10 Pilihan Dash Cam Terbaik Di Malaysia Untuk Kendaraan Anda. Keselamatan Lebih Terjamin!

10 Pilihan Dash Cam Terbaik Di Malaysia Untuk Kendaraan Anda. Keselamatan Lebih Terjamin!
Kereta dan motosikal


Pemasangan kamera perakam video ‘dash cam’ dalam kenderaan oleh pemilik kenderaan sekarang ini adalah satu perkembangan positif. Dashcam mampu merekodkan pelbagai kejadian di jalan raya dan boleh dijadikan maklumat tambahan untuk mengenal pasti punca kemalangan. Melalui rakaman dash cam juga, setiap pemilik kenderaan dapat kenal pasti pemandu yang tidak bertoleransi dan seterusnya membantu pihak berkuasa mengambil tindakan. Untuk wanita yang sering memandu kenderaan seorang diri, penggunaan dash cam pada kenderaan anda sangat digalakkan!

Versi dash cam terkini mempunyai pelbagai fungsi tambahan seperti boleh merakam kemalangan berlaku pada waktu malam dengan jelas dan paparan luas. Ada juga dash cam memiliki sistem amaran pelanggaran hadapan. Selain itu pemasangan dash cam menggalakkan masyarakat menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat termasuk berkaitan kemalangan jalan raya. Jom pilih dash cam yang sesuai untuk kenderaan anda!

Produk 1 – Xiaomi 70mai 1S Dash Cam

Xiaomi 70mai 1S Dash Cam

Xiaomi 70mai 1S Dash Cam antara jenama dash cam dipercayai dan menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia dek kerana jenama ‘Xiaomi’ sendiri sudah dikenali sebagai jenama telefon bimbit popular, Selain harganya yang berpatutan, dash cam jenama ini juga dikatakan antara yang sempurna untuk kegunaan semua jenis kenderaan. Antara fungsi istimewa tersedia untuk dash cam ini ialah Full HD 1080P dengan sensor Sony IMX307, maka kualiti hasil rakaman sangat baik dan jelas walaupun pada hari gelap. Selain itu, hasil rakaman gambar atau video boleh dipantau melalui WiFi terus ke telefon bimbit pengguna aplikasi yang disediakan.

Kelebihan produk :

  • Auto padam video lama supaya memori kad tidak penuh.
  • Pemprosesan Hisilicon 3556 V200 menjadikan paparan video sangat jelas.
  • Mempunyai ciri voice control
  • Design yang stylo

Kekurangan produk :

  • SD Card dijual berasingan
  • Menjadi sasaran produk tiruan

Spesifikasi produk :

Kualiti Skrin : Full HD 1080pP bersama Sony IMX307
Mode Malam : Ada
Harga : RM125- RM165

Produk 2 – DDPai Dash Cam Mini 1080P HD Wifi

DDPai Dash Cam Mini 1080P HD Wifi

Satu lagi jenama dash cam bajet yang menjadi pilihan ramai di negara ini ialah DDPai Dash Cam Mini 1080P HD Wifi. Dash cam ini mempunya fungsi dan bentuk seakan sama dengan Xiaomi 70mai 1S Dash Cam. Bezanya DDPai Dash Cam Mini 1080P HD Wifi mempunyai wide angle lens diantara 140 (untuk mod malam) sehingga 170 darjah dan lens boleh berpusing hingga 330 darjah. Hasil rakaman video boleh dipantau melalui WiFi terus ke telefon bimbit pengguna aplikasi ddpai.

Kelebihan produk :

  • Pemantauan 24 jam apabila kereta diparking dengan G-sensor
  • Kualiti imej hebat. Penglihatan gambar /video waktu malam yang jelas.
  • Mesra pengguna
  • Harga berpatutan

Kekurangan produk :

  • Tiada GPS tracker
  • Fungsi dalaman sedikit

Spesifikasi produk :

Kualiti Skrin : Kualiti HD gambar/video 1080P
Mode Malam : Ada
Harga : RM127.90 – RM187.90

Produk 3 – HP F560X Dash Cam Car Recorder Sony IMX307 Starvis & HDR Sensor

HP F560X Dash Cam Car Recorder Sony IMX307 Starvis & HDR Sensor

Atas kepentingan keselamatan, pengguna seharusnya tidak perlu terlalu berkira mengeluarkan belanja lebih untuk membeli dash cam yang mempunyai kualiti rakaman yang tinggi. Kita tidak boleh menjangka bila kemalangan atau kecelakaan akan berlaku. Untuk yang mementingkan rakaman berkualiti, dash cam jenama HP F560X Dash Cam Car Recorder Sony IMX307 Starvis & HDR Sensor dicadangkan. Kualiti video yang diambil Sony IMX307 Starvis sensor 1080P FULL HD dengan sudut penggambaran sehingga 118 darjah sangat berbaloi. Istimewanya, dash cam ini turut dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan (ADAS) membantu memberi amaran kepada pemandu jika tersasar dari laluan sebenar. Secara tidak langsung membantu mengurangkan kemalangan akibat kecuaian sendiri.

Kelebihan produk :

  • Solusi professional dengan sistem bantuan pemanduan (ADAS)
  • Pengawasan parker untuk 24 jam
  • Kualiti rakaman yang baik & paparan waktu malam yang jelas
  • Kamera belakang boleh berpusing 360 darjah untuk dalam dan luar kereta.

Kekurangan produk :

  • SD Card dijual berasingan
  • Set up sedikit rumit

Spesifikasi produk :

Kualiti Skrin : Sony IMX307 Starvis sensor 1080P FULL HD
Mode Malam : Ada
Harga : RM295 – RM390

Produk 4 – Omnicen M1 FullHD

Omnicen M1 FullHD

Lain orang lain citarasa. Ada pemilik kenderaan yang kurang gemar dengan aksesori tambahan seperti dash cam jenis besar di hadapan cermin kenderaan kerana menganggu pemanduan. Oleh itu dash cam jenama Omnicen M1 FullHD paling serasi untuk kalian. Saiznya kecil mempunyai skrin LCD sebesar 2 inci sahaja untuk anda lihat gambar dan video yang telah dirakamkan dengan jelas. Ia hanya datang dengan kamera depan untuk membolehkan anda merakam sepanjang pemanduan anda. Kualiti rakamannya juga mempunyai resolusi tinggi iaitu 1080p untuk rakaman video yang lebih jelas. Ciri utama dalam kamera ini adalah sensor graviti, pengesan pergerakan, mikrofon, anti-gegaran dan pengimbang warna automatik.

Kelebihan produk :

  • Kecil dan ringan. Mudah untuk dialih.
  • Tahan suhu panas sehingga 80 darjah celsius
  • Mempunyai slot kad memori tambahan agar mempunyai lebih ruang data video
  • Rakaman lebih 5 jam

Kekurangan produk :

  • Video waktu gelap dan malam kurang jelas
  • SD Card dijual berasingan

Spesifikasi produk :

Kualiti Skrin : Full HD 1080P
Mode Malam : Tiada (diwujudkan WDR- Wide Dynamic Range)
Harga : RM124 – RM257

Produk 5 – GOQ A10 Dual Lens Dash Cam

GOQ A10 Dual Lens Dash Cam

Pelbagai jenis jenama dashcam dipasarkan bagi memenuhi permintaan pengguna kenderaan. Kalau sebelum ini untuk sebuah dash cam, setiap pemilik kenderaan perlu menghabiskan minima sekitar RM300 dan ke atas untuk setiap set. Namun hari ini, dengan bajet RM110 dan ke bawah anda sudah boleh memiliki dash cam yang sesuai dan berfungsi dengan baik. Antara yang menjadi pilihan adalah daripada jenama GOQ A10 Dual Lens Dash Cam. Datang dengan dua kamera untuk bahagian depan dan belakang, set ini juga disediakan skrin berukuran 4 inci memudahkan pemilik melihat keadaan sekitar secara langsung.

Kelebihan produk :

  • Kalis air
  • Boleh menggunakan microSD sehingga 32Gb
  • Mempunyai warna menarik
  • Skrin lebar

Kekurangan produk :

  • Tempoh waranti pendek hanya 3 bulan
  • Jenama menjadi sasaran produk tiruan

Spesifikasi produk :

Kualiti Skrin : Full HD 1080P
Mode Malam : Tiada (ada WDR- Wide Dynamic Range )
Harga : RM85.00 – RM110.00

Produk 6 – 3 Lens Car DVR Dash Cam

3 Lens Car DVR Dash Cam

Jika anda mencari dash cam yang mempunyai tiga kamera pada harga bajet atau di bawah RM100, 3 Lens Car DVR Dash Cam sangat dicadangkan. Datang dalam tiga kamera iaitu satu dibelakang dan dua dihadapan pastinya lebih selamat dan sesuai untuk kenderaan e-hiling terutamanya untuk mengawasi penumpang dan keselamatan di luar kenderaan. Selain kamera Lensa Kaca Wide Angle 6G 170 darjah, 3 Lens Car DVR Dash Cam ini juga datang bersama Paparan Skrin Besar Definisi Tinggi LCD 4 inci dengan kualiti gambar HD 1080P. Dash cam ini menyokong banyak Bahasa, antaranya Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Korea, Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Cina, Bahasa Itali, Bahasa Sepanyol, dan Bahasa Rusia.

Kelebihan produk :

  • Harga jimat
  • Menyokong kad TF/ Micro SD 8 GB – 32 GB
  • Kamera vision malam yang lebih terang.
  • Mempunyai sokongan G-Sensor. Catat maklumat kemalangan dalam kemalangan jalan raya.

Kekurangan produk :

  • Skrin paparan akan tertutup sendiri untuk menjimatkan tenaga namun rakaman masih tetap dirakam.
  • SD Card dijual berasingan

Spesifikasi produk :

Kualiti Skrin : Full HD 1080P
Mode Malam : Ada
Harga : RM85- RM99

Produk 7 – 70mai M300 Car Recorder Dash Cam

70mai M300 Car Recorder Dash Cam

70mai M300 Car Recorder Dash Cam antara jenama terbaru berada di pasaran Malaysia sekitar bulan Julai 2021 lalu. Dash cam ini datang dengan pilihan warna yang menarik dan ceria mengikut cita rasa pengguna. Kualiti gambar dan video bagi 70mai M300 Car Recorder Dash Cam ini mencapai 2304 x 1296P lebih tinggi daripada 1080P. Selain itu, perakam ini mudah diakses dan dilihat rakaman secara langsung melalui aplikasi di telefon bimbit. 70mai M300 Car Recorder Dash Cam merakam capaian kedudukan pada 140 darjah dan memastikan rakaman merangkumi tiga baris lorong trafik.

Kelebihan produk :

  • Binaan dalaman Wi-Fi
  • Pengawasan kereta di parking selama 24jam (mod parking aktif secara automatik)
  • Harga mampu milik
  • Reka bentuk menarik dan ada pilihan warna

Kekurangan produk :

  • Sokongan lemah GPS
  • Tempoh waranti yang singkat

Spesifikasi produk :

Kualiti Skrin : Mencapai 2304 x 1296P
Mode Malam : Ada
Harga : RM148 – RM189

Produk 8 – Anytek A5+ Rearview Mirror Dash Cam 4.5″

Anytek A5+ Rearview Mirror Dash Cam 4.5

Anytek A5+ Rearview Mirror Dash Cam 4.5″ khas untuk pengguna kereta yang mempunyai Android Car CD Player sahaja. Dash cam jenama ini perlu disambungkan terus ke CD player tersebut. Oleh itu, untuk memasang dash cam ini khidmat kepakaran staf di kedai aksesori diperlukan agar hasilnya lebih sempurna. Anytek A5+ Rearview Mirror Dash Cam 4.5″ menyokong memori sehingga 32 GB dan mempunyai sensor untuk mengesan pergerakan terutamanya jika berlaku kemalangan. Fungsi dash cam ini juga boleh merakam 24 jam semasa kereta anda diletakkan di kotak parkir. Mudah untuk mengesan kes langgar lari atau pencuri melalui imej depan dan belakang kenderaan pada skrin. Dash cam ini menyokong banyak Bahasa antaranya Chinese, English, Japanese, Korean, Russian, German, Arabic, Portuguese, Polish, Czech, Vietnamese, Thai, Spanish

Kelebihan produk :

  • Rakaman video yang baik
  • Harga berpatutan
  • Menyokong hingga 32GB memori
  • Auto on/off ketika enjin dihidupkan atau dimatikan.

Kekurangan produk :

  • Sedikit menganggu fungsi cermin pandang belakang
  • SD Card dijual berasingan

Spesifikasi produk :

Kualiti Skrin : HD 1080P
Mode Malam : Ada
Harga : RM129.50 – RM196.87

Produk 9 – Garmin Dash Cam 56

Garmin Dash Cam 56

Produk Jenama Garmin cukup dikenali sebagai alat pengesan GPS yang cukup baik. Model Dash Cam 56 mewarisi reputasi berkenaan dengan menghasilkan fungsi yang hampir sempurna. Secara umumnya, dash cam ini dilengkapi kamera 1440 HD yang menghasilkan video yang jelas dengan sudut 140 darjah. Selain itu turut tersedia slot memori kad dan juga GPS. Selain resolusi yang lebih tinggi, lensa kamera digunakan jenama ini juga mampu menghasilkan gambar yang amat baik ketika keadaan gelap. Saiz dash cam ini jenis kompak dan ringan, mengingatkan kepada kamera tahan lasak GoPro. Model ini juga datang dengan fungsi kawalan suara dan amaran yang boleh berhubung terus menggunakan WiFi ke peranti gajet anda. Penggunaan ‘mount’ juga direka dengan cukup bijak dengan menggunakan material magnet. Ia memudahkan pengguna untuk melekat atau menanggalkan dash cam Garmin ini dengan mudah.

Kelebihan produk :

  • Rakaman berkualiti
  • Saiz kompak
  • Ringan
  • Tahan Lasak

Kekurangan produk :

  • Bateri kecil
  • Harga mahal di pasaran

Spesifikasi produk :

Kualiti Skrin : Garmin Dash Cam 56 pula mampu merekod pada 1440p.
Mode Malam : Ada
Harga : RM999

Produk 10 – Thinkware F200 Front + Rear Parking Surveillance Dash Cam Built-in WiFi

Thinkware F200 Front + Rear Parking Surveillance Dash Cam Built-in WiFi

Dash cam jenama Thinkware antara model terbaik di pasaran tetapi datang dalam harga yang tinggi walaupun telah lama berada di pasaran. Kekuatan utamanya adalah kualiti kameranya dan boleh terus dipantau melalui WiFi ke telefon bimbit pengguna. Thinkware F200 menghasilkan rakaman video pada resolusi 1080p dengan sudut 140 darjah. Bagi yang mementingkan kualiti kamera terutamanya pada waktu malam, Thinkware F200 antara terbaik dengan hasil video dan gambar yang terang dan jelas. Dash cam ini juga terbina GPS dan mempunyai memori dalaman serta slot 16GB MicroSD Card.

Kelebihan produk :

  • Jenama dipercayai
  • Pelbagai pilihan dan spesifikasi dashcam
  • Tidak menjejaskan sistem kenderaan
  • Memiliki paparan rakaman yang jelas & berkualiti

Kekurangan produk :

  • Harga tinggi di pasaran
  • Fungsi butang sedikit janggal

Spesifikasi produk :

Kualiti Skrin : Resolusi 1080p
Mode Malam : Ada
Harga : RM769 – RM949

Menyedari kebaikan dash cam, usaha pemilik kenderaan mengambil inisiatif sendiri memasang dashcam pada kenderaan masing-masing adalah usaha yang baik. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Contohnya, apabila berlakunya kemalangan, pada mulanya dikatakan berlaku akibat kecuaian pemandu. Namun, selepas siasatan dilakukan melalui rakaman dash cam, keputusannya mendapati kemalangan berlaku akibat faktor lain seperti jalan berlubang atau tayar meletup. Ini memudahkan tugas pihak berkuasa atau urusan insuran untuk menyiapkan kertas siasatan dengan cepat dan mudah.

Walaupun tidak diwajibkan namun pemilik kenderaan digalak memasang dash cam, apatah lagi pemasangan alat itu tidak membabitkan proses yang sukar dan harganya berpatutan kepada spesifikasi. Untuk lebih mudah dan menjimatkan, anda boleh memilih untuk memasang dashcam hanya ‘plug and play’ selain kaedah ini tidak mengganggu sistem kenderaan. Untuk lebih kemas, bawa sahaja kenderaan anda ke kedai aksesori kenderaan terdekat.



Related posts