Berlari Lebih Selesa Dengan 5 Kasut Larian Wanita Terlaris Di Malaysia 2022

Berlari Lebih Selesa Dengan 5 Kasut Larian Wanita Terlaris Di Malaysia 2022
Sukan dan Senaman


Tidak kira lelaki atau wanita, sebelum memulakan sebarang aktiviti sukan terutamanya larian, perkara penting yang perlu anda lakukan adalah memilih kasut yang sesuai. Pemilihan kasut larian yang sesuai bukan sahaja dapat memberi lebih keselesaan malah mengelakkan kecederaan dan membantu meningkatkan lagi tahap kecergasan. Untuk wanita, perkara utama sebelum mendapatkan kasut larian, si pemakai perlu membuat sedikit penelitian mengenai produk itu supaya berbaloi bukan sahaja kepada wang ringgit malah dapat tahan lebih lama. Jangan hanya melihat pada warna yang menarik dan rekaan yang cantik semata-mata.

Paling penting yang perlu diambil kira dalam membeli kasut larian terbaik, pengguna wanita perlu pastikan bahagian tengah kasut ketat yang berfungsi untuk ‘memegang’ kaki supaya lebih selesa dan stabil ketika berlari. Selain itu pastikan ada ‘cushioning’ yang lembut di dalam kasut berfungsi menolak kaki ke hadapan. Ia bukan sahaja beri keselesaan malah membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Oleh itu berlarilah lebih selesa dengan cadangan 5 kasut larian wanita terlaris di Malaysia ini.

Under Armour Women’s UA HOVR™ Machina 3 Running Shoes

Under Armour Women's UA HOVR™ Machina 3 Running Shoes
Under Armour Women’s UA HOVR™ Machina 3 Running Shoes memiliki ciri sesuai untuk wanita yang meminati larian jarak jauh. Keistimewaan kasut ini ialah dilengkapi dengan bluetooth di bahagian kanan kasut. Menerusi teknologi ini, ia dapat mengumpul data dan dapat memahami cara larian yang betul tanpa perlu membawa bersama telefon.
Under Armour Women’s UA HOVR™ Machina 3 Running Shoes turut memiliki ‘propulsion plate’ di bahagian tengah kasut yang membantu menolak pelari ke hadapan sekali gus mengurangkan tenaga. Ia juga memiliki ‘cushioning’ yang lebih lembut dan lebih ringan berbanding kasut larian jenama lain.
Lebih unik Under Armour Women’s UA HOVR™ Machina 3 Running Shoes didatangkan dengan reka bentuk berbeza untuk lelaki dan wanita. Kasut ini mampu mencengkam permukaan dengan lebih baik supaya pemakai boleh berlari dengan penuh yakin sama ada di permukaan simen yang basah hingga ke jalan kerikil tidak rata.

Kelebihan Under Armour Women’s UA HOVR™ Machina 3 Running Shoes

  • Ringan
  • Memiliki ‘cushioning’ lembut
  • Dilengkapi Bluetooth mengumpul data
  • Mencengkam permukaan dengan baik

Kekurangan Under Armour Women’s UA HOVR™ Machina 3 Running Shoes

  • Warna popular stok terhad

Spesifikasi Under Armour Women’s UA HOVR™ Machina 3 Running Shoes

Pasaran https://www.underarmour.com.my/
https://www.zalora.com.my/
Saiz tersedia US5 -US10
Warna Black/White, White/Black, White/Breaker Blue, Illusion Green/Orange Ice, Pink, Pace Pink/Prime Pink, Green
Harga RM649.00

PUMA Run XX Nitro

PUMA Run XX Nitro
PUMA tampil memperkenalkan koleksi terbaharu untuk wanita, Run XX Nitro bagi memberi keselesaan dan prestasi larian pelbagai jarak. PUMA Run XX Nitro menyerlahkan lagi komitmen jenama ini dalam menyokong gadis dan wanita di seluruh dunia menerusi sukan. Koleksi yang dinamakan sempena urutan DNA kromosom X berganda spesifik wanita itu menampilkan rekaan kasut larian yang sesuai untuk kaki wanita.
Tapak tengah PUMA Run XX Nitro direka lebih kukuh, berkualiti dan tahan lasak, menjadi gabungan tepat antara aspek keselesaan dan tahan lama. PUMA Run XX Nitro direka dengan inovasi terkini untuk memberikan lebih keselesaan kepada tumit dan kaki. Ia menampilkan teknologi NITRO serta sokongan RUNGUIDE, tapak tengah yang canggih itu memberikan responsif, kusyen unggul sambil memastikan penjajaran yang betul untuk menjadikan setiap langkah lebih ringan dan mudah.

Kelebihan PUMA Run XX Nitro

  • Prestasi larian pelbagai jarak selesa
  • Berkualiti dan tahan lasak
  • Selesa untuk tumit
  • Miliki teknologi NITRO sokongan RUNGUIDE

Kekurangan PUMA Run XX Nitro

  • Saiz tertentu terhad

Spesifikasi PUMA Run XX Nitro

Pasaran https://my.puma.com/
https://www.zalora.com.my/
Saiz tersedia UK3-UK7
Warna Puma Black, Metallic Silver, Puma Team Gold
Harga RM619.00

Asics GEL KAYANO 29

Asics GEL KAYANO 29
Jenama Asics melancarkan rekaan kasut sukan untuk larian terbaharu lebih stabil, premium dan berteknologi, GEL KAYANO 29 bagi memberi lebih pilihan. Tapak tengah Asics GEL KAYANO 29 menggabungkan teknologi LITETRUSS pada bahagian medial untuk meningkatkan kestabilan kasut. Ciri tapak tengah ini turut memberi perlindungan terhadap latihan larian yang panjang atau ketika bermaraton.
Lebih istimewa, getah berbusa FF Blast Plus yang digunakan pada hujung kasut itu juga hadir dengan kusyen ringan untuk memastikan lantunan larian yang responsif dan lebih dinamik. Selain itu, penggunaan teknologi Pembinaan Ruang 3D untuk jantina juga dapat membantu pemakai dapat berlari dengan lebih lembut, lancar dan selesa. Asics GEL KAYANO 29 paling ikonik dan dipertingkatkan apabila dilengkapi teknologi canggih dalam mencipta kestabilan yang lebih hebat dan menawarkan pengalaman larian yang lebih mengujakan.

Kelebihan Asics GEL KAYANO 29

  • Stabil, premium dan berteknologi
  • Gabungan teknologi LITETRUSS meningkatkan kestabilan kasut
  • Larian lebih dinamik dengan getah berbusa FF Blast Plus
  • Lembut dan selesa

Kekurangan Asics GEL KAYANO 29

  • Saiz terhad untuk warna popular

Spesifikasi Asics GEL KAYANO 29

Pasaran https://www.asics.com/
https://www.toppersports.my/
Saiz tersedia EU36-EU43
Warna Black/Red Alert, Deep Ocean/Cherry Tomato, Purple, Black, Blue, Pink
Harga RM699.00

Nike React Escape Run 2

Nike React Escape Run 2
Nike React Escape Run 2, direka dan disesuaikan untuk wanita kerana mempunyai reka bentuk bergaya dan menarik ketika melakukan larian. Nike React Escape Run 2 mempunyai permukaan yang lebih lebar dan perincian bersulam. Kusyen berlapis pada Nike React Escape Run 2 memberikan rasa lembut dan responsif semasa dalam larian.
Dengan midsole yang dibuat dengan ‘React foam’, pelapik kaki kasut larian ini boleh tahan lebih lama dan bersifat kenyal. Bahagian tengah menggunakan Nike React foam yang ringan untuk perjalanan yang responsif dan tahan lama. Ketinggian foam yang lebih tinggi memberikan sensasi halus untuk keselesaan pada setiap langkah. Nike React Escape Run 2 sangat sesuai untuk berlari di bandar.
Daya tarikan dan cengkaman tapak pelbagai arah membantu memberikan kestabilan bagi sebarang kejutan yang mungkin anda hadapi ketika larian. Paling menarik, selain warna yang tersedia untuk siri kasut larian Nike React Escape Run 2 ini, pemilik boleh memilih warna kegemaran sendiri untuk sepatu larian yang menarik.

Kelebihan Nike React Escape Run 2

  • Reka bentuk bergaya
  • Warna pelbagai
  • Kusyen berlapis lembut
  • Daya tarikan dan cengkaman tapak pelbagai arah

Kekurangan Nike React Escape Run 2

  • Ada penambahan harga untuk custom made warna kasut

Spesifikasi Nike React Escape Run 2

Pasaran https://www.nike.com/my/t/react-escape-run-2-road-running-shoes-ktrfqG
https://www.zalora.com.my/catalog/?q=Nike+React+Escape+Run+2
Saiz tersedia UK2.5 – UK9.5
Warna (Black, Dark Smoke Grey, Sail, White), (Phantom/Atmosphere/Sail/Light Iron Ore), (Off-White/White/Iris Whisper/Metallic Silver), (Doll/Light Marine/Worn Blue/Black) & warna custom
Harga RM409.00 – RM579.00

Decathlon Women’s Running Shoes Cushion PINK/BLACK – kalenji

Decathlon Women's Running Shoes Cushion PINK/BLACK - kalenji
Decathlon jenama produk sukan dan reakreasi semakin diminati bukan sahaja menawarkan harga berpatutan tetapi juga menjamin kualiti yang baik. Untuk kasut larian wanita, siri Decathlon Women’s running shoes cushion PINK/BLACK – kalenji paling laris dan diminati wanita di Malaysia. Ia direka dengan keselesaan kusyen ringan bagi mewujudkan prestasi terbaik pelari dari mula hingga menamatkan larian.
Decathlon Women’s running shoes cushion PINK/BLACK – kalenji mempunyai dua warna pilihan samada merah jambu atau hitam berfungsi sebagai kasut larian yang mempunyai kestabilan dan fleksibiliti sama ada untuk latihan larian atau selingan pagi anda di gymnasium.
Decathlon Women’s running shoes cushion PINK/BLACK – kalenji direka untuk bernafas dan memelihara kaki pemakai agar kekal sejuk ketika bergerak selain fleksibiliti dan ketahanan menjamin keselesaan bagi membantu pelari khususnya wanita untuk memaksimumkan prestasi mereka. Menerusi kepelbagaian teknologi canggih, kasut ini memastikan kaki selesa, membantu mendorong larian supaya lebih lancar dan bertenaga.

Kelebihan Decathlon Women’s Running Shoes Cushion

  • Ringan dan selesa
  • Harga berpatutan
  • Memiliki kestabilan dan fleksibiliti
  • Memelihara kaki pemakai agar kekal sejuk

Kekurangan Decathlon Women’s Running Shoes Cushion

  • Reka bentuk dan warna terlalu biasa

Spesifikasi Decathlon Women’s Running Shoes Cushion

Pasaran https://www.decathlon.my/
Saiz tersedia UK3-UK8
Warna Black, Pink
Harga RM79.00

Kasut larian adalah elemen pentiing untuk aktiviti berlari, memandangkan ia bukan sahaja dapat melindungi kaki daripada cedera, malah membantu meningkatkan prestasi diri. Mungkin bagi sesetengah individu, kasut larian adalah sama sahaja dan ciri-ciri tahan lasak, sekali gus menjadi fokus utama ketika membelinya. Perkara ini lebih penting kerana bukan semua kasut larian boleh digunakan dalam pelbagai jenis aktiviti yang akan anda lakukan.

Misalnya untuk aktiviti berlari sahaja ada beberapa jenis kasut larian sama ada ia untuk ‘road running’ atau larian denai. Bagi aktiviti ‘road running’ biasanya lebih ringan dan mempunyai tapak yang kurang mencengkam berbanding kasut larian denai yang memerlukan tapak lebih tahan lasak di atas permukaan berlumpur dan berbatu dalam hutan.
Kalau ingin tahu, kasut larian juga mempunyai jangka hayat. Sebelum membeli kasut larian, dapatkan info daripada jurujual berpengalaman mengenai tempoh penggunaannya supaya tidak berlaku kemalangan jika ia sudah tamat tempoh. Ini kerana jika sudah terlalu lama digunakan, tapak kasut mungkin akan ‘haus’ terutama fungsi cengkamannya boleh mengakibatkan anda mengalami kecederaan jika terjatuh.