Padu & Lazat! Ini Lokasi Makan Nasi Briyani Terbaik Di Sekitar Lembah Klang

Padu & Lazat! Ini Lokasi Makan Nasi Briyani Terbaik Di Sekitar Lembah Klang
Makanan dan minuman


Buka puasa merupakan waktu yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam sepanjang Ramadan. Salah satu hidangan yang popular untuk berbuka puasa di Lembah Klang ialah nasi briyani. Nasi briyani yang lazat dan aromatik ini mempunyai pelbagai jenis seperti nasi briyani ayam, kambing, atau daging. Hidangan ini biasanya disajikan dengan hidangan lauk seperti dalca, acar, atau sayur kobis untuk memberikan keseluruhan hidangan yang menyelerakan. Oleh itu, pastikan untuk mencuba hidangan nasi briyani yang sedap dan menyelerakan semasa berbuka puasa di Lembah Klang untuk menyempurnakan pengalaman berpuasa anda.

Padu & Lazat! Ini 5 Lokasi Makan Nasi Briyani Terbaik Di Sekitar Lembah Klang

Nasi Beriani Ipoh, Ampang Jaya

Nasi Beriani Ipoh, Ampang Jaya
Dengar nama Nasi Beriani Ipoh, pasti ada terbayang lokasinya jauh nun di utara negeri Perak. Namun lokasi sebenarnya hanya di Ampang Jaya, Selangor. Jika datang pada waktu makan tengah hari, dari jauh pengunjung sudah boleh agak lokasi sebenar Nasi Beriani Ipoh ini. Mana tidaknya, premis yang menghidangkan menu Nasi Briyani terbaik di Lembah Klang ini sentiasa penuh dengan kunjungan ramai.

Tiga set utama yang menjadi perhatian di Nasi Beriani Ipoh adalah Set Kambing iaitu Nasi Briyani bersama pilihan menu Kari Kambing atau Kari Kurma bersama dalca juga chutney terung. Set Ayam pula Nasi Briyani dengan pilihan Ayam Madras, Ayam Goreng, Ayam Masak Merah atau Ayam Bawang bersama dalca juga chutney terung.

Manakala Set Daging, dihidangkan Nasi Briyani dengan Daging Masala bersama chutney terung dan dalca. Selain set Nasi Briyani, pilihan menu lain yang ada di Nasi Beriani Ipoh seperti Nasi Tomato, Nasi Minyak, Nasi Kandar, Nasi Kahwin dan Capati. Untuk minuman, cuba gabungkan Nasi Briyani dengan jus tembikai, air jagung, air tebu atau laicikang.

Kelebihan Nasi Beriani Ipoh, Ampang Jaya

  • Ada pelbagai pilihan menu Nasi Briyani
  • Pelanggan boleh pilih untuk campur kuah
  • Harga berpatutan

Kekurangan Nasi Beriani Ipoh, Ampang Jaya

  • Kawasan parkir terhad pada waktu puncak

Spesifikasi Nasi Beriani Ipoh, Ampang Jaya

Lokasi 1, Jalan Kolam Air Lama, Ampang Jaya, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi Buka setiap hari dari jam 11am hingga 8pm
Harga Set Ayam RM11.00 / Set Daging RM13.00 / Set Kambing RM15.00

Restoran Mahesha, TTDI

Restoran Mahesha, TTDI
Restoran Mahesha yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) menawarkan sajian Nasi Briyani dengan konsep yang menarik. Nasi Briyani menjadi pilihan utama pelanggan ke Restoran Mahesha ini kerana dimasak dan dihidangkan dalam kelapa muda. Hidangan ini diberi nama Baby Coconut Briyani dan pilihan beberapa jenis lauk seperti ayam, itik, ikan dan kambing beserta kuah dan sebiji telur rebus.

Pelanggan perlu membuat pilihan terlebih dahulu, kemudian Nasi Briyani dimasukkan ke dalam kelapa muda bersama lauk pauk dan dikukus seketika selama beberapa ketika sebelum dihantar kepada pelanggan untuk menjamu selera. Portion untuk setiap menu juga agak banyak, jika anda bukan individu yang kuat makan, untuk tidak membazir lebih baik berkongsi sahaja. Tetapi jika anda memang sedang lapar dan suka makan, satu portion terasa seperti tidak cukup untuk seorang makan lebih-lebih lagi dengan rasa Nasi Briyani yang cukup sedap dan padu ditawarkan restoran ini.

Kelebihan Restoran Mahesha, TTDI

  • Konsep Nasi Briyani unik
  • Portion besar, puas dan mengenyangkan
  • Harga berpatutan

Kekurangan Restoran Mahesha, TTDI

  • Tiada sijil Halal tetapi masih di kategori mesra Muslim

Spesifikasi Restoran Mahesha, TTDI

Lokasi 32, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi Buka setiap hari dari jam 6.30am hingga 10pm
Harga RM13.90 – RM19.90

Restoran Mahbub, Bangsar

Restoran Mahbub, Bangsar
Jika ada peminat Nasi Briyani yang menetap di Lembah Klang, dan tidak pernah mendengar atau berkunjung ke Restoran Mahbub anda masih belum dikategorikan peminat Nasi Briyani tegar. Restoran Mahbub terdapat dua cawangan iaitu paling besar dan terkenal di Bangsar manakala sebuah lagi di Damansara Damai.

Restoran Mahbub sudah mula beroperasi sejak tahun 1974 dan dikenali ‘kedai mamak’ paling top untuk lepak. Dari jauh, pengunjung sudah boleh menghidu bau aroma Nasi Briyani yang wangi menyapa perut. Antara lauk yang dihidangkan bersama Nasi Briyani paling mendapat permintaan dan laris adalah bersama Ayam Madu. Lauk Ayam Madu ini cukup sempurna dengan rasa manis, isi ayam lembut dan berjus.
Dihidangkan bersama kuah dhal dan acar timun, hidangan ini sememangnya menyelerakan. Untuk peminat kambing, anda boleh cuba bersama hidangan Buhara Kambing yang cuma ada pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.

Kelebihan Restoran Mahbub, Bangsar

  • Nasi Briyani ‘mamak’ paling top
  • Ayam Madu signature dish paling laris bersama Nasi Briyani
  • Lauk dimasak baru, segar dan panas setiap hari

Kekurangan Restoran Mahbub, Bangsar

  • Menu Nasi Briyani cepat habis

Spesifikasi Restoran Mahbub, Bangsar

Lokasi No. 15-17, Lorong Ara Kiri Satu, Lucky Garden, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi Buka setiap hari dari jam 7am hingga 12pm
Harga Harga bergantung kepada jenis lauk

Restoran Beriani Anje, Beriani Gam Johor, Bangi

Restoran Beriani Anje, Beriani Gam Johor, Bangi
Restoran Beriani Anje, Beriani Gam Johor terletak di Bangi, Selangor. Nasi Briyani Gam Johor berbeza dengan cara masakan Nasi Briyani yang biasa, namun masih mempunyai rasa yang hampir sama. Restoran Beriani Anje, Beriani Gam Johor menyediakan Nasi Briyani disesuaikan dengan citarasa tempatan Malaysia.
Kombinasi antara beras basmathi dan pilihan pelbagai lauk seperti kari daging, ayam masak merah atau kurma kambing beserta sedikit keropok pasti menjamu selera pelanggan. Pilihan lauk lain yang laris dan mendapat permintaan bagi Nasi Briyani di Restoran Beriani Anje, Beriani Gam Johor seperti Ayam Merah, Ayam Goreng, Ayam Kampung Briyani, Ayam Kampung Merah, dan Ayam Kabsa.
Untuk rasa lebih sempurna jangan lupa untuk memesan air minuman Bandung Bersoda bersama hidangan Nasi Briyani. Untuk mengelakkan kesesakan dan lauk pauk habis, pelanggan dicadangkan untuk datang lebih awal.

Kelebihan Restoran Beriani Anje, Beriani Gam Johor, Bangi

  • Ada pelbagai pilihan menu Nasi Briyani
  • Pelanggan boleh pilih untuk campur kuah
  • Harga berpatutan

Kekurangan Restoran Beriani Anje, Beriani Gam Johor, Bangi

  • Waktu puncak, durasi menunggu sekitar setengah jam ke sejam

Spesifikasi Restoran Beriani Anje, Beriani Gam Johor, Bangi

Lokasi No.15-GF, Jalan 15/1C, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, Bangi, 43650 Selangor
Waktu Operasi Buka setiiap hari dari jam 11 am hingga 4 pm
Harga Bermula RM12.00

Nasi Briyani Beratur (Rahman Briyani), Batu Caves

Nasi Briyani Beratur (Rahman Briyani), Batu Caves
Kalau di Pulau Pinang terkenal dengan Nasi Kandar Beratur, Di Batu Caves pula terkenal dengan Nasi Briyani Beratur. Nasi Briyani Beratur juga sebenarnya dikenali sebagai Rahman Briyani sebelum ini. Ia menjadi fenomena dan bermulanya pelanggan beratur panjang tanpa henti setelah mula berniaga di sebuah Bazar Ramadan beberapa tahun lalu.

Selepas diviralkan dek kelazatan Nasi Briyani ini, Nasi Briyani Beratur (Rahman Briyani) terus menerima sambutan luar biasa daripada penggemar nasi briyani di ibu negara sehingga hari ini walaupun sebelum waktu perniagaan dibuka semata-mata untuk mendapatkan nasi briyani yang mempunyai aroma tersendiri.

Nasi Briyani Beratur (Rahman Briyani) sudah mula beroperasi sejak berbelas tahun yang lalu dan mendapatkan kepercayaan dari pelanggan sehingga kini. Selain rasa hidangan yang sangat lazat, Nasi Briyani Beratur (Rahman Briyani) banyak menggunakan prinsip bersedekah.

Jika sudah letak nasi ‘berbukit-bukit’, jika terlebih jangan tolak atau keluarkan nasi itu. Kalau tercedok dua ketul ayam untuk Nasi Briyani, mereka tidak letak semula dan terus diberikan kepada pelanggan dengan harga asal tanpa lebihan caj.

Kelebihan Nasi Briyani Beratur (Rahman Briyani), Batu Caves

  • Turut dikenali sebagai Nasi Briyani viral
  • Nasi Briyani dengan rasa yang lazat
  • Beroperasi sejak berbelas tahun lalu
  • Harga berpatutan

Kekurangan Nasi Briyani Beratur (Rahman Briyani), Batu Caves

  • Pelanggan perlu beratur panjang dalam tempoh yang lama

Spesifikasi Nasi Briyani Beratur (Rahman Briyani), Batu Caves

Lokasi 43, Jalan SG 10/4, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi Buka Isnin hingga Sabtu dari jam 7am hingga 6pm. Ahad Tutup
Harga Briyani Ayam RM8.00 / Briyani Daging RM9.00

Ramai penduduk di Malaysia menyukai Nasi Briyani yang dimakan bersama Ayam Masak Merah, Rendang Ayam atau Kari Daging. Walau bagaimanapun, Nasi Briyani bukan menu tradisi asli negara kita. Hidangan ini berasal dari bahasa Parsi, beryan yang bermaksud goreng atau panggang. Di Malaysia, orang kita memanggilnya dengan nama ‘Nasi Briyani’, ada tambahan nasi dihadapan perkataan tersebut.

Pedagang Parsi memperkenalkan cara memasak Briyani kepada orang India dan Pakistan kemudiannya tersebar ke Tanah Melayu. Briyani bukan sahaja popular di India dan Pakistan, namun menjadi kesukaan di Iraq, Iran, Afghanistan, Bangladesh, dan Sri Lanka. Antara rempah-ratus dan bahan penyedap yang digunakan dalam masakan Briyani sejak dahulu lagi adalah minyak sapi, buah pala, cokmar, lada, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis, daun salam, ketumbar, daun pudina, halia, bawang, dan bawang putih.

Setelah seharian berpuasa, waktu berbuka puasa menjadi sangat istimewa. Buka puasa adalah waktu yang tepat untuk berkumpul bersama-sama dengan keluarga dan kawan-kawan, berbincang-bincang dan menikmati hidangan yang sedap dan menyelerakan. Kebersamaan semasa berbuka puasa ini memberikan rasa kehangatan dan kebahagiaan yang tidak tergantikan. Oleh itu, pastikan untuk menjalin keakraban dengan keluarga dan kawan-kawan semasa Ramadan dan manfaatkan waktu berbuka puasa sebagai masa yang berharga untuk bersama-sama dan saling berinteraksi.



Related posts