Daripada Bancuhan Segera Ke Aroma Sebenar: Ini 5 Kopi 3 Dalam 1 Miliki Potensi Rasa Hebat
Kopi merupakan minuman sarapan paling kerap di minum setiap hari oleh rakyat di negara ini. Dahulu dikatakan kopi sebagai minuman kegemaran orang lebih berusia tetapi kini minuman ‘pahit’ ini dikaitkan dengan gaya hidup moden yang sibuk. Malah menikmati kopi memberikan persepsi gaya hidup urban masa kini di seluruh dunia. Aroma dan rasa kopi yang dihasilkan boleh merangsang sistem saraf pusat pada tubuh seseorang individu lalu membantu meningkatkan lebih tumpuan dan juga ‘mood’ kepada peminumnya.
Kopi segera seperti (3-in-1) 3 dalam 1 menjadi pilihan ramai pengguna di mana-mana sahaja samada di rumah, pejabat, premis makanan atau ketika melancong. Penyediaannya jauh lebih mudah, ringkas, cepat dan menjimatkan berbanding membelinya siap sedia terus dari kafe. Mana tidaknya, kopi 3 dalam 1 dihasilkan daripada ekstrak kopi kering lebih bersifat seperti pati atau ekstrak pekat berbanding serbuk kopi biasa. Daripada bancuhan segera yang ringkas ke aroma sebenar, peminat kopi boleh mencuba lima jenama kopi 3 dalam 1 yang memiliki potensi rasa yang sangat hebat seperti berikut.
NESCAFÉ 3in1 White
NESCAFÉ 3in1 White kopi putih berkrim dan aromatik untuk dinikmati bila-bilam masa sahaja seimbang dengan lapisan buih halus. Bagai menghirup kopi di sebuah kedai tradisional dulu kala, NESCAFÉ 3in1 White menawarkan secawan minuman warisan buat penggemar kopi putih berkrim yang mempunyai tekstur baldu yang sensasi. Setiap paket kopi NESCAFÉ 3in1 White telah dikurangkan hampir 30 peratus gula berbanding pengeluaran sebelum ini, menjadikan minuman ini sesuai untuk individu yang mementingkan kesihatan diri. Pada setiap paket besar NESCAFÉ 3in1 White ada menyatakan biji kopi yang digunakan disemai dengan kasih dan dipilih dengan teliti sebelum dipanggang sehingga sempurna dan dikisar menjadi serbuk kopi halus. Oleh itu NESCAFÉ 3in1 White menjanjikan nikmat aroma dan cita rasa yang benar-benar asli. Bagi yang tidak suka rasa pahit, gemarkan gula atau susu, boleh juga tambahkan ‘sedikit’ ke dalam bancuhan kopi mengikut citarasa masing-masing.
Kelebihan NESCAFÉ 3in1 White:
- 30 peratus kurang gula
- Biji kopi dipilih secara teliti
- Satu cawan minuman bertekstur baldu sensasi
- Memiliki pensijilan Halal
Kekurangan NESCAFÉ 3in1 White:
- Sedikit pahit kerana kurang gula
Spesifikasi NESCAFÉ 3in1 White:
Kandungan: | Krimer (Glucose Syrup, Palm Kernel Oil), Susu Lembu (Skimmed Milk Powder, Milk Proteins, Lactose), Agen Antipergerakan, Garam, Gula, Kopi Segera, Penstabil (E331, E452) dan Perisa yang dibenarkan, Acidity Regulator (E340), Emulsifiers (E471, E472e) |
---|---|
Jumlah Paket: | 15 stik |
Harga: | RM13.89 |
AIK CHEONG Coffee Mix 3in1 – Rich
Aik Cheong jenama minuman kopi sejak tahun 1955 mula bertapak di negeri Melaka sebelum era kemerdekaan lagi. Hari ini, jenama ini memiliki lebih 12 produk kopi tersendiri dan antara yang paling laris seperti AIK CHEONG Coffee Mix 3in1 – Rich. Kesegaran aroma biji kopi yang dipanggang untuk setiap paket AIK CHEONG Coffee Mix 3in1 – Rich menggunakan biji kopi terpilih yang diimport dari negara Indonesia (Robusta), Filipina (Libericas) dan juga Colombia (Arabica). AIK CHEONG Coffee Mix 3in1 – Rich diperbuat daripada biji Robusta, Libericas dan Arabica, dibancuh khas untuk rasa premiumnya. AIK CHEONG Coffee Mix 3in1 juga dicadangkan bersama adunan krimer dan gula perang dalam nisbah yang dilaraskan dengan baik, menjanjikan aroma yang kaya dan rasa leboh lazat. AIK CHEONG Coffee Mix 3in1 – Rich, kopi segera yang dipanggang halus, dengan kualiti menetapi standard yang tinggi demi menjaga setiap kualiti produk yang dikeluarkan sama seperti 68 tahun yang lalu. Dek kerana itu, AIK CHEONG Coffee Mix 3in1 – Rich masih mengekalkan rasa dan aromanya sebagai produk unggul menepati citarasa moden rakyat Malaysia.
Kelebihan AIK CHEONG Coffee Mix 3in1 – Rich:
- 40 peratus kurang gula daripada paket asal
- Menggunakan biji kopi terpilih dengan standard tinggi
- Jangka hayat produk sehingga 24 bulan
- Memiliki pensijilan Halal
Kekurangan AIK CHEONG Coffee Mix 3in1 – Rich:
- Bancuhan kurang pekat
Spesifikasi AIK CHEONG Coffee Mix 3in1 – Rich:
Kandungan: | Krimer [Sirap Glukosa, Minyak Inti Sawit Terhidrogenasi, Sodium Caseinate (mengandungi Protein Susu), Pengemulsi E471, Penstabil E340, Agen Anti-Caking E551, Beta-Carotene E160a], Gula, Kopi Segera |
---|---|
Jumlah Paket: | 20 sachets |
Harga: | RM8.90 |
OLDTOWN Instant Premix White Coffee – Classic
OLDTOWN jenama premis francais makanan dan minuman yang menawarkan sajian menyelerakan. Minuman panas dan sejuk berupa variasi kopi menjadi pilihan ramai pelanggan sehingga mendapat permintaan untuk dipek sebagai produk kopi segera. Ada beberapa pilihan kopi segera yang ditawarkan jenama ini, antaranya seperti OLDTOWN Instant Premix White Coffee – Classic. OLDTOWN Instant Premix White Coffee – Classic menepati rasa kopi putih asli tradisonal menggunakan campuran tiga biji untuk mencipta profil rasa dan aroma yang berbeza. Biji arabica dan biji liberica menghasilkan rasa manis, pedas dan aromatik. Manakala biji robusta yang dipanggang memberikan rasa lebih kuat. OLDTOWN Instant Premix White Coffee – Classic memiliki bungkusan kandungan yang padat dan berkelas, tidak sedikit menyembunyikan maklumat yang diperlukan untuk penggunanya. Setiap paket OLDTOWN Instant Premix White Coffee – Classic telah dikurangkan hampir 25 peratus gula berbanding pengeluaran sebelum ini, menjadikan minuman ini sesuai untuk anda yang tidak menggemari rasa manis melampau.
Kelebihan OLDTOWN Instant Premix White Coffee – Classic:
- Tekstur rasa yang pekat dan sempurna
- Menggunakan 3 campuran kopi terpilih yang berbeza
- Mendapat pensijilan Halal
- Kurang rasa manis daripada pek terdahulu
Kekurangan OLDTOWN Instant Premix White Coffee – Classic:
- Perlu simpan di tempat yang kering sahaja. Elakkan cahaya matahari langsung.
Spesifikasi OLDTOWN Instant Premix White Coffee – Classic:
Kandungan: | Krimer (50%) [Sirap Glukosa (Tapioka), Lemak Sayuran (Sawit), Sodium Caseinate, Penstabil (340, 451i, 452i), Pengemulsi (471, 481), Agen Anti-Caking (551)], Gula (35% ), Kopi Segera (10%), Maltodekstrin. |
---|---|
Jumlah Paket: | 15 stik |
Harga: | RM14.90 |
Wonda 3-in-1 Premium Coffee Mocha
Selepas siri kopi minuman dalam tin mendapat tempat dalam kalangan penggemar kopi negara, Wonda Coffee memperkenalkan pula ‘Wonda 3-in-1 Premium Coffee’ dipasarkan dengan tiga perisa utama iaitu kopi tarik, kopi asli, dan mocha. Wonda 3-in-1 Premium Coffee Mocha memiliki peminat tersendiri dengan pek warna ungu yang dihasilkan melalui adunan biji kopi arab dan campuran halus sekali gus memberi rasa hebat. Kewujudan Wonda 3-in-1 Premium Coffee Mocha sesungguhnya telah memudahkan pencinta kopi di sana menikmati perasa kopi pilihan tidak mengira masa dan lokasi tanpa perlu ke kafe berjenama. Wonda 3-in-1 Premium Coffee Mocha dihasilkan dengan inovasi dengan varian biji kopi premium terpilih membantu mengembangkan lagi jenama Wonda. Menghimpunkan gabungan harmoni coklat dan kopi, Wonda 3-in-1 Premium Coffee Mocha memiliki tekstur rasa lembut dan berkrim. Sesuai untuk anda yang kurang menggemari rasa kopi pahit yang pekat dan kuat. Wonda 3-in-1 Premium Coffee Mocha memberi rasa unik terhasil menggunakan biji kopi asli diproses sempurna dan sedia untuk dinikmati dengan bacuhan sendiri yang sangat mudah.
Kelebihan Wonda 3-in-1 Premium Coffee Mocha:
- Kurang pahit
- Tekstur lembut berkrim
- Aroma bau memukau untuk setiap bancuhan
- Disahkan halal oleh Jakim
Kekurangan Wonda 3-in-1 Premium Coffee Mocha:
- Sukar diperolehi di pasaran runcit biasa
Spesifikasi Wonda 3-in-1 Premium Coffee Mocha:
Kandungan: | Sukrosa, Krimer [Sirap Glukosa, Minyak Inti Sawit, Penstabil (INS 340ii & INS 451i), Protein Susu (Lembu), Pengemulsi (INS 471 & INS 481i) dan Agen Anticaking (INS 551)], Susu Tepung Skim (Lembu), Serbuk Kopi, Perisa, Pengatur Keasidan (INS 500ii), Mengandungi Bahan Tambahan Makanan yang Dibenarkan daripada Asal Tumbuhan atau Sintetik |
---|---|
Jumlah Paket: | 15 stik |
Harga: | RM17.90 |
Akifcafe 3 In 1 Premix Coffee Creamy Latte
Kopi segera pracampuran 3 dalam 1, Akifcafe 3 In 1 Premix Coffee Creamy Latte menggabungkan kaedah pembuatan kopi tradisional dan inovatif bagi menghasilkan kopi berkualiti dengan pelbagai rasa unik. Tidak terlalu manis, tetapi pada masa yang sama berkrim sempurna, Akifcafe 3 In 1 Premix Coffee Creamy Latte dihasilkan dengan campuran biji kopi berkualiti tinggi. Akifcafe 3 In 1 Premix Coffee Creamy Latte memudahkan pengguna menikmati kopi ala premium di kemudahan kediaman masing-masing dengan selesa dalam bungkusan segera. Malah ia dicipta dan dipanggang dengan sempurna menggunakan biji kopi 100 peratus berkualiti tinggi sama seperti kedai kopi premium. Pasaran Akifcafe 3 In 1 Premix Coffee Creamy Latte tidak hanya di Malaysia, malah mendapat permintaan tinggi secara global seperti di negara Arab, China dan Thailand. Selain Akifcafe 3 In 1 Premix Coffee Creamy Latte terdapat pelbagai variasi produk termasuk White Coffee Classic, White Coffee Hazelnut, White Coffee Mocha, Teh Tarik dan Milk Tea.
Kelebihan Akifcafe 3 In 1 Premix Coffee Creamy Latte:
- Tidak pahit, berkrim dengan keseimbangan kopi yang betul
- Menggunakan biji kopi terpilih dan premium
- Harga berpatutan
- Diiktiraf Halal
Kekurangan Akifcafe 3 In 1 Premix Coffee Creamy Latte:
- Jenama kurang dikenali
Spesifikasi Akifcafe 3 In 1 Premix Coffee Creamy Latte:
Kandungan: | Krimer Bukan Tenusu, Serbuk Ekstrak Kopi Gula |
---|---|
Jumlah Paket: | 10 sachets |
Harga: | RM8.90 |
Kopi segera 3 dalam 1 hari ini adalah sebahagian daripada minuman wajib yang diambil secara rutin. Kopi jenis ini dikenali sebagai kopi larut atau serbuk kopi dihasilkan daripada biji kopi yang sudah diseduh. Selalunya kopi segera 3 dalam 1 dijadikan pilihan kerana mudah disediakan selain rasa yang enak dan mempunyai aroma bau yang memikat. Minuman kopi segera sering dikaitkan dengan masalah kesihatan, namun jangan tidak tahu ia juga memiliki manfaat kesihatan yang tersendiri. Terdapat beberapa manfaat lain yang boleh diperolehi daripada kopi segera seperti meningkatkan metabolisme dan membakar lebih banyak lemak. Malah, ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit diabetes dan simptom neurodegeneratif seperti Alzheimer dan Parkinson. Selain itu, kafein yang terdapat dalam kopi mungkin membantu mengurangkan risiko individu untuk mendapat penyakit hati seperti cirrhosis dan kanser hati. Minuman kopi juga digunapakai untuk kesihatan mental yang dikatakan membantu mengurangkan risiko untuk seseorang itu mengalami kemurungan
Anda disarankan membancuh kopi segera 3 dalam 1 tanpa sebarang tambahan gula, susu pekat atau bahan perasa lain yang hanya menjadikan minuman tersebut kurang sihat. Gula tambahan atau susu pekat ‘extra’ akan menambahkan jumlah kalori, seterusnya menjadi penyebab utama kenaikan berat badan. Semak senarai kandungan pada label produk untuk lebih kepastian sebelum membelinya.