Rutin Mencuci Pinggan Lebih Mudah Dengan Cecair Pencuci Pinggan Lemon Popular Di Malaysia

Rutin Mencuci Pinggan Lebih Mudah Dengan Cecair Pencuci Pinggan Lemon Popular Di Malaysia
Peralatan rumah


Setiap hari, bahagian dapur adalah paling sibuk apabila pelbagai jenis juadah dimasak untuk dihidangkan kepada isi rumah. Maka tidak hairanlah bahagian itu juga paling kotor dan bersepah dek pinggan mangkuk, kuali dan belanga yang kotor belum di basuh. Kerja-kerja membersihkan dapur biasanya dilakukan selepas semua ahli keluarga selesai makan dan ini beberapa perkara yang boleh anda lakukan bagi memastikan kesemua pinggan kembali bersih. Bukan sahaja pinggan mangkuk anda kelihatan berkilat, tetapi proses pembersihan ini juga akan mengurangkan pengembangan bakteria seperti E-coli dan listeria yang berbahaya.

Antara rutin mencuci pinggan dengan lebih mudah adalah dengan menggunakan lima cecair pencuci pinggan popular di Malaysia dengan variasi buah lemon iaitu Joy Dishwashing Liquid Refreshing Lemon, Labour Dishwash Liquid – Lemon, Sunlight Dishwash Liquid Lemon & Mint Extra Anti-Bacterial, Zip Liquid Dishwash Lemon dan Glo Dishwashing Liquid Lemon. Bagi yang tidak tahu, penggunaan lemon dalam formulasi cecair pencuci sudah lama digunakan kerana membantu menghilangkan kotoran degil ketika mencuci terutamanya kesan minyak. Tidak hanya itu, lemon dapat memberikan aroma segar selepas mencuci kerana baunya yang kuat dah harum. Jom semak kesemua cecair pencuci pinggan yang dicadangkan ini!

Rutin Mencuci Pinggan Lebih Mudah Dengan 5 Cecair Pencuci Pinggan Lemon Popular Di Malaysia

Joy Dishwashing Liquid Refreshing Lemon

Joy Dishwashing Liquid Refreshing Lemon
Joy Dishwashing Liquid Refreshing Lemon produk keluaran P&G direka khas untuk menanggalkan sisa minyak, kotoran dan gris daripada peralatan memasak dengan berkesan. Dengan Joy Dishwashing Liquid Refreshing Lemon, proses kerja mencuci pinggan dan mangkuk menjadi mudah dan menjimatkan masa. Sebotol cecair pencuci pinggan ini mampu bertahan sehingga satu bulan untuk cucian biasa. Formula ultra pekat dengan 5 kali lebih kuasa daripada pencuci biasa berupaya menghilangkan kesan degil pada peralatan memasak dan pinggan mangkuk jenis seramik, kaca, keluli tahan karat dan pelbagai lagi. Malah dengan hanya 1 titis kecil Joy Dishwashing Liquid Refreshing Lemon terbukti menghapuskan bau dan 99.9 peratus bakteria melalui ekstrak lemon dan sitrus yang menyegarkan.

Kelebihan Joy Dishwashing Liquid Refreshing Lemon

  • Lembut pada tangan
  • Lebih 5 kali kuasa daripada pencuci biasa
  • Satu botol tahan lebih lama
  • Bau menyegarkan
  • Mempunyai pelbagai saiz dan isipadu

Kekurangan Joy Dishwashing Liquid Refreshing Lemon

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi Joy Dishwashing Liquid Refreshing Lemon

Isipadu: 780ml
Bau/Perasa: Lemon
Harga: RM10.28

Sunlight Dishwash Liquid Lemon & Mint Extra Anti-Bacterial

Sunlight Dishwash Liquid Lemon & Mint Extra Anti-Bacterial
Sunlight Dishwash Liquid Lemon & Mint Extra Anti-Bacterial siri baru cecair pencuci pinggan jenama ini mengandungi agen anti-bakteria semula jadi. Mengandungi ekstrak lemon sebenar dan daun pudina, Sunlight Dishwash Liquid Lemon & Mint Extra Anti-Bacterial mampu membunuh 99.9 peratus kuman dengan berkesan. Lembut pada tangan, Sunlight Dishwash Liquid Lemon & Mint Extra Anti-Bacterial dirangsang dengan garam mineral semula jadi, menjadikan peralatan mudah dibersihkan dan disental tanpa tekanan yang kuat. Sunlight Dishwash Liquid Lemon & Mint Extra Anti-Bacterial mampu menghilangkan kesan kotoran minyak dan gris dengan berkesan di pelbagai permukaan peralatan dapur seperti pinggan, mangkuk serta periuk belanga. Diinspirasikan oleh alam semulajadi, Sunlight Dishwash Liquid Lemon & Mint Extra Anti-Bacterial mengeluarkan bau yang cukup segar dan menyenangkan untuk kerja-kerja mencuci pinggan di dapur. Hasilnya, cucian lebih bersinar, bebas kuman dan tidak meninggalkan sebarang sisa kotoran pada permukaan pinggan.

Kelebihan Sunlight Dishwash Liquid Lemon & Mint Extra Anti-Bacterial

  • Lembut pada tangan
  • Ada pelbagai saiz dan isipadu
  • Membunuh 99.9 peratus kuman dan bakteria
  • Menghilangkan bau

Kekurangan Sunlight Dishwash Liquid Lemon & Mint Extra Anti-Bacterial

  • Tidak sesuai jika mempunyai masalah kulit sensitif

Spesifikasi Sunlight Dishwash Liquid Lemon & Mint Extra Anti-Bacterial

Isipadu: 900ml
Bau/Perasa: Daun pudina dan lemon
Harga: RM6.40

Labour Dishwash Liquid – Lemon

Labour Dishwash Liquid - Lemon
Cecair pencuci pinggan Labour Dishwash Liquid – Lemon menjadi pilihan ramai kerana ditawarkan pada harga yang murah di pasaran. Memegang pada motto ‘Lebih Tebal & Lebih Baik’, kerja mencuci pinggan menjadi mudah dengan Labour Dishwash Liquid – Lemon. Labour Dishwash Liquid – Lemon hadir dengan kandungan seperti air, Sodium Lauryl Sulfate, DS Alcohol, Sodium Laureth Sulfate, C12-14-16 Dimetil amine oxide, Undeceth-9, Sodium Dodecylbenzenesulfonate, Sodium Chloride, Cyclohexanediamine, PPG26, Polyacetate, dan pewangi. Tidak begitu pekat namun tidaklah terlalu cair, Labour Dishwash Liquid – Lemon memiliki tekstur yang ringan dan bersifat anti bakteria. Labour Dishwash Liquid – Lemon mengandungi ekstrak sitrus buat lemon yang menyegarkan mampu menghapurkan sebarang bau kurang menyenangkan selain berkesan menanggalkan sisa kotoran minyak pada pinggan mangkuk.

Kelebihan Labour Dishwash Liquid – Lemon

  • Harga murah
  • Penggunaan biasa tahan hingga 3 minggu
  • Bau harum dan menyegarkan
  • Bersifat antibakteria

Kekurangan Labour Dishwash Liquid – Lemon

  • Cucian berulang kali diperlukan untuk menghilangkan kesan degil

Spesifikasi Labour Dishwash Liquid – Lemon

Isipadu: 900ml
Bau/Perasa: Lemon
Harga: RM3.90

Glo Active Foam Lemon Dishwashing Liquid

Glo Active Foam Lemon Dishwashing Liquid
Glo jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Popular sebagai cecair pencuci pinggan pilihan ramai, Glo Active Foam Lemon Dishwashing Liquid antara yang menjadi rebutan. Glo Active Foam Lemon Dishwashing Liquid 100 peratus berkesan menanggal minyak dan gris dengan hanya sekali cucian. Selalunya cecair pencuci pinggan biasa mengandungi campuran surfaktan yang sangat berbuih, dengan Glo Active Foam Lemon Dishwashing Liquid hanya miliki buih aktif yang mampu mencegah kerengsaan pada kulit dengan tahap rendah. Untuk memudahkan kerja rumah anda, gantikan sabun pinggan mangkuk biasa dengan Glo Active Foam Lemon Dishwashing Liquid. Dengan aroma lemon segar, Glo Active Foam Lemon Dishwashing Liquid memiliki pelan tindakan penyingkiran gris yang sangat berkuasa, malah memudahkan rutin mencuci pinggan.

Kelebihan Glo Active Foam Lemon Dishwashing Liquid

  • Satu botol tahan lebih lama
  • Berbau segar
  • Membersih hanya satu cucian
  • Mempunyai saiz dan isipadu pelbagai
  • Ada pek isian semula

Kekurangan Glo Active Foam Lemon Dishwashing Liquid

  • Stok terhad dan cepat habis di pasaran

Spesifikasi Glo Active Foam Lemon Dishwashing Liquid

Isipadu: 800ml
Bau/Perasa: Lemon
Harga: RM7.00

Zip Liquid Dishwash Lemon

Zip Liquid Dishwash Lemon
Satu lagi jenama cecair pencuci pinggan hadir dengan harga ‘Rahmah’ adalah Zip Liquid Dishwash Lemon. Zip Liquid Dishwash Lemon dengan E-Moist diformulasikan dengan kuasa tiga tindakan yang merangkumi agen anti-gris meresap jauh ke dalam sisa makanan berminyak. Zip Liquid Dishwash Lemon mempunyai komponen anti-maladour untuk mengurangkan bau makanan yang tidak menyenangkan. Diperakui oleh makmal di Jerman, Zip Liquid Dishwash Lemon telah diuji secara dermatologi dan sangat serasi pada kulit. Hadir dengan pembungkusan dan reka bentuk ergonomik, botol Zip Liquid Dishwash Lemon menawarkan cengkaman dan keselesaan yang lebih baik ketika dipegang. Penutup pada Zip Liquid Dishwash Lemon pula dicipta untuk meminimumkan titisan cecair pencuci untuk mengelakkan pembaziran berlaku. Selain mengandungi ekstrak lemon segar, Zip Liquid Dishwash Lemon juga ditambah dengan haruman garam laut, menjadi pengalaman mencuci pinggan sebagai aktiviti menggembirakan.

Kelebihan Zip Liquid Dishwash Lemon

  • Anti gris dengan 3 kuasa tindakan
  • Bentuk botol ergonomik senang dipegang
  • Lembut pada tangan, diuji secara dermatologi
  • Harga murah

Kekurangan Zip Liquid Dishwash Lemon

  • Stok terhad

Spesifikasi Zip Liquid Dishwash Lemon

Isipadu: 900ml
Bau/Perasa: Lemon
Harga: RM4.90

Penggunaan cecair pencuci pinggan sangat penting untuk mencuci pinggan dan mangkuk di rumah, apatah lagi pelbagai jenis produk cecair pencuci pinggan dijual di pasaran untuk memudahkan kerja ibu-ibu di rumah. Selain itu, item wajib ada untuk mencuci pinggan bersama cecair pencuci pinggan adalah span pencuci. Pun begitu, tahukah anda span pencuci mempunyai jangka hayat tertentu. Ia dikatakan boleh digunakan hanya tempoh satu bulan sahaja kerana fungsi span yang membersihkan kotoran menjadikan ia sarang kuman dan bakteria yang tidak boleh dilihat mata kasar. Span mampu menjadi tempat pembiakan kuman dan bakteria terbesar dalam rumah walaupun anda menggunakan cecair pencuci pinggan yang paling hebat. Malah, span pencuci boleh menyebabkan punca jatuh sakit kerana bakteria bersifat patogen iaitu kebolehan jangkitan penyakit memberi ancaman kepada manusia. Hati-hati!

Sebelum menyimpannya kembali pinggan yang sudah dicuci dengan cecair pencuci, pastikan ia dibilas dengan air yang bersih. Ia bagi mengelakkan cecair pencuci masih terlekat atau berbaki di kawasan pinggan dan seterusnya menyebabkan terkena makanan untuk pengunaan seterusnya. Sebaik-baiknya, rendam dengan air dan keringkan dengan kain bersih terlebih dahulu untuk menghilangkan bau cecair pencuci yang mungkin melekat pada pinggan.



Related posts