5 Pilihan ‘Peanut Butter’ Paling Best, Khas Untuk Anda Penggemar Mentega Kacang!

5 Pilihan ‘Peanut Butter’ Paling Best, Khas Untuk Anda Penggemar Mentega Kacang!
Makanan dan minuman


Peanut butter atau mentega kacang sememangnya enak dimakan begitu sahaja ataupun disapu dengan roti. Ia seringkali dijadikan sebagai sajian makanan ringan dan sapuannya menjadi kegilaan buat penggemar mentega kacang. Peanut butter adalah sapuan serbaguna yang lazat dan kaya dengan nutrient, protein dan sesetengah mengandungi vitamin yang bagus untuk badan.

Ada yang berpendapat mengambil peanut butter dengan jenis dan kadar yang betul mampu menyokong matlamat penurunan berat badan dengan mengurangkan selera makan. Ini kerana peanut butter merupakan makanan yang kaya dengan asid lemak mono tak tepu dan asid lemak poli tak tepu yang mampu membantu anda merasa kenyang untuk jangka masa yang panjang.
Ha, bukan je sedap namun jika betul cara pengambilan mampu memberi manfaat baik pada badan. Jom lihat antara pilihan peanut butter menarik ada di pasaran!

Marmite Crunchy Peanut Butter

Marmite Crunchy Peanut Butter
Sajian sarapan pagi yang unik dan lazat yang akan menambah kelainan baru pada citarasa anda!! Marmite Peanut Butter Crunchy ialah sentuhan baharu pada mentega kacang, diadun dengan ekstrak yis, memberikan rasa yang sempurna untuk mempelbagaikan rutin pagi anda. Marmite Peanut Butter Crunchy sesuai pada roti bakar, waffle , biskut dan ianya sungguh mudah dan lazat untuk anda dan keluarga nikmati. Menarik lagi, Marmite Peanut Butter Crunchy kaya dengan vitamin B (termasuk B12)! Marmite Peanut Butter Crunchy juga tidak mengandungi gula tambahan dan tiada minyak sawit – apa lagi yang anda mahukan daripada hidangan sarapan pagi?!

Kelebihan

  • Mempunyai vitamin B termasuk B12
  • Tiada gula tambahan
  • Sesuai untuk mereka yang vegetarian
  • Mudah disediakan

Kekurangan

  • Agak sukar didapati di kedai biasa

Spesifikasi

Berat 225g
Kandungan PEANUTS (87%), yeast extract powder (9.5%), PEANUT oil, antioxidant (tocopherol extract), vitamins (thiamin, riboflavin, niacin, vitamin B12 and folic acid).
Harga RM 33

Amazin’ Grace Indulgent Peanut Butter

Amazin' Grace Indulgent Peanut Butter
Kacang tanah Argentina Hi-Oleic yang dipanggang ringan digaul menjadi mentega halus dan ditambah dengan molase dan garam laut. Kacang tanah Hi-Oleic adalah pelbagai jenis kacang tanah yang unik yang lebih berkualiti dari segi khasiat, rasa dan wangi diperoleh dari Argentina! Amazin’ Grace Indulgent Peanut Butter mengandungi asid lemak oleik yang tinggi iaitu lemak baik yang terdapat dalam minyak zaitun dan alpukat yang menyokong pengekalan paras kolesterol normal dalam badan anda, yang membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Kelebihan

Mengandungi lemak baik untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

  • Tiada gula tambahan
  • Bahan semulajadi
  • Bauan kacang lebih kuat dan menyelerakan
  • Produk disahkan halal

Kekurangan

  • Agak sukar didapati di kedai biasa

Spesifikasi

Berat 350g
Kandungan Kacang, molasses organik, garam laut
Harga Rm 19.90

Snickers Crunchy Peanut Butter Spread

Snickers Crunchy Peanut Butter Spread
Snickers + Peanut Butter…fuh, ini sememangnya wujud! Snickers Crunchy Peanut Butter Spread ini dipenuhi dengan kacang tanah yang rangup dengan sedikit karamel dan coklat yang manis!! Mentega kacang yang lazat pasti memikat hati kerana ia…diputar, dikacau dan mengenyangkan!!

Kelebihan

  • Rasa unik mentega kacang
  • Mempunyai rasa manis karamel
  • Mudah disediakan

Kekurangan

  • Tidak sesuai untuk vegetarian
  • Harga sedikit mahal

Spesifikasi

Berat 320g
Kandungan 77% PEANUTS, 15% MILK chocolate pieces (sugar, cocoa butter, skimmed MILK powder, cocoa mass, LACTOSE (from MILK), WHEY [MILK] protein (from MILK), palm oil, WHEY [MILK] powder (from MILK), MILK fat, emulsifier (SOY lecithin), vanilla extract), PEANUT oil, hardened palm oil. Min 25% cocoa in milk chocolate. Min. 14% dry milk content in milk chocolate. In addition to cocoa butter, chocolate also contains other vegetable fats.
Harga 26.90

Lady’s Choice Peanut Butter Spread

Lady’s Choice Peanut Butter Spread
Produk ini sungguh terkenal di Malaysia! Boleh dikatakan ia antara salah satu kegemaran ramai kerana rasanya yang enak dan kepelbagaian perisa mentega kacang yang ada. Ia juga mudah didapati di hampir kebanyakkan kedai runcit mahupun pasaraya terkenal. Produk ini juga banyak digunakan sebagai ramuan membuat kuih dan kek.

Kelebihan

  • Popular di Malaysia
  • Bebas kolesterol
  • Harga murah
  • Mudah disediakan

Kekurangan

  • Sesetengah perisa agak manis

Spesifikasi

Berat 500g
Kandungan Peanuts, sugar, emulsifier (monoglyceride), iodized salt, vitamin b1, vitamin e acetate, vitamin a palmitate, vitamin d3.
Harga RM16.50

Skippy Chunky Peanut Butter

Skippy Chunky Peanut Butter
Ini adalah sebab mengapa taburan mentega kacang dengan ketulan kacang semulajadi SKIPPY hanya menggunakan bahan-bahan ringkas dan tiada perasa, warna atau pengawet tiruan iaitu untuk membuat penambahan yang sempurna kepada mana-mana snek. Tanpa perlu dikacau, taburan mentega kacang chunky semulajadi ini sungguh enak dimakan.

Kelebihan

  • Popular di Malaysia
  • Tiada gula tambahan
  • Harga murah
  • Mudah disediakan
  • Kurang manis

Kekurangan

  • Tidak sesuai untuk mereka yang tidak menyukai ketulan kacang

Spesifikasi

Berat 500g
Kandungan Kacang panggang, garam, minyak kelapa sawit
Harga 17.50

Pelbagai pilihan mentega kacang sesuai untuk anda seisi keluarga. Rasa setiap mentega kacang sedikit berbeza dengan ramuan dan perisa tambahan yang digunakan. Tepuk dada, tanyalah selera!

Untuk anda yang inginkan berdiet, ambil dengan kadar berpatutan dan elakkan memilih peanut butter yang mengandungi perisa tambahan serta kandungan gula yang tinggi okay!



Related posts