Menyihatkan & Berkualiti. Ini 5 Kedai Buah Segar Disyorkan Sekitar KL & Selangor
Gaya hidup sihat perlu kita terapkan dalam diri untuk mengekalkan kesihatan yang optimum. Salah satu caranya adalah dengan mengatur pemakanan kerana sudah terbukti penyakit gaya hidup berpunca daripada diet tidak seimbang. Pengambilan pelbagai jenis buah-buahan segar yang kaya dengan vitamin, mineral serta antioksidan selain air ternyata penting untuk menjaga kesihatan badan. Buah-buahan adalah sumber vitamin dan mineral penting, dan kaya dengan serat. Buah-buahan juga mempunyai antioksidan dan flavonoid yang dapat meningkatkan tahap kesihatan.
Ramai juga sedia maklum bahawa banyak penyakit kronik mempunyai peluang yang lebih baik untuk dielakkan dengan mengamalkan pengambilan diet mengandungi buah-buahan yang sihat. Pengambilan kuantiti buah yang tinggi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko seseorang terkena penyakit seperti jantung, barah, radang, dan diabetes. Pengambilan buah-buahan amat bermanfaat kerana setiap satu mengandungi khasiat tertentu untuk tubuh. Buah-buahan membantu menguatkan sistem imun, mengawal berat badan, dan membantu melawan penyakit. Sebaik-baiknya, makan buah-buahan yang berlainan warna kerana ia mewakili vitamin yang berlainan dan antioksidan yang terdapat di dalamnya. Anda tercari-cari kedai buah segar di sekitar Lembah Klang? Ini antara 5 kedai buah disyorkan, paling menarik buah-buahan yang ditawarkan sangat segar, berkualiti dan menyihatkan.
MBG Fruit Shop, The Garden, Midvalley KL
MBG Fruit Shop jenama kedai buah-buahan milik anak tempatan berdiri teguh dan mempunyai hampir 38 cawangan hanya di Lembah Klang sahaja. Antara cawangan terkenalnya ada di Tropicana City Mall, Wangsa Walk, Sunway Pyramid, Subang Parade dan The Curve. Selain tersedia buah-buahan segar dari dalam dan luar negara yang sukar ditemui dipasaran biasa, MBG Fruit Shop juga memperkenalkan bar salad buah-buahan di setiap outletnya. Bar salad buah-buahan ini untuk mereka yang mahu menggabungkan snek sihat terutama bagi individu yang sibuk dan memerlukan khasiat pemakanan segera dan pantas.
Bagi membolehkan orang ramai mendapatkan nasihat pemakanan tentang buah-buahan, MBG Fruit Shop turut menyediakan pakar pemakanan di beberapa cawangan terpilih. Pelanggan juga boleh mendapatkan stok buah-buahan segar secara atas talian. Jika pelanggan MBG Fruit Shop menempah sebelum pukul 12 tengah hari, buah-buahan tersebut akan dihantar pada sebelah petang, jika tempah pada waktu petang ia akan dihantar keesokan hari.
Kelebihan produk
- Ada banyak cawangan di Lembah Klang
- Bar salad buah khas untuk pelanggan pilih dan terus makan
- Menyediakan pakar pemakanan di beberapa cawangan terpilih
- Khidmat tempahan atas talian dan penghantaran
Kekurangan produk
- Harga tinggi
Spesifikasi produk
Alamat | Lot C2 & C3A, Lower Ground Floor, The Gardens, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra 59200 Kuala Lumpur |
---|---|
Masa Operasi | Buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam |
Promosi | Daftar sebagai ahli untuk dapatkan potongan harga lebih jimat |
Dusun @TTDI
Dengar namanya sahaja sudah terbayang ada pelbagai jenis buah-buahan segar yang boleh dimakan. Di Dusun @TTDI ada menawarkan pelbagai jenis buah-buahan segar, berkualiti dan menyihatkan. Antara buah yang menjadi penggemar ramai pelanggan di sini adalah buah import seperti anggur, strawberi dan epal. Selain buah-buahan segar, Dusun @TTDI juga menjadi lokasi pilihan ramai untuk mendapatkan jus segar. Kombinasi buah segar dan jus minuman baik untuk penjagaan kesihatan setiap hari terutama untuk membantu membekalkan tenaga segera serta menikmati khasiat pemakanan. Seiring perkembangan dunia teknologi tanpa sempadan menyebabkan Dusun @TTDI juga tidak terkecuali mempromosikan perniagaannya secara talian sejak beberapa tahun yang lalu. Dusun @TTDI juga turut menawarkan perkhidmatan penghantaran buah-buahan kepada pelanggan.
Kelebihan produk
- Khidmat tempahan atas talian dan penghantaran
- Khidmat hamper dan hadiah
- Lokasi pilihan ramai untuk mendapatkan jus buah segar
- Menawarkan buah import segar dan berkualiti
Kekurangan produk
- Hanya ada 1 cawangan
- Harga tinggi
Spesifikasi produk
Alamat | 23, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur |
---|---|
Masa Operasi | Dibuka dari jam 8 pagi hingga 7 malam. Jumaat hingga Rabu. Tutup hari Khamis |
Promosi | Pesan RM100 ke atas untuk menikmati RM5 DISKAUN Yuran Penghantaran #Pesan ke atas RM150 untuk menikmati RM8 DISKAUN Yuran Penghantaran #Pesan ke atas RM200 untuk menikmati RM12 DISKAUN Yuran Penghantaran |
Dr. Fruit Setia Alam
Bagi penduduk yang berada di sekitar Shah Alam, Kedai buah-buahan Dr. Fruit di Setia Alam tidaklah asing bagi mereka. Ada sebuah lagi cawangan Dr. Fruit iaitu terletak di Kota Kemuning. Apa yang menarik, di Dr. Fruit anda boleh mendapatkan pelbagai jenis buah-buahan, sebut sahaja samada buah tempatan, buah import, atau buah yang ‘rare’ semuanya ada disini. Selain itu, di Dr.Fruit juga menawarkan buah-buahan yang ditanam kepada individu yang mementingkan kesihatan diri, iaitu buah yang menggunakan kaedah tanaman organik.
Setiap buah-buahan yang tiba di premis ini akan dibahagikan mengikut kategori masing-masing. Bagi mengekalkan kualiti dan kesegaran, ada buah yang disimpan di dalam tempat berhawa dingin yang bersuhu 2-4 celcius. Kemudian, setiap buah-buahan ini disusun di atas rak yang bertingkat-tingkat supaya kesegaran dan kualiti buah di Dr.Fruit terjamin. Pelanggan juga boleh mendapatkan stok buah-buahan segar secara atas talian. Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan kadar caj yang dikenakan di Dr. Fruit.
Kelebihan produk
- Khidmat tempahan atas talian dan penghantaran
- Harga berpatutan
- Kedai buka setiap hari
- Ada buah organik ditawarkan
Kekurangan produk
- Penghantaran percuma hanya untuk penduduk Lembah Klang dan Putrajaya sahaja
Spesifikasi produk
Alamat | 10-1-1, Jalan Setia Prima B U13/B, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor |
---|---|
Masa Operasi | Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 8 malam |
Promosi | Percuma penghantaran di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya untuk pembelian lebih RM158 dan ke atas |
Fruitlala Kota Kemuning, Shah Alam
Fruitlala Kota Kemuning merupakan satu lagi kedai buah-buahan segar bagi penduduk di sekitar Shah Alam yang ingin mendapatkan pelbagai jenis buah-buahan. Buah yang dipasarkan di Fruitlala Kota Kemuning juga segar-segar belaka kerana buah-buahan ini ditempatkan di bahagian-bahagian yang telah ditetapkan mengikut suhu yang sesuai. Fruitlala Kota Kemuning turut menawarkan perkhidmatan penghantaran buah-buahan kepada pelanggan yang bermula sekitar pandemik beberapa tahun lepas sehingga kini. Pelanggan boleh terus menghubungi staf yang bertugas dan meminta mereka menghantar pesanan buah pilihan kalian pada hari yang sama. Keistimewaan ini hanya untuk pelanggan berdekatan sahaja.
Kelebihan produk
- Khidmat tempahan atas talian dan penghantaran
- Harga berpatutan
- Kedai buka setiap hari
- Penghantaran pada hari yang sama
Kekurangan produk
- Hanya ada satu cawangan
Spesifikasi produk
Alamat | 14, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor |
---|---|
Masa Operasi | Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 8 malam |
Promosi | Tidak dinyatakan |
Whole Fruit Market, Kota Damansara
Whole Fruits Market ada enam cawangan lain di Lembah Klang dan antara yang menjadi tumpuan adalah di Whole Fruits Market, Kota Damansara. Tidak lari daripada konsep premis kedai buah yang lain, Whole Fruits Market, Kota Damansara turut menawarkan pelbagai jenis buah-buahan tempatan juga buah import yang segar dan berkualiti pada harga berpatutan. Pada musim buah-buahan tempatan, Whole Fruits Market, Kota Damansara tidak terkecuali menjual buah bermusim ini kepada pelanggan. Antara buah yang ditawarkan seperti durian, mata kucing, rambutan, langsat dan mangga. Beroperasi setiap hari bermula dari jam 9 pagi hingga 8 malam, di Whole Fruits Market Kota Damansara juga turut menyediakan khidmat membungkus buah berupa hamper untuk dijadikan hadiah kepada kenalan, keluarga atau yang tersayang.
Kelebihan produk
- Harga berpatutan
- Ada 6 cawangan lain di sekitar Lembah Klang
- Menawarkan buah segar dan berkualiti
- Beroperasi setiap hari
Kekurangan produk
- Tiada khidmat penghantaran
Spesifikasi produk
Alamat | 1, Jalan Cecawi 6/33, Bu 2, 47810 Petaling Jaya, Selangor |
---|---|
Masa Operasi | Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 8 malam |
Promosi | Tidak dinyatakan |
Anda boleh melengkapkan diet tubuh badan dengan enzim makanan yang sebahagian besarnya diperoleh daripada buah-buahan seperti oren, anggur, betik, nanas dan epal. Khasiat buah-buahan segar memberi banyak manfaat kepada badan seperti mengawal berat badan kerana kandungan kalori rendah serta mengenyangkan selain sesuai untuk menggantikan manisan. Buah-buahan perlu dinikmati secara segar kerana makanan yang terlebih masak akan merosakkan enzim. Pada masa sama, banyakkan pengambilan buah-buahan baru dipotong dan minuman diperbuat daripada buah segar kerana pengambilan cecair secukupnya sama penting dengan pengambilan makanan seimbang. Buah-buahan adalah kumpulan makanan yang umumnya mempunyai kandungan air yang tinggi. Makanan dengan kandungan air yang tinggi tidak menambah isi padu tetapi mengurangkan kalori dalam diet. Justeru, makanan dengan kandungan air yang tinggi ini membuatkan kita rasa kenyang sekaligus sesuai untuk anda yang ingin mengurangkan berat badan.
Pengambilan sejumlah buah-buahan segar tidak mendatangkan mudarat. Tetapi berhati-hati jika ia diambil dalam saiz besar kerana ia boleh menjejaskan keadaan kesihatan individu tertentu. Misalnya, pesakit diabetes sewajarnya mengelakkan pengambilan terlalu banyak tembikai, pisang atau durian kerana ini boleh melonjakkan paras gula. Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang masalah kesihatan, gunakan kreativiti dan buat pilihan buah-buahan yang tepat berasaskan kecenderungan.