Ini 5 Mesin Jus Buah-buahan Terbaik 2022 Untuk Jus Lebih Sihat Dan Segar

Peralatan rumah


Semakin ramai orang sudah mula mengambil berat terhadap penjagaan kesihatan masa kini. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, diet yang sihat adalah kunci utamanya. Setiap apa yang kita makan memberi impak kepada tubuh badan. Jika makan makanan berkhasiat, maka baiklah kesannya, jika makanan makanan berkolesterol tinggi, maka buruklah kesannya.

Salah satu daripada cara mudah untuk mengekalkan kesihatan yang baik adalah dengan jus buah-buahan yang segar. Pelbagai nutrient hebat ada pada buah-buahan yang pastinya mampu memberikan manfaat pada tubuh. Buat sahaja di rumah kerana ianya lebih jimat, terjamin kebersihan dan kualitinya. Jangan pening nak perah-perah buah-buahan sendiri, zaman canggih ni, pelbagai peralatan dicipta untuk memudahkan kerja seperti juicer atau pemerah buah-buahan.

Terdapat lambakan juicer dijual di pasaran, yang mana sedang mencari tu, jom lihat senarai terbaik ini.

Sharp EM-60PM-WH Personal Blender

Sesuai untuk anda yang mempunyai hari yang sibuk namun tetap mahukan jus segar buatan sendiri. Sharp EM-60PM-WH Personal Blender adalah pilihan terbaik. Walaupun bersaiz kecil, namun ‘Personal Blender’ dari Sharp ini tidak akan mengecewakan anda. Bentuknya yang cantik membolehkan anda membawa jus anda tanpa perlu menukar ke tumbler atau bekas minuman lain untuk ke mana sahaja. Blender daripada Sharp ini mempunyai ciri ‘anti-slip’ agar ia kekal tidak bergerak semasa anda menggunakannya. Pisaunya yang tajam menjadikan kisaran jus anda halus ibarat di café-café ternama.

Kelebihan

  • Anti-slip
  • Botol/cup portable
  • Mudah dibawa ke mana sahaja
  • Mempunyai safety lock agar tidak tumpah
  • BPA free
  • Didatangkan dengan 2 botol mudah alih
  • Mampu mengisar ais dengan mudah
  • Mudah dibersihkan

Kekurangan

  • Menggunakan tenaga elektrik

Spesifikasi

Kapasiti 0.6L
Cold pressed Tidak
Power 300W
Harga RM 85- RM99

Breville BJE430

Breville dengan ‘Teknologi Putaran Sejuk’ akan memastikan mesin itu kekal sejuk, walaupun kelajuan putarannya tinggi agar tiada sebarang kerosakan akibat haba pada vitamin dan mineral semasa proses pemerahan jus berjalan. Sesuai untuk anda yang berkeluarga besar, juicer ini mampu menghasilkan jus sehingga 2 liter pada satu-satu masa. Menariknya, anda tidak perlu memotong buah-buahan yang ingin dijadikan jus.

Kelebihan

  • Jug air berkapasiti besar
  • Menghasilkan jus tanpa kehadiran pulpa
  • Mesin kekal sejuk semasa digunakan
  • Tidak perlu memotong buah
  • Mudah dibersihkan

Kekurangan

  • Kurang sesuai untuk sayur-sayuran
  • Harga sangat mahal

Spesifikasi

Kapasiti 2L
Cold pressed Ya
Power 850W
Harga Rm 1,199

Amzchef Slow Juicer ZM 1501

Jus membekalkan vitamin, nutrien dan enzim yang boleh dihadam dengan mudah oleh badan anda untuk peningkatan kesihatan yang cepat. Mesin pemerah Amzchef dengan teknologi pemerahan terbaik untuk hasil jus maksimum, pengoksidaan minimum agar kebanyakan nutrisi terpelihara. Kelajuan rendah meminimumkan pembentukan haba dan pengoksidaan, jadi anda mendapat lebih banyak nutrien dalam setiap gelas. Menarik lagi mesin ini tidak menghasilkan bunyi yang kuat  berbanding pemerah jus berkelajuan tinggi yang lain.

Kelebihan

  • Penapis keluli tahan karat 304
  • 2 bekas besar untuk jus diberikan percuma
  • Mudah digunakan
  • Tidak bising
  • Mudah dibersihkan

Kekurangan

  • Harga sangat mahal

Spesifikasi

Kapasiti 750ml
Cold pressed Ya
Power 150W
Harga RM 1,550

Philips HR1833

Mesin ini dilengkapi dengan teknologi Quick Clean yang menjadikan prosedur pembersihan selesai dalam masa beberapa minit sahaja. Pemerah jus ini membolehkan anda menggunakan gelas anda sendiri  dengan ketinggian maksimum 12cm. Letakkannya terus di bawah paip dan jus anda sedia dinikmati.

Kelebihan

  • Berfungsi dengan cepat
  • Saiz kompak
  • Mudah dibersihkan
  • Jus tidak mudah menitis dengan ‘drip stop’
  • Dilengkapi aksesori corong untuk buah-buahan bersaiz kecil

Kekurangan

  • Kualiti jus ‘average’

Spesifikasi

Kapasiti 1.5ml
Cold pressed Tidak
Power 400W
Harga RM 239

AUGIENB Portable Juicer

Siapa sahaja akan jatuh hati bila melihat botolnya yang sungguh comel dan unik. Saiznya yang kecil memudahkan anda membawanya ke mana sahaja. Menggunakan bateri yang boleh dicas semula menjadikan portable juicer ini antara pilihan terbaik. Ianya juga mudah dicuci dan dijual dengan harga yang sangat murah!

Kelebihan

  • Harga sangat murah
  • Kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja
  • Kurang bunyi bising
  • Kualiti jus terbaik
  • Boleh dicas semula

Kekurangan

  • Tidak sesuai untuk ‘heavy duty’
  • Fungsi agak perlahan

Spesifikasi

Kapasiti 500ml
Cold pressed Tidak
Power 750W
Harga RM 75

Antara faktor utama dalam pemilihan mesin ini adalah sama ada ia mempunyai teknologi Cold pressed atau tidak. Jus ini diproses menggunakan mesin jus khusus yang tidak akan menghancurkan nutrisi sayur atau buah. Mesin yang dinamakan pressed juicer ini bekerja dengan menekan buah atau sayur dengan mesin penggiling yang berputar.

Sebab itu sari dan nutrisinya tetap terjaga. Berbeza dengan juicer biasa yang menghancurkan buah atau sayur dengan kecepatan tinggi sehingga suhu panas pada mata pisau mampu menghilangkan nutrisi pada buah dan sayur.

Berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan. Tidak semestinya mesin biasa tidak bagus, apa yang penting kita amalkan gaya hidup sihat bermula sekarang okay!



Related posts