7 Pilihan Minyak Masak Terbaik Dan Bermanfaat Untuk Kesihatan

7 Pilihan Minyak Masak Terbaik Dan Bermanfaat Untuk Kesihatan
Makanan dan minuman


Pilihan minyak masak terbaik untuk kesihatan bergantung pada beberapa faktor termasuk jenis masakan yang anda mahukan, keperluan diet, dan tahap kesihatan anda sendiri. Sebagai contoh, jika anda mempunyai masalah kesihatan berkaitan jantung, penggunaan minyak masak yang mengandungi lemak tepu seperti minyak kelapa sawit seeloknya dihindarkan.

Pelbagai jenis minyak masak terjual di pasaran dan sesetengahnya memberikan manfaat kepada kesihatan badan. Minyak masak terdiri daripada 2 jenis iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu. Pasti ramai tahu bahawa lemak tidak tepu adalah lebih baik untuk kesihatan jantung. Khas untuk anda yang mencari minyak masak terbaik di pasaran, jom lihat senarai ini.

Minyak Masak Alif

Minyak Masak Alif

Jenama minyak masak Alif agak popular di Malaysia dan ia merupakan antara jenama pilihan minyak masak buatan Malaysia berkualiti tinggi. Minyak masak ini dihasilkan daripada minyak sawit mentah bermutu tinggi yang diuji terlebih dahulu agar menepati piawaian kualiti. Melalui konsep ‘Ladang ke Dapur, setiap proses minyak masak ini diurus dan dikawal rapi sehinggalah proses penapisan dan pembotolan produk di kilang.

Kelebihan Minyak Masak Alif:

  • Jenama minyak masak popular
  • Dihasilkan daripada minyak sawit mentah berkualiti
  • Ada pengiktirafan halal daripada JAKIM
  • Disahkan mampan oleh Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO)

Kekurangan Minyak Masak Alif:

  • Tidak sesuai untuk salad dressing

Spesifikasi Minyak Masak Alif:

Jenis minyak: Minyak kelapa sawit
Berat: 5KG
Harga: RM30 – RM 35

Minyak Masak Saji

Minyak Masak Saji

Minyak masak Saji diperbuat daripada minyak bertapis berkualiti tinggi serta Olein Sawit yang dilunturkan dan dinyahbaukan (RBD) yang kaya dengan vitamin E. Apa yang menarik adalah minyak masak jenama Saji ini juga bebas daripada kolesterol. Penghasilan minyak masak ini adalah daripada kebaikkan buah sawit yang segar dan serta mempunyai mineral penting bagi memenuhi keperluan pengguna.

Kelebihan Minyak Masak Saji:

  • Jenama minyak masak popular
  • Dihasilkan daripada minyak sawit mentah berkualiti
  • Sesuai untuk deep frying
  • Mempunyai sijil Halal
  • Mempunyai vitamin E

Kekurangan Minyak Masak Saji:

  • Penggunaan tidak terkawal tidak bagus untuk kesihatan

Spesifikasi Minyak Masak Saji:

Jenis minyak: Minyak sawit
Berat: 5KG
Harga: RM26 – RM 30

Naturel Sunflower

Naturel Sunflower

Rasanya ramai tahu mengenai kebaikkan minyak bunga matahari ni kan? Ia mengandungi beberapa jenis asid lemak seperti asid lemak tepu, lemak omega 9, dan omega 6 PUFA. PUFA adalah lemak poli tak tepu yang terdapat dalam minyak masakan. Berbanding dengan lain-lain minyak sayuran, kandungan PUFA dalam minyak bunga matahari adalah lebih tinggi. Ia juga kaya dengan vitamin E secara semulajadi. Salah satu kandungannya juga adalah lemak mono tak tepu yang dapat membantu menurunkan paras kolestrol dalam badan. Menariknya, Naturel Sunflower Cooking Oil dihasilkan secara inovasi berasaskan DHA tumbuhan untuk membantu perkembangan otak. Kaedah terbaik menggunakan minyak bunga matahari ialah dalam pembuatan kek dan biskut.

Kelebihan

  • Kaya dengan vitamin E
  • Membantu menurunkan paras kolestrol
  • DHA untuk perkembangan otak
  • Sesuai untuk masakan dan pembuatan kek juga biskut
  • Bebas kolestrol

Kekurangan

  • Kurang sesuai dimasak menggunakan api yang terlalu panas

Spesifikasi

Jenis minyak Minyak bunga matahari
Berat 3KG
Harga RM 34

Daisy Corn Oil

Daisy Corn Oil

Khas untuk anda yang gemar membuat biskut atau kek, ini adalah pilihan minyak yang terbaik. Ini kerana ia mampu menghasilkan aroma yang wangi dan boleh menghasilkan kek yang lembut. Minyak jangung Daisy dihasilkan menggunakan jagung asli dan mengandungi vitamin bermanfaat yang ada pada jagung seperti vitamin A, omega 6, vitamin B6 dan tiamina. Minyak masak ini diperkaya dengan unsur fiber dan tidak mengandungi kolestrol.

Kelebihan

  • Menggunakan jagung asli
  • Diekstrak daripada biji jagung berkualiti
  • Kaya dengan vitamin E, B6 dan omega 6
  • Bebas kolestrol
  • Kaya dengan unsur fiber

Kekurangan

  • Harga agak mahal

Spesifikasi

Jenis minyak Minyak jagung
Berat 3KG
Harga RM 42.50

Seri Murni Pure Vegetable Cooking Oil

Seri Murni Cooking Oil

Pasti sahaja ramai pernah menggunakan minyak Seri Murni ni kan? Mungkin ramai tidak tahu yang minyak sawit juga dikategorikan sebagai sejenis minyak sayuran. Ia kaya dengan vitamin E semula jadi, bebas kolestrol, asid lemak transparan dan aditif. Minyak masak Seri Murni adalah satu-satunya yang diperbuat daripada SUPER OLEIN iaitu gred tinggi olein kelapa sawit yang biasanya digunakan hanya untuk pasaran eksport di bawah permintaan khas. Bukan itu saja, produknya juga paling asli tanpa sebarang aditif dan pengguna boleh yakin tiada ‘Agen Anti Keruh’ ditambah pada minyak untuk melambatkan proses mengeruhan.

Kelebihan

  • Diperbuat daripada Super Olein
  • Kaya vitamin E
  • Bebas kolestrol
  • Tiada ‘Agen Anti Keruh’
  • Harga mampu milik

Kekurangan

  • Tidak mempunyai DHA

Spesifikasi

Jenis minyak Minyak kelapa sawit
Berat 5KG
Harga RM 34

Adela Gold

Adela Gold

Adela Gold adalah gabungan unik minyak kelapa sawit, minyak kacang tanah dan minyak bijan, yang sememangnya disukai untuk masakan di Malaysia. AdelaGold juga kaya dengan Vitamin E, bebas kolesterol dan tanpa lemak trans. Minyak ini dihasilkan daripada usaha Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) berterusan Kumpulan untuk menghasilkan produk unggul berdasarkan permintaan pengguna.

Kelebihan

  • Kaya vitamin E
  • Bebas kolestrol
  • Tanpa lemak trans
  • Harga mampu milik

Kekurangan

  • Gabungan minyak bijan dan kacang tanah mengeluarkan aroma

Spesifikasi

Jenis minyak Minyak kelapa sawit, kacang tanah dan bijan
Berat 5KG
Harga RM 35

SunLico 100% Sun-gifted Sunflower Seed Oil

SunLico 100% Sun-gifted Sunflower Seed Oil

SunLico ialah minyak biji bunga matahari berkualiti tinggi yang ringan dan tinggi kandungan lemak tak tepu. Ia mempunyai tekstur yang sangat ringan berbanding minyak sayuran lain, menjadikannya pilihan utama di kalangan generasi muda dan yang mementingkan kesihatan. Tekstur yang ringan menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis masakan serta digunakan sebagai salad dressing.

Kelebihan

  • Kurang lemak tepu
  • Bebas kolestrol
  • Sesuai untuk pelengkap salad
  • Tekstur ringan

Kekurangan

  • Tidak sesuai untuk menggoreng dengan suhu terlalu panas

Spesifikasi

Jenis minyak Minyak biji bunga matahari
Berat 3KG
Harga RM 37

Memilih minyak masak yang terbaik bagi keluarga memerlukan pengetahuan tentang pelbagai jenis yang terdapat di pasaran. Terdapat pelbagai minyak seperti minyak zaitun, minyak kelapa sawit, minyak soya, minyak kanola , minyak jagung, minyak kacang tanah, dan minyak sayuran lain. Pilihan yang tepat perlu mengambil kira faktor kesihatan, rasa, dan kesejahteraan keluarga.

Subsidi yang diberikan oleh kerajaan untuk minyak masak dalam jumlah besar di pasaran mungkin mempengaruhi jualan. Oleh itu, penting untuk memeriksa harga dari pelbagai kedai, pasaraya dan platform dalam talian, dan membeli semasa promosi atau jualan untuk mendapatkan nilai terbaik. Kesedaran tentang impak kesihatan dan pengetahuan harga boleh membantu kita membuat pilihan yang bijak bagi keperluan dapur dan kebaikan keluarga.



Related posts