Tak Bergambar, Tak Sah Di 5 Kafe ‘Instaworthy’ Wajib Terjah Di Sekitar Lembah Klang 2022
Perasan tak, makin lama makin banyak munculnya kafe-kafe dengan menu menarik dan pastinya hiasan dalaman yang menarik perhatian ramai. Lembah Klang kini boleh dikatakan terkenal dengan pelbagai jenis kafe berkonsepkan hipster mahupun cosy dan lebih relax.
Kadang-kala ramai memilih untuk ke kafe-kafe ini bukan hanya sekadar mahu menjamu selera, malah lebih kepada bersantai dan melihat dekorasi sebuah kafe yang kebanyakannya instaworthy sesuailah dengan trend warga kota masa kini. Setiap gambar cantik wajib dimuatnaik ke Instagram kan? Hiks!
Yang mana tiada plan hujung minggu ni, jom usha kafe-kafe menarik di sekitar Lembah Klang ini.
A Little Bud
Vibe kafe ni memang lain tau! Suasananya memang tenang, selesa dan ibarat anda berada di suatu lokasi yang jauh dari kesibukkan bandar. A little Bud sebelum ini dikatakan adalah sebuah kedai bunga namun kita telah ditukar menjadi sebuah kafe.
Ia terletak di TTDI lokasi tumpuan ramai dan menghidangkan pelbagai jenis minuman menarik seperti kopi Americano dengan air kelapa segar, hidangan pastry seperti French butter croissant dan pelbagai lagi.
Pelbagai dekorasi dengan warna-warna tanah dijadikan tema untuk kafe ini. Boleh dikatakan hampir setiap sudutnya boleh dijadikan tempat untuk bergambar.
Kenapa anda mesti mencuba A Little Bud
- Konsep unik bunga-bungaan kering
- Lokasi kafe strategik
- Menu dihidangkan menarik
Sebab anda mungkin skip A Little Bud
- Kebanyakkan menu berkonsepkan barat dan pastry serta kek sahaja
Info A Little Bud
Konsep kafe | Floral |
---|---|
Alamat | (1st floor) 24, Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | 11 pagi – 7 malam ( Selasa –Jumaat), 10 pagi – 6 petang (Sabtu & Ahad) |
Link IG | https://www.instagram.com/a.little.bud/?hl=en |
Toast & Chill
Menjadikan bangunan terbiar sebagai sebuah kafe merupakan salah satu langkah bijak buat pemilik Toast & Chill ini. Dengan tidak melakukan perubahan yang banyak pada struktur bangunan, ia mengekalkan nilai estetika yang menjadikan ianya nampak natural dan lebih “instaworthy”.
Kafe yang berkonsepkan cafe-bar ini menonjolkan konsep vintaj dan vibe 70-an. Di bahagian luarnya, dinding putih yang berlumut tidak dibersihkan untuk menaikkan lagi sisi-sisi vintaj terutamanya. Tentu sekali bergambar berlatarbelakangkan dinding ini akan menghasilkan gambar yang lebih dinamik. Selain itu, penggunaan kerusi dan meja yang diperbuat daripada kayu juga turut menaikkan mood buat anda yang suka dengan tempat lepak yang santai.
Di bahagian barnya pula, dekorasi minimalis dengan cahaya yang lebih gelap memberikan lebih keselesaan buat anda yang perlukan ketenangan bersendirian. Selain daripada dinding dan perabot, Kafe ini juga terdapat kolam kecil yang minimalis untuk anda bergambar. Buat anda yang suka chill dan nak dapatkan gambar yang terbaik untuk instagram anda, Toast & Chill adalah kafe yang tepat untuk anda.
Kenapa anda mesti mencuba Toast & Chill
- Bangunan lama yang dikekalkan nampak lebih natural
- Konsep vintaj yang mula mendapat tempat di hati orang Malaysia
- Konsep minimalis berikan lebih ketenangan
Sebab anda mungkin skip Toast & Chill
- Menjual minuman beralkohol
Info Toast & Chill
Konsep Cafe | Kafe & Bar |
---|---|
Alamat | 46, Jalan 1/77A Off Jalan Imbi, Changkat Thambi Dollah, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia |
Waktu Operasi | 3 Petang -11 Malam (Selasa -Khamis), 12 Tengahari -11 Malam (Jumaat – Ahad), Tutup pada hari Isnin |
Link IG | https://www.instagram.com/toastnchill.kl/ |
The Lemon Tree
Setiap sudut di sini layak untuk dimuatnaik ke Instagram anda! Ibarat berada di dalam sebuah taman buah-buahan lemon, tempat ini dihiasi dengan siling berbentuk kubah dan lambakkan pokok lemon yang besar. Kafe ini menyediakan pelbagai menu menarik seperti pastry dan hidangan berat berkonsepkan barat.
Antara menu wajib cuba adalah pelbagai jenis croissant dan kek. Ruangannya juga luas dan selesa untuk anda chill dan borak bersama teman atau keluarga. Sesuai untuk anda yang gemarkan konsep dalaman moden dan eksentrik, paling tidak satu gambar OOTD di sini perlu dimuat naik ke Instagram anda!
Kenapa anda mesti mencuba The Lemon Tree
- Ruangan besar
- Konsep pokok lemon menarik
- Menu berkonsepkan barat pelbagai
Sebab anda mungkin skip The Lemon Tree
- Waktu operasi pendek sehingga jam 6 petang sahaja
Info The Lemon Tree
Konsep kafe | Taman |
---|---|
Alamat | Ground Floor, Menara Lien Hoe, 8, Persiaran Tropicana, Tropicana, 47301 Petaling Jaya, Selangor |
Waktu Operasi | 8 pagi- 6 petang |
Link IG | https://www.instagram.com/thelemontree.my/?hl=en |
Leaf & Co. Café
Anda suka seni bina dan bangunan warisan lama KL? Ha, Leaf & co. café adalah destinasi sesuai untuk anda. Ini kerana dekorasinya memang menggamit memori lama. Yang muda-mudi, masa inilah nak merasai bagaimana orang dulu-dulu mengopi. Segala meja dan kerusinya memang tradisional habis! Banyak port untuk bergambar dan anda pasti tidak akan kecewa.
Tempat dah cantik kurang best kalau makanan tidak menarik kan? Jangan risau, hidangan yang dihidangkan juga pasti tidak mengecewakan. Antara hidangan popular di kafe ini adalah Buttermilk Fried Chicken dan Curry Chicken with Sweet Potato dengan harga berpatutan. Hidangan berkonsepkan barat seperti spaghetti soft shell crab dan pelbagai jenis minuman juga terlihat menarik untuk dicuba!
Kenapa anda mesti mencuba Leaf & Co. Café
- Konsep kopitiam zaman dahulu
- Banyak lokasi bergambar
- Hidangan menarik
Sebab anda mungkin skip Leaf & Co. Café
- Sukar untuk parking pada waktu puncak
Info Leaf & Co. Café
Konsep kafe | Kopitiam zaman dahulu |
---|---|
Alamat | 53, Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | 10 pagi – 10 malam ( Isnin-sabtu), 9 pagi – 10 malam (Ahad) |
Link IG | https://www.instagram.com/leafandco_cafe/?hl=en |
XOXO Coffee
Ada kafe hipster di dalam kampus? Kedengaran agak janggal tapi sememangnya telah ada kafe yang dibuka di dalam kampus iaitu XOXO Coffee. Terletak di dalam kampus Taylor’s University, XOXO Coffee ini mempunyai daya tarikan yang mampu menarik minat anda walaupun baru melihatnya pertama kali. Menggabungkan konsep vintaj dan minimalis, nuansa di dalam kafe ini mampu memberikan ketenangan kepada redup mata anda.
Pemilihan warna pastel dan perabot kayu juga turut menaikkan lagi mood ketenangan itu. Untuk melengkapkan konsep vintaj minimalis ini, Kafe ini juga turut menampilkan deretan piring-piring hitam lama ataupun vinyl yang turut mempunyai peminatnya sendiri. Dan semestinya untuk membangkitkan mood vintaj, kafe ini akan sentiasa memainkan lagu-lagu lama seiring dengan konsepnya.
Satu perkara yang menarik dari kafe ini ialah ia mempunyai banyak sudut yang menarik untuk mengambil gambar. Jika anda merupakan seorang yang kreatif, banyak sudut-sudut yang menarik di dalam kafe ini akan menghasilkan gambar yang “Instaworthy”. Jadi, buat anda yang obses dengan instagram tu, boleh lah datang ke sini dan rasai pengalaman anda sendiri.
Kenapa anda mesti mencuba XOXO Coffee
- Gabungan konsep vintaj dan minimalis
- Pemilihan warna cat yang memberikan ketenangan kepada redup mata
- Deretan koleksi vinyl dan pemain piring hitam menambahkan keunikan
Sebab anda mungkin skip XOXO Coffee
- Terletak di dalam kampus
Info XOXO Coffee
Konsep Cafe | Vintaj & Minimalis |
---|---|
Alamat | Lot No G-2, The Boardwalk, Syopz Mall No.2, Jalan Taylor’s, 47500 Subang Jaya, Selangor |
Waktu Operasi | 10 Pagi -8 Malam (Isnin – Jumaat), 9 Pagi -6 Petang (Sabtu), Tutup pada hari Ahad |
Link IG | https://instagram.com/xoxocoffee.kl?igshid=YmMyMTA2M2Y= |
Konsep berehat di kafe bukan perkara pelik untuk masyarakat di bandar. Kalau bosan asik kafe yang sama je, meh le berkunjung ke kafe baru pulak. Tidaklah bosan gambar yang sama je dimuat naik ke instagram kan? hiks!
Khas untuk yang beragama Islam, semak terlebih dahulu status halal setiap kafe ini sebelum berkunjung ya. Selamat menjamu selera!