Lindung Orang Tersayang Dengan 5 Pilihan Air Purifier Mudah Alih Ini!

Lindung Orang Tersayang Dengan 5 Pilihan Air Purifier Mudah Alih Ini!
Peralatan rumah


Zaman pandemik ni, air purifier atau pembersih udara boleh dikatakan keperluan penting di rumah terutama untuk mereka yang mempunyai anak kecil namun ramai yang memandang ringan akan kepentingannya. Pasti ada yang beranggapan, bila dah sampai rumah, kita terselamat dari segala udara tercemar dan kotoran yang tidak nampak di mata. Hakikatnya, udara di rumah juga boleh tercemar tanpa kita sedari melalui kuman, asap dan bahan cemar bawaan udara luar.

Salah satu cara membersihkan udara di rumah adalah menggunakan air purifier. Kali ini, kami nak share senarai produk air purifier mudah alih. Senanglah boleh dibawa atau dipindahkan ke lokasi yang anda mahu. Jom lihat pilihan terbaik air purifier mudah alih yang ada di pasaran ini;

Samsung AX60R5080WD Smart Air Purifier

Samsung AX60R5080WD Smart Air Purifier
Produk ini mampu membersihkan kawasan yang luas dengan lebih cepat, menjangkau dari sudut ke sudut. Fungsi kipasnya dengan cepat mengedarkan udara bersih ke pelbagai arah menggunakan aliran udara 3 halanya. Samsung AX60R5080WD Smart Air Purifier juga akan memastikan udara di sekeliling anda bersih dengan pembersihan/penulenan lapisan udara yang banyak. Penapis habuk ‘ultrafine’ mampu memerangkap habuk sehingga 99.7 dan menghalang bakteria. Anda juga boleh mengalihkan produk ini ke mana sahaja dengan roda di bawahnya. Menariknya, ia juga mempunyai fungsi kawalan menggunakan suara!

Kelebihan

  • Mempunyai fungsi auto/ sleep mode
  • Kawalan menggunakan suara
  • Mudah dialihkan dengan roda
  • Design slim menjimatkan ruang
  • Mudah digunakan dan dijaga
  • Merangkap sehingga 99.7% habuk dan bakteria

Kekurangan

  • Harga mahal
  • Berat

Spesifikasi

Kapsiti 60 ㎡
Noise 50 dBA
Dimensi 360 x 783 x 293 mm
Berat 11.2kg
Harga RM 1,499- RM 1,599

Philips AC-2936 Air Purifier

Philips AC-2936 Air Purifier
Dengan hanya satu tekan butang, air purifier ini menapis virus yang tidak kelihatan, alergen atau bahan pencemar di rumah anda, untuk memastikan ia bersih dan selamat. Ia mampu membersihkan air dengan kadar lebih kurang 8 minit dan filter 3 layer NanoProtect HEPA mampu memerangkap 99.9% virus, bahan cemar dan allergen. Aliran udara 360° berkesan meliputi bilik sehingga 98 m² dan mengedarkan udara bersih di setiap sudut bilik. Anda boleh menukarkannya ke Sleep mode untuk fungsi yang lebih senyap agar tidur anda tidak terganggu.

Kelebihan

  • Penapis HEPA menangkap 99.97% zarah 0.003 mikron
  • Tidak menggunakan tenaga elektrik yang banyak
  • Mempunyai fungsi sleep mode
  • Kawalan menggunakan aplikasi
  • Mudah digunakan dan dijaga
  • Smart filter indicator agar anda tahu waktu untuk menukar filter

Kekurangan

  • Harga mahal

Spesifikasi

Kapsiti 98 ㎡
Noise 15 dBA
Dimensi 274 x 274 x 585 mm
Berat 5.8kg
Harga RM 1,799

PerySmith Air Purifier AURORA Series H13

PerySmith Air Purifier AURORA Series H13
Penapis HEPA ANTI-H12 0.3 MICRON dengan 4 lapisan mampu menapis udara zarah sehingga 99.5% daripada semua zarah yang lebih besar daripada 0.3 mikrometer. Ia juga mampu menghapuskan virus, jerebu dan habuk mikro di udara dan mengekalkan udara selamat buat anda dan keluarga. Selain itu, teknologi lampu UV Aurora menghasilkan gelombang yang membunuh pelbagai bakteria, patogen dan virus sehingga 99.9%.

Kelebihan

  • Penapis HEPA ANTI-H12 0.3 MICRON dengan 4 lapisan
  • Mudah digunakan dan dijaga
  • Dilengkapi teknologi lampu UV Aurora
  • Membunuh bakteria dan patogen serta virus sehingga 99.9%
  • Sistem aliran udara bersimetri pintar untuk liputan kawasan lebih luas
  • Panel kawalan LCD
  • Harga berpatutan

Kekurangan

  • Filter perlu ditukar kerap

Spesifikasi

Kapsiti 40 ㎡
Noise – dBA
Dimensi 436 x 226 x 635 mm
Berat 4.2kg
Harga RM 449

Sharp PlasmaCluster Air Purifier FPF40LW

Sharp PlasmaCluster Air Purifier FPF40LW
Teknologi Plasmacluster revolusioner Sharp telah terbukti berkesan melawan virus dan mikrob yang mencemari udara kita, menjadikan udara lebih bersih dan sihat. Teknologi Plasmacluster menjana dan mengeluarkan ion positif dan negatif secara automatik. Selepas membersihkan udara, ion bertukar menjadi air dan kembali ke udara. Air purifier ini juga beroperasi dengan kadar senyap 25dB tidak mengganggu rehat anda di rumah.

Kelebihan

  • Tidak bising
  • Teknologi Plasmacluster
  • Menggunakan HEPA filter
  • Berkesan sehingga 99%
  • Penggunaan tenaga elektrik rendah
  • Mudah digunakan
  • Harga berpatutan
  • Ringan dan mudah dialihkan

Kekurangan

  • Tidak sesuai untuk kawasan luas

Spesifikasi

Kapsiti 30 ㎡
Noise 25dBA
Dimensi 383 x 540 x 209 mm
Berat 4.7kg
Harga RM 579

Xiaomi Mi Air Purifier Pro

Xiaomi Mi Air Purifier Pro
Mi Air Purifier Pro telah dicipta untuk memberikan anda kualiti hidup yang sebenar, dengan sehingga 500 m³/j PM CADR meliputi kawasan sehingga 60 m², paparan OLED baharu dan penderia zarah laser berketepatan tinggi yang menjamin hidup lebih sihat! Mi Air Purifier Pro baharu menampilkan sistem pengecasan udara yang dioptimumkan, serta menghasilkan nilai CADR PM sehingga 500 m³/j. Reka bentuk menara yang unik membolehkan pembentukan pantas peredaran 360° udara di dalam bilik, mewujudkan “pokok udara” unik di dalam bilik yang menyerap habuk, anda dapat merasakan udara tulen yang lebih sihat hanya di rumah sendiri.

Kelebihan

  • Penapisan 3 filter untuk keberkesanan lebih tinggi
  • Deria zarah laser berketepatan tinggi
  • Peredaran 360° udara
  • Berkesan sehingga 99.3%
  • Penggunaan tenaga elektrik rendah
  • Mudah digunakan
  • Harga berpatutan

Kekurangan

  • Perlu menukar filter dengan kerap
  • Berat

Spesifikasi

Kapsiti 35-60 ㎡
Noise 61dBA
Dimensi 240 x 240 x520 mm
Berat 9.7kg
Harga RM 445

Pencemaran dalaman seperti bakteria, kulat, dan hama habuk boleh mencetuskan alahan atau demam yang menyebabkan hidung berair sehingga beberapa minggu. Kerap bersin, batuk, hidung tersumbat, mata berair atau sakit tekak adalah beberapa gejala alahan yang biasa dan pasti mengganggu tidur anda. Jangan biarkan masalah ini mengganggu aktiviti harian anda. Gunakan penapis udara dengan teknologi HEPA untuk kualtii uadara terbaik.

Sekali sekala berbelanja untuk kesihatan diri dan keluarga apa salahnya kan.. Tambahan lagi, pilihan air purifier ini semua mudah dialihkan. Bolehlah bersihkan udara rumah secara berperingkat kan? Selamat membeli!



Related posts