5 Motosikal Cruiser Terbaik di Malaysia – Bayaran Bulanan Terendah Dari RM184

5 Motosikal Cruiser Terbaik di Malaysia - Bayaran Bulanan Terendah Dari RM184
Kereta dan motosikal


Sejak kebelakangan ini, motosikal cruiser semakin mendapat tempat di hati peminat permotoran di Malaysia. Banyak model motosikal dalam kelas ini kini membanjiri jalan raya. Bagi mereka yang kurang familiar dengan motosikal cruiser, ia adalah sejenis motosikal yang direka khas untuk menawarkan pengalaman menunggang yang santai dan selesa. Motosikal ini direka dengan posisi duduk yang rendah dan kaki yang lebih ke depan, memberikan posisi menunggang yang jauh lebih santai dan mudah diatur, sesuai untuk penggunaan harian serta perjalanan jauh.

Salah satu ciri khas motosikal cruiser adalah reka bentuknya yang retro dan klasik, seperti tangki bahan api besar dan fender panjang yang mengingatkan pada motosikal dari era 1950-an ke atas. Elemen chrome atau logam juga sangat ikonik bagi motosikal cruiser, menonjolkan ciri-ciri retro dan klasik.

Selain itu, motosikal cruiser juga membolehkan penunggang menonjolkan gaya peribadi mereka melalui pemakaian dan fesyen, serta penambahan aksesori seperti aksesori chrome, cermin sisi klasik, dan perubahan reka bentuk visual motosikal. Yang menarik, bayaran bulanan untuk memiliki motosikal cruiser ini tidaklah tinggi. Dengan hanya RM184 sebulan, anda boleh menikmati keselesaan menunggang motosikal cruiser.

Jadi, bagi anda yang berminat, berikut adalah 5 model motosikal cruiser terbaik di Malaysia dengan bayaran bulanan serendah RM184 sahaja.

Keeway K-Light 202 (2018)

Keeway K-Light 202 (2018)
Keeway K-Light 202 (2018) adalah sebuah model motosikal cruiser yang diperkenalkan oleh Keeway, sebuah jenama motosikal yang dikenali dengan reka bentuk motosikal yang menarik. Motosikal ini mempunyai reka bentuk cruiser yang autentik dan klasik dengan tangki bahan api yang besar, menampilkan elemen elegan dan retro secara maksimum. Ia dilengkapi dengan kusyen yang rendah, memberikan posisi duduk yang lebih selesa serta ergonomik, dan sesuai untuk penunggang dengan saiz badan yang berbeza-beza.
Dikuasakan oleh enjin berkuasa 197 cc dengan satu silinder, ia menawarkan prestasi yang baik dari segi tork dan kecekapan bahan api. Motosikal ini sesuai untuk penggunaan bandar dan perjalanan jarak pendek. Dengan lima kelajuan transmisi, pasti tiada masalah untuk menggunakannya untuk perjalanan jarak jauh.
Dari segi suspensi, motosikal ini dilengkapi dengan suspensi depan fork teleskopik dan suspensi belakang dual shock absorber yang memberikan keselesaan dan penyerapan hentakan yang baik. Lampu LED pada motosikal ini pula memastikan keterlihatan maksimum walaupun dalam keadaan cahaya malap. Dengan harga bermula RM 9,103 serta dua pilihan warna iaitu merah dan hitam, bayaran bulanan motosikal ini hanya RM 252 sahaja. Sangat berpatutan dan pastinya ia mampu dimiliki.

Sebab-Sebab Anda Patut Memiliki Keeway K-Light 202 (2018):

  • Harga yang murah dan bayaran bulanan yang rendah
  • Reka bentuk klasik, retro dan autentik
  • Lampu LED untuk keselamatan
  • Suspensi dengan penyerapan yang selesa

Sebab-Sebab Untuk Anda Pertimbangkan Semula Keeway K-Light 202 (2018):

  • Kuasa enjin (CC) yang kecil

Spesifikasi Keeway K-Light 202 (2018):

Jenama Keeway
Model: Keeway K-Light 202
Kapasiti Enjin (cc) 197 cc
Warna: merah dan hitam
Harga: RM 9,103

Triumph Bonneville Bobber Black (2018)

Triumph Bonneville Bobber Black (2018)
Triumph Bonneville Bobber Black (2018) adalah salah satu model cruiser yang sangat menarik dari Triumph. Meneruskan filosofi reka bentuk klasik yang dimiliki oleh Bonneville, Bobber Black 2018 mempunyai beberapa penambahan baru dalam meningkatkan prestasinya. Ia mempunyai ciri-ciri reka bentuk retro yang sangat ketara melalui rangka dan suspensinya, motosikal ini sangat stabil kerana bahagian depan menggunakan fork teleskopik dengan diameter yang besar manakala bahagian belakangnya pula menggunakan monoshock yang dapat dilaras mengikut kesesuaian.

Selain itu, motosikal ini juga didatangkan dengan reka bentuk Bobber yang khas seperti kusyen terpisah yang sangat ergonomik, lampu depan bulat dan penutup tayar belakang yang sangat minimalis. Dengan kapasiti enjin 1200 cc dwi silinder dan 76 kuasa kuda dan 6 transmisi, semestinya motosikal ini mempunyai kelajuan yang maksimum sesuai untuk penggunaan santai dan jarak jauh.

Dari segi keselamatan pula, motosikal ini dilengkapi dengan ABS yang membantu mengekalkan cengkaman brek ketika kecemasan. Kedudukan footpeg atau tempat meletak kaki yang sangat strategik pula mengelakkan dari sebarang ketidakselesaan saat anda menukar gear menjadikan perjalanan anda lebih selesa. motosikal ini berharga RM 74,900 dengan bayaran bulanan sebanyak RM 820. Jika anda mempunyai bajet yang lebih, pastinya berbaloi untuk anda memilikinya

Sebab-Sebab Anda Patut Memiliki Triumph Bonneville Bobber Black (2018):

  • Reka bentuk bobber yang klasik dan retro
  • Kapasiti Enjin 1200 cc dengan 76 kuasa kuda
  • Transmisi 6 gear
  • ABS untuk cengkaman brek ekstra
  • Kedudukan footpeg yang strategik untuk keselesaan

Sebab-Sebab Untuk Anda Pertimbangkan Semula Triumph Bonneville Bobber Black (2018):

  • Harga agak mahal dan bayaran bulanan tinggi
  • Pilihan warna agak terhad

Spesifikasi Triumph Bonneville Bobber Black (2018):

Jenama Triumph
Model: Bonneville Bobber Black (2018)
Kapasiti Enjin (cc) 1200 cc
Warna: gloss black & matt black
Harga: RM 74,900

Honda Rebel 500 (2023)

Honda Rebel 500 (2023)
Honda adalah sebuah jenama yang sangat terkenal dalam dunia automotif. Sebagai sebuah jenama yang dipercayai, ia juga tidak ketinggalan dalam menawarkan pilihan motosikal cruise yang dinamakan sebagai Honda Rebel 500. Walaupun reka bentuknya tampak moden, minimalis dan sedikit berlainan dengan model-model dari jenama lain, tetapi ia masih mempunyai elemen retro serta autentiknya.

Dari segi rangkanya, motosikal ini mempunyai rangka yang sedikit ramping yang menampakkan ciri-ciri sporty tetapi tetap klasik. Rangka yang lebih kecil mejadikan motosikal ini lebih ringan dan mudah dikawal untuk perjalanan dekat dan jauh. Ciri-ciri minimalisnya pula jelas kelihatan daripada panel LCD digitalnya. Didatangkan dengan kusyen tempat duduk single yang ergonomik dan rendah, pastinya anda akan lebih selesa dalam perjalanan jauh.

Ciri-ciri gabungan moden dan klasik pada motosikal ini dikuatkan lagi dengan lampu bulat LED yang sangat terang. Kapasiti enjin pada motosikal ini adalah 471 cc parallel twin dengan 45 kuasa kuda dan juga 6 transmisi dimana enjin ini mempunyai tork yang kuat dan responsif. Dari segi suspensi, motosikal ini menggunakan suspension depan fork teleskopik dan monoshock di belakang untuk kawalan yang stabil dan baik. Kestabilan motosikal ini juga turut dilengkapkan dengan sistem ABS yang bertindak menstabilkan brek hadapan dan belakang. Dari segi harga, motosikal ini berharga RM 33,899 dengan bayaran bulanan adalah sebanyak RM 372. Sangat berpatutan dan mampu milik.

Sebab-Sebab Anda Patut Memiliki Honda Rebel 500 (2023):

  • Reka bentuk minimalis
  • Kusyen tempat duduk single yang ergonomik
  • ABS untuk cengkaman brek ekstra
  • Harga yang mampu milik

Sebab-Sebab Untuk Anda Pertimbangkan Semula Honda Rebel 500 (2023):

  • Rangka yang agak ringan dengan kapasiti enjin besar

Spesifikasi Honda Rebel 500 (2023):

Jenama Honda
Model: Honda Rebel 500 (2023)
Kapasiti Enjin (cc) 500 cc
Warna: Candy Diesel Red, Mat Gunpowder Black Metallic, and Pearl Smoky Grey.
Harga: RM 33,899

Kawasaki Vulcan S ABS (2023)

Kawasaki Vulcan S ABS (2023)
Kawasaki juga tidak ketinggalan dalam mengeluarkan varian motosikal cruiser. Berlainan dengan motosikal cruiser lain, Kawasaki Vulcan S ABS yang mempunyai reka bentuk moden dan sporty ini didatangkan dengan dua tempat duduk. Mempunyai dua pilihan warna iaitu Metallic Flat Spark Black (hitam) dan Matte Sage Green (Hijau), motosikal ini mempunyai kapasiti enjin dwi silinder 649 cc dengan 60 kuasa kuda dan 6 transmisi klac manual. Lampu hadapan dan belakang menggunakan lampu LED dengan panel meter LCD digital analog. Ia bukanlah cruiser yang tipikal kerana motosikal ini mempunyai sistem Ergo-Fit.

Ergo-Fit ini menggunakan bar hendal yang berbeza dengan pelana dan footpeg yang boleh laras. Dengan tinggi kusyen tempat duduk sekitar 705 mm, ia sesuai untuk dibawa oleh pelbagai kategori penunggang. Dari segi suspensi, motosikal ini mempunyai suspensi fork teleskopik untuk bahagian hadapan dan monoshock yang boleh dilaras mengikut kesesuaian di bahagian belakang.

Sistem brek motosikal ini pula terdiri daripada cakera tunggal 272 mm yang berada pada rim 18 inci hadapan, sementara pada rim 17 inci di belakang terdapat cakera brek 217 mm. Sistem ABS tersedia dan tayar yang digunakan bersaiz 120/70 untuk hadapan dan 160/60 untuk belakang. Dengan harga bermula RM 36,500, bayaran bulanan untuk anda memiliki motosikal ini adalah sebanyak RM 400 sebulan

Sebab-Sebab Anda Patut Memiliki Kawasaki Vulcan S ABS (2023):

  • Motosikal Cruiser dua tempat duduk
  • Reka bentuk moden dan sporty
  • Sistem Ergo-Fit
  • Harga yang mampu milik

Sebab-Sebab Untuk Anda Pertimbangkan Semula Kawasaki Vulcan S ABS (2023):

  • Pilihan warna yang agak terhad

Spesifikasi Kawasaki Vulcan S ABS (2023):

Jenama Kawasaki
Model: Kawasaki Vulcan S ABS (2023)
Kapasiti Enjin (cc) 649 cc
Warna: Metallic Flat Spark Black (hitam) dan Matte Sage Green (Hijau)
Harga: RM 36,500

Keeway Cafe Racer 152 (2018)

Keeway Cafe Racer 152 (2018)
Keeway Cafe Racer 152 2018 adalah salah satu model dari Keeway yang menarik perhatian. Dengan reka bentuk retro dengan gaya cafe racer klasik yang khas, model yang menggabungkan elemen vintage dan moden ini mempunyai rangka motosikal yang sangat ringan dan ramping. Ditambah pula dengan kusyen tempat duduk yang terpisah dan rendah, cukup untuk membuat anda rasa selesa ketika menunggang.

Lampu depan motosikal ini berbentuk bulat dan sangat minimalis. motosikal ini mempunyai kapasiti enjin 152 cc dengan satu silinder dan 12 kuasa kuda serta 5 transmisi. Suspensi depan menggunakan fork teleskopik dan suspensi belakang menggunakan dual shock absorber, namun ia tidak mempunyai ABS. Disebabkan bentuknya yang nampak ringan, motosikal ini mudah untuk dikawal.

Secara keseluruhan, motosikal ini kelihatan biasa, namun jika anda seorang yang meminati pengubahsuaian motosikal, pastinya banyak sentuhan-sentuhan menarik yang boleh diberikan pada motosikal ini supaya ia kelihatan luar biasa dan lebih klasik. motosikal ini berharga RM6,521 dengan bayaran bulanan hanya 184 sebulan. Pastinya ia mampu milik dan sesuai untuk anda yang kaki custom.

Sebab-Sebab Anda Patut Memiliki Kawasaki Keeway Cafe Racer 152 (2018):

  • Motosikal Cafe Racer dengan reka bentuk retro
  • Minimalis
  • Harga yang mampu milik
  • Sesuai untuk anda yang suka mengubahsuai motosikal

Sebab-Sebab Untuk Anda Pertimbangkan Semula Keeway Cafe Racer 152 (2018):

  • Tiada ABS
  • Kapasiti enjin sangat kecil

Spesifikasi Keeway Cafe Racer 152 (2018):

Jenama Keeway
Model: Cafe Race 152 (2018)
Kapasiti Enjin (cc) 152 cc
Warna: Hitam, merah, biru dan hijau
Harga: RM 6,521

Memilih motosikal cruiser perlulah lebih dari sekadar mempertimbangkan reka bentuknya yang menarik. Anda harus mempertimbangkan aspek keselesaan, prestasi, teknologi, dan kos penyelenggaraan untuk memastikan bahwa motor tersebut sesuai dengan keperluan dan kegunaan anda. Dengan mempertimbangkan faktor-faktor ini, anda akan dapat memilih motosikal cruiser yang tepat dengan citarasa anda.

Apa yang lebih penting. Pastikan keselamatan anda turut diutamakan dalam memilih motosikal cruiser. Ini kerana peratusan untuk anda terlibat dalam kemalangan lebih tinggi jika anda menunggang motosikal berbanding kereta, jadi ciri-ciri keselamatan perlulah dijadikan garis panduan.



Related posts