod berbeza. Pencukur ini direka dalam bentuk tiga bilah yang membolehkannya menjangkau setiap sudut dengan berkesan. Xiaomi Mi Electric Shaver S500 Global Version menggunakan motor Mabuchi 260 yang mempunyai daya kuasa tinggi untuk menggerakkan pisau berputar 360 darjah sekaligus cukuran dapat dilakukan di setiap sudut.
Selain itu, ia juga kalis air dan boleh dicuci menggunakan air dengan mudah. Pada pencukur elektrik ini terdapat skrin LED yang menunjukkan status bateri sekaligus membolehkan pengguna mengetahui tahap bateri semasa. Xiaomi Mi Electric Shaver S500 Global Version menggunakan port pengecasan jenis C sama seperti telefon pintar. Ini bermakna, pengecas telefon pintar juga boleh digunakan untuk mengecas bateri peranti ini. Bagi sekali pengecasan penuh, peranti ini mampu bertahan sehingga dua bulan penggunaan
Kelebihan produk
- Kalis air
- Menggunakan port pengecasan jenis C
- Memiliki kelajuan putaran dengan dua mod berbeza
- Terdapat skrin LED yang menunjukkan status bateri
Kekurangan produk
- Tiada fungsi trimmer
Spesifikasi produk
Jaminan | 1 Tahun |
---|---|
Jumlah Bilah | 3 |
Harga | RM149.00 |
REMINGTON Ultimate Series R9 Rotary Shaver XR1570
REMINGTON Ultimate Series R9 Rotary Shaver XR1570 khas untuk jejaka yang mementingkan kesempurnaan ketika bercukur. Mempunyai 5 kedudukan pilihan sikat (1,2,3,4 & 5mm), pencukur elegan ini menawarkan pelbagai gaya cukuran idaman. Pemegangnya dengan reka bentuk ergonomik memudahkan anda untuk bercukur dengan selesa tanpa perlu membetulkan posisi tangan. Bilah dalaman REMINGTON Ultimate Series R9 Rotary Shaver XR1570 menawarkan Antimicrobial Defence system agar cukuran lebih lembut dan sempurna. Kuasa REMINGTON Ultimate Series R9 Rotary Shaver XR1570 yang tinggi membolehkan anda mencukur dengan pantas dalam masa hanya beberapa minit. Bilah LiftLogic memberikan prestasi pemotongan lebih lancar dan capaian pencukuran yang lebih licin. Manakala kepala REMINGTON Ultimate Series R9 Rotary Shaver XR1570 dikendalikan ComfortSpin berputar bersilih ganti, meminimumkan kerengsaan kulit untuk pencukuran yang lebih licin dan sensitif.
Kelebihan produk
- Mempunyai 5 kedudukan pilihan sikat (1,2,3,4 & 5mm)
- Reka bentuk ergonomik
- Antimicrobial Defence system memberi cukuran lebih lembut dan sempurna
- Bilah LiftLogic memberikan prestasi pemotongan lebih lancar
Kekurangan produk
- Harga tinggi di pasaran
Spesifikasi produk
Jaminan | 2 Tahun |
---|---|
Jumlah Bilah | (Jenis pusingan) |
Harga | RM860.90 |
VEET Sensitive Touch Electric Trimmer (for women)
VEET jenama pencukur dipercayai ramai wanita di Malaysia. VEET Sensitive Touch Electric Trimmer, pencukur elektrik berinovasi dengan fungsi untuk mencukur bawah lengan, garisan bikini, bulu-bulu halus pada wajah dan kaki serta merapikan kening. VEET Sensitive Touch Electric Trimmer mempunyai dua bilah, iaitu bilah kecil (tengah) dan panjang digunakan untuk mencukur bahagian yang lebih rapi manakala bilah lebar berfungsi untuk mencukur kawasan permukaan yang besar seperti bahagian bawah lengan serta sekitar garisan bikini.
Pelindung kepala bilah berwarna merah jambu digunakan untuk proses ‘trim’ bagi menyamaratakan panjang rambut atau bulu agar tampak lebih kemas dan profesional. VEET Sensitive Touch Electric Trimmer direka khas dengan menitik beratkan tentang keselamatan pengguna. Bilah pisaunya tidak akan menyentuh bahagian permukaan kulit sekaligus mengelak daripada terluka. VEET Sensitive Touch Electric Trimmer beroperasi menggunakan satu bateri saiz AA dan mudah dibersihkan menggunakan berus mini yang dibekalkan. Struktur badan pencukur ini sangat ringan dan mudah dikendali serta dibawa ke mana sahaja.
Kelebihan produk
- Mempunyai dua bilah dwi fungsi
- Ringan dan travel friendly
- Direka khas dengan menitik beratkan tentang keselamatan pengguna
- Mudah dibersihkan
Kekurangan produk
- Set dan reka bentuk menjadi sasaran produk tiruan
Spesifikasi produk
Jaminan | Tidak dinyatakan |
---|---|
Jumlah Bilah | 2 |
Harga | RM91.76 |
Pencukur elektrik adalah pilihan yang menjimatkan kerana boleh digunakan berulang kali dan lebih memberikan keselesaan. Apa saja jenis pencukur elektrik yang menjadi pilihan kalian, sebagai pengguna lelaki atau wanita perlu mengetahui cara mencukur rambut atau bulu badan yang betul. Ini sudah tentu dapat menghindari kecederaan atau kegatalan kulit tubuh bahagian tertentu. Untuk mendapatkan hasil cukuran menggunakan pencukur elektrik yang lebih baik, disarankan untuk menggunakan krim atau gel pelincir untuk memudahkan pergerakan ketika mencukur.
Selepas selesai bercukur, sudah tentu anda perlu membersihkan bahagian badan yang telah dicukur dengan air yang bersih. Jangan lupa untuk membersihkan alat pencukur elektrik anda. Membiarkan tanpa mencuci boleh menyebabkan pencukur elektrik tersumbat dan berkarat. Paling penting dapatkan saranan daripada jurujual atau perunding produk tersebut terlebih dahulu agar pencukur elektrik idaman hati tahan lebih lama.