#Peralatan Bajet – 5 Pilihan Terbaik Pemanas Air Dengan Pam Bajet Di Bawah RM 1000 Di Malaysia 2022

#Peralatan Bajet - 5 Pilihan Terbaik Pemanas Air Dengan Pam Bajet Di Bawah RM 1000 Di Malaysia 2022
Peralatan rumah


Mandian air panas pasti menjadi pilihan ramai, lebih-lebih lagi pada waktu pagi kan? Banyak sebenarnya kelebihan mandian air panas ni antaranya membantu membuka saluran pernafasan, membuka pori-pori kulit agar kita dapat membersihkannya dengan lebih mudah dan juga mampu memberi kesegaran dan ketenangan pada tubuh ketika mandi.

Sebab itulah ramai memilih untuk memasang pemanas air di bilik mandi masing-masing. Pemanas air yang baik adalah pemanas air yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan serta kuasa pancuran air yang konsisten dan pastinya menjimatkan wang anda. Jom lihat beberapa senarai pemanas air dengan di bawah RM 1000 di Malaysia ini.

Alpha V10i Water Heater with Rain Shower Bianco

Alpha V10i Water Heater with Rain Shower Bianco
Teknologi S-Jet yang dimilikinya memberikan pengalaman mandi yang sangat unik. S-Jet tersebut memberikan pancuran air secara spiral dan mencipta lingkaran air dengan tekanan terbaik dan menyegarkan. Pemanas air ini juga tidak bising kerana ianya dilengkapi dengan pam DC yang senyap.

Jangan risau dengan bil elektrik yang melambung tinggi kerana pemanas air Alpha V10i memberikan 55% lebih penjimatan tenaga daripada kebanyakkan jenama lain. Ciri keselamatan Alpha V10i adalah antara yang terbaik dengan casing yang direka untuk memberikan perlindungan terhadap air yang meresap ke dalam mekanisme dalaman pemanas. Malah, sekiranya berlaku lonjakan elektrik, kedua-dua aliran arus hidup dan neutral akan terputus, memastikan keselamatan anda pada pelbagai peringkat.

Kelebihan Alpha V10i Water Heater with Rain Shower Bianco

  • Pam lebih senyap
  • 55% jimat tenaga
  • Fungsi penjimatan air
  • Mempunyai kawalan kelajuan pam
  • 5 ketetapan shower
  • Ciri keselamatan terbaik

Kekurangan Alpha V10i Water Heater with Rain Shower Bianco

  • Jenama kurang dikenali

Spesifikasi Alpha V10i Water Heater with Rain Shower Bianco

Jenama Alpha
Jenis pam pam DC
Tekanan air 20kPa
Penggunaan kuasa 55W
Dimensi 220mm x 380mm x96mm
Harga RM 849

Toshiba Digital Water Heater with DC Pump and Rain Shower (DSK38ES3MB)

Toshiba Digital Water Heater with DC Pump and Rain Shower (DSK38ES3MB)
Produk ini adalah antara pemanas air canggih yang mampu memberikan pemanasan pantas serta menjimatkan tenaga. Ciri rangkaian produk ini lengkap dengan paparan digital LED yang menunjukkan suhu air. Pelbagai setting disediakan seperti mod senyap dan beberapa tetapan lain.

Pam DC yang ada pada pemanas air ini juga bertujuan untuk meningkatkan tekanan air dengan baik. Ciri keselamatan yang ada padanya memberikan perlindungan seperti anti-kebocoran. Sekiranya terdapat sebarang kebocoran elektrik, kedua-dua wayar “L” dan “N” akan terputus pada masa yang sama, memastikan keselamatan tertinggi anda pada setiap masa.

Kelebihan Toshiba Digital Water Heater with DC Pump and Rain Shower (DSK38ES3MB)

  • Perlindungan keselamatan terbaik
  • Cegah melecur dengan teknologi Whirl Water Flow
  • Paparan LED
  • 5 mod pancuran mandian serba boleh
  • Menjimatkan tenaga
  • Pam DC Senyap

Kekurangan Toshiba Digital Water Heater with DC Pump and Rain Shower (DSK38ES3MB)

  • Saiz agak besar
  • Tiada pilihan warna

Spesifikasi Toshiba Digital Water Heater with DC Pump and Rain Shower (DSK38ES3MB)

Jenama Toshiba
Jenis pam pam DC
Tekanan air 20kPa
Penggunaan kuasa 3800W
Dimensi 200mm x 400mm x 97mm
Harga RM 959

Rubine RWH-SSE892A-BCB Instant Water Heater Inverter AC Booster Pump

Rubine RWH-SSE892A-BCB Instant Water Heater Inverter AC Booster Pump
Rubine ialah salah satu jenama perkakas rumah dan kelengkapan rumah yang terkemuka sejak 20 tahun lalu dengan rangkaian produk yang luas menggabungkan teknologi terkini dengan reka bentuk yang inovatif. Rubine juga adalah pemenang pelbagai anugerah teratas yang popular di seluruh negara. Rubine RWH-SSE892A-BCB mempunyai system perlindungan DPDT lebih selamat dengan perlindungan kalis percikan. 5 pancuran berbezanya pasti memberikan kepuasan kepada anda ketika membersihkan diri.

Kelebihan Rubine RWH-SSE892A-BCB Instant Water Heater Inverter AC Booster Pump

  • 5 Pancuran berbeza
  • Sistem perlindungan DPDT lebih selamat
  • Perlindungan kalis percikan (Standard IP25)
  • Teknologi elemen pemanas berkualiti tinggi yang diluluskan UL dari UK
  • Suis aliran air auto terbina dalam

Kekurangan Rubine RWH-SSE892A-BCB Instant Water Heater Inverter AC Booster Pump

  • Tiada pilihan warna

Spesifikasi Rubine RWH-SSE892A-BCB Instant Water Heater Inverter AC Booster Pump

Jenama Rubine
Jenis pam pam AC
Tekanan air 380kPa
Penggunaan kuasa 3600W
Dimensi 440mm x 190mm x 87mm
Harga RM 585

Panasonic DC Pump Water Heater PSN-DH3NDP1

Panasonic DC Pump Water Heater PSN-DH3NDP1
Dengan sensor suhu yang dilengkapi di dalam pemanas air ini, air panas yang dihasilkan tidak akan berubah suhu secara tiba-tiba. Ini adalah salah satu kelebihan pemanas air Panasonic DC Pump Water Heater yang ditawarkan oleh jenama Panasonic ini. Didatangkan dengan kemasan yang tampak elegan, pemanas air ini mempunyai tiga pilihan pancuran air yang boleh dikawal melalui butang yang berada di pemegang pancurannya, lebih mudah dan efektif.

Bukan sahaja pancuran malah butang untuk membuka dan menutup pemanas air ini juga sangat ergonomik. Ia dibina dengan bentuk yang luas dimana anda tidak perlu bersusah payah untuk menekan butang itu walaupun ketika anda sedang memejam mata. Dilengkapi juga dengan skrin LCD yang kemas dan mudah dilihat, anda boleh menetapkan mod atau suhu dengan mudah.

Untuk menjamin kebersihan air yang dihasilkan, material yang digunakan di kepala pancuran pemanas air ini terdiri daripada AG+ yang boleh menghalang daripada pembiakan bakteria.

Kelebihan Panasonic DC Pump Water Heater PSN-DH3NDP1

  • Sensor kawalan suhu air
  • Tiga pilihan pancuran air
  • Butang buka dan tutup yang lebih luas dan mudah dicapai
  • Skrin LCD yang kemas untuk tetapan
  • Material kepala pancuran anti pembiakan bakteria

Kekurangan Panasonic DC Pump Water Heater PSN-DH3NDP1

  • Tidak mempunyai fungsi penjimatan air

Spesifikasi Panasonic DC Pump Water Heater PSN-DH3NDP1

Jenama Panasonic
Jenis pam Pam DC
Tekanan air 4.9kPa – 380 kPa
Penggunaan kuasa 36kW
Dimensi 380mm x 200mm x89mm
Harga RM 757

ELBA Instant Water Heater ATTIVO Series EWH-G3663AC(MB)

ELBA Instant Water Heater ATTIVO Series EWH-G3663AC(MB)
Sememangnya ciri-ciri keselamatan adalah satu aspek yang sangat perlu diambil kira untuk mencari pemanas air yang sesuai. ELBA Instant Water Heater Attivo Series menawarkan ciri-ciri keselamatan yang menyeluruh. Jika tekanan air terlalu rendah akibat bekalan air terputus, pemanas air ini akan ditutup secara automatik untuk mengelakkan panas yang melampau yang boleh menyebabkan kebakaran. Dilengkapi dengan teknologi pemanasan yang diimport khas dari United Kingdom, anda tidak perlu risau kerana pemanas air ini diiktiraf sirim mengikut standard IP25. Datang dengan pilihan dua warna iaitu snow white dan matte black, pemanas air ini lebih terkehadapan kerana menawarkan lima jenis pilihan pancuran air berbanding tiga pada jenama-jenama lain.

Kelebihan ELBA Instant Water Heater ATTIVO Series EWH-G3663AC(MB)

  • Automatik tertutup jika tekanan air rendah
  • Lima pilihan pancuran air
  • Diiktiraf sirim mengikut standard IP25
  • Teknologi pemanasan dari United kingdom

Kekurangan ELBA Instant Water Heater ATTIVO Series EWH-G3663AC(MB)

  • Tidak mempunyai fungsi penjimatan air
  • Jenama yang kurang terkenal

Spesifikasi ELBA Instant Water Heater ATTIVO Series EWH-G3663AC(MB)

Jenama ELBA
Jenis pam Pam AC Booster
Tekanan air 0.2 bar – 6 bar
Penggunaan kuasa 3.6kW
Dimensi 440mm x 190mm x89mm
Harga RM 611

Memandangkan pemanas air adalah produk yang akan digunakan untuk jangka masa yang panjang, tidak salah jika kita berbelanja lebih untuk jenama yang terbaik dan lebih selamat. Kaji terlebih dahulu fungsi setiap pemanas air, adakah ianya bersesuaian dengan harga yang diberikan.

Sebenarnya mandi air panas ataupun air sejuk, kedua-duanya mampu memberikan manfaat yang baik pada tubuh badan. Cumanya, dengan adanya pemanas air, anda kini mempunyai pilihan nak mandi air panas ke air sejuk hari ini?



Related posts