Jom Layan Kopi ‘Kaw Kaw’ Di Pilihan Kopitiam Paling Asyik!

Jom Layan Kopi ‘Kaw Kaw’ Di Pilihan Kopitiam Paling Asyik!
Makanan dan minuman


Selalu café hipster je, sekali sekala tukar angin layan Kopitiam sedap jugak kan? Kopitiam secara amnya adalah kedai kopi tradisional dan sering menjadi tempat lepak dan makan masyarakat tempatan bersama rakan mahupun keluarga. Jangan tidak tahu, sekarang ni banyak kopitiam dibuka dengan nafas baru dan pelbagai konsep menarik. Bukan setakat air kopi, makanan di kopitiam pun sedap-sedap belaka. Antara makanan terkenal di Kopitiam adalah roti bakar, kuih muih juga nasi bungkus. Jom lihat beberapa kopitiam menarik boleh anda terjah. Jangan kata kami tak payung.

Jom Layan Kopi ‘Kaw Kaw’ Di 5 Pilihan Kopitiam Paling Asyik!

Salmah Kopitiam

Salmah Kopitiam
Kopitiam ini popular dengan teh Tarik ais dan kacang pool selain pilihan menu lain. Ia menggabungkan menu dari Johor dan Kelantan seperti Laksa Johor, Nasi Kerabu dan Telur Goyang. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan boleh dikatakan agak murah.

Kelebihan

  • Menu gabungan Johor dan Kelantan
  • Teh Tarik ais antara tarikan
  • Lokasi di bandar Ipoh
  • Harga berpatutan

Kekurangan

  • Tempat duduk yang terhad

Spesifikasi

Lokasi 92, Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Waktu operasi 8 pagi – 2.30 petang / Tutup pada hari Isnin
No tel 017- 555 2825
Facebook/Instagram https://m.facebook.com/profile.php?id=301259827412531

Luckin Kopi

Luckin Kopi
Siapa sangka, di sebalik pintu kecil premis yang terletak di Jalan Panggong Petaling Street ini, adalah sebuah Kopitiam kontemporari yang boleh dikategorikan sebagai “hidden gem”. Set meja berinspirasikan Peranakan dan dinding batu-bata menguatkan lagi nuansa retro di dalam kopitiam ini. Luckin Kopi adalah sebuah kopitiam “Muslim Friendly” dan “ Pork Free” dimana segala hidangan yang ditawarkan dijamin halal. Dari segi menu pula, pelbagai variasi makanan dijual seperti Nasi lemak, Chee Cheong Fun, Indo Mee, Mee Siam termasuk juga makanan-makanan western.

Kelebihan

  • Menu yang pelbagai
  • Muslim Friendly dan Pork Free
  • Set sarapan pagi dan makan tengahari
  • Harga berpatutan

Kekurangan

  • Tempat duduk yang terhad

Spesifikasi

Lokasi 14, Jalan Panggong, 5000 Kuala Lumpur
Waktu operasi 9 pagi – 6 petang (Isnin, Selasa, Khamis & Jumaat) / Tutup pada hari Rabu
8.30 pagi – 6 petang (Sabtu & Ahad)
No tel 012-610 8856
Facebook/Instagram https://www.facebook.com/luckinkopi/

Auntie Kopitiam

Auntie Kopitiam
Auntie Kopitiam adalah antara kedai kopi terkenal terletak di sekitar Kuala Selangor dan ia telah dibuka sejak tahun 1935 lagi. Menu popular di sini adalah kopi Hainan tradisional yang lazat serta makanan lain seperti nasi lemak, kuih muih, roti bakar juga mee kari laksa. Popularnya Kopitiam ni, sampaikan selebriti terkenal pun pernah makan di sini tau.

Kelebihan

  • Hidangan mi kari laksa dan nasi lemak yang sedap
  • Wifi disediakan
  • Lokasi riadah menarik berdekatan
  • Keadaan bersih dan selesa

Kekurangan

  • Kuatiti makanan tidak banyak

Spesifikasi

Lokasi C-3, Jalan Sultan Ibrahim, 45000 Kuala Selangor
Waktu operasi Isnin hingga Sabtu / 8 pagi – 4 petang
No tel 03- 3289 7289
Facebook/Instagram https://m.facebook.com/profile.php?id=151465542105008

Chong Kok Kopitiam

Chong Kok Kopitiam
Kopitiam ini agak terkenal di Klang dan telah mula beroperasi sejak tahun 1940. Ia merupakan kopitiam yang sering dikunjungi penduduk tempatan juga pelancong luar. Antara menu yang popular dan digemari ramai di sini adalah roti kukus, roti bakar, dan telur separuh masak dengan menggunakan mesin khas untuk penyediaannya. Menariknya, cara ini menjadikan telur separuh masak mereka lebih sedap dan berkrim berbanding menggunakan cara klasik sebelum ini.

Kelebihan

  • Penyediaan telur separuh masak yang unik
  • Beroperasi sejak 1940
  • Harga berpatutan

Kekurangan

  • Keadaan kedai kelihatan begitu lama

Spesifikasi

Lokasi 5, Jalan Stesen, Kawasan 1, Klang, Selangor
Waktu operasi 6.40 pagi – 3 petang
No tel 03- 5524 6936
Facebook/Instagram https://www.facebook.com/chongkok.kopitiam/about/?ref=page_internal

Sun Sun Nam Cheong

Sun Sun Nam Cheong
Sama seperti kebanyakkan Kopitiam, Kedai Makan Hailam Sun Sun Nam Cheong yang terletak di Hulu Selangor ini juga sudah lama beroperasi dan kini usianya adalah sekitar 100 tahun. Sehingga kini mereka masih menyediakan menu dengan resipi asli mereka. Selain kopi yang sedap, menu popular di sini adalah Mi Hailam dan Chicken Chop Hailam dikatakan menu yang dicipta oleh kaum Hainan yang telah berhijrah ke Malaysia.

Kelebihan

  • Mempunyai sijil halal
  • Sudah beroperasi sehingga 100 tahun
  • Menu popular Mi Hailam dan Chicken Chop Hailam

Kekurangan

  • Tempat duduk terhad

Spesifikasi

Lokasi 8, Jalan Mat Kilau, Pekan Kuala Kubu Bharu, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor
Waktu operasi 7 pagi – 3 petang
No tel 03- 5524 6936
Facebook/Instagram https://m.facebook.com/profile.php?id=167616789986783&__tn__=C-R

Nampaknya ada yang dah tidak sabar nak cuba menu-menu menarik ni kan? Kebanyakkan Kopitiam ini telah beroperasi untuk berpuluh tahun lamanya dan masih mengekalkan menu dan resipi asli mereka. Jangan lepaskan peluang untuk rasa menu yang disediakan. Sedikit tips, mungkin anda perlu datang awal agar tidak bersesak dengan pengunjung lain.

Ramai menyukai makanan berkonsepkan masyarakat Cina, namun untuk anda yang merupakan pelanggan Muslim, pastikan restoran yang dipilih halal dulu ya. Selamat mencuba!



Related posts