5 Pilihan Popular Basikal Lipat Terbaik Di Malaysia 2022

5 Pilihan Popular Basikal Lipat Terbaik Di Malaysia 2022
Kereta dan motosikal


Seiring dengan trend dan perkembangan semasa, sukan dan riadah juga turut menerima tempiasnya. Boleh dikatakan pada masa ini, ramai rakyat Malaysia mula menyedari kepentingan bersukan untuk kesihatan mental dan fizikal mereka. Yang paling menarik perhatian adalah aktiviti berbasikal.

Melihat penunggang basikal berkonvoi atau bergerak secara berkumpulan adalah pemandangan yang sangat biasa ketika ini. Banyak jenis-jenis basikal digunakan mengikut citarasa dan kepuasan masing-masing. Namun, yang paling menarik perhatian adalah basikal lipat atau folded bike yang kelihatan sangat unik. Tidak memakan ruang yang banyak menjadikan ianya sangat praktikal dan menjadi pilihan ramai ketika ini.

Jadi kepada anda yang sedang berkira-kira untuk menjadi sebahagian daripada trend dengan memiliki basikal lipat, kami sajikan kepada anda lima jenama basikal lipat terbaik di Malaysia untuk tahun 2022.

Tern Verge X11

Tern Verge X11
Tern Verge X11 memberikan kepuasan kayuhan menerusi inovasi dan teknologi yang diterapkan pada jenama ini. Yang pertama, basikal lipat ini bergerak dengan tayar yang berdiameter lebih besar iaitu 451mm berbanding dengan saiz biasa 406mm. Ia memberikan pengalaman seperti anda mengayuh basikal bersaiz biasa melalui rangka basikal lipat yang kecil.

Selain itu, teknologi unik yang digunakan pada jenama ini adalah T-Tuned Geometry, dimana pereka basikal lipat ini telah membuat pengubahsuaian sudut pada wheelbase, rake dan seat tube yang memberikan lebih kestabilan ketika anda mengayuh. Dengan hyper-wide 1x drivetrains, pertukaran gear dan kelajuan kayuhan anda akan menjadi lebih lancar dan mudah.

Kelebihan Tern Verge X11

  • Ultra ringan untuk kelajuan dan mudah alih
  • Hanya mengambil masa 10 saat untuk dilipat
  • Tidak memakan ruang yang banyak ketika disimpan
  • Tayar 451 memberikan tunggangan bersaiz penuh dengan kesan kecil pada saiz yang dilipat

Kekurangan Tern Verge X11

  • Harga yang sangat mahal dan bukan mampu milik
  • Pilihan tayar yang kurang kerana kelainan saiznya

Spesifikasi Tern Verge X11

Material Carbon Fibre
Gear Hyper wide 1x drivetrains
Berat Maksimum Penunggan sehingga 120 KG
Harga RM 8,000 – RM 9,000

Oyama Folding Bicycle 20 – Dazzle M500D

Oyama Folding Bicycle 20 - Dazzle M500D
Oyama Folding Bicycle 20 – Dazzle M500D adalah sebuah basikal lipat buatan negara Taiwan. Dibuat dengan material aloi aluminium, ianya ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Jika anda berketinggian antara 150 sehingga 180 cm, basikal ini cukup sesuai dengan anda selain ia mampu untuk menampung berat sehingga 100 kg.

Kerangka badan basikal ini didatangkan khas dengan ciri-ciri keselamatan yang maksimum, seperti penyerap hentakan yang mampu melindungi anda. Ia juga turut dilengkapi dengan brek cakera bermaterialkan keluli untuk cengkaman yang lebih cekap dan efisien ketika kecemasan.

Selain itu, tempat duduk pada basikal ini adalah jenis mudah laras yang memberikan fleksibiliti yang lebih meluas kepada anda. Anda hanya perlu melaraskan tempat duduk mengikut ketinggian dan keselesaan anda. Dari segi set gearnya, gear berjenama Shimano yang dikenali dengan kualiti tingginya menjadikan basikal ini berada di dalam kelasnya tersendiri. Terdapat empat pilihan rangkaian warna ditawarkan iaitu hitam, putih, biru dan merah.

Kelebihan Oyama Folding Bicycle 20 – Dazzle M500D

  • Ringan
  • Harga mampu milik
  • Mampu menampung berat sehingga 100 KG

Kekurangan Oyama Folding Bicycle 20 – Dazzle M500D

  • Jenama yang kurang terkenal

Spesifikasi Oyama Folding Bicycle 20 – Dazzle M500D

Material Aloi aluminium
Gear Shimano
Berat Maksimum Penunggang Sehingga 100 Kg
Harga RM 1500

DAHON D9 Curve Airspeed Folding Bike

DAHON D9 Curve Airspeed Folding Bike
Basikal lipat berjenama DAHON yang diperbuat daripada material aloi aluminium ini tampak kukuh tetapi sangat ringan. Anda mampu untuk mengangkat basikal ini hanya dengan satu tangan sahaja. Saiz basikal ini setelah dilipat ialah 75 x 35 x 62 cm, menjadikan ianya sangat padat dan mudah untuk dimuatkan samada dalam but kereta, ataupun dibawa ke dalam keretapi dan bas.

Dari segi sistem breknya pula, ia menggunakan salah satu sistem brek terbaik iaitu sistem brek V yang diubahsuai mengikut standard DAHON. Basikal ini direka khas sesuai dengan saiz orang dewasa Malaysia iaitu untuk mereka yang berketinggian antara 145 cm sehingga 190 cm.

Kapasiti berat maksimum untuk basikal ini pula ialah 85kg. Selain digunakan untuk tujuan beriadah dan beraktiviti, Basikal berjenama DAHON ini juga sesuai digunakan untuk perjalanan jarak dekat dan berulang alik seperti di sekitar taman perumahan dan untuk ke kedai berdekatan.

Kelebihan DAHON D9 Curve Airspeed Folding Bike

  • Ringan
  • Harga mampu milik
  • Sistem brek V tersuai
  • Sesuai untuk perjalanan jarak dekat

Kekurangan DAHON D9 Curve Airspeed Folding Bike

  • Tidak mampu untuk menampung berat melebihi 85KG
  • Lebih sesuai untuk perjalanan jarak dekat

Spesifikasi DAHON D9 Curve Airspeed Folding Bike

Material Aloi aluminium
Gear 9-speed Sram X5 rear Derailleur and twist shifter
Berat Maksimum Penunggang Sehingga 85 KG
Harga RM 2700

Cronus 20 Inch 9 Speed Folding Bike Foldable Bicycle Disc Brake 20″ CR200128-BC

Cronus 20 Inch 9 Speed Folding Bike Foldable Bicycle Disc Brake 20″ CR200128-BC
Basikal lipat dari jenama Cronus ini pula adalah sebuah basikal yang menjimatkan banyak ruang dan cukup mudah untuk digunakan. Dengan bingkainya yang mempunyai warna kemasan matte, ianya tampak lebih elegan dan eksklusif. Selain daripada sistem keselamatan standard, basikal ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang lain seperti kunci keselamatan berganda yang memastikan lipatan dan bukaan bahagian basikal ini tidak mudah terlipat semasa dikayuh.

Sistem gear Cronus 9 menjadikan basikal ini lengkap dengan penukar gear A5 yang mampu membuat penukaran gear dengan cepat dan tepat sekaligus meningkatkan keselesaan pengguna ketika mengayuh. Tempat duduk basikal ini pula dibuat dengan material yang lembut dan selesa bersesuaian dengan reka bentuk basikal bagi mengelakkan kesakitan pada bahagian paha dan punggung lebih-lebih lagi ketika kayuhan jarak jauh. Lebih menarik lagi, terdapat empat pilihan warna yang ditawarkan kepada anda iaitu hijau, biru, merah jambu dan merah.

Kelebihan Cronus 20 Inch 9 Speed Folding Bike Foldable Bicycle Disc Brake 20″ CR200128-BC

  • Kunci keselamatan berganda
  • Gear 9-kelajuan
  • Menjimatkan ruang dan mudah
  • Harga murah
  • Pilihan warna yang banyak

Kekurangan Cronus 20 Inch 9 Speed Folding Bike Foldable Bicycle Disc Brake 20″ CR200128-BC

  • Tidak mampu untuk menampung berat melebihi 60 KG
  • Lebih sesuai untuk perjalanan jarak dekat

Spesifikasi Cronus 20 Inch 9 Speed Folding Bike Foldable Bicycle Disc Brake 20″ CR200128-BC

Material Aloi aluminium
Gear Cronus 9
Berat Maksimum Penunggang Sehingga 60 KG
Harga RM 700 – 800

CROSSMAC ASSOS Chromoly Frame Hydraulic Gear Folding Bike 16

CROSSMAC ASSOS Chromoly Frame Hydraulic Gear Folding Bike 16
Jenama CROSSMAC menawarkan basikal lipat yang tampak jelas sisi sportynya. Rangka badan basikal ini diperbuat daripada bahan Chromoly, iaitu campuran aloi dan keluli. Walaupun ringan tetapi materialnya sangat padat. Dilengkapi dengan gear 10-kelajuan, sistem brek basikal ini menggunakan brek cakera hidraulik yang sangat efektif jika anda perlu memberhentikan basikal akibat kecemasan.

Ini kerana jenama ini percaya bahawa selain daripada ciri-ciri khusus yang lain, sistem brek juga memainkan peranan penting dan menjamin keselamatan pengguna. Tempat duduk pada basikal ini diperbuat daripada material yang memberikan keselesaan maksimum kepada penunggang. Basikal lipat ini tersedia dalam empat pilihan kombinasi warna iaitu merah dan biru, kelabu dan hitam, kelabu dan merah maroon serta hitam dan oren. Kombinasi dua warna pada satu rangka dan bingkai ini sangat kena dengan rupa bentuk sporty basikal ini

Kelebihan CROSSMAC ASSOS Chromoly Frame Hydraulic Gear Folding Bike 16

  • Brek cakera hidraulik
  • Harga Murah
  • Pilihan kombinasi warna yang banyak
  • Gear 10-kelajuan

Kekurangan CROSSMAC ASSOS Chromoly Frame Hydraulic Gear Folding Bike 16

  • Jenama yang kurang terkenal
  • Lebih sesuai untuk perjalanan jarak dekat

Spesifikasi CROSSMAC ASSOS Chromoly Frame Hydraulic Gear Folding Bike 16

Material Chromoly
Gear Gear 10-kelajuan
Berat Maksimum Penunggang Sehingga 100 KG
Harga RM 1500 – 1700

Trend berbasikal semakin lama semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi dengan wujudnya pelbagai jenis jenama yang menawarkan basikal dengan variasi harga mampu milik. Mungkin selepas ini kita akan melihat rakyat Malaysia mula menggunakan basikal lipat ke tempat kerja masing-masing?

Memandangkan basikal lipat lebih ringan dan mudah untuk disimpan, lebih-lebih lagi dengan pelbagai kemudahan penyimpanan disediakan oleh pihak pengangkutan awam contohnya seperti di MRT. Mereka hanya perlu menaiki pengangkutan awam ke stesen berdekatan dan menyambung perjalanan ke pejabat dengan menaiki basikal lipat. Lebih sihat dan produktif kan.



Related posts