Mulakan Saluran YouTube Anda Sendiri Dengan 5 Kamera Vlogging Terkini Ini

Mulakan Saluran YouTube Anda Sendiri Dengan 5 Kamera Vlogging Terkini Ini
Peralatan kamera dan fotografi


Perkembangan dunia digital membuka ruang kepada ramai individu untuk mencuba hobi dan kerjaya baru. Seiring dengan perkembangan teknologi berasaskan Internet, lebih ramai aktif di landasan ini lantas mewujudkan persaingan yang nyata di alam maya. Kongsikan pengalaman menarik dalam kehidupan seharian, aktiviti, percutian ataupun bincang apa sahaja topik yang anda suka di laman blog atau perkongsian video yang juga dipanggil vlog. Laman web gergasi seperti platform YouTube misalnya akan membayar anda jika mempunyai video kandungan konsisten dan bahan kreatif. Andai video itu menarik, hal itu boleh meningkatkan jumlah tontonan dan seterusnya membuka ruang kepada pengiklanan. Secara tidak langsung, anda boleh menjana pendapatan dan tidak mustahil bayaran yang diterima agak lumayan.

Ingin mulakan saluran YouTube sendiri? Selain mempunyai idea menarik, bijak dan kreatif, anda juga memerlukan peranti kamera vlogging yang baik dan mempunyai fungsi tersendiri. Ini kerana, kamera sebegini kelak akan mempengaruhi setiap hasil kualiti video atau gambar yang direkod untuk dijadikan kandungan di saluran YouTube. Setiap kamera untuk vlogging seharusnya mempunyai ciri khas seperti jenis lensa, memori, resolusi rakaman, penghubung mikrofon, jenis badan dan banyak lagi. Ini cadangan lima kamera vlogging terkini sebagai pilihan jika bercadang memiliki saluran bersosial sendiri.

GoPro Hero10 Black

GoPro Hero10 Black
Jenama GoPro tidak asing lagi dalam dunia gajet kamera video khasnya untuk aktiviti lasak dan kalis air untuk sesuatu kedalaman. Jika anda merupakan peminat aktiviti lasak, vlogging menggunakan peranti jenama ini sangat disyorkan kerana kecil dan ringan. Walaupun bersaiz kecil namun mampu memberi kualiti video yang terbaik. GoPro Hero10 Black menggunakan pemproses imej GP2 memberikan lebih banyak kuasa yang yang boleh digunakan untuk bekerja.
Daripada sudut firmware, GoPro Hero10 Black telah ditambah baik mempunyai ciri Night Lapse video untuk hasil video 4K walaupun dalam keadaan kurang cahaya. Ada setengah-setengah fungsi GoPro Hero10 Black masih dikekalkan sedia ada seperti edisi sebelumnya iaitu HyperSmooth 4.0, TimeWarp 3.0, mode webcam sehingga 1080p, had Horizon Leveling Tilt dipertingkat kepada 45 darjah dalam mode 4K60, 2.7K120 dan 1080p120, serta paparan hadapan lebih responsif dan tinggi refresh rate. Semua aksesori GoPro sedia ada dipasaran sebelum ini boleh digunapakai bersama peranti GoPro Hero10 Black ini.

Kelebihan produk

  • Lasak dan kalis air
  • Kecil dan ringan
  • Menggunakan pemproses imej GP2
  • Mempunyai ciri Night Lapse video
  • Paparan hadapan lebih responsif dan tinggi refresh rate

Kekurangan produk

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi produk

Resolasi Rakaman 5K
Tempoh Jaminan 12 Bulan
Harga RM2199.00 – RM2849.00

Sony ZV-1

Sony ZV-1
Sony ZV-1 satu lagi jenama kamera video kompak dicadangkan untuk pengguna yang gemar vlogging. Daripada segi fizikalnya, Sony ZV-1 masih mengekalkan DNA siri RX100 iaitu kamera point-and-shoot kompak dengan lensa telefoto. Bezanya, Sony ZV-1 mempunyai butang REC- lebih besar, paparan boleh dikilas di sisi dan mempunyai hotshoe untuk dipadankan aksesori tambahan seperti mikrofon berbulu ‘dead cat’. Sony ZV-1 menggunakan sensor 1” berupaya menangkap gambar pegun 20MP.
Untuk video, Sony ZV-1 boleh merakam pada resolusi 4K sehingga 30fps atapun gerak perlahan FHD pada kadar 120fps. Terdapat juga fungsi supergerak perlahan 960fps tetapi ia tidak hadir dalam resolusi FHD. Sony ZV-1 mempunyai jek audio 3.5mm untuk mikrofon, jarak fokalnya antara 24-70mm F1.8-2.8 beserta ND filter terbina. Bahagian firmware Sony ZV-1 ada sedikit perubahan bagi menyesuaikan dengan kegunaan vlog iaitu terdapat fungsi simulasi bokeh untuk video yang lebih sinematik dan filter beauty untuk imej lebih menawan.

Kelebihan produk

  • Paparan boleh dikilas di sisi
  • Sensor 1” berupaya menangkap gambar pegun 20MP
  • Merakam pada resolusi 4K sehingga 30fps
  • Fungsi supergerak perlahan 960fps
  • Filter beauty untuk imej lebih menawan

Kekurangan produk

  • Aksesori tambahan dijual berasingan

Spesifikasi produk

Resolasi Rakaman 4K
Tempoh Jaminan 12 Bulan
Harga RM3059.00 – RM3258.00

Canon PowerShot G7X Mark III

Canon PowerShot G7X Mark III
Siri Powershot G adalah barisan kamera jenama Canon yang dilengkapi ciri-ciri berkuasa dan mengekalkan tahap mobiliti tinggi. Canon PowerShot G7X Mark III menggunakan sensor CMOS 20.1 dengan pemproses imej DiGiC 8. Pemproses Canon PowerShot G7X Mark III diperkenalkan dengan imej baharu iaitu DiGiC 8 memberikan kemampuan video 4K pada kadar 30fps ataupun 1080p pada kadar setinggi 120fps. Fungsi ini boleh temui pada kamera jenama Canon seperti siri EOS M50, EOS R, dan EOS 90D yang hebat. Canon PowerShot G7X Mark III hadir dengan jek mikrofon 3.5mm untuk dipadankan dengan mikrofon tetapi tidak mempunyai hotshoe. Skrin Canon PowerShot G7X Mark III boleh kilas yang berpusing 180 darjah keatas dan memiliki lensa 24-100mm F1.8-2.8. Paling menarik untuk kaki vlogging, Canon PowerShot G7X Mark III ada fungsi strim terus ke platform sosial daripada kamera jika ada sambungan Internet.

Kelebihan produk

  • Fungsi strim terus ke platform sosial
  • Menggunakan sensor CMOS 20.1 dengan pemproses imej DiGiC 8
  • Skrin boleh kilas yang berpusing 180 darjah keatas
  • Memiliki lensa 24-100mm F1.8-2.8
  • Hadir dengan jek mikrofon 3.5mm

Kekurangan produk

  • Tidak mempunyai hotshoe

Spesifikasi produk

Resolasi Rakaman 4K
Tempoh Jaminan 12 Bulan
Harga RM2788.00

Fujifilm X-T200

Fujifilm X-T200
Kamera jenama Fujifilm seringkali menjadi pilihan jurugambar profesional. Tidak hanya hasil foto menarik, kualiti video yang dihasilkan sangat puas hati dan tidak boleh diragukan. Fujifilm X-T200 kamera siri Fujifilm terkini dicadangkan untuk aktiviti Vlogging. Fujifilm X-T200 menggunakan sensor 24.2MP, jenis konduktor yang digunakan memberikan prestasi perpindahan data 3.5x lebih pantas dan memperluas keupayaan ISO kepada 25,600. Fujifilm X-T200 memiliki piksel pengesanan fasa hingga 140 ribu. Piksel-piksel ini bertebaran diseluruh sensor kamera untuk berikan keupayaan autofokus yang lebih baik membolehkan fungsi tangkapan selanjar dipertingkat kepada 8 bingkai sesaat. Fujifilm X-T200 mampu merakam video 4K sehingga 30fps tanpa sebarang potongan. Dalam resolusi 1080p, Fujifilm X-T200 mampu mencapai sehingga 120fps untuk kegunaan slow-motion. Panel paparan belakang Fujifilm X-T200 boleh dikelas ke sisi, sangat sesuai untuk aktiviti vlogging. Paling menarik, Fujifilm X-T200 hadir dalam empat warna mengikut kesukaan anda iaitu Black, Gold, Dark Silver, dan Silver.

Kelebihan produk

  • Sensor 24.2MP memberikan prestasi perpindahan data 3.5x lebih pantas
  • Fungsi tangkapan selanjar dipertingkat kepada 8 bingkai sesaat
  • Merakam video 4K sehingga 30fps tanpa sebarang potongan
  • Ada 4 warna iaitu Black, Gold, Dark Silver, dan Silver.

Kekurangan produk

  • Aksesori tambahan dijual berasingan

Spesifikasi produk

Resolasi Rakaman K
Tempoh Jaminan 12 Bulan
Harga RM2788.00 – RM3552.00

DJI Osmo Pocket 2

DJI Osmo Pocket 2
Jenama peranti pintar terkemuka, DJI memperkenalkan siri DJI Osmo Pocket 2 khas buat individu yang gemar bervlogging. Tidak seperti siri DJI sebelum ini DJI Osmo Pocket 2 hadir dengan warna selain hitam iaitu Sunset White dicipta dengan gabungan warna merah jambu, ungu dan putih kristal. DJI Osmo Pocket 2 hanya seberat 117g sesuai untuk disimpan dalam poket seluar atau beg bersaiz kecil. DJI Osmo Pocket 2 telah ditambahbaik termasuk kepada kefungsian autofokus, penambahan HDR Video, penjejakan yang lebih baik dan banyak lagi. Sistem DJI Matrix Stereo yang baru ditambahkan terdiri daripada empat mikrofon yang diletakkan secara strategik jauh dari pegangan tangan DJI Pocket 2 untuk memastikan bunyi rakaman yang mantap. Kombo DJI Osmo Pocket 2 merangkumi Pocket 2, alat kawalan mini, alat penutup, pemegang do-it-all, adaptor telefon pintar, kabel kuasa, tali pegangan tangan dan tali sling untuk aksesibiliti.

Kelebihan produk

  • Tersedia fungsi Gimbal
  • Mempunyai skrin selfie
  • Ringan iaitu seberat 117g
  • Sistem DJI Matrix Stereo terdiri daripada empat mikrofon

Kekurangan produk

  • Tidak kalis air

Spesifikasi produk

Resolasi Rakaman 4K 60fps
Tempoh Jaminan 12 Bulan
Harga RM 1549.00

Jika anda mempunyai bakat menarik dalam pelbagai bidang, wujudkan saluran youtube sendiri. Ia mungkin akan menjana populariti tetapi realitinya, ia mencerminkan minat anda yang gemar berkongsi sesuatu bersama penonton. Trend pengguna hari ini khusus untuk kamera vlogging, banyak dipengaruhi kemampuan kamera sesebuah peranti memandangkan banyak perkara berkaitan sosial media. Gambar yang dirakam akan diabadikan atau dimuat naik ke akaun laman sosial termasuk pemandangan unik, jadi sudah pastilah perlukan peranti mempunyai keupayaan kamera yang sangat baik supaya dapat merakam gambar lebih jelas dan terperinci.

Memilih kamera video vlogging profesional yang terbaik bukan hanya bergantung kepada badan kamera semata-mata. Dengan adanya variasi kamera mirrorless, kompak dan DSLR terdapat banyak faktor yang anda perlu titik beratkan sebagai seorang vlogger. Risiko kerjaya vlogger sama seperti kerjaya yang lain, ada pro dan kontranya. Bukan sekadar memerlukan modal untuk mendapatkan kamera yang baik tetapi kalian perlu kental berhadapan dengan pembuli siber jika tersilap langkah menghasilkan video.



Related posts