“Annyeong!” Jom Lihat 5 Kafe Berkonsepkan Korea Di KL Dan Selangor 2022

“Annyeong!” Jom Lihat 5 Kafe Berkonsepkan Korea Di KL Dan Selangor 2022
Makanan dan minuman


Makanan Korea semakin lama semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Jika dahulu hanya anak-anak muda yang gemarkannya, kini golongan berusia sudah mula berani untuk mencubanya. Lihat sahajalah, lambakkan restoran atau café makanan korea di Malaysia.

Kebanyakannya menyajikan menu-menu masakan korea seperti tteokbokki, kimbap, jajangmyeon, ayam goreng korea dan pelbagai lagi. Pelbagai rancangan mukbang yang viral juga menyumbang kepada peningkatan minat rakyat Malaysia kepada makanan korea ini.

Malah, disebabkan pengaruh kuat ini menyebabkan ramai pengusaha kafe juga tidak ketinggalan menyuntik elemen Korea kepada konsep kafe mereka di Malaysia ini. Bolehlah kita feeling-feeling macam dalam drama Korea sambil lepak dalam kafe kan.
Jom lihat beberapa kafé dengan style korea yang menarik dan popular di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ini.

Today’s by Dalton

Today's by Dalton
Penggemar croffles wajib datang ke Today’s by Dalton kerana mereka menyediakan pelbagai jenis croffles dengan toping yang berbeza. Croffles ni pun mula terkenal di Korea Selatan dan ianya adalah gabungan croissant dan waffle. Croffles di sini dihidangkan dengan menarik dan cantik. Memang rasa nak snap gambar dan upload ke Instagram terus! Bukan itu sahaja, pelbagai menu minumannya yang dihidangkan dalam bekas berbentuk tin sungguh unik dan menarik perhatian. Dekorasi kafe ini dengan konsep putih dan bersih menjadikan sesiapa sahaja yang menjamu selera di dalamnya rasa tenang dan selesa. Selain Croffles, kek seperti Hojicha Pistachio Tiramisu, Apple Pecan Cheese, Belgium Choc Salted Caramel, dan Original Burnt Cheesecake juga dihidangkan di sini.

Sebab anda minat lepak di Today’s by Dalton

  • Pelbagai menu croffles
  • Dekorasi kafe menarik dan putih
  • Minuman dihidangkan dalam bekas seperti tin unik
  • Boleh dine-in dan take away
  • Dibuka sehingga 12 tengah malam

Sebab anda mungkin skip Today’s by Dalton

  • Tiada menu berat

Info Today’s by Dalton

Alamat KL – 23G, Jln Sungai Besi, Pudu
PJ – No.29G (Lot2, Jalan SS 21/56b, Damansara Utama
No. Telefon 016- 351 6282
Waktu Operasi 9 pagi – 12 tengah malam ( Rabu tutup)
IG/FB https://www.instagram.com/todays_kl/?hl=en

Croffle Café

Croffle Café
Ha, penggemar Croffles mesti tersenyum lebar kerana satu lagi kafe yang menghidangkan Croffles kami kongsikan. Dibuat dengan doh croissant yang terbaik, croffle ini padat dan pastinya gebu, dengan kulit yang garing di luar. Anda pasti tidak keruan untuk memilih topping yang mana satu kerana hampir kesemua toppingnya menarik dihidangkan dengan begitu unik sekali. Sweet atau savoury? Kedua-duanya ada tau! Anda boleh memilih daripada Cream Cheese Strawberry Croffle kepada Chicken Sausage Croffle yang disapu dengan keju dan mayo. Croffle dengan harga individu dijual pada harga RM 12 hingga RM 15, manakala RM 69 untuk pelbagai perisa dalam satu kotak.

Sebab anda minat lepak di Croffle Café

  • Pelbagai menu croffles
  • Gabungan sweet dan savoury menarik
  • Konsep kafe dengan pemandangan atas bangunan

Sebab anda mungkin skip Croffle Café

  • Tutup terlalu awal pada jam 5 petang

Info Croffle Café

Alamat No 6, jalan ss2/55, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor
No. Telefon 011- 6937 0795
Waktu Operasi 10.30 pagi – 5 petang (Isnin tutup)
IG/FB https://www.instagram.com/ilove_croffle/?hl=en

Cream Coffee Stand

Cream Coffee Stand
Sama seperti nama kafe ini, Cream Coffee Stand, tiada kerusi disediakan di dalam kafe comel ini. Hanya beberapa meja tinggi dan pelanggan boleh menikmati menu di sini dengan berdiri di samping meja yang ada. Apa yang menarik adalah, kopinya dan pastri sourdough yang ditawarkan. Cream Coffee Stand sebenarnya dikendalikan oleh The Roast Things yang terkenal dengan kualiti kopinya yang terbaik. Konsep grab and go yang digunakan di kafe kecil ini sesuai untuk warga kota yang mahukan sesuatu yang cepat dan mudah untuk mengisi perut.

Sebab anda minat lepak di Cream Coffee Stand

  • Kopi terbaik daripada The Roast Things
  • Menu ringan pelbagai seperti bagels, roti dan pastri
  • Servis yang mudah dan cepat

Sebab anda mungkin skip Cream Coffee Stand

  • Tutup pada Sabtu dan Ahad

Info Cream Coffee Stand

Alamat 84, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon 012- 538 9072
Waktu Operasi 8 pagi – 4 petang (Sabtu Ahad tutup)
IG/FB https://www.instagram.com/creamcoffeestand/?hl=en

Seasons by Spatula

Seasons by Spatula
Terletak di Aurora Place di Bukit Jalil, Seasons by Spatula ialah kedai roti & kafe yang menyajikan pelbagai pilihan kek, pastri dan makanan panas. Kafe ini juga menghasilkan espresso yang terbaik khas untuk pelanggan yang hadir. Pelbagai menu menarik disediakan seperti ramen tom yam, pelbagai jenis spaghetti, steak dan sebagainya. Khas untuk anda yang hanya mahukan pencuci mulut, kafe ini menyediakan variasi kek yang menarik untuk dipilih. Dari sarapan pagi hinggalah ke makan malam, kafe ini boleh dikategorikan sebagai pilihan terbaik.

Sebab anda minat lepak di Seasons by Spatula

  • Dekorasi bersih dan luas
  • Menu pelbagai tidak terhad dengan pastri
  • Minuman kopi dan espresso terbaik

Sebab anda mungkin skip Seasons by Spatula

  • Dibuka agak lewat jam 11 pagi

Info Seasons by Spatula

Alamat B-01-15, Aurora Place, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
No. Telefon
Waktu Operasi 11 pagi – 1030 malam ( Isnin- Jumaat)/ 1030 pagi – 1030 malam (Sabtu-Ahad)
IG/FB https://www.instagram.com/seasons.byspatula/?hl=en

Fine Coffee & Flowers

Fine Coffee & Flowers
Fine Coffee and Flowers di Ampang Utama adalah antara kafe terbaik berkonsepkan kedai bunga dan ianya terletak di kawasan kejiranan Little Korea Ampang KL. Nama pun Little Korea kan, segala konsep yang dipamerkan akan membuatkan anda berasa seperti berada di salah sebuah kafe di Korea. Kafe ini menggunakan tema minimalis, dengan pelbagai sudut Insta-worthy pastinya menarik perhatian ramai pengunjung. Untuk hidangan yang lazat, Fine Coffee and Flowers menawarkan hidangan utama seperti Big breakfast, Sandwich Ayam Bakar, Salad Udang, Sup Tomato Keju Bakar, Roti Bakar Avokado Klasik, Roti Bakar Udang, Sandwich Cendawan Berkrim dan pelbagai lagi.

Sebab anda minat lepak di Fine Coffee & Flowers

  • Konsep minimalis dan banyak sudut insta-worthy
  • Menu pelbagai yang unik
  • Hidangan dengan portion yang banyak

Sebab anda mungkin skip Fine Coffee & Flowers

  • Ditutup seawal jam 6 petang

Info Fine Coffee & Flowers

Alamat C2, Jalan Ampang Utama 1/1, Tmn, Taman Ampang Utama, 68000 Ampang Jaya, Selangor
No. Telefon 03- 2300 0793
Waktu Operasi 9 pagi – 6 petang
IG/FB https://www.instagram.com/finecoffeeandflowers/?hl=en

Kita lepak di kafe korea dulu, mana tahu ada rezeki lebih boleh fly ke negara Korea Selatan pula kan? Hiks! Pastikan anda tahu menu-menu yang dihidangkan terlebih dahulu, kerana sesetengah kafe tidak menyediakan menu makanan berat, dan sesetengah kafe juga direka untuk hanya grab and go.

Khas untuk anda yang beragama Islam, kaji terlebih dahulu status halal setiap kafe ini sebelum menjamu selera okay!



Related posts