Mulakan Hari Penuh Tenaga Dengan 5 Bijirin Sihat Dan Sedap Untuk Kanak-Kanak Bersahur

Mulakan Hari Penuh Tenaga Dengan 5 Bijirin Sihat Dan Sedap Untuk Kanak-Kanak Bersahur
Makanan dan minuman


Sepanjang bulan Ramadan, bersahur dianggap sebagai sarapan dan pastikan anak-anak anda ambil hidangan lengkap penuh nutrien. Kanak-kanak yang mula belajar berpuasa perlu bersahur agar dapat membantu membekalkan tenaga, meningkatkan fungsi otak, tumpuan dan kekal bertenaga sepanjang hari.

Sahur yang baik untuk setiap hidangan kanak-kanak perlu mengandungi karbohidrat kompleks, protein dan serat. Ia penting bagi membekalkan tenaga untuk memulakan hari dan mengekalkan rasa kenyang sehingga tiba waktu berbuka puasa. Penyediaan sahur pada awal pagi untuk kanak-kanak kadangkala dilihat bebanan kerana selera makan ketika awal pagi ‘agak kurang’.

Disebabkan itu ramai daripada kanak-kanak yang tidak mahu menjamah apa pun makanan ketika bersahur. Hal ini menyebabkan mereka keletihan dan kelaparan ketika waktu siang. Oleh itu, pengambilan makanan sahur yang ringkas seperti semangkuk bijirin dan segelas susu sudah memadai dan pastinya membangkitkan selera anak-anak.

Saiz hidangan itu boleh mengisi perut untuk berasa kenyang sehingga waktu makan seterusnya. Umum mengetahui, bijiran membantu perut kenyang dalam tempoh lama dan mengurangkan selera makan. Bahkan bijiran mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, karbohidrat kompleks, lemak sihat serta protein tanpa lemak. Mulakan hari dengan penuh tenaga bersahur bersama lima pilihan bijiran sihat dan sedap untuk kanak-kanak ini.

NESTLE MILO Breakfast Cereal

NESTLE MILO Breakfast Cereal
NESTLE MILO Breakfast Cereal dalam bentuk bijirin yang lazat miliki kebaikan dan keunikan rasa MILO sebenar dalam setiap suapan. Dalam rangkaian puluhan inovasi produk MILO, NESTLE MILO Breakfast Cereal sebahagian daripada usaha berterusan jenama Nestle memanfaatkan sepenuhnya pilihan sarapan yang bertenaga dan mahukan lebih lagi kebaikan khas untuk anak-anak.
NESTLE MILO Breakfast Cereal miliki ramuan nombor 1 bijiran penuh, serat serta malt coklat yang membantu merangsang kanak-kanak terus aktif, tanpa kelesan dan lebih tumpuan sepanjang hari. Bijirin penuh ialah bijirin yang lengkap dengan tiga komponen iaitu bran, germa dan endosperma. Ia mengandungi lebih banyak serat makanan, vitamin B, vitamin E, zat besi dan mineral lain serta asid lemak tak tepu dan fitonutrien.
Begitu juga dengan NESTLE MILO Breakfast Cereal, penuh dengan vitamin, mineral, tinggi zat besi, vitamin D dan tinggi kalsium yang penting dalam setiap bungkusannya. Memberi kanak-kanak tenaga yang mereka perlukan untuk berpuasa, juga turut membantu memelihara fungsi sistem pencernaan. Dirumuskan tanpa kandungan pewarna tiruan, rasa NESTLE MILO Breakfast Cereal yang lazat dan sedap pasti membangkitkan selera kanak-kanak ketika bersahur di awal pagi.

Kelebihan NESTLE MILO Breakfast Cereal:

  • Miliki ramuan nombor satu bijiran penuh
  • Rasa enak dengan serat yang memberikan tenaga
  • Kaya dengan vitamin dan mineral
  • Tanpa pewarna tiruan
  • Miliki pensijilan Halal

Kekurangan NESTLE MILO Breakfast Cereal:

  • Agak manis

Spesifikasi NESTLE MILO Breakfast Cereal:

Isipadu: 150g
Kandungan: Bijirin [Tepung Gandum Bijian Penuh (gluten) (35.2%), Tepung Gandum (gluten), Semolina Jagung], Gula, Ekstrak Barli Malt (gluten) dan Kanji, Serbuk Koko Kurang Lemak, Mineral, Minyak Kelapa Sawit, Susu Tepung Skim (Susu Lembu), Garam Beriodin (Natrium Klorida, Kalium Iodat), Pengemulsi (Lesitin Soya E322), Perisa Semulajadi, Antipengoksida (Tokoferol), Vitamin (B3, B5, B6, B2, B9).
Harga: RM6.52

Post Great Grains Raisins, Dates & Pecans Cereal

Post Great Grains Raisins, Dates & Pecans Cereal
Kandungan berkhasiat bijirin jenama Great Grains adalah cara terbaik untuk mulakan hari untuk berpuasa dengan bersahur. Pilihan siri seperti Post Great Grains Raisins, Dates & Pecans Cereal memiliki rasa buah-buahan sebenar, kekacang, gugusan dan kombinasi rasa yang lazat dan berkhasiat. Setiap bahan dikukus, digulung, dan dibakar secara perlahan-lahan untuk membantu mengekalkan rasa penuh khasiat dalam setiap kepingannya. Selain membantu memberi tenaga berterusan sepanjang berpuasa, Post Great Grains Raisins, Dates & Pecans Cereal adalah sajian bijiran sihat untuk kebaikan jantung. Bahkan ia tidak mengandungi lemak tepu, lemak trans dan bebas kolesterol.
Post Great Grains Raisins, Dates & Pecans Cereal diperbuat daripada kismis manis, kurma segar dan pecan rangup untuk menambah sensasi dalam semangkuk penuh sarapan pagi atau sahur lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak. Ramuan utama Post Great Grains Raisins, Dates & Pecans Cereal adalah bijirin penuh dan serat Non-GMO Project Verified berkualiti tinggi baik untuk kesihatan berpanjangan. Ia juga terkandung bersama 12 vitamin, tinggi asid folid dan mineral, menggabungkan keseimbangan bahan ringkas dan berkualiti tinggi.

Kelebihan Post Great Grains Raisins, Dates & Pecans Cereal:

  • Kepingan bijirin sangat rangup
  • Tidak mengandungi lemak tepu, lemak trans dan bebas kolesterol
  • Kandungan asid folik yang tinggi
  • Miliki rasa buah sebenar

Kekurangan Post Great Grains Raisins, Dates & Pecans Cereal:

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi Post Great Grains Raisins, Dates & Pecans Cereal:

Isipadu: 453g
Kandungan: Gandum Bijirin Penuh, Kismis, Oat Canai Bijian Penuh, Kurma, Gula Perang, Tepung Gandum, Tepung Barli Malted, Pecan, Tepung Beras, Gula, Minyak Sayuran Berlemak Tinggi (Canola atau Minyak Bunga Matahari), Garam, Sirap Jagung, Whey (daripada Susu) ), BHT (Ditambah untuk Memelihara Kesegaran).Vitamin dan Mineral: Besi Terkurang, Niacinamide, Zink Oksida (Sumber Zink), Vitamin B6, Vitamin A Palmitat, Riboflavin (Vitamin B2), Thiamin Mononitrate (Vitamin B1), Asid Folik, Vitamin B12, Vitamin D
Harga: RM39.80

Kellogg’s Corn Flakes

Kellogg’s Corn Flakes
Bijirin Kellogg’s Corn Flakes sudah lama berada di pasaran dunia menjadi pilihan terbaik untuk memulakan pagi yang bertenaga dan sihat. Kellogg’s Corn Flakes penuh dengan zat besi dan 6 vitamin dan mineral lain dalam bijirin penuhnya yang berkhasiat. Serpihan keemasan Kellogg’s Corn Flakes yang rangup pasti memikat selera si kecil yang sedang belajar berpuasa untuk bersahur. Diperbuat daripada serpihan jagung emas sebenar yang dibakar hingga rangup, Kellogg’s Corn Flakes adalah rendah lemak, rendah gula, tiada tambahan tepung dan bebas kolesterol secara semula jadi, sesuai untuk diet yang sihat.
Sarat dengan zat besi, serat, 6 vitamin (vitamin A, B1, B2, B3, B6, B9, C) dan mineral (tenaga, protein, besi, kalsium dan vitamin), nutrisi hebat ini mampu memberi lebih kebaikan pada tubuh sepanjang hari. Sekotak Kellogg’s Corn Flakes sememangnya berkhasiat dan harus menjadi sebahagian daripada diet sihat setiap hari seisii keluarga kerana ia mampu membekalkan pelbagai faedah kesihatan. Salah satu komponen penting Kellogg’s Corn Flakes ialah serat makanan yang membantu mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit berkaitan diet seperti penyakit kardiovaskular dan diabetes.

Kelebihan Kellogg’s Corn Flakes:

  • Diperbuat daripada serpihan jagung asli (tiada tepung)
  • Bijirin rangup pada setiap suapan
  • Miliki nutrisi hebat vitamin A, B1, B2, B3, B6, B9, C, dan zat besi
  • Kadar gula yang rendah, sesuai untuk diet sihat
  • Miliki pensijilan Halal

Kekurangan Kellogg’s Corn Flakes:

  • Tidak sesuai untuk individu yang mempunyai alahan. Mengandungi gluten, kacang soya, kacang tanah, kacang pokok dan susu

Spesifikasi Kellogg’s Corn Flakes:

Isipadu: 500g
Kandungan: Protein 2.1g, Jumlah Lemak 0.3g, Asid Lemak Tak Tepu 0.1g, Asid Lemak Tak Tepu 0.1g, Lemak Tepu 0.1g, Asid Lemak Trans 0.0g, Kolesterol 0mg, Jumlah Karbohidrat 26.1g, Serat Pemakanan 0.8g, Sodium, Gula 138mg, Vitamin A 90.0mcg, Thiamine 0.2mg, Riboflavin 0.2mg, Niacin 3.0mg, Vitamin B6 0.3mg, Vitamin B12 0.3mg, Asid Folik / A-xit folik 36.0mcg, Vitamin C 9.0mg, Zink 5.6mg mg, Jagung (90%), gula, ekstrak malt, garam beryodium, vitamin & mineral (vitamin C, zat besi (zat besi berkurang), garam besi), vitamin B3, zink oksida, vitamin A, vitamin B6, vitamin B12, vitamin B2 , vitamin B1, asid folik), antioksidan (tokopehrol campuran).
Harga: RM12.79

Quaker Oatmeal Squares Cinnamon

Quaker Oatmeal Squares Cinnamon
Jenama Quaker dikenali ramai sebagai jenama yang menghasilkan pelbagai produk oat yang sihat sejak 1877. Tidak ketinggalan, Quaker turut memperkenalkan siri bijirannya yang tersendiri seperti Quaker Oatmeal Squares Cinnamon. Bentuk empat segi bijirin ini pastinya menarik perhatian anak anda untuk menikmatinya ketika bersahur bersama semangkuk susu segar. Miliki ramuan utama bijirin penuh dan oat, Quaker Oatmeal Squares Cinnamon berperisa kayu manis mampu membekalkan kalsium dan serat yang mencukupi untuk setiap tubuh badan sepanjang hari yang sibuk.
Quaker Oatmeal Squares Cinnamon mengandungi sumber vitamin B, protein, zat besi, serat dan beta glucan yang membantu mengurangkan kolesterol dalam tubuh. Nutrisi pelbagai dan serat yang tinggi pada Quaker Oatmeal Squares Cinnamon juga memberi kesan positif dalam pengurusan berat badan kerana ia membuat rasa kenyang yang lama, mencegah makan berlebihan, dan mengurangkan risiko obesiti. Quaker Oatmeal Squares Cinnamon juga memberi faedah kepada sistem penghadaman dengan mencegah sembelit kerana ia menambah pukal untuk meningkatkan pergerakan usus.

Kelebihan Quaker Oatmeal Squares Cinnamon:

  • Bantu kurangkan masalah kolestrol serta penghadaman
  • Lazat dan mengenyangkan dalam tempoh lama
  • Sumber serat, mineral dan kalsium yang baik
  • Ada 4 perisa Gula Perang, Kayu Manis, Maple Emas dan Kacang Madu

Kekurangan Quaker Oatmeal Squares Cinnamon:

  • Sukar ditemui di pasaran biasa

Spesifikasi Quaker Oatmeal Squares Cinnamon:

Isipadu: 411g
Kandungan: Tepung oat bijirin penuh, gula, tepung jagung, tepung gandum, kalsium karbonat, garam, kayu manis, soda penaik, warna karamel, tokoferol, zat besi terkurang, niacinamide, annatto (warna), pyridoxine hydrochloride, riboflavin, folic acid
Harga: RM19.90

Nestle Multigrain Cheerios

Nestle Multigrain Cheerios
Tidak dinafikan produk Nestle banyak mengeluarkan pelbagai jenis bijiran terbaik untuk pasaran Malaysia. Untuk bijirin siri jenis cheerios, apa kata cuba Nestle Multigrain Cheerios. Rupa dan visual pembungkusan kotaknya sahaja pasti mampu ‘menangkap’ perhatian si kecil untuk mencubanya. Nestle Multigrain Cheerios membantu menjadikan pagi untuk bersahur lebih berkhasiat dan menyeronokkan untuk seisi keluarga. Nestle Multigrain Cheerios dihasilkan daripada bijirin penuh berkhasiat dan lazat bersama bijirin oat penuh tanpa sebarang pewarna atau perisa tiruan. Bijiran penuh terdiri daripada tiga komponen penting iaitu bran, endosperma dan germa. Ketiga-tiga bahagian ini diperkaya dengan serat, mineral dan nutrien seperti vitamin B, magnesium, antioksida, asid lemak Omega-3, serat serta protein. Ia juga mengandungi vitamin B, mineral dan antioksida yang membantu memberikan tenaga. Tinggi sumber serat dan tinggi kalsium, Nestle Multigrain Cheerios mengandungi lebih 7 vitamin, serta zat besi membantu mengurangkan paras kolestrol. Selain itu, ia juga bertindak sebagai sumber kalsium untuk menyokong sistem tulang yang lebih kuat dan serat yang membantu masalah penghadaman.

Kelebihan Nestle Multigrain Cheerios:

  • Dibuat dengan bijirin penuh
  • Rasa rangup dan sedap
  • Membantu menurunkan paras kolesterol
  • Tanpa sebarang pewarna atau perisa tiruan
  • Miliki pensijilan Halal

Kekurangan Nestle Multigrain Cheerios:

  • Sukar ditemui di pasaran

Spesifikasi Nestle Multigrain Cheerios:

Isipadu: 300g
Kandungan: Bijirin [Gandum Penuh (43.3%) (gluten), Semolina Jagung, Tepung Oat Bijirin Penuh (10.4%) (gluten), Tepung Beras], Gula, Sirap Glukosa, Kanji Gandum (gluten), Mineral, Minyak Kelapa Sawit, Garam Beriodin, Pengemulsi (E471), Pengawal Keasidan, Sirap Gula Karamel, Warna, Antipengoksida (Tokoferol), Vitamin (E, B3, B6, B2, B9).
Harga: RM8.90

Kanak-kanak sememangnya mempunyai masalah untuk bangun bersahur, justeru ibu bapa perlu menerangkan kepada anak kepentingan bersahur bagi memastikan mereka kekal aktif sepanjang hari. Memulakan hari untuk berpuasa dengan bersahur daripada bijiran sihat bermutu tinggi dapat membantu meningkatkan kesihatan, memberi lebih daya fokus dan memberikan tenaga yang mencukupi. Ia juga cara yang sangat baik bagi mencegah obesiti dan mengurangkan lebih berat badan dalam kalangan kanak-kanak. Elakkan bersahur dengan karbohidrat ringkas kerana boleh menyebabkan perut cepat lapar.
Pilih bijirin yang diperbuat daripada gandum penuh dan rendah indeks glisemik. Ambil dengan susu rendah lemak dan tambah buah-buahan segar supaya sahur si manja lengkap dan sihat.



Related posts