Ini 5 Multivitamin Sebagai Keperluan Mengisi Jurang Nutrisi Harian Lengkap Ketika Pandemik

Ini 5 Multivitamin Sebagai Keperluan Mengisi Jurang Nutrisi Harian Lengkap Ketika Pandemik
Kesihatan dan kecantikan


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan strain baru Covid-19, sebagai varian membimbangkan dikenali sebagai Omicron ketika pandemik ini. Omicron kali pertama dikesan di Afrika Selatan, menyaksikan pelbagai negara di seluruh dunia segera menyekat penerbangan dari negara tersebut bagi mengekang penularan Omicron. Walaupun vaksin sudah diterima, namun setiap individu harus terus amalkan dengan baik norma baru dalam kehidupan seperti pemakaian pelitup muka, menjauhi diri untuk keluar jika tiada keperluan, mengamalkan penjarakan di luar rumah, sentiasa memastikan kebersihan diri, amalkan membasuh tangan dengan betul dan kerap atau menggunakan sanitasi yang sesuai.

Selain itu anda dan keluarga juga dicadangkan untuk mengambil multivitamin sebagai penguat sistem imun dan makanan tambahan terbaik untuk keperluan nutrisi harian tubuh yang lengkap. Multivitamin membantu memastikan anda mengisi jurang nutrisi dalam diet anda. Mengamalkan multivitamin adalah sebagai ikhtiar mendapatkan kesihatan tubuh yang baik. Apabila tubuh sihat, anda mampu mengelak virus jahat atau langkah awal untuk mencegah daripada jangkitan strain baru Covid-19, varian Omicron yang menakutkan ini. Multivitamin dapat membantu meningkatkan nutrien, memberikan dos yang lebih tinggi bagi sesuatu vitamin atau mineral mengikut keperluan individu. Ini antara 5 jenama multivitamin terbaik dan dipercayai di pasaran Malaysia dicadangkan untuk keperluan setiap individu.

Scott’s Gummies with Multivitamin (Apple) – 60’s

Scott's Gummies with Multivitamin (Apple) - 60's
Kekurangan nutrisi ketika zaman kanak-kanak boleh memberi kesan jangka pendek dan panjang kepada si kecil. Antara kesan jangka pendek yang akan berlaku jika kurang nutrisi adalah kurang berat badan, imun lemah, dan mudah sakit. Scott’s Gummies with Multivitamin (Apple), gula-gula kenyal gelatin mengandungi kebaikan semua nutrien penting yang sesuai untuk kanak-kanak. Diperkaya vitamin A, B6, C, D & E dan Zink, Scott’s Gummies with Multivitamin (Apple) dirumus khas untuk kanak-kanak berusia lima tahun dan ke atas bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan si kecil.

Scott’s Gummies with Multivitamin (Apple) diperakui pakar diet dan pemakanan, memberikan mikronutrien penting kepada kanak-kanak. Selain perisa Epal, terdapat juga perisa Tropika yang enak sesuai dengan cita rasa kegemaran kanak-kanak. Scott’s Gummies with Multivitamin (Apple) tersedia dalam pelbagai rupa bentuk seperti singa, monyet dan buaya, sekali gus menjadikannya lebih menarik.

Kelebihan produk

  • Untuk keperluan harian
  • Mudah dikunyah
  • Mempunyai rasa yang sedap
  • Multivitamin khas untuk kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas

Kekurangan produk

  • Tidak sesuai untuk bayi
  • Tidak sesuai untuk vegetarian mempunyai kandungan haiwan

Spesifikasi produk

Bilangan kapsul 60 biji
Cadangan penggunaan Ambil tidak lebih 3 biji sehari
Harga RM39.53

Proviton Multivits CoQ10 plus 120’s

Proviton Multivits CoQ10 plus 120’s
Proviton Multivits CoQ10 plus diformulasi dengan ekstrak Ginseng IDB berupaya meningkatkan sistem imun sekaligus menjadikan ia sebagai suplemen sesuai untuk orang dewasa dan warga emas ketika pandemik. Ekstrak Ginseng juga mampu merangsang aktiviti fizikal untuk satu tempoh panjang. Selain itu, Proviton Multivits CoQ10 plus mengandungi Vitamin A, Vitamin D, Vitamin E, Vitamin B1, Vitamin B, Vitamin D6, Vitamin B12, Biotin, folic acid, magnesium, iron, zinc, calcium, lecithin dan potassium. Kandungan tambahan CoQ10 adalah suplemen yang baik untuk penghasilan tenaga yang banyak lantas mengurangkan rasa lemah, mudah sakit dan cepat penat. Proviton Multivits CoQ10 plus melalui piawaian yang ditetapkan KKM dan menerima sijil Halal Malaysia kategori suplemen dan ubat preskripsi, dikeluarkan Jakim berdasarkan piawaian farmaseutikal halal pertama dunia.

Kelebihan produk

  • Diformulasi dengan ekstrak Ginseng IDB
  • Suplemen buatan Malaysia sesuai untuk orang dewasa dan warga emas
  • Melalui piawaian yang ditetapkan KKM
  • Menerima sijil Halal Malaysia kategori suplemen dan ubat preskripsi

Kekurangan produk

  • Botol kaca dan mudah pecah
  • Perlu disimpan disuhu bawah 25C dan kering

Spesifikasi produk

Bilangan kapsul 120 biji
Cadangan penggunaan Ambil 1 kapsul selepas makan, atau seperti yang disarankan oleh doktor atau ahli farmasi.
Harga RM89.60

Blackmores Multivitamins + Minerals 30’s

Blackmores Multivitamins + Minerals 30's
Blackmores Multivitamins + Minerals mengandungi vitamin dan mineral penting untuk memberi sokongan nutrisi menyeluruh kepada tubuh dn kesihatan. Ia lengkap segala keperluan nutrisi selain memberi faedah terhadap kesihatan tubuh badan, tahan utiliti tenaga yang lebih baik serta bekalan nutrien penting lain yang tidak dibekalkan dalam diet seharian seseorang. Blackmores Multivitamins + Minerals produk keluaran Australia merupakan jenama pilihan ramai dan dipercayai sejak berzaman.

Menggunakan bahan semulajadi, Blackmores Multivitamins + Minerals juga mengandung Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Folic acid, Vitamin B12, Vitamin C, Vitamin D3, Vitamin E, Biotin, Calcium, Iron, Magnesium, Potassium, dan Zinc. Kesemua ini membantu menambah diet tidak seimbang dalam dos sehari setiap individu dewasa dan warga emas . Selain itu, Blackmores Multivitamins + Minerals tanpa sebarang tambahan yis, tiada gluten dan gandum, tanpa derivatif susu, tiada pengawet, perisa tiruan atau pemanis tiruan.

Kelebihan produk

  • Harga berpatutan
  • Menggunakan bahan semulajadi
  • Tanpa sebarang tambahan yis, tiada gluten dan gandum, tanpa derivatif susu
  • Tiada pengawet, perisa tiruan atau pemanis tiruan.

Kekurangan produk

  • Botol kaca dan mudah pecah
  • Perlu disimpan di tempat kering sahaja

Spesifikasi produk

Bilangan kapsul 30 tablet
Cadangan penggunaan Ambil 1 tablet sehari dengan makan
Harga RM22.90

MyVitamins Essentials Multivitamin Gummies (Strawberry) – 30’s

MyVitamins Essentials Multivitamin Gummies (Strawberry) - 30’s
MyVitamins Essentials Multivitamin Gummies, suplemen multivitamin berperisa strawberi semula jadi mudah dikunyah. MyVitamins Essentials Multivitamin Gummies mengandungi gabungan 11 vitamin (Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B12, Vitamin C, Vitamin D3, Vitamin E) dan cara yang lazat untuk menambah nutrien penting. Campuran kompleks MyVitamins Essentials Multivitamin Gummies ini termasuk vitamin A, C dan D, iodin untuk membantu mengekalkan fungsi kognitif individu dewasa. MyVitamins Essentials Multivitamin Gummies turut membantu menyokong sistem imun dan ikhtiar mendapatkan kesihatan tubuh yang baik. Dirumus dengan biotin untuk membantu mengekalkan keadaan rambut, kulit dan kuku selain menyokong fungsi psikologi. MyVitamins Essentials Multivitamin Gummies telah diuji secara klinikal dan mendapat kelulusan penggunaan antarabangsa bagi kategori suplemen dan ubat preskripsi.

Kelebihan produk

  • Mengandungi gabungan 11 vitamin
  • Mudah dikunyah
  • Mempunyai rasa buah semulajadi yang sedap
  • Suplemen sesuai untuk orang dewasa

Kekurangan produk

  • Tidak sesuai untuk bayi
  • Sukar dapat dipasaran

Spesifikasi produk

Bilangan kapsul 30 biji
Cadangan penggunaan Ambil 1 biji sehari
Harga RM48.30

Nutrilite DOUBLE X – 62 tablets

Nutrilite DOUBLE X – 62 tablets
Nutrilite DOUBLE X, suplemen multivitamin mengandungi 12 vitamin penting, 9 mineral dan 17 fitonutrien, rumusan yang memberikan perlindungan antioksidan yang lebih dan manfaat kesihatan berganda. Antara kandungannya adalah Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Folic acid, Vitamin B12, Vitamin C, Vitamin D3, Vitamin E, Biotin, Calcium, Iron, Magnesium, Potassium, dan Zinc. Formulasi Nutrilite DOUBLE X diekstrak daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di ladang disahkan organic. Tablet multivitamin mudah ditelan ini tiada pewarna tiruan, tanpa perasa atau bahan pengawet. Pengambilan Nutrilite DOUBLE X setiap hari ketika musim pandemik mampu menguatkan sistem pertahanan semula jadi tubuh, mengekalkan tahap kesihatan optimum dan memberikan tenaga.

Kelebihan produk

  • Tablet mudah ditelan.
  • Mengandungi 12 vitamin penting, 9 mineral dan 17 fitonutrien
  • Diekstrak daripada buah dan sayuran di ladang disahkan organik
  • Menguatkan sistem pertahanan semula jadi tubuh

Kekurangan produk

  • Perlu disimpan di suhu bawah 25C dan kering
  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi produk

Bilangan kapsul 62 tablet
Cadangan penggunaan 1 tablet ambil dua kali sehari.
Harga RM126.00

Multivitamin mempunyai vitamin dan mineral merupakan nutrisi penting bagi meningkatkan nutrisi tubuh ditambah dengan wabak pandemik ketika ini. Semua multivitamin direka agar mudah diserap oleh badan, memastikan khasiat optimum untuk anda yang lebih sihat. Ramai mula mendapatkan multivitamin sebagai langkah mempertahankan sistem tubuh badan yang lebih baik namun kalian juga perlu berhati-hati ketika mengambil multivitamin. Ini kerana pengambilan multivitamin dalam dos berlebihan dapat menimbulkan kesan samping yang boleh menyebabkan masalah kesihatan. Kesan pengambilan multivitamin bergantung kepada tahap kesihatan individu. Jangan lupa dapatkan saranan daripada doktor anda.

Sekiranya anda berniat untuk mengambil produk multivitamin sebagai suplemen, pastikan anda mengambil dalam dos yang betul dan jenama yang dipercayai serta berkualiti. Penting diingatkan bahawa rawatan menggunakan multivitamin bukan satu rawatan standard yang diiktiraf untuk mencegah tubuh daripada sebarang komplikasi disebabkan varian COVID-19 yang baru iaitu Omicron. Dapatkan nasihat pakar atau hubungi pakar perubatan terdekat.



Related posts