Ini Pilihan Kereta Paling Popular Di Malaysia Dengan Bajet Di Bawah RM150K

Ini Pilihan Kereta Paling Popular Di Malaysia Dengan Bajet Di Bawah RM150K
Kereta dan motosikal


Memiliki kereta kini boleh diibaratkan sebagai satu keperluan pada masa kini, lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah berkeluarga. Tapi perlu diingat, membeli kereta ini bukanlah sama seperti anda membeli baju atau makanan kerana banyak faktor perlu diambil kira seperti prestasi pengendalian, ciri keselamatan, penjimatan bahan api serta harga kereta tersebut yang pastinya mencecah puluhan atau ratusan ribu ringgit.

Ianya adalah komitmen jangka masa panjang disebabkan beberapa kos perlu dititikberatkan seperti kos bayaran bulanan pinjaman kereta, cukai jalan, servis kereta dan pelbagai lagi. Jika anda sedang mencari kereta baru, jom lihat beberapa pilihan kereta popular di Malaysia ini dengan bajet di bawah RM150,000.

Ini 5 Pilihan Kereta Paling Popular Di Malaysia Dengan Bajet Di Bawah RM150K

Mazda CX-5

Mazda CX-5
Permintaan kereta jenis SUV semakin mendapat tempat di hati pengguna jalan raya di Malaysia mungkin kerana reka bentuknya menarik, dan fungsinya yang boleh dipelbagaikan. Mazda yang dikenali sentiasa menerapkan gaya Kodo dalam setiap modelnya menjadikan jenama ini lebih beridentiti dan eksklusif. Mazda CX-5 telah dikemaskini beberapa kali sejak ia dilancarkan di Malaysia pada tahun 2017 dengan ciri kluster instrument separa digital dan GVC Plus. SUV dengan 5 seater ini juga tersedia dengan 5 varian dengan senarai harga di antara RM 138,000 – RM 183,000 di Malaysia.

Kelebihan Mazda CX-5

  • Kabin lebih premium dan terasa mahal
  • Interior cantik dan bergaya
  • Kabin yang senyap walau pada kelajuan tinggi
  • Pemanduan terbaik

Kekurangan Mazda CX-5

  • Ruangan dalaman tidak seluas seperti pesaing yang lain

Spesifikasi Mazda CX-5

Jenis SUV
Enjin 2.0L / 2.2L / 2.5L
Bahan api 56 liter
Air bag 6
Harga Bermula dari RM138,000

Proton X50

Proton X50
Sejak ia dilancarkan, semakin ramai terpikat apabila melihat kelibat kenderaan ini di jalan raya yang sekilas pandang seakan kereta premium Range Rover. Empat varian ditawarkan Proton X50 iaitu 1.5T Standard, Executive, Premium dan 1.5 TGDI Flagship. Menariknya, tahap keselamatan Proton X50 ini boleh dikatakan agak sama seperti versi X70 yang dilengkapi dengan ciri brek kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Pelanggaran Depan (FCW), Kawalan Adaptif (ACC) dan pelbagai lagi. Ruang dalamannya pula lengkap dengan kemasan dua tona, kombinasi meter LCD digital, bumbung panorama, konsol tengah untuk storan dan Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu (GKUI). Proton X50 dilengkapi kerusi larasan elektrik untuk pemandu, penyaman udara automatik dengan corong untuk penumpang belakang serta ruang kabin dengan penapis udara N95.

Kelebihan Proton X50

  • Ciri-ciri premium seperti gril hadapan unik selain lampu nyalaan siang (DRL) LED
  • X50 dilengkapi kerusi larasan elektrik untuk pemandu
  • Penyaman udara automatik
  • Pemanduan autonomi melalui Sistem Bantu Pemandu Termaju (ADAS) 2.0
  • Ciri Bantu Parkir Auto (APA)
  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)

Kekurangan Proton X50

  • Ruangan but kecil

Spesifikasi Proton X50

Jenis SUV
Enjin 1.5L TGDI
Bahan api 45 liter
Air bag 6
Harga Bermula dari RM86,300

Ford Ranger 2022

Ford Ranger 2022
Ford Ranger 2022 ialah Pickup 5 tempat duduk dan sering menjadi pilihan di Malaysia. Ia boleh didapati dalam 5 warna, 6 varian, 1 enjin, dan 2 pilihan transmisi: Manual dan Automatik. Ia mempunyai kelegaan tanah 230 mm dan dimensi ialah 5370 mm L x 1918 mm W x 1884 mm H. Sesuai digunakan di jalan raya mahupun ketika off-road dengan penambahan 50mm untuk jejak tapak dan jarak antara roda Ranger meningkatkan lagi kestabilannya. Bumbung Ranger berupaya menampung berat sehingga 350 kg (statik) dan sehingga 85 kg (dinamik).

Kemudahan pengurusan kargo di ruang muatan pula menjadikannya sebagai kenderaan serba boleh. Sebelum ini, hanya Ranger Raptor yang menawarkan pilihan mod pemanduan. Namun kini Ranger 2022 dilengkapi enam mod pemanduan, bergantung kepada varian. Mod yang ditawarkan ialah Normal, Eco, Tow/Haul, Slippery untuk jalan raya serta Mud/Ruts dan Sand untuk off-road. Mod-mod ini mengubah aspek penukaran gear, maklum balas pendikit, kawalan cengkaman, kestabilan, ABS dan sebagainya. Harga bermula RM 98,000 hingga RM 168,888.

Kelebihan Ford Ranger 2022

  • Kestabilannya tinggi sama ada di jalan raya mahupun ketika off-road
  • Pemanduan lebih terkawal sama ada dengan penuh muatan atau tidak.
  • Bumbung Ranger berupaya menampung berat sehingga 350 kg (statik) dan sehingga 85 kg (dinamik)
  • Dilengkapi enam mod pemanduan, bergantung kepada varian

Kekurangan Ford Ranger 2022

  • Kabin agak sempit
  • Harga spare part mahal

Spesifikasi Ford Ranger 2022

Jenis 4×4 Pick Up
Enjin 2L
Bahan api
Air bag 6
Harga Bermula dari RM98,888

Toyota Veloz

Toyota Veloz
Masih lagi panas, Toyota Veloz baru sahaja dilancarkan di Malaysia dan sudah berjaya memikat hati penggemar MPV kerana reka bentuknya yang lebih moden dan kelihatan begitu premium. Veloz dikuasakan oleh enjin 1.5 liter (2NR-VE) yang mampu menjana 106PS pada 6,000rpm dan tork 138Nm pada 4,200rpm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT yang kompak dan menjimatkan bahan api. Pemandu juga boleh memilih di antara tiga mode pemanduan iaitu ECO, Normal dan Power, bergantung kepada situasi.

Tidak berkompromi dengan aspek keselamatan, Veloz dilengkapi Toyota Safety Sense yang merangkumi ciri-ciri utama seperti Pre-Collision System (PCS), Lane Departure Warning (LDW), Lane Departure Prevention dan Lane Keeping Control (LKC). Kunci pintu juga akan dibuka apabila pemandu menghampiri dan lampu kaki akan menyala secara automatik. Sangat sesuai untuk keluarga, kenderaan MPV ini mempunyai ruang kabin yang luas membolehkan tujuh orang penumpang duduk dengan selesa. Tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipat jika perlu mengangkut barang yang banyak atau besar.

Kelebihan Toyota Veloz

  • Lampu LED
  • Dilengkapi Toyota Safety Sense
  • Ruang kabin yang luas
  • Roof rails yang mampu menampung beban sehingga 75kg
  • Tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipat jika perlu mengangkut barang yang banyak atau besar
  • Pad pengecasan tanpa wayar

Kekurangan Toyota Veloz

  • Tiada fungsi cruise control

Spesifikasi Toyota Veloz

Jenis MPV
Enjin 1.5L
Bahan api
Air bag 6
Harga Bermula dari RM95,000)

Nissan X-Trail

Nissan X-Trail
Satu lagi kereta jenis SUV yang agak popular di Malaysia adalah Nissan X-Trail. Kereta ini sangat sesuai untuk anda yang berkeluarga besar kerana ianya adalah 7 dan 5 seater SUV yang tersedia dalam senarai harga RM 136,888 – 161,888 di Malaysia. 5 pilihan warna boleh dipilih, 4 varian, 2 mesin, dan CVT pilihan transmisi di Malaysia. Boleh dikatakan Nissan X-Trail adalah SUV yang bergaya dan tampak begitu premium dengan reka bentuk terbarunya.

Kelebihan Nissan X-Trail

  • Kabin yang lebih senyap dan selesa
  • Bersaiz besar
  • Apple CarPlay dan Android Auto
  • Kamera 360 darjah
  • Pemegang cawan dengan fungsi penyejuk
  • Pintu but belakang yang berkuasa dengan fungsi ‘motion-activated’.

Kekurangan Nissan X-Trail

  • Tempat duduk di barisan ketiga agak sempit

Spesifikasi Nissan X-Trail

Jenis SUV
Enjin 2.0L / 2.5L
Bahan api 60 liter
Air bag 4-6
Harga Bermula dari RM136,888

Untuk anda yang baru pertama kali ingin membeli kereta, kaji terlebih dahulu spesifikasi yang ada pada setiap model kenderaan idaman. Ianya pasti suatu proses yang mengujakan, namun anda perlu ingat bahawa ia bakal menjadi komitmen untuk jangka masa yang panjang.



Related posts