Pembesar Suara Bluetooth Mudah Alih: 5 Pilihan Terbaik Jenama High-End Bawah RM500

Pembesar Suara Bluetooth Mudah Alih: 5 Pilihan Terbaik Jenama High-End Bawah RM500
Teknologi


Sama ada telefon pintar mahupun pembesar suara, gajet dan aksesori pintar terus menjadi pilihan buat setiap individu untuk melengkapkan kehidupan harian dalam dunia moden hari ini. Pembesar suara menggunakan sambungan Bluetooth kini kian popular apatah lagi pengguna mula mahukan peranti yang tidak menggunakan kabel panjang menyelerakkan meja ataupun penggunaan gajet mudah alih mereka.

Kebanyakkan pembesar suara pintar mudah alih yang terdapat di pasaran hari ini menggunakan teknologi pintar terkini dengan sambungan Bluetooth terus dari gajet peribadi untuk menikmati pengalaman stereo 360 darjah. Pembesar suara yang terbaharu di pasaran menjanjikan pengalaman bunyi yang mengagumkan. Selain menawarkan kualiti bunyi stereo yang mempersonakan, peranti ini turut sama hadir dalam reka bentuk pelbagai nan moden yang mencuri perhatian.

Antara 5 pilihan terbaik pembesar suara bluetooth mudah alih jenama high-end bawah RM500 di cadangkan adalah seperti berikut. Kelima-lima pembesar suara ini menggabungkan teknologi terkini yang serba canggih, lantas menetapkan standard tertinggi untuk system audio mudah alih masa kini. Setiap bentuknya unik sesuai untuk melengkapkan ruang rumah sebagai aksesori dekorasi yang moden, dan ia mampu untuk menyesuaikan bunyi di mana-mana ruang demi penghasilan audio yang terbaik. Check it out!

JBL GO 3 Portable Waterproof Speaker

JBL GO 3 Portable Waterproof Speaker
Jenama JBL diakui sebagai pembesar suara terbaik yang ada di pasaran. JBL GO 3 Portable Waterproof Speaker pembesar suara mudah alih yang mendapat permintaan hangat ketika ini. JBL GO 3 Portable Waterproof Speaker hadir dalam 13 pilihan warna yang pelbagai mengikut kesukaan pengguna dengan kesan audio kuat. Warna-warna yang ditampilkan menarik perhatian generasi hari ini mengikut fesyen dan mood warna terkini. JBL GO 3 Portable Waterproof Speaker, pembesar suara kalis air IP67 dan kalis debu dilengkapi dengan sambungan Bluetooth yang membolehkan aktiviti seperti stream audio dapat dilaksanakan di mana sahaja walaupun ketika hujan. Malah, baterinya juga mampu bertahan lebih 10 jam dan boleh dicas semula bagi menikmati audio dari peranti mudah alih ini di mana saja samada untuk mendengar muzik, atau menonton video. Pembesar suara ‘kecil’ ini mampu membuat lontaran bunyi lebih jauh meskipun bersaiz kompak sahaja. Penyediaan dan kawalan yang dilengkapi JBL GO 3 Portable Waterproof Speaker dengan ciri-ciri pintar baharu memudahkan anda untuk menikmati muzik dan banyak lagi dari mana-mana sahaja.

Kelebihan JBL GO 3 Portable Waterproof Speaker:

  • Ada 13 pilihan warna
  • Kalis air IP67 dan kalis debu
  • Sambungan Bluetooth terus ke gajet
  • Kecil dan ringan

Kekurangan JBL GO 3 Portable Waterproof Speaker:

  • Kalis air tetapi tidak boleh terapung atas air (mudah tenggelam)

Spesifikasi JBL GO 3 Portable Waterproof Speaker:

Tempoh Bateri: Tahan hingga 10 jam
Dimensi: 8.6 x 6.9 x 4 cm
Harga: RM229.00

Sony SRS-XB13 Extra Bass Portable Wireless Speaker

Sony SRS-XB13 Extra Bass Portable Wireless Speaker
Sony jenama yang memfokuskan pengeluaran dan penghasilan inovasi audio berteknologi canggih untuk peminat muzik. Sony menghasilkan beberapa siri pembesar suara mudah alihnya tersendiri dan Sony SRS-XB13 Extra Bass Portable Wireless Speaker antara pilihan terbaik terdapat di pasaran Malaysia. Sony SRS-XB13 Extra Bass Portable Wireless Speaker menggunakan sambungan bluetooth boleh memainkan muzik berterusan selama 16 jam dengan fungsi Extra Bass™, Sound Diffusion Processor. Dengan teknologi DSPnya, Sony SRS-XB13 Extra Bass Portable Wireless Speaker memiliki Pemproses Resapan Bunyi bagi mengembangkan bunyi di segenap ruang. Ditawarkan dalam 6 warna menarik iaitu Hitam, Taupe, Coral Pink, Lemon Yellow, Light Blue dan Powder Blue, Sony SRS-XB13 Extra Bass Portable Wireless Speaker mempunyai material kalis air dan debu dengan penarafan IP67. Selain reka bentuk moden, Sony SRS-XB13 Extra Bass Portable Wireless Speaker mempunyai kualiti bunyi tinggi khas untuk pengguna yang inginkan pengalaman audio terbaik tanpa beban gajet yang berat. Hanya seberat 0.253kg, Sony SRS-XB13 Extra Bass Portable Wireless Speaker boleh dipadankan dengan mana-mana peranti lain dan menghasilkan audio mantap.

Kelebihan Sony SRS-XB13 Extra Bass Portable Wireless Speaker:

  • Bateri tahan lama sehingga 16 jam
  • Kalis air dan kalis debu dengan penarafan IP67
  • Ringan seberat 0.253kg
  • Kemasan tali penyangkut boleh disangkut di mana sahaja

Kekurangan Sony SRS-XB13 Extra Bass Portable Wireless Speaker:

  • Tidak boleh diletakkan di atas permukaan berpasir

Spesifikasi Sony SRS-XB13 Extra Bass Portable Wireless Speaker:

Tempoh Bateri: Tahan sehingga 16 jam
Dimensi: Diameter lebih kurang 76mm × 95mm
Harga: RM159.00

Edifier MP230 Vintage Bluetooth Speaker Bluetooth

Edifier MP230 Vintage Bluetooth Speaker Bluetooth
Jenama pembesar suaran bagi Edifier memang menang pada gaya dan reka bentuknya yang pelbagai dan menawan. Bagi pengguna yang meminati gaya lama, retro, reka bentuk klasik atau vintaj, Edifier MP230 Vintage Bluetooth Speaker Bluetooth sangat dicadangkan untuk kalian. Penghasilannya mendapat inspirasi daripada radio vintaj sekitar tahun 1950-an dan 1960-an. Dengan sambungan Bluetooth V5.0, Edifier MP230 Vintage Bluetooth Speaker Bluetooth memastikan sambungan yang stabil sehingga 16 jam lamanya. Selain itu, Edifier MP230 Vintage Bluetooth Speaker Bluetooth menyokong penyambungan AUX, port USB-C, mikro Kad SD, atau kad bunyi dengan kawalan butang yang mudah dikendalikan. Edifier MP230 Vintage Bluetooth Speaker Bluetooth menggabungkan teknologi pintar yang mampu menyampaikan audio 180 darjah untuk menghasilkan pengalaman bunyi yang padat dalam reka bentuk mudah alih. Ia disempurnakan lagi dengan kemasan kayu kepungan yang mencerminkan komitmen mereka untuk merapatkan jurang antara estetika gaya klasik dan inovasi teknologi.

Kelebihan Edifier MP230 Vintage Bluetooth Speaker Bluetooth:

  • Reka bentuk gaya vintaj yang menawan
  • Sambungan Bluetooth V5.0 yang stabil
  • Menyokong AUX, port USB-C, mikro Kad SD
  • Bateri tahan lama sehingga 16 jam

Kekurangan Edifier MP230 Vintage Bluetooth Speaker Bluetooth:

  • Tidak kalis air

Spesifikasi Edifier MP230 Vintage Bluetooth Speaker Bluetooth:

Tempoh Bateri: Tahan sehingga 16 jam
Dimensi: 96.5 x 162 x 83 mm
Harga: RM399.00

Xiaomi Sound x Harman Audio EFX Smart Speaker

Xiaomi Sound x Harman Audio EFX Smart Speaker
Xiaomi memperkenalkan sebuah lagi siri pembesar suara pintar dikenali sebagai Xiaomi Sound x Harman Audio EFX Smart Speaker. Ia menggunakan audio yang ditala oleh Harman Audio EFX untuk pengalaman audio berkualiti tinggi. Menggunakan sistem penalaan Harman Audio EFX, menghasilkan kualiti bunyi HiFi dengan tekanan bunyi maks 90dB dan frekuensi tinggi 20kHz. Beberapa pembesar suara digunakan terdiri daripada pembesar suara utama jarak jauh, radiator pasif dan sokongan sub-woofer serba baharu. Turut disertakan adalah kebolehan memancarkan audio secara 360 darjah dan sokongan algoritma Nightingale untuk kesan bunyi yang boleh dilaras mengikut kesesuaian menerusi aplikasi Xiaomi Speaker APP. Dari segi reka bentuk pula, ianya bersaiz kecil dengan tubuh sekitar dimensi 134 x 134 x 128 mm. Seperti kebanyakan pembesar suara Bluetooth, Xiaomi Sound x Harman Audio EFX Smart Speaker mempunyai panel kawalan di atas dan boleh tahan sehingga seharian main balik muzik. Ia berhubungan bersama Bluetooth 5.2 dengan sambungan WiFi 2.4GHz / 5GHz dan sokongan IEEE 802.11 a/b/g/n. Xiaomi Sound x Harman Audio EFX Smart Speaker kalis air dan habuk melalui penarafan IP66.

Kelebihan Xiaomi Sound x Harman Audio EFX Smart Speaker:

  • Ada 2 warna pilihan, hitam dan silver
  • Menggunakan sistem penalaan Harman AudioEFX
  • Pancarkan audio secara 360 darjah
  • Berhubungan bersama Bluetooth 5.2
  • Sambungan WiFi 2.4GHz

Kekurangan Xiaomi Sound x Harman Audio EFX Smart Speaker:

  • Aplikasi asal dengan manual dari China

Spesifikasi Xiaomi Sound x Harman Audio EFX Smart Speaker:

Tempoh Bateri: Tidak dinyatakan
Dimensi: 134 x 134 x 128 mm
Harga: RM399.00

SHARP Wireless Portable Bluetooth Speaker GX-BT480

SHARP Wireless Portable Bluetooth Speaker GX-BT480
Pembuat barangan elektronik Jepun, Sharp memperkenalkan alat pembesar suara mudah alih SHARP Wireless Portable Bluetooth Speaker GX-BT480 yang dikuasai peralatan Onkyo. SHARP Wireless Portable Bluetooth Speaker GX-BT480 pembesar suara pintar ultra mudah alih yang membolehkan anda membawa pengalaman audio SHARP ke mana sahaja anda berada. Bagi golongan yang suka ke luar rumah sambil menikmati muzik bersama-sama, SHARP Wireless Portable Bluetooth Speaker GX-BT480boleh beroperasi selama 20 jam sebelum ia perlu dicas semula. Jika pengguna berada di luar rumah bersama pembesar suara ini dan hujan renyai-renyai, usah khuatir kerana SHARP Wireless Portable Bluetooth Speaker GX-BT480 dilengkapi perlindungan IP54 yang menjamin ketahanan terhadap faktor persekitaran seperti habuk dan percikan air. Satu lagi tarikan SHARP Wireless Portable Bluetooth Speaker GX-BT480 ialah sistem dua saluran dengan hasil audio maksimum setinggi 100dB. Mutu bunyian yang dalam lagi jelas biarpun dalam sekitaran luar rumah yang agak bising. Malah, SHARP Wireless Portable Bluetooth Speaker GX-BT480 boleh dipadankan dengan telefon bimbit atau komputer menerusi wadah wifi dan Bluetooth.

Kelebihan SHARP Wireless Portable Bluetooth Speaker GX-BT480:

  • Ada 3 warna, hitam biru dan merah
  • Kemudahan fungsi tali penggantung
  • Bunyi hebat untuk jarak tinggi
  • Lulus IP64 splash-proof rating

Kekurangan SHARP Wireless Portable Bluetooth Speaker GX-BT480:

  • Reka bentuk seakan dengan jenama JBL

Spesifikasi SHARP Wireless Portable Bluetooth Speaker GX-BT480:

Tempoh Bateri: Sehingga 20 jam
Dimensi: 304 x 153 x 150mm
Harga: RM399.00

Muzik memainkan peranan besar dalam kehidupan dan boleh dikatakan semua orang mendengarnya setiap hari. Tidak kira pilihan genre muzik kegemaran, ramai yang akui bahawa tidak boleh hidup tanpa muzik. Teknologi semakin maju, terdapat pelbagai alat inovasi yang dicipta bagi membantu pengguna mendengar muzik idaman. Speaker atau pembesar suara adalah alat yang biasa digunakan untuk membuatkan bunyi muzik lebih jelas serta asyik. Di atas adalah antara senarai pilihan pembesar suara masa kini jenis mudah alih tanpa wayar, bersaiz kompak, audio beresolusi tinggi dan terus berhubung ke gajet atau peranti melalui capaian WiFi atau Bluetooth. Ini adalah jenama high-end pembesar suara jenis Bluetooth dan Wireless terbaik untuk dimiliki pada harga berpatutan.

Tahukah anda, mendengar muzik membuatkan sesorang menjadi lebih gembira. Secara automatiknya saluran darah akan berkembang dan meningkatkan peredaran darah serta kesihatan kardiovaskular. Muzik dengan tempo perlahan dan lagu instrumental juga dapat mengubah mood terutamanya apabila individu terlalu tertekan atau sakit. Ada kajian mendapati pesakit jantung yang mendengar muzik mendapati kadar denyutan jantung, tekanan darah serta kebimbangan berkurangan.



Related posts