10 Kafe Dan Restoran Terbaik Di KL & Selangor: Nikmati Makanan, Kopi, dan Vibes Yang Tak Boleh Dilupakan
Dari kafe berkonsep minimalis penuh vibe terkini, hingga restoran mewah yang menyajikan hidangan penuh inovasi, Klang Valley boleh dikatakan sebagai syurga buat pencinta makanan dan pengembara rasa. Artikel kali ini kami akan membawa anda meneroka kafe dan restoran terbaik di sekitar Selangor dan KL, tempat yang sesuai untuk bercuti, bersantai, dan meneroka hidangan enak. Sama ada anda sedang mencari tempat untuk makan di hujung minggu atau ingin mencuba sesuatu yang baru semasa cuti panjang, tempat-tempat ini pasti memenuhi citarasa anda. Dah ready?
Être Patisserie KL, 188 Suites
Être Patisserie KL adalah cawangan pertama dari Ipoh yang kini terletak di kawasan strategik berhampiran KLCC, menjadikannya tempat menarik untuk pencinta pastri. Ia menawarkan pelbagai jenis hidangan seperti croissant, petit gâteau, dan kek bersaiz penuh yang sesuai untuk majlis khas.
Menu di sini adalah seperti Valrhona Kalingo Dark Chocolate mousse, Light Vanilla Bean Ganache serta hidangan savory seperti Mushroom Sandwich, Pastrami Sandwich dan Truffle Egg Mimosa Sandwich, yang memenuhi selera pelbagai pelanggan.
Mengapa Anda Patut Mencuba Être Patisserie KL?
- Kualiti pastri menggunakan bahan premium
- Dihasilkan dengan dekorasi unik dan menarik
- Rekabentuk kade minimalis dan warna neutral memberikan suasana santai
- Lokasi berdekatan KLCC strategik
Apa Yang Boleh Dipertimbangkan Sebelum Mengunjungi Être Patisserie KL?
- Pilihan makanan terhad kepada pastri dan sandwich, tiada menu berat seperti spaghetti
Info Être Patisserie KL?
Alamat: | G-02 Jalan Cendana, Off, Jln Sultan Ismail, Kampung Baru, 50250 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
---|---|
Waktu operasi: | Isnin – Jumaat ( 9 pagi – 6 petang) Tutup pada Selasa |
No Tel: | – |
Website/Instagram/Facebook: | IG |
Fari & Ali’s Kitchen, Bukit Damansara
Nak lain dari yang lain? Fari & Ali’s Kitchen merupakan sebuah kafe unik yang terletak di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, yang menghidangkan pelbagai masakan berinspirasikan budaya Parsi. Kafe ini menawarkan suasana yang hangat dengan dekorasi Iran seperti warna biru Parsi, karpet berwarna tanah, dan perabot kayu. Ini mencipta pengalaman bersantap yang nyaman dan bersifat nostalgik.
Mengapa Anda Patut Mencuba Fari & Ali’s Kitchen?
- Hidangan seperti sarapan Parsi tradisional, shakshuka, dan kashke bademjan memberikan rasa autentik
- Bahan seperti keju dan roti flat dibuat atau diimport khas dari Iran untuk memastikan keaslian
- Selain masakan berat, terdapat pilihan pencuci mulut seperti krim puff tradisional Parsi dan pelbagai kek
- Lokasi mudah diakses
Apa Yang Boleh Dipertimbangkan Sebelum Mengunjungi Fari & Ali’s Kitchen?
- Menu tertentu seperti hidangan deli hanya tersedia pada hari tertentu
Info Fari & Ali’s Kitchen:
Alamat: | 65G, Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
---|---|
Waktu operasi: | Isnin – Jumaat ( 8.30 pagi – 5.30 petang) Tutup pada Ahad |
No Tel: | 011-2408 9838 |
Website/Instagram/Facebook: | IG |
If Only KL, Taman U Thant
If Only KL adalah sebuah kafe unik yang terletak di Taman U-Thant, Selangor, yang menghidangkan pelbagai masakan kreatif hasil gabungan citarasa tempatan dan Barat. Dengan suasana santai serta dekorasi yang menenangkan, kafe ini menawarkan pengalaman makan yang sesuai untuk keluarga, pasangan, atau sesi santai bersama rakan. Menu yang memanfaatkan bahan-bahan segar dan organik, menambah daya tarikan kepada destinasi ini sebagai tempat menjamu selera yang istimewa.
Mengapa Anda Patut Mencuba If Only KL?
- Terletak di kawasan hijau di Taman U-Thant, ia menawarkan suasana nyaman
- Tempat letak kereta yang luas, sesuai
- Dekorasi dalaman yang unik, sesuai untuk bergambar
Apa Yang Boleh Dipertimbangkan Sebelum Mengunjungi If Only KL?
- Agak sukar diakses jika tiada kenderaan peribadi
Info If Only KL:
Alamat: | Ground Floor, Regal House, 1, Jalan U Thant, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
---|---|
Waktu operasi: | Isnin – Ahad ( 7 pagi – 11 malam) |
No : | 017-288 2243 |
Website/Instagram/Facebook: | IG |
KLCG Ampang, Jalan Ampang
Ini merupakan antara lokasi popular, KLCG Confectionery & Bakery adalah kafe dan bakeri terletak di Ampang, terkenal dengan pelbagai jenis pastri dan sajian Barat. Lokasi ini menawarkan suasana yang moden dan menarik, menjadikannya tempat pilihan untuk bersantai dan menikmati hidangan bersama rakan atau keluarga. KLCG dikenali dengan pastri seperti “cromboloni,” croissant, dan kek yang segar dan enak. Ia juga sering menjadi tumpuan di platform media sosial seperti TikTok, meningkatkan daya tarikan tempat ini kepada golongan muda.
Mengapa Anda Patut Mencuba KLCG Ampang?
- Bahan digunakan berkualiti tinggi
- Menu menarik dan popular seperti cromboloni
- Mudah diakses dengan kenderaan pengangkutan awam
- Agak popular dalam kalangan penggemar pastri
Apa Yang Boleh Dipertimbangkan Sebelum Mengunjungi KLCG Ampang?
- Waktu operasi terhad hanya hingga 6 petang
Info KLCG Ampang:
Alamat: | 204A, Jln Ampang, Kampung Datuk Keramat, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
---|---|
Waktu operasi: | Isnin – Ahad ( 9 pagi – 6 petang) |
No : | 012-389 3907 |
Website/Instagram/Facebook: | IG |
Liten Coffee Roasters, Taman U Thant
Liten Coffee Roasters ini adalah sebuah kafe unik yang terletak di Taman U Thant, Selangor. Ia dikenali dengan kepakaran dalam penyediaan kopi berkualiti tinggi. Dengan suasana yang tenang dan dekorasi yang menarik, kafe ini menawarkan pengalaman bersantai yang sesuai untuk peminat kopi. Ia merupakan destinasi pilihan bagi mereka yang menghargai cita rasa kopi artisan yang autentik.
Mengapa Anda Patut Mencuba Liten Coffee Roasters?
- Sesuai untuk peminat kopi berkualiti tinggi
- Suasana yang tenang dengan dekorasi ala rumah menjadikannya lokasi ideal untuk berehat
- Terletak hanya 10 minit pemanduan dari KLCC
Apa Yang Boleh Dipertimbangkan Sebelum Mengunjungi Liten Coffee Roasters?
- Menu makanan lain kurang menonjol berbanding kopi
Info Liten Coffee Roasters:
Alamat: | 29A, Jalan Wickham, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
---|---|
Waktu operasi: | Isnin – Jumaat (10 pagi – 5 petang, 9 malam – 11.55 malam) Sabtu & Ahad ( 10 pagi – 11.55 malam) |
No : | – |
Website/Instagram/Facebook: | IG |
Ocean Ground, Bukit Jalil
Borinng dengan suasana ibu kota? Ocean Ground Coffee, terletak di Bukit Jalil, adalah destinasi kafe baru yang memberikan suasana persis berada di tepi pantai yang tenang dan santai. Dengan reka bentuk minimalis dan palet warna yang menyerupai percutian tepi pantai, ia menawarkan pengalaman yang selesa kepada pengunjung. Menu kafe ini menampilkan pilihan sandwich, pasta, dan kopi istimewa sesuai untuk sarapan pagi santai atau tempat chill bertemu rakan-rakan. Memang vibe!
Mengapa Anda Patut Mencuba Ocean Ground?
- Dekorasi yang minimalis menjadikannya tempat yang ideal untuk berehat
- Kafe ini membenarkan haiwan peliharaan, menjadikannya pilihan yang menarik untuk pemilik haiwan
- Hidangan unik dan istimewa
Apa Yang Boleh Dipertimbangkan Sebelum Mengunjungi Ocean Ground?
- Pilihan makanan terhad, mungkin kurang sesuai untuk anda yang mencari pilihan masakan tradisional atau antrabangsa
Info Ocean Ground:
Alamat: | -11-G , Jalan Jalil Perkasa 13 Arked Esplanad, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur |
---|---|
Waktu operasi: | Isnin – Ahad (9 pagi – 6 petang) Tutup pada Selasa |
No : | 018-249 3882 |
Website/Instagram/Facebook: | https://www.instagram.com/oceanground.my/?hl=en |
Pretty’s Hot Chicken, Damansara Uptown
Untuk penggemar ayam goreng, anda perlu cuba yang ini! Pretty’s Hot Chicken di Uptown Damansara menawarkan pelbagai tahap kepedasan, ayam goreng termasuk pilihan ekstrim seperti ‘Hell Hot’. Dengan menu yang pelbagai seperti burger, ayam tender, fries, dan milkshake, ia menjadi pilihan ramai untuk menikmati hidangan yang lazat dan berpatutan. Lokasi ini juga mesra pelanggan Muslim, menjadikannya destinasi makan yang inklusif bagi semua lapisan masyarakat
Mengapa Anda Patut Mencuba Pretty’s Hot Chicken?
- Menawarkan pelbagai tahap kepedasan, termasuk pilihan ekstrem seperti “Hell hot”
- Selain ayam goreng, kafe ini juga menawarkan burger, ayam tender dan fries
- Set menu bermula serendah RM19.90
Apa Yang Boleh Dipertimbangkan Sebelum Mengunjungi Pretty’s Hot Chicken?
- Lokasi di kawasan popular seperti Damansara Uptown mungkin menyebabkan kafe sesak, terutamanya pada waktu puncak
Info Pretty’s Hot Chicken:
Alamat: | 13-G, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor |
---|---|
Waktu operasi: | Isnin – Ahad (12 tengahari – 10 malam) |
No : | 017-582 6057 |
Website/Instagram/Facebook: | IG |
TANAAIR, Taman Paramount
Yang sudah lama tidak sempat pulang ke kampung, boleh ke sini. TANAAIR adalah sebuah kafe unik yang terletak di Taman Paramount, Selangor, menawarkan pengalaman makan dengan sentuhan nostalgia melalui hidangan tradisional Malaysia seperti nasi lemak, ayam berempah, gulai ayam dan pelbagai lagi.
Dengan suasana bertemakan kampung yang direka untuk mencetuskan rasa selesa dan kenangan, kafe ini menjadi pilihan menarik bagi penggemar masakan tempatan yang dipersembahkan dalam gaya moden.
Mengapa Anda Patut Mencuba TANAAIR?
- Sesuai untuk peminat masakan Malaysia asli yang dipersembahkan secara eksklusif
- Dekorasi bertemakan kampung
- Terletak di kawasan mudah diakses
Apa Yang Boleh Dipertimbangkan Sebelum Mengunjungi TANAAIR?
- Hidangan yang disediakan dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding restoran biasa
Info TANAAIR:
Alamat: | 35, Jalan 20/13, Taman Paramount, 46300 Petaling Jaya, Selangor |
---|---|
Waktu operasi: | Isnin – Ahad (11 pagi – 10 malam) Tutup pada Khamis |
No : | 010-656 9889 |
Website/Instagram/Facebook: | https://www.instagram.com/kedaitanaair/ |
Trio Bakehouse, Taman U Thant
Trio Bakehouse, terletak di Taman U Thant, Selangor, merupakan sebuah kafe dan bakeri dengan kepakaran dalam menyediakan pastri dan roti artisan. Kafe ini terkenal dengan hidangan seperti sourdough toast, kek pisang mascarpone espresso, dan pencuci mulut unik seperti Petit Gateau’s.
Mengapa Anda Patut Mencuba Trio Bakehouse?
- Terkenal dengan variasi pastri yang memikat, seperti sourdough toast
- Menawarkan suasana santai dengan hiasan moden
- Pastri dihasilkan dengan kualiti dan ketelitian tinggi
Apa Yang Boleh Dipertimbangkan Sebelum Mengunjungi Trio Bakehouse?
- Harga makanan dan minuman mungkin dianggap tinggi oleh sesetengah pelanggan
Info Trio Bakehouse:
Alamat: | Ground floor, Regal House, 1, Jalan U Thant, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
---|---|
Waktu operasi: | Ahad & Isnin (7 pagi – 6 petang) Selasa – Sabtu ( 7 pagi – 10.30 malam) |
No : | 019-843 1789 |
Website/Instagram/Facebook: | IG |
Pokok KL, MAHSA Avenue
Pokok KL menawarkan suasana santai yang dipenuhi cahaya semula jadi, menjadikannya lokasi pilihan untuk mereka yang ingin menikmati hidangan dalam persekitaran yang cerah dan Instagrammable. Dengan pelbagai menu yang menggabungkan masakan tempatan dan Barat seperti nasi lemak, pasta, serta pelbagai jenis pencuci mulut dan kopi, Pokok KL merupakan destinasi popular untuk makan tengah hari, atau sekadar bersantai di hujung minggu.
Mengapa Anda Patut Mencuba Pokok KL?
- Konsep “glasshouse” yang unik
- Lokasi ini mudah diakses dan sesuai untuk makan tengah hari santai
- Instagrammable, sesuai untuk pengunjung yang suka berkongsi gambar di media sosial
Apa Yang Boleh Dipertimbangkan Sebelum Mengunjungi Pokok KL?
- Kafe ini sering kali penuh, terutamanya pada hujung minggu
Info Pokok KL:
Alamat: | MAHSA Avenue (Jalan Universiti Campus), Block B, Level 1 Jalan Ilmu, off, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz, 59100 Kuala Lumpur |
---|---|
Waktu operasi: | Isnin – Ahad ( 10 pagi – 10 malam) |
No : | 010-881 9680 |
Website/Instagram/Facebook: | website |
10 pilihan kafe dan restoran terbaik di KL dan Selangor ini bukan sekadar menawarkan hidangan yang enak, tetapi juga pengalaman yang sukar dilupakan. Dengan pelbagai konsep, dari suasana santai hingga rekaan dalaman yang unik dan Instagrammable, setiap lokasi memberikan nilai tambah yang berbeza untuk memenuhi pelbagai citarasa dan keperluan pengunjung.
Melawat kafe dan restoran ini bukan hanya tentang menikmati makanan dan minuman, tetapi juga tentang mencipta momen yang bermakna bersama orang tersayang. Dah ready nak lepak kafe? Jom!