5 Tablet Baharu Popular 2024 Di Malaysia: Bermula Dari RM1499

5 Tablet Baharu Popular 2024 Di Malaysia: Bermula Dari RM1499
Teknologi


Tahun ini memperlihatkan pengeluaran pelbagai peranti berkonsep tablet yang khusus untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin meningkat. Tablet kini mempunyai pelbagai fungsi, berat yang ringan, papan kekunci yang boleh disambungkan, hayat bateri yang tahan lama, dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Elemen-elemen ini memenuhi tugasan produktiviti pengguna pada hari ini. Malah, peranti berkonsep tablet sedikit sebanyak telah mendominasi segmen produktiviti kerana ia mudah dibawa.

Gajet jenis tablet bukan sahaja sebagai aksesori tambahan, sebaliknya telah menjadi satu peranti wajib bagi pengguna yang sering bergerak dan mahukan kemudahan dalam melaksanakan tugas harian. Khususnya bagi mereka yang mementingkan tugasan produktiviti tanpa mengira tempat atau masa, tablet sangat berguna untuk mengambil nota ketika di dalam kelas atau mesyuarat, menonton filem, dan bermain permainan video. Secara keseluruhannya, pengguna memilih tablet kerana aspek mobilitinya, dan ia mampu beroperasi seperti sebuah laptop selain memiliki bateri dan kefungsian pengecasan pantas yang sangat memudahkan pengguna.

Ada pelbagai tablet yang dijual pada harga berpatutan hingga eksklusif untuk dijadikan pilihan setiap daripada kita. Bagi segmen peranti berkonsep tablet, terdapat 5 jenama top yang menjadi pilihan popular kerana spesifikasi serta kefungsian yang terbaik dapat diberikan kepada pengguna. 5 tablet top terkini di Malaysia untuk tahun 2024, keluaran baharu dan pilihan popular adalah seperti Honor Pad 9, HUAWEI MatePad 11.5″S Papermatte, Apple iPad Air M2 13”, Apple iPad Pro M4 11”, dan Samsung Galaxy Tab S9 FE. Ayuh semak pilihan terbaik ini!

Honor Pad 9 (bermula dari RM1,499)

Honor Pad 9 (bermula dari RM1,499)
Honor Pad 9 adalah pilihan terbaik untuk mereka yang mencari tablet produktiviti yang ringan, berkuasa, dan versatil. Honor Pad 9 dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1 binaan 4nm, dipadankan dengan keupayaan memori (RAM) 16GB serta 8GB Honor RAM Turbo. Honor Pad 9 hadir dengan dua variasi, iaitu versi WiFi dan 5G, membolehkan pengguna memilih versi yang sesuai untuk memenuhi tugasan harian mereka.
Honor Pad 9 mampu melancarkan aplikasi kompleks, terutamanya yang melibatkan suntingan video, dengan resolusi sehingga 4K. Tablet ini sangat sesuai untuk produktiviti dan penyedia kandungan, dengan saiz skrin 12.1 inci Honor FullView yang menyokong 1.07 bilion warna.
Dengan kapasiti bateri 8,300mAh, Honor Pad 9 dapat menjalankan pelbagai tugasan sepanjang hari tanpa perlu pengecasan kerap, ditambah dengan keupayaan 35W SuperCharge. Tablet ini juga dipadankan dengan papan kekunci dan dikuasakan oleh sistem operasi MagicOS 7.2 yang berasaskan Android 13.

Kelebihan Honor Pad 9:

  • Tablet nipis dan ringan untuk saiznya
  • Binaan aluminium kelihatan premium
  • Miliki 8 pembesar suara yang sangat baik
  • Bateri tahan lama

Kekurangan Honor Pad 9:

  • Prestasi kamera tidak begitu mengagumkan

Spesifikasi Honor Pad 9:

Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1 binaan 4nm
Saiz Skrin: 12.1 inci
Versi: Wi-Fi, 5G
Warna: Space gray, cyan lake
Memori: 16(8+8RAM Turbo)GB+256GB
Bateri: 8300 mAh + 35W fast charging
Tempoh Jaminan: 12 Bulan
Harga: bermula dari RM1,499

HUAWEI MatePad 11.5″S Papermatte (bermula dari RM2,499)

HUAWEI MatePad 11.5"S Papermatte (bermula dari RM2,499)
HUAWEI MatePad 11.5″S Papermatte menambah barisan tablet teknologi pintar jenama dunia ini. Dikuasakan oleh pemproses CPU Kirin 9000WL Octa-core, HUAWEI MatePad 11.5″S Papermatte menawarkan pelbagai kefungsian untuk kerja yang lebih lancar. Tablet ini dilengkapi dengan M-Pencil dan papan kekunci magnetik yang menggunakan teknologi NearLink, membolehkan pengguna merasai pengalaman bekerja seperti di pejabat.
HUAWEI MatePad 11.5″S PaperMatte Edition ini unik dengan keupayaan pra-pasang aplikasi lukisan berkualiti GoPaint yang mudah digunakan. Dengan kapasiti bateri 8800 mAh yang besar, HUAWEI MatePad 11.5″S Papermatte mencukupi untuk kegunaan seharian.
Tablet ini menampilkan teknologi paparan yang lebih unggul dengan inovasi paparan anti silau, dilengkapi dengan lapisan nano optik terkawal secara magnet untuk mengurangkan pantulan cahaya. Ia juga menawarkan perlindungan mata melalui paparan skrin yang telah diiktiraf dengan empat pensijilan, termasuk SGS Low Visual Fatigue Premium Performance Certification, TÜV Rheinland Reflection-Free Certification, TÜV Rheinland Low Blue Light (Hardware Solution) Certification, dan TÜV Rheinland Flicker-Free Certification.

Kelebihan HUAWEI MatePad 11.5″S Papermatte:

  • Pembesar suara yang cemerlang
  • Ketahanan bateri lebih lama
  • Skrin kadar segar semula 144Hz paparan yang lebih jelas
  • Hadir dengan M-Pencil aplikasi lukisan berkualiti

Kekurangan HUAWEI MatePad 11.5″S Papermatte:

  • Tiada servis Google

Spesifikasi HUAWEI MatePad 11.5″S Papermatte:

Pemprosesan: CPU Processor Kirin 9000WL, Octa-core
Saiz Skrin: 11.5inci
Warna: Space gray, violet
Memori: 256GB + 8GB
Bateri: 8800 mAh
Tempoh Jaminan: 12 Bulan
Harga: bermula dari RM2499.00

Apple iPad Air M2 13” (bermula dari RM3,999)

Apple iPad Air M2 13” (bermula dari RM3,999)
Apple iPad Air M2 13” dikuasakan dengan talaan prestasi CPU yang lebih baik iaitu sekitar 15 peratus daripada generasi terdahulu dan prestasi grafik lebih 25 peratus. Didatangkan dengan ‘engine neural’ 40 peratus lebih baik menjadikan Apple iPad Air M2 13” sesuai untuk melaksanakan tugasan produktiviti ‘on-the-go’ paling baik dalam kelasnya. Apple iPad Air M2 13” dikuasakan dengan cip pemproses M2 sekali gus memberikan kelicinan kepada sebarang penggunaan terutama untuk aplikasi suntingan video seperti Final Cut Pro dan aplikasi pemulihan warna, DaVinci Resolve. Apple iPad Air M2 13” juga berkeupayaan untuk melancarkan permainan Assassins Creed: Mirage dengan bacaan kadar segar semula (FPS) sekitar 60FPS sekali gus menjadikan ia peranti permainan masa depan. Apple iPad Air M2 13” turut hadir dengan sambungan Internet tanpa wayar, WiFi 6E sekali gus menawarkan kestabilan peranti untuk semua keadaan. Malah ia menyokong Apple Pencil Pro iaitu variasi baharu yang dilengkapi dengan pressure point untuk memberikan hasil lebih baik dalam kreativiti.

Kelebihan Apple iPad Air M2 13”:

  • iPad skrin besar mampu milik pertama Apple
  • Menyokong stylus Pencil Pro baharu
  • Cip M2 yang berkuasa
  • Hayat bateri yang sangat baik

Kekurangan Apple iPad Air M2 13”:

  • Tiada Face ID / Tiada Touch ID

Spesifikasi Apple iPad Air M2 13”:

Pemprosesan: CPU Apple M2
Saiz Skrin: 13 inci
Warna: Space gray, blue, purple, starlight
Memori: 128GB, 256GB, 512B, 1TB
Tempoh Jaminan: 12 Bulan
Harga: bermula dari RM3999.00

Apple iPad Pro M4 11” (bermula dari RM5,299)

Apple iPad Pro M4 11” (bermula dari RM5,299)
Apple memperkenalkan generasi baru untuk iPad serta pengenalan kepada cip pemproses Apple M4 khas untuk variasi Apple iPad Pro M4 11”. Pengenalan cip M4 tersebut memberikan kuasa prestasi yang lebih baik untuk generasi baru iPad Pro dan membina tiga nanometer dengan penjimatan bateri yang optimum. Cip M4 ini dibina melalui sistem terbina dalam (SoC) dan menjadi peneraju industri dengan pengenalan keupayaan pemproses tersebut.
Apple iPad Pro M4 11” adalah generasi paling nipis dan ringan dengan ketebalan hanya 5.3 mm untuk variasi 11 inci, manakala beratnya sekitar 450 gram sahaja. Apple iPad Pro M4 11” menghasilkan peranti yang lebih nipis tanpa mengabaikan prestasi kuasa. Apple iPad Pro M4 11” dengan variasi 11 inci dilengkapi dengan paparan Ultra Retina XDR dan teknologi OLED terkini yang memberikan pengalaman visual yang luar biasa.
Teknologi ‘tandem OLED’ membolehkan kadar kecerahan peranti itu mencapai 1000 nits untuk kandungan SDR atau HDR dan kadar optimum 1,600 nits untuk HDR. Kepelbagaian dan keupayaan canggih Apple iPad Pro M4 11” ditingkatkan dengan aksesori baru seperti Apple Pencil Pro yang membawa interaksi yang hebat untuk pengalaman yang lebih mendalam, dan ‘Magic Keyboard’ yang baru, lebih nipis dan lebih ringan, dilengkapi dengan ciri luar biasa.

Kelebihan Apple iPad Pro M4 11”:

  • Elegan dan reka bentuk yang sangat nipis dan ringan
  • Apple Pencil Pro dan Magic Keyboard serba baharu
  • Kamera belakang berkualiti
  • Hayat bateri yang sangat baik

Kekurangan Apple iPad Pro M4 11”:

  • Tiada slot kad SD untuk pemindahan foto

Spesifikasi Apple iPad Pro M4 11”:

Pemprosesan: Apple M4
Saiz Skrin: 11 inci
Warna: Space black, silver
Memori: 256GB, 512B, 1TB, 2TB
Tempoh Jaminan: 12 Bulan
Harga: bermula dari RM5299.00

Samsung Galaxy Tab S9 FE (bermula dariRM2,099)

Samsung Galaxy Tab S9 FE (bermula dariRM2,099)
Samsung Fan Edition atau disingkatkan sebagai FE hampir semua telefon dan tab flagship mendapat versi FE ini. Samsung Galaxy Tab S9 FE dengan pemprosesan CPU Exynos 1380 (5 nm) memiliki prestasi yang sangat pantas. Samsung Galaxy Tab S9 FE bersaiz nipis dan ringan memiliki reka bentuk premium dan buatan lebih kukuh bersama aluminium di bahagian belakang dan bingkai.Samsung Galaxy Tab S9 FE hadir dengan skrin 10.9 inci menggunakan panel LCD IPS yang disokong oleh kadar penyegaran 90 Hz mampu memaparkan imej dalam resolusi 1440 x 2304 piksel. Samsung Galaxy Tab S9 FE menunjukkan prestasi yang mengagumkan, dengan keupayaan berbilang tugas dan responsif yang baik dan dilengkapi pen stailus S Pen. Kamera utama Samsung Galaxy Tab S9 FE mempunyai resolusi 8MP dengan keupayaan baik untuk merakam video dalam kualiti 4K pada 30fps dan 1080p pada 30fps. Sementara kamera hadapan adalah ultrawide 12MP yang turut menyokong rakaman video. Samsung Galaxy Tab S9 FE dengan bateri berkapasiti 8000 mAh cukup untuk kegunaan seharian dan tahan lebih lama berbanding generasi sebelumnya. Malah turut disokong ciri pengecasan pantas 45 watt. Samsung Galaxy Tab S9 FE melepasi piawaian kalis air dan debu IP68 ciri yang jarang sekali diberikan pada sebuah tablet.

Kelebihan Samsung Galaxy Tab S9 FE:

  • Reka bentuk premium
  • Hayat bateri yang panjang
  • S-Pen yang hebat
  • Datang dalam variasi warna pilihan yang menarik

Kekurangan Samsung Galaxy Tab S9 FE:

  • Tiada soket untuk fon kepala

Spesifikasi Samsung Galaxy Tab S9 FE:

Pemprosesan: CPU Exynos 1380 (5 nm)
Saiz Skrin: 10.9 Inci
Bateri: 8000 mAh
Memori: 128GB, 256GB
Tempoh Jaminan: 12 Bulan
Harga: bermula dari RM2099.00

Ada banyak jenis tablet dipasaran samada keluaran terkini dan popular untuk kegunaan isi rumah, kerjaya atau pembelajaran. Tablet menjadi peranti sesuai untuk ramai orang memanfaatkan aktiviti mereka samada di lapangan pekerjaan, rumah dan semasa dalam perjalanan.

Memandangkan lebih ramai orang menggunakan tablet untuk panggilan video, di kelas, dalam talian, permainan dan penstriman, penggunaan tablet pada hari ini bukan saja sebagai salah satu trend sebaliknya sudah menjadi kemestian memandangkan fungsi mudah alih serta mudah dibawa ke mana saja. Bukan sekadar medium komunikasi sebaliknya menjadi tempat untuk mengetahui maklumat semasa dan melakukan produktiviti tugasan harian di mana sahaja.

Storan selalunya menjadi ciri utama dalam memilih tablet atau peranti mudah alih. Kebanyakan jenama tablet dengan storan besar dijual pada harga mampu milik hingga tinggi menjadikan rakyat Malaysia mempunyai lebih banyak pilihan untuk pelbagai jenama tablet.



Related posts