5 Kasut Terbaik untuk Sukan Badminton 2024: Pilihan dengan Nilai Tinggi dan Ciri Sokongan Terbaik
Olympik Paris Baru sahaja berakhir, dan adakah anda masih ingat perlawanan badminton yang menakjubkan? Atlet perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia, berjaya meraih pingat gangsa setelah kemenangan sengit ke atas Lakshya Sen dari India. Ini merupakan kejayaan Olimpik pertama Lee Zii Jia, dan ianya merupakan pencapaian yang amat membanggakan.
Ini merupakan pingat kedua Malaysia di Sukan Olimpik Paris setelah pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga meraih pingat gangsa. Lee Zii Jia, yang berusia 26 tahun, menjadi pemain Malaysia ketiga yang meraih pingat Olimpik dalam acara perseorangan lelaki selepas Rashid Sidek pada Sukan Olimpik Atlanta 1996 dan Datuk Lee Chong Wei, yang meraih pingat perak pada Sukan Olimpik Beijing 2008, London 2012, dan Rio de Janeiro 2016.
Sukan badminton boleh dianggap sebagai sukan kegemaran nombor dua selepas bola sepak di Malaysia. Sukan ini juga berupaya menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum melalui tontonan di restoran-restoran dan tempat-tempat awam lain. Dari segi prestasi, atlet badminton Malaysia sentiasa berada di tahap yang tinggi. Tidak hairanlah jika ada di antara mereka yang berjaya berada di ranking dunia.
Pencapaian pemain-pemain Malaysia ini semestinya memberi inspirasi dan memupuk minat rakyat Malaysia untuk lebih aktif dalam sukan badminton. Ramai yang mungkin kini sedang mempertimbangkan untuk menjadi pemain profesional dalam sukan ini.
Selain daripada raket, kasut badminton juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan prestasi pemain.
Kualiti kasut yang baik mempengaruhi segala pergerakan, lompatan, dan ketangkasan di gelanggang. Untuk anda yang sedang mencari kasut badminton terbaik, kami telah menyediakan senarai 5 pilihan kasut badminton yang menawarkan nilai dan ciri-ciri sokongan yang hebat. Pastikan anda memilih kasut yang sesuai untuk membantu anda mencapai tahap prestasi yang optimum.
Asics Gel Rocket 11
Sejak kebelakangan ini, jenama Asics sering menjadi bualan di kalangan peminat sukan. Selain daripada terkenal dalam marathon, Asics juga telah memperkenalkan kasut gelanggang indoor yang sangat sesuai untuk pelbagai jenis permukaan. Kasut ini tidak hanya menawarkan kualiti dari segi material, tetapi juga prestasi yang cemerlang di gelanggang.
Model terbaru dari Asics, Asics Gel Rocket 11, direka khusus untuk mereka yang memerlukan kestabilan dan keselesaan tambahan semasa pergerakan pantas di gelanggang. Kasut ini mempunyai struktur atas yang lebih fleksibel dan nyaman, menggunakan material yang meningkatkan pengudaraan untuk mengurangkan rasa panas dan memastikan kaki ‘bernafas’ dengan baik semasa permainan intensif.
Dari segi sokongan dan kestabilan, Asics Gel Rocket 11 dilengkapi dengan material TPU TRUSSTIC pada bahagian midsole. Teknologi ini membantu mengurangkan risiko putaran berlebihan dan meningkatkan kestabilan semasa pergerakan pantas. Tapak luarannya (outsole) direka tebal dan membalut untuk memberikan sokongan optimum semasa pergerakan sisi ke sisi, memastikan kestabilan yang terbaik di gelanggang.
Kasut ini juga menawarkan fleksibiliti yang tinggi, dengan alur fleksion pada tapak luar yang meningkatkan fleksibiliti dan membolehkan pemakai bergerak dengan lebih bebas. Jika anda sedang mencari kasut badminton atau kasut gelanggang indoor yang berkualiti, Asics Gel Rocket 11 adalah pilihan yang tepat untuk meningkatkan prestasi anda di gelanggang.
Kelebihan Asics Gel Rocket 11:
- Sesuai untuk semua jenis sukan gelanggang
- Menawarkan keseimbangan antara sokongan dan fleksibiliti
- Reka bentuk yang selesa dan “bernafas” membantu prestasi pemain
Kekurangan Asics Gel Rocket 11:
- Bukan jenama tipikal yang dikhaskan untuk sukan badminton
Spesifikasi Asics Gel Rocket 11:
Jenama | Asics |
---|---|
Model: | Asics Gel Rocket 11 |
Warna: | Blue Expanse / Safety Yellow, Vintage Indigo / White, Black / Waterscape dan lain-lain |
Harga: | RM229 – RM408 |
Yonex Power Cushion Aerus Z2
Jenama Yonex sudah pasti terkenal dalam arena badminton. Ia menawarkan pelbagai pilihan produk untuk sukan badminton, termasuk raket, kasut, baju, dan aksesori lain. Jenama yang sangat dipercayai ini juga menyediakan pelbagai variasi kasut badminton berkualiti tinggi. Salah satu pilihan premium ialah Yonex Power Cushion Aerus Z2, yang menggabungkan prestasi tinggi dan keselesaan maksimum.
Antara ciri utama kasut ini ialah teknologi Power Cushion yang memberikan penyerapan hentakan yang sangat baik serta mengembalikan tenaga untuk melancarkan pergerakan. Teknologi ini membantu mengurangkan tekanan pada kaki dan lutut semasa bermain badminton. Dari segi reka bentuk dan sokongan, teknologi Aerus Light menjadikan kasut ini lebih ringan tanpa mengorbankan sokongan dan ketahanan, memudahkan pergerakan dan meningkatkan kelajuan di dalam gelanggang.
Yonex Power Cushion Aerus Z2 juga dilengkapi dengan 3D Power Graphic Sheet yang diletakkan di tapak tengah untuk memberikan kestabilan tambahan serta mengelakkan kaki daripada terpusing dan tergelincir. Ini membantu meminimumkan risiko kecederaan. Keselesaan kasut ini dipertingkatkan dengan penggunaan material mesh upper yang ‘bernafas’, memastikan kaki anda kekal kering, terutama semasa permainan intensif. Bagi mereka yang mempunyai kaki lebar, reka bentuk bahagian depan kasut ini memastikan ruang yang cukup untuk jari kaki, mengurangkan tekanan, dan meningkatkan keselesaan.
Kelebihan Yonex Power Cushion Aerus Z2:
- Ringan, membantu meningkatkan kelajuan dan ketangkasan di dalam gelangggang
- Penggunaan power cushion yang mempunyai penyerapan terbaik
- Ruang jari kaki yang luas dan selesa memudahkan pergerakan jari kaki.
Kekurangan Yonex Power Cushion Aerus Z2:
- Harga agak mahal
- Reka bentuk yang kurang menarik dan sangat tipikal
Spesifikasi Yonex Power Cushion Aerus Z2:
Jenama | Yonex |
---|---|
Model: | Yonex Power Cushion Aerus Z2 |
Warna: | Blue Grey, Orange Red, Cyan |
Harga: | Bermula RM369 – RM668 |
Mizuno Wave Claw 3 Unisex Badminton Shoes
Mizuno adalah jenama sukan dari Jepun yang terkenal dengan pelbagai barangan sukan seperti bola keranjang, besbol, dan banyak lagi. Walaupun bukan jenama yang khusus untuk sukan badminton, Mizuno menawarkan varian kasut badminton berkualiti, salah satunya adalah Mizuno Wave Claw 3 Unisex Badminton Shoes. Kasut ini sangat ringan, malah lebih ringan 10 gram berbanding model sebelumnya.
Mizuno Wave Claw 3 dilengkapi dengan teknologi Mizuno Wave Technology yang menyediakan sokongan kaki yang unggul melalui penyerapan kejutan. Teknologi ini membantu mengurangkan tekanan pada kaki dan sendi dengan menyebarkan impak dari setiap langkah. Material Mizuno Enerzy NXT di bahagian midsole pula menawarkan kelembutan dan ketahanan yang baik, menjadikannya pilihan ideal untuk pergerakan pantas.
Untuk memudahkan pergerakan, terutamanya semasa pergerakan cepat, kasut ini menggunakan teknologi Dyna Eyelet-Wrap yang mempunyai struktur lubang besar. Ini memberikan keselesaan tambahan, seolah-olah kasut membaluti keseluruhan kaki dengan sempurna. Tapak kasut ini pula menggunakan XG Rubber, material getah berkualiti tinggi yang memberikan cengkaman kuat dan ketahanan yang tinggi.
Kelebihan Mizuno Wave Claw 3 Unisex Badminton Shoes:
- Kasut yang ringan dan selesa
- Teknologi Mizuno Wave memberikan sokongan kaki yang baik
- Teknologi Dyna Eyelet Wrap memberikan rasa seperti kasut membaluti keseluruhan kaki
- Reka bentuk menarik
Kekurangan Mizuno Wave Claw 3 Unisex Badminton Shoes:
- Harga agak mahal
Spesifikasi Mizuno Wave Claw 3 Unisex Badminton Shoes:
Jenama | Mizuno |
---|---|
Model: | Wave Claw 3 Unisex Badminton Shoes |
Warna: | Mugen Blue/White/Pageant Blue, White/Pageant Blue/Mugen/Blue, White/Black/Mizuno Neo Lime , White / Silver |
Harga: | Bermula RM499 |
Perfly Men Badminton Shoes BS 530
Jika anda menjadikan sukan badminton sebagai hobi untuk mengisi masa lapang dan mungkin ragu untuk membeli kasut mahal dan premium, Perfly Men Badminton Shoes BS 530 adalah pilihan yang ideal untuk anda. Kasut ini menawarkan kombinasi keselesaan dan pengudaraan yang baik dengan material kusyennya, menjadikannya sesuai untuk pemula badminton sebelum beralih ke kasut yang lebih mahal.
Perfly Men Badminton Shoes BS 530 mempunyai tapak kasut yang terbahagi kepada dua bahagian: jari kaki dan tumit. Bentuk “Hummingbird” pada tapak kasut ini memberikan cengkaman yang sangat baik. Struktur tapak dan midsole yang sederhana menjadikan kasut ini lebih ringan dan mudah digunakan. Struktur atas kasut yang tidak berjahit memberikan cengkaman yang baik dan membalut kaki dengan sempurna, sementara material pengudaraan memastikan kaki anda sentiasa kering.
Selain itu, kasut ini dilengkapi dengan kusyen dalaman yang menggunakan material PU FOAM + EVA Insock, memberikan keselesaan tambahan, terutama semasa pergerakan pantas dan intensif. Dengan harga bermula dari RM 139, Perfly Men Badminton Shoes BS 530 menawarkan nilai yang sangat berbaloi untuk pembelian anda.
Kelebihan Perfly Men Badminton Shoes BS 530:
- Harga yang murah
- Kusyen dalaman insole yang selesa
- Tapak “Hummingbird’ yang mencengkam
- Pengudaraan sempurna
- Ringan
Kekurangan Perfly Men Badminton Shoes BS 530:
- Jenama tidak dikenali
- Bukan untuk kegunaan professional
Spesifikasi Perfly Men Badminton Shoes BS 530:
Jenama | Perfly |
---|---|
Model: | BS 530 |
Warna: | Hitam |
Harga: | RM139 |
LI-NING Almighty V Badminton Shoes – AYTT001-2
Li-Ning adalah jenama yang sangat sinonim dengan sukan badminton. Melalui model Li-Ning Almighty V Badminton Shoes, jenama ini menampilkan reka bentuk dan warna yang menarik. Dengan warna Standard White / Greenish Turquoise, kasut ini kelihatan klasik dan kasual, berbeza dari warna kasut jenama lain.
Dicipta untuk lelaki dan wanita, Li-Ning Almighty V mempunyai struktur tanpa jahitan antara bahagian atas dan tapak, menjadikannya lebih fleksibel dan tahan lama. Struktur atas kasut ini diperbuat daripada bahan sintetik dan mesh berkualiti tinggi, yang membolehkan pengudaraan yang baik dan memastikan kaki kekal kering dan selesa semasa permainan.
Tapak kasut ini menggunakan material rubber + EVA dan direka dengan corak cengkaman khusus untuk memastikan kestabilan dan cengkaman yang optimum di gelanggang. Dari segi reka bentuk, bentuk ergonomik kasut ini direka untuk memberikan keselesaan maksimum yang sesuai dengan bentuk kaki anda, membolehkan anda bergerak dengan lebih tangkas dan cepat semasa permainan.
Kelebihan LI-NING Almighty V Badminton Shoes – AYTT001-2
- Jenama yang dikenali
- Reka bentuk ergonomik
- Padanan warna menarik
- Cengkaman dan kestabilan yang baik
- Pengudaraan yang baik
Kekurangan LI-NING Almighty V Badminton Shoes – AYTT001-2
- Kasut ini lebih sesuai untuk latihan
Spesifikasi LI-NING Almighty V Badminton Shoes – AYTT001-2
Jenama | Li-Ning |
---|---|
Model: | Almighty V Badminton Shoes – AYTT001-2 |
Warna: | Standard White / Greenish Turquoise |
Harga: | RM309 |
Mencari kasut badminton yang sesuai adalah penting untuk meningkatkan prestasi dan mengelakkan kecederaan. Terdapat beberapa faktor utama yang perlu anda pertimbangkan semasa memilih kasut. Pertama, pastikan kasut yang anda pilih adalah selesa dan sesuai dengan bentuk kaki anda. Pilih kasut yang menyediakan ruang yang cukup di bahagian jari kaki serta sokongan yang baik pada lengkungan kaki.
Penjagaan kaki adalah aspek penting, terutama bagi pemain profesional. Sokongan dan penyerapan hentakan di bahagian pergelangan kaki memainkan peranan utama dalam menentukan prestasi anda di gelanggang. Selain itu, pengudaraan juga perlu diberi perhatian. Pilihlah kasut dengan material pengudaraan yang baik untuk memastikan kaki anda sentiasa selesa dan kering, mengurangkan risiko melecet dan kecederaan serius.
Dengan mempertimbangkan faktor-faktor ini, anda akan lebih mudah memilih kasut badminton yang sesuai dengan keperluan anda dan meningkatkan prestasi permainan anda. Untuk ketahanan kasut yang lebih lama, pastikan anda memilih material dan bahan berkualiti tinggi yang sesuai dengan intensiti permainan anda. Kasut yang tahan lama akan memastikan anda mendapat nilai terbaik untuk pelaburan anda.