Kekal Sihat dan Kuat: Suplemen Prebiotik dan Probiotik Terbaik untuk Semua Usia

Kekal Sihat dan Kuat: Suplemen Prebiotik dan Probiotik Terbaik untuk Semua Usia
Fesyen


Prebiotik dan probiotik adalah dua komponen berbeza yang mempunyai kebaikan dan peranan tersendiri kepada tubuh badan manusia tidak kira jantina lelaki dan wanita, atau golongan tua, muda dan juga kanak-kanak. Prebiotik ialah makanan kepada bakteria baik manakala probiotik pulah ialah bakteria baik. Probiotik merupakan bakteria hidup yang boleh dijumpai dalam setengah-setengah makanan dan suplemen. Bakteria jenis ini boleh mewujudkan komuniti bakteria baik dalam usus seterusnya mengurangkan risiko penyakit. Manakala prebiotik pula sumber yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti serat dan kanji yang tidak dapat dicernakan oleh manusia. Tetapi boleh menjadi makanan kepada komuniti bakteria baik untuk terus berkerja dalam usus manusia. Dengan pengambilan prebiotik dan probiotik boleh mewujudkan dan mengekalkan usus yang sihat kepada tubuh kita.

Sempena Hari Kesihatan Sedunia ke 75 tahun yang bakal disambut setiap 7 April setiap tahun akan datang, jom pastikan kesihatan diri, ahli keluarga, ibu bapa dan kanak-kanak terus terjaga demi kesejahteraan masyarakat dan generasi akan datang. Kesihatan yang baik bermula dari tubuh yang sihat dengan mengamalkan pemakanan yang baik secara berterusan. Amalkan pengambilan prebiotik dan probitoik demi kesihatan diri, paling penting dalam diet untuk penjagaan kesihatan usus. Lebih mudah, dapatkan makanan tambahan prebiotik dan probitik di pasaran dengan segera. Antara 5 pilihan suplemen prebiotik dan probiotik untuk kesihatan yang lebih baik 2023 ini seperti berikut.

Kekal Sihat dan Kuat: 5 Suplemen Prebiotik dan Probiotik Terbaik untuk Semua Usia

Greenlife Essential Pre & Probiotics

Greenlife Essential Pre & Probiotics

Greenlife jenama makanan tambahan untuk kesihatan yang popular dan diperakui berasal dari Amerika. Greenlife Essential Pre & Probiotics merupakan gabungan istimewa Prebiotik dan Probiotik untuk meningkatkan kesihatan usus terutamanya untuk golongan dewasa. Greenlife Essential Pre & Probiotics mengandungi 10 bilion CFU (Unit Pembentuk Koloni), diperkaya dengan 6 strain bakteria berfaedah selain memiliki Inulin untuk membantu menyuburkan bakteria baik dalam badan. Greenlife Essential Pre & Probiotics telah diuji secara klinikal mengurangkan sitokin bagi penghidap sindrom usus rengsa sembelit, meningkatkan sistem imun, menghalang patogen usus dan keracunan makanan, melegakan pelbagai masalah cirit-birit, meningkatkan penyerapan nutrien dari usus, detoks, mencegah jangkitan bawaan makanan dan melegakan ketidakselesaan perut akibat gas serta kembung perut. Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, Greenlife Essential Pre & Probiotics diperbuat daripada kapsul tumbuhan yang bebas daripada derivatif haiwan, tiada gula, tanpa pengawet, bebas pewarna tiruan dan tiada tambahan agen perasa.

Kelebihan Greenlife Essential Pre & Probiotics

  • Mengandungi 10 bilion CFU
  • Diperkaya dengan 6 strain bakteria baik
  • Diiktiraf dan diuji secara klinikal
  • Berdaftar dengan KKM

Kekurangan Greenlife Essential Pre & Probiotics

  • Saiz kapsul sedikit besar

Spesifikasi Greenlife Essential Pre & Probiotics

Bilangan/isipadu 30 kapsul
Cadangan penggunaan Ambil 1-2 kapsul sekali sehari, sebelum makan.
Harga RM81.75

BIO-LIFE A.B. Adult Gold Pre & Pro

BIO-LIFE A.B. Adult Gold Pre & Pro
Jika anda merupakan golongan warga emas atau mempunyai ibu bapa yang sudah berusia, BIO-LIFE A.B. Adult Gold Pre & Pro adalah suplemen prebiotik dan probiotik terbaik untuk kesihatan. BIO-LIFE A.B. Adult Gold Pre & Pro diformulasi 3 dalam 1 memiliki sinbiotik (mempunyai kedua-dua prebiotik dan probiotik). BIO-LIFE A.B. Adult Gold Pre & Pro mengandungi dua strain probiotik iaitu Lactobacillus plantarum LP01 atau Bifidobacterium lactis BB12 dan prebiotik inulin-oligofruktosa. Campuran inulin-oligofruktosa merangsang pertumbuhan bifidobakteria usus. Ia juga berfungsi meningkatkan gandaan kesihatan usus, pergerakan usus dan penyerapan nutrien warga emas yang semakin berusia. Selain itu, pengambilan BIO-LIFE A.B. Adult Gold Pre & Pro secara berkala setiap hari menurunkan risiko jangkitan saluran pernafasan, meningkatkan tindakan sistem imun berbanding warga emas sihat yang tidak mengambil probiotik serta membantu mengurangkan jangkamasa dan kekerapan jangkitan kuman.

Kelebihan BIO-LIFE A.B. Adult Gold Pre & Pro

  • Khas untuk warga emas
  • Diformulasi 3 dalam 1 memiliki sinbiotik
  • Mengandungi dua strain probiotik
  • Mudah dihadam

Kekurangan BIO-LIFE A.B. Adult Gold Pre & Pro

  • Elak terkena panas secara terus

Spesifikasi BIO-LIFE A.B. Adult Gold Pre & Pro

Bilangan/isipadu 30 sachets
Cadangan penggunaan Ambil 1sachet setiap hari. Makan terus atau campurkan dengan makanan atau minuman pada suhu bilik
Harga RM86.40

LAC Probiotic Junior Jelly with Prebiotic

LAC Probiotic Junior Jelly with Prebiotic
LAC jenama makanan tambahan popular dalam kalangan ibu bapa kerana mengeluarkan pelbagai produk kesihatan khas untuk kanak-kanak. LAC Probiotic Junior Jelly with Prebiotic antara produk yang mendapat permintaan tinggi kerana disukai kanak-kanak selain mempunyai banyak manfaat. Suplemen ini sesuai diamalkan jika kanak-kanak sering sakit perut, cirit birit, kembung perut atau sembelit. LAC Probiotic Junior Jelly with Prebiotic dihasilkan tanpa bahan pengawet, pemanis dan pewarna tiruan yang bahaya untuk kesihatan kanak-kanak. Dalam setiap kandungan LAC Probiotic Junior Jelly with Prebiotic terdapat 12.5 bilion CFU probiotik aktif. Semua strain ini telah diuji dan terbukti baik bukan sahaja untuk kesihatan gastrousus tetapi juga untuk kulit kanak-kanak.
LAC Probiotic Junior Jelly with Prebiotic telah dipertingkatkan dengan 26 kompleks sayuran dan buah-buahan yang difermentasi untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin dalam usus dengan mudah. Ia sangat bermanfaat untuk kanak-kanak yang langsung tidak makan sayur-sayuran dan buah-buahan mencukupi. LAC Probiotic Junior Jelly with Prebiotic hadir dengan jeli lembut yang lazat sesuai untuk kanak-kanak berusia seawal 3 tahun hingga 12 tahun. Dapatkan saranan daripada doktor terlebih dahulu jika anak anda mempunyai alahan dengan sebarang ubat atau makanan tambahan.

Kelebihan LAC Probiotic Junior Jelly with Prebiotic

  • Rasa lazat tanpa sebarang perasa, dan pewartan tiruan
  • Terdapat 12.5 bilion CFU probiotik aktif
  • Memiliki 26 kompleks sayuran dan buah-buahan
  • Baik untuk usus dan kulit
  • Khas untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas

Kekurangan LAC Probiotic Junior Jelly with Prebiotic

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi LAC Probiotic Junior Jelly with Prebiotic

Bilangan/isipadu 15g x 30 stik jeli
Cadangan penggunaan Disyorkan untuk ambil setiap hari ketika makanan. Umur 3 – 6 tahun (1 stik) dan umur 7 – 12 tahun (2 stik)
Harga RM120.33

Vitahealth Probiotic 6 + Inulin

Vitahealth Probiotic 6 + Inulin
Vitahealth jenama suplimen kesihatan yang sering kita jumpa di pasaran atau farmasi. Untuk suplemen prebiotik dan probiotik, Vitahealth Probiotic 6 + Inulin adalah dicadangkan. Sama seperti suplimen lain, Vitahealth Probiotic 6 + Inulin membantu fungsi usus terutama membantu proses penghadaman, mengatur pergerakan usus, mengurangkan simptom gangguan penghadaman, kekembungan, ketidakselesaan perut, cirit-birit dan sembelit. Namun yang membezakan Vitahealth Probiotic 6 + Inulin dengan jenama lain ialah, mengandungi 7 strain probiotik paling berfaedah yang dipilih secara khusus untuk menyediakan tuntutan fungsinya untuk menyokong kesihatan gastrousus dan imun. Inulin bagi Vitahealth Probiotic 6 + Inulin adalah prebiotik yang berasal dari akar chicory. Strain ini menyasarkan peningkatan mikroflora usus yang bermanfaat dengan menghalang patogen, dan bakteria jahat daripada menjajah usus. Apabila sistem pencernaan sihat ia memberi peningkatan tindak balas imun tertentu serta kesihatan mental.

Kelebihan Vitahealth Probiotic 6 + Inulin

  • Terbukti secara klinikal keberkesanannya
  • Memiliki 10 bilion CFU dalam satu kapsul
  • 7 strain probiotik paling berfaedah yang dipilih secara khusus
  • Disyorkan untuk individu yang mempunyai penghadaman yang lemah dan sembelit

Kekurangan Vitahealth Probiotic 6 + Inulin

  • Tidak boleh terkena cahaya matahari dan panas secara langsung

Spesifikasi Vitahealth Probiotic 6 + Inulin

Bilangan/isipadu 60 kapsul
Cadangan penggunaan Ambil satu kapsul setiap hari selepas makan
Harga RM93.30

BRAND’S InnerShine Pre + Probiotics

BRAND’S InnerShine Pre + Probiotics
BRAND’S jenama yang dipercayai membekalkan kesihatan tubuh yang sihat sebagai makanan tambahan. BRAND’S InnerShine Pre + Probiotics bukan sahaja baik untuk kesihatan usus tetapi juga untuk fungsi kulit lebih sihat dan anjal. BRAND’S InnerShine Pre + Probiotics dirumus secara unik dengan Prebiotik, Probiotik dan Serat untuk menggalakkan keseimbangan mikroflora usus yang optimum. Diperkaya dengan probiotik LCW23 untuk menyokong fungsi semula jadi sistem imun, BRAND’S InnerShine Pre + Probiotics mengandungi dos vitamin A, C, E dan B6 untuk menyokong imuniti. Dengan mengamalkan BRAND’S InnerShine Pre + Probiotics secara terus, ia membantu meningkatkan gandaan kesihatan usus, pergerakan usus dan penyerapan nutrient terutama untuk golongan dewasa atau warga emas. BRAND’S® InnerShine® Pre + Probiotics mempunyai rasa yang lazat, ia boleh diambil secara terus, gaul bersama air atau ditambahkan ke mangkok salad.

Kelebihan BRAND’S InnerShine Pre + Probiotics

  • Baik untuk kesihatan usus
  • Kulit lebih cantik berseri
  • Disokong dos vitamin A, C, E dan B6
  • Diperkaya dengan probiotik LCW23

Kekurangan BRAND’S InnerShine Pre + Probiotics

  • Sukar ditemui dipasaran
  • Tiada pengiktirafan Halal

Spesifikasi BRAND’S InnerShine Pre + Probiotics

Bilangan/isipadu 30 sachet
Cadangan penggunaan Ambil 2 sachet setiap hari
Harga RM127.13

Kesihatan usus berkait rapat dengan sistem penghadaman, pencernaan, imun, endokrin, peredaran dan sistem saraf pusat. Kesihatan usus penting untuk kesejahteraan tubuh, malah boleh dikatakan usus ialah otak kedua anda. Apabila populasi mikrobiota usus tidak seimbang kerana masalah cirit-birit, sembelit atau sindrom usus rengsa, probiotik boleh diambil untuk memulihkan nisbah mikrobiota baik dan buruk yang normal di dalam usus. Oleh itu, jom amalkan pengambilan suplemen prebiotik dan probiotik boleh memberi manfaat kesihatan. Selain hadir dalam bentuk suplemen, atau produk kesihatan, prebiotik dan probiotik boleh didapati dalam produk makanan asli

Bagaimanapun, setiap strain prebioik dan probiotik adalah unik untuk masalah tertentu. Adalah penting mendapat nasihat daripada doktor untuk penggunaan prebiotik dan probiotik yang paling sesuai bagi menjamin kesihatan usus anda.



Related posts