Jom Lepak! Ini 5 Kafe & Restoran Terbaru Popular Untuk Singgah Sekitar KL Serta PJ 2022
Kuala Lumpur (KL) dan Petaling Jaya (PJ) merupakan bandar metropolitan di Lembah Klang yang menjadi tumpuan ramai samada untuk bekerja, membeli-belah dan paling utama tarikan untuk menjamu selera. Jika anda berada di sekitar bandaraya Kuala Lumpur atau Petaling Jaya, sudah semestinya banyak lokasi makan menarik boleh kunjungi atau singgah bersama rakan-rakan atau keluarga.
Trend warga ibu kota hari ini ialah mengunjungi kafe dan restoran yang mempunyai dekorasi unik dan menarik untuk meluangkan masa dengan teman serta keluarga tersayang. Kafe dan restoran yang menjadi pilihan biasanya dihias dengan konsep sama ada gaya urban, Inggeris, retro moden dan tradisional. Popular dengan gelaran hipster atau Instagrammable, kebanyakan lokasi tempat makan di kafe atau restoran berikut menyediakan pelbagai menu baharu yang menarik perhatian. Bagi yang ingin mencuba menu dan suasana yang baharu, berikut 5 kafe dan restoran terbaru yang popular yang boleh dikunjungi bulan ini.
Bol.in.KL Restaurant
Selepas seharian penat bekerja, tiba masa untuk mencari lokasi menarik untuk makan malam bersama teman atau keluarga. Ingin menikmati sesuatu hidangan yang lebih tradisional, moden, kreatif, ringkas tetapi lazat? Boleh cuba ke restoran Bol.in.KL, menjamu selera dalam persekitaran yang selesa dan servis terbaik. Dengan rekaan minimalis Bol.in.KL antara kafe baru yang mesti dikunjungi jika berada disekitar Kuala Lumpur.
Kafe ringkas ini dilengkapi dengan hiasan dan kombinasi warna menarik sememangnya mengasyikkan dan menenangkan. Antara menu menarik untuk dicuba seperti Buah Keluak Lamb Shank, Rendang Wagyu, Cod Kesum, Sea Bass “Kapitan”, Prawn and Crab Cakes, Seared Scallops, Squid-Ink Assam Octopus, Itek Tim, dan Rojak Tart, Wing Bean Salad. Untuk pencuci mulut cuba sajian Hawthorn Melaka dan Guava Sop.
Kelebihan produk
- Lokasi makan malam menarik
- Gabungan hidangan tradisional versi moden dan kreatif
- Hiasan dalaman minimalis dan selesa
- Photo-worthy
Kekurangan produk
- Kawasan parkir terhad
Spesifikasi produk
Hubungi | https://linktr.ee/bol_in_kl |
---|---|
Lokasi | 15, Jln Sin Chew Kee, Bukit Bintang, 50150 Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Buka Selasa hingga Ahad dari 6pm hingga 10pm. Isnin tutup. |
Harga | Set bermula dari RM25.00 hingga RM120.00 |
Baan PhadThai Kuala Lumpur
Phad Thai menjadi kegemaran di merata dunia disebabkan keistimewaan yang menggabungkan rasa manis, masam, masin dan pedas dengan seimbang. Hidangan ini bukan sahaja popular di jalanan, tetapi ia juga mendapat tempat di restoran atau kafe. Selepas Taiwan dan Hong Kong, Baan Phadthai memilih Malaysia sebagai cawangan baru restorannya. Terletak di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Kuala Lumpur, Baan Phadthai Kuala Lumpur yang berasal dari Bangkok, Thailand ini menyediakan pelbagai jenis phadthai yang boleh disesuaikan mengikut citarasa anda.
Terdapat 7 pilihan phadthai yang boleh anda pesan, daripada sayuran sehinggalah ke ketam biru dan udang galah sepit biru. Jika anda seorang vegetarian, Phadthai Jay (sayuran) pasti sudah mencukupi untuk anda memuaskan selera. Jika daging dan ayam lebih membuka selera, bolehlah mencuba Phadthai Nuea Yang (daging bakar) dan Phadthai Kai Yang (ayam bakar). Baik ayam dan daging, kedua-duanya mempunyai tekstur mempesona. Baan Phadthai pernah dianugerahkan ‘Bib Gourmand’ dalam Michelin Guide Bangkok yang julung-julung kali diadakan pada 2018 berdasarkan keaslian, sos buatan sendiri dan bahan-bahan berkualiti tinggi.
Kelebihan produk
- Dianugerahkan ‘Bib Gourmand’ dalam Michelin Guide
- Terdapat 7 pilihan phadthai
- Terletak dilokasi yang mudah diakses iaitu di Pavillion KL
- Ruang menjamu selera yang selesa dan bersih
Kekurangan produk
- Ruang terhad pada cuti umum atau hujung minggu
Spesifikasi produk
Hubungi | https://www.pavilion-kl.com/viewstore/Baan-Phadthai https://www.baanphadthai.com/ |
---|---|
Lokasi | 168, Jalan Bukit Bintang Level 3, Pavilion Kuala Lumpur, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Buka setiap hari dari jam 11 am hingga 10 pm |
Harga | Tidak dinyatakan |
KLCG Confectionery & Bakery
KLCG Confectionery & Bakery, Kafe Bakeri terbaru yang tersembunyi di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dan terletak ditapak penuh sejarah berhadapan Dataran Merdeka. KLCG Confectionery & Bakery merupakan warisan empat generasi keluarga menghidangkan croissant segar, pastri enak dan pelbagai pilihan pencuci mulut lazat. KLCG Confectionery & Bakery terletak dalam bangunan lama dari zaman kolonial dengan hiasan dalaman yang segar memberikan nafas baru kepada bangunan lama ini.
Dengan konsep open space dan studio baking bercermin 360 darjah, pengunjung juga boleh melihat sendiri proses pembuatan pastri. Antara menu wajib cuba di KLCG Confectionery & Bakery adalah Cronut, dessert fusion croissant dan donut. Ada 10 perisa berbeza seperti Melted Caramel dan Lotus Biscoff, atau perisa buah seperti Peach, Exotic Mango dan juga Imperial Durian. Menggunakan butter Perancis tradisional, Charentes-Poitou, roti croissant mereka terkenal dengan tekstur rangup di luar dan lembut di dalam. Mereka juga menyediakan strudels, kek dan tart dari butter yang sama. Jika anda Inginkan sesuatu yang lebih berat, boleh cuba burger bagel mereka ataupun pasta.
Kelebihan produk
- Harga berpatutan
- Pelbagai pilihan bakeri lazat dan segar
- Hidangan bakeri menggunakan produk berkualiti
- Photo-worthy dalam bangunan bersejarah
Kekurangan produk
- Tempat duduk terhad ketika waktu puncak
Spesifikasi produk
Hubungi | https://www.klcg.online/ https://www.instagram.com/klcgconfectionerybakery/ |
---|---|
Lokasi | 27, Jln Raja, Dataran Merdeka, 50050 Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Buka setiap Rabu hingga Isnin dari jam 9 am hingga 6pm. Tutup hari Selasa |
Harga | Bermula serendah RM7.00 |
Kafe La Fleur x Uniqorn
Antara kafe unik yang terdapat di Petaling Jaya, Selangor adalah Kafe La Fleur x Uniqorn yang bertemakan Unicorn. Bukan hanya kanak-kanak yang teruja berada di kafe ini tetapi juga remaja dan dewasa. Kafe berwarna merah jambu itu dihiasi dengan patung unicorn comel dan pengunjung boleh mengambil gambar bersamanya. Hidangan utama di kafe ini adalah minuman panas seperti Matcha Latte, Classic Latte, Hot Chocolate, Mocha, Hazelnut Latte, Caramel Latte dan kopi manakala makanan pula lebih kepada pemanis mulut iaitu wafel, ais krim, penkek dan banyak lagi yang bertemakan unicorn.
Kafe La Fleur x Uniqorn menawarkan dua jenis konsep iaitu La Fleur dan Unicorn. La Fleur berkaitan dengan tulip coffee art. Pelanggan diberi peluang untuk membuat coffee art sendiri sambil dibantu seorang staf berpengalaman. Konsep unicorn pula digunakan dalam pemilihan perisa waffle, pancake dan egglet. Pelanggan boleh memilih jenis aiskrim, syrup dan topping citarasa masing-masing. Menarik bukan?
Kelebihan produk
- Hiasan premis comel dan ceria
- Hidangan yang menyelerakan
- Photo-worthy
- Terima untuk membuat sebarang majlis
Kekurangan produk
- Tidak banyak pilihan menu makanan
Spesifikasi produk
Hubungi | https://www.facebook.com/uniqorn.dessert/ |
---|---|
Lokasi | E1-01, 02, Jalan Lagoon Selatan, Sunway Geo Avenue, PJ Selangor |
Waktu Operasi | Buka setiap hari dari jam 12pm hingga 12am |
Harga | Tidak dinyatakan |
Homesick Alien
Homesick Alien, kafe terbaru yang terletak Kota Damansara, Petaling Jaya dibuka kepada pengunjung bermula 17 Jun 2022. Namanya sahaja sudah unik dan pastinya menjadi pilihan peminat kisah sains fiksyen untuk berkumpul. Homesick Alien sebuah kafe bertemakan angkasa lepas dengan konsep retro 80-an. Keseluruhan kafe Homesick Alien terdiri daripada pelbagai warna kontras dan hiasan unik sesuai buat anda untuk mengambil gambar sambil menikmati makanan. Homesick Alien memperkenalkan sajian rasmi mereka iaitu UFO Burger yang berjus serta lazat bersama minuman ringan atau pilihan minuman panas seperti kopi.
Kelebihan produk
- Konsep kreatif dan ceria
- Photo-worthy
- Signature dish iaitu UFO Burger berjus
- Sesuai untuk meraikan majlis istimewa seperti sambutan Hari Lahir
Kekurangan produk
- Tidak banyak pilihan menu makanan
Spesifikasi produk
Hubungi | https://www.instagram.com/homesickalienmy/ https://www.facebook.com/homesickalienmy/ |
---|---|
Lokasi | Level LG1, Unit A-G-05, Dataran Cascades, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor |
Waktu Operasi | Buka setiap Selasa hingga Ahad dari jam 11am hingga 12am. Tutup Isnin |
Harga | Tidak dinyatakan |
Lembah Klang sememangnya mempunyai banyak lokasi tempat makan menarik untuk seisi keluarga. Sebut sahaja menu yang diinginkan baik tempatan mahupun makanan barat, semuanya mudah ditemui. Bukan saja tempat menarik, malah kafe-kafe dan restoran di sekitar bandar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya juga menjadi tumpuan kerana keunikan dan keestetikan konsep yang diterapkan di premis masing-masing. Malah, jika kalian suka akan suasana kafe dan restoran unik untuk bergambar atau instagrammable, senarai di atas adalah antara 5 kafe dan restoran yang terbaru patut anda terjah sekitar KL dan PJ.
Kawasan Lembah Klang terutama di KL dan PJ memiliki banyak premis makan menarik. Bak cendawan tumbuh lepas hujan, anda tidak perlu pergi jauh untuk lepak santai bersama teman dan keluarga. Pusing-pusing sahaja sekitar bandaraya metropolitan ini anda pasti jumpa ‘port’ kafe dan restoran baru yang menarik untuk singgah dan lepak.