Pelengkap Gaya Ketika Bersukan: 5 Kasut Larian Lelaki Terlaris Mengikut Bajet di Malaysia

Pelengkap Gaya Ketika Bersukan: 5 Kasut Larian Lelaki Terlaris Mengikut Bajet di Malaysia
Sukan dan Senaman


Aktiviti berlari boleh diamalkan kaum Adam bertujuan mengeluarkan toksik melalui kaedah perpeluhan secar sihat. Jika dilakukan secara konsisten, aktiviti berlari berupaya meningkatkan metabolisme badan, merancakkan proses mengepam oksigen terus ke paru-paru dan melancarkan peredaran darah dalam sistem tubuh badan lelaki. Secara tidak langsung merendahkan risiko serangan jantung, darah tinggi dan strok yang banyak menyapa golongan ini. Bonus paling menarik, aktiviti larian akan menjadikan tubuh lebih sihat, ‘sado’ dan menarik!

Jika anda memilih untuk melakukan aktiviti larian, keperluan utama paling penting adalah memiliki sepasang kasut larian yang sesuai. Bukan sahaja sebagai pelengkap gaya aktiviti itu, kasut larian adalah elemen penting untuk melindungi kaki daripada cedera, juga membantu meningkatkan prestasi diri. Meskipun pelbagai jenis dan ciri kasut larian terdapat di pasaran, paling penting anda perlu dapatkan ukuran saiz kaki yang betul kerana setiap teknologi kasut larian yang direka adalah berlainan.

Selalunya inovasi terkini setiap jenama kasut larian akan menyokong pemakainya untuk menyesuaikan diri dengan perubahan respons badan, selain daya permukaan lantai yang dipijak akibat hentakan semasa berlari. Selain itu, pastikan juga jenis larian yang ingin lakukan samada larian santai, larian treadmill, larian jalanan, larian trail atau larian berbukit serta denai. Maka, anda perlu mencari kasut dengan tapak yang bersesuai dengan larian idaman anda tersebut. Antara 5 kasut larian untuk lelaki paling laris mengikut bajet tertentu terdapat di Malaysia seperti berikut.

KALENJI Men’s JOGFLOW 500K.1 Running Shoes

KALENJI Men's JOGFLOW 500K.1 Running Shoes
Kasut di bawah jenama Decathlon turut menjadi tarikan dan laris kerana menawarkan harga berpatutan juga menjamin kualiti yang baik tempoh jaminan hingga 2 tahun. Untuk kasut larian lelaki, siri KALENJI Men’s JOGFLOW 500K.1 Running Shoes paling laris dan diminati ramai golongan ini di Malaysia. KALENJI Men’s JOGFLOW 500K.1 Running Shoes memberikan keselesaan terbaik dengan reka bentuk eco tapak luar terhasil daripada 70.0% Etilena Vinyl Asetat 30.0% Getah, bahagian atas pula 95.0% Poliester, 5.0% Poliuretana Termoplastik dan bahagaian lapik dan stoking 100.0% Poliester.

Kasut dengan kusyen teknologi EVA Buble pada tumit ini mewujudkan prestasi terbaik pelari dari mula hingga tamat larian. Dengan KALENJI Men’s JOGFLOW 500K.1 Running Shoes, kaki mudah bernafas agar kekal sejuk ketika bergerak selain fleksibiliti dan ketahanan menjamin keselesaan bagi membantu pelari memaksimumkan prestasi mereka.
Tahap kusyen ringannya dengan Knit 3D mewujudkan prestasi terbaik melindungi kaki untuk larian sekali sekala atau setiap hari sehingga 10km tanpa kecederaan. KALENJI Men’s JOGFLOW 500K.1 Running Shoes siri yang diilhamkan lebih kukuh, berkualiti dan tahan lasak, menjadi gabungan tepat antara aspek keselesaan dan tahan lama.

Kelebihan KALENJI Men’s JOGFLOW 500K.1 Running Shoes:

  • Selesa dan kaki berasa selamat sepenuhnya untuk jangka masa panjang
  • Reka bentuk eko
  • Kualiti setanding harga
  • Kusyen asas EVA mengurangkan kesan pada tumit

Kekurangan KALENJI Men’s JOGFLOW 500K.1 Running Shoes:

  • Tidak sesuai untuk individu memiliki kaki rata (flat foot)

Spesifikasi KALENJI Men’s JOGFLOW 500K.1 Running Shoes:

Saiz Tersedia: UK5.5 – UK12
Warna: Navy, Off White, Black
Harga: RM209.00

ANTA G21 Lite Men Running Shoes

ANTA G21 Lite Men Running Shoes
Jenama buatan negara China, ANTA melebarkan sayap dengan beberapa siri kasut larian terbaik untuk lelaki. ANTA G21 Lite Men Running Shoes ciptaan terkini dan terlaris ketika ini di Malaysia dengan sifat tahan lama, ringan dan elastik. Dengan teknologi NITROEDGE yang disuntik ke dalam bahan tunggal kasut ini, ia menghasilkan tekanan tinggi superkritikal berketumpatan rendah jauh lebih ringan di bawah volum yang sama untuk larian sempurna.
ANTA G21 Lite Men Running Shoes juga memberi prestasi lantunan lebih tinggi daripada binaan tapak tengah dan rekaan EVA heksagonnya memberi kesan 3D agar lebih selesa kepda pemakai sesuai untuk larian jarak sehingga 20km. Ia mengurangkan pronasi dan membantu menghasilkan langkah yang lebih menyokong bahagian bawah kaki dengan lembut terutama tumit. Digandingkan dengan struktur A-WEB gabungan ini menghasilkan setiap pendaratan yang lebih lembut dan peralihan yang lebih lancar. Tapak ANTI-SKID dengan teknologi getah A-GRIP PRO memiliki cengkaman maksimum walaupun pada laluan larian yang basah.

Kelebihan ANTA G21 Lite Men Running Shoes:

  • Bersifat elastic, lembut dan selesa
  • Stabil, premium dan berteknologi
  • Cengkaman kuat pada laluan basah
  • Tahan lasak

Kekurangan ANTA G21 Lite Men Running Shoes:

  • Tiada saiz untuk kaki berukuran kecil kurang daripada saiz US9

Spesifikasi ANTA G21 Lite Men Running Shoes:

Saiz Tersedia: US9 – US11
Warna: Putih/ Jingga/ Biru, Putih/ Jingga/ Hitam
Harga: RM399.00

New Balance Fresh Foam X 860v13

New Balance Fresh Foam X 860v13
New Balance memiliki beberapa koleksi siri kasut larian terlaris lelaki iaitu New Balance Fresh Foam X 860v13 memberi keselesaan dan prestasi larian pelbagai jarak. New Balance Fresh Foam X 860v13 direka untuk memenuhi permintaan pelari yang aktif berlari setiap hari mementingkan kestabilan. Dengan berat 243 gram, ciri paling mengagumkan New Balance Fresh Foam X 860v13 ialah busa ultra-kusyen Fresh Foam X baharu di tapak tengah.
Memiliki Teknologi kusyen Fresh Foam X dengan tiang medial, kaki pemakai kasut New Balance Fresh Foam X 860v13 ini akan miliki lebih sokongan untuk kestabilan lebih responsif di hujung kasut. Dihasilkan dengan kandungan berasaskan bio, New Balance Fresh Foam X 860v13 memiliki tapak tengah ketumpatan dwi menggunakan dua buih berbeza untuk gabungan keselesaan dan prestasi yang ideal.
New Balance Fresh Foam X 860v13 dijamin memberi pengudaraan terbaik dengan ciri ultra-breathing ketika kaki mula memijak untuk larian. Kasut ini mudah kering jika terkena basah atau ketika hujan. Tapak luar getah pepejalnya mampu mencengkam permukaan dengan lebih baik supaya pemakai boleh berlari dengan penuh yakin walaupun ketika melalui permukaan basah.

Kelebihan New Balance Fresh Foam X 860v13:

  • Kusyen Fresh Foam X yang sangat selesa
  • Tapak luar gripper baharu tahan lasak
  • Prestasi larian pelbagai jarak selesa
  • Memiliki pengudaraan baik dan mudah kering ketika larian hari hujan

Kekurangan New Balance Fresh Foam X 860v13:

  • Sedikit berat bagi sesetengah pelari

Spesifikasi New Balance Fresh Foam X 860v13:

Saiz Tersedia: US7 – US9.5
Warna: Black White Magnet
Harga: RM709.00

Under Armour Men’s UA Charged Assert 10 Running Shoes

Under Armour Men's UA Charged Assert 10 Running Shoes
Under Armour Men’s UA Charged Assert 10 Running Shoes didatangkan dengan reka bentuk berteknologi Charged Cushioning® yang lebih lembut dan lebih ringan pada bahagian tapak tengah. Ia membantu memberi lebih perlindungan daripada hentaman. Malah bahagian atasnya direka agar kaki boleh bernafas dan ketahanan sepanjang larian jarak dekat. Teknologi pada Under Armour Men’s UA Charged Assert 10 Running Shoes ini memberi responsif yang menakjubkan dan penyerapan impak maksimum ketika berlari.
Sockliner EVA untuk kasut siri ini sangat selesa digabungkan bersama tapak kusyen tengah dicas menggunakan buih acuan mampatan untuk lebih responsif ketika larian. Under Armour Men’s UA Charged Assert 10 Running Shoes dihasilkan sempurna untuk pelari lelaki yang memerlukan fleksibiliti, keselesaan dan serba boleh. Tapak tengah direka lebih kukuh, berkualiti dan tahan lasak, menjadi gabungan tepat antara aspek keselesaan dan tahan lama juga lebih keselesaan kepada tumit dan kaki.
Manakala bahagian tapak kasut Under Armour Men’s UA Charged Assert 10 Running Shoes pula mampu mencengkam permukaan dengan lebih baik supaya pemakai boleh berlari dengan penuh yakin di pelbagai permukaan samada jalan licin hingga ke trek tidak rata.

Kelebihan Under Armour Men’s UA Charged Assert 10 Running Shoes:

  • Harga berpatutan
  • Binaan yang kukuh dan ringan
  • Sockliner EVA yang membuatkan kaki anda berasa cukup selesa
  • Terdapat dalam 10 warna menarik

Kekurangan Under Armour Men’s UA Charged Assert 10 Running Shoes:

  • Tidak sesuai untuk pelari larian jauh dan masa panjang

Spesifikasi Under Armour Men’s UA Charged Assert 10 Running Shoes:

Saiz Tersedia: US7 – US13
Warna: Black / Blue Surf, Black, Black/Red, Gravel / Lime Surge, White / Black, Mod Gray / White, Mod Gray / Green Screen, White / Black, Team Royal / White, Red / Black
Harga: RM249.00

Adidas Ultra 4DFWD Running Shoes

Adidas Ultra 4DFWD Running Shoes
Adidad jenama popular antarabangsa mempunyai siri kasut khas untuk lelaki dalam apa jua kategori larian. Adidas Ultra 4DFWD Running Shoes kasut larian terbaik untuk lelaki yang laris ketika ini mempunyai impak besar ketika berlari. Dihasilkan dengan sekurang-kurangnya 50 peratus kandungan bahan mesra bio kitar semula, Adidas Ultra 4DFWD Running Shoes menggabungkan fleksibiliti dengan reka bentuk yang menarik untuk kaki lelaki.
Ia memiliki corak kekisi 4D baharu dengan 23 peratus lebih kusyen untuk menjana gerakan ke hadapan 3x ganda berbanding reka bentuk 4D sebelumnya. Boleh dikatakan Adidas Ultra 4DFWD Running Shoes adalah siri 4D paling lembut yang dihasilkan untuk pelari. Alami larian yang lancar dengan Adidas Ultra 4DFWD Running Shoes menggabungkan bahagian atas Ultraboost ikonik Adidas dengan tapak tengah cetakan 3D yang diinovasikan untuk memampatkan ke hadapan, mengurangkan daya brek dan mengubah tenaga hentaman kepada gerakan ke hadapan.
Hasilnya memberikan peralihan yang lancar dan pengalaman meluncur yang unik dalam larian. Adidas Ultra 4DFWD Running Shoes hadir bersama gabungan tapak luar dengan Getah Continental™ memberikan cengkaman tambahan dalam semua keadaan cuaca.

Kelebihan Adidas Ultra 4DFWD Running Shoes:

  • Sensasi tersendiri gerakan ke hadapan
  • Rasa tumit bebas getaran & menyerap hentakan
  • Daya tarikan basah yang sangat
  • Lembut pada bahagian tapak kaki depan

Kekurangan Adidas Ultra 4DFWD Running Shoes:

  • Saiz untuk warna popular stok terhad
  • Talinya sangat panjang

Spesifikasi Adidas Ultra 4DFWD Running Shoes:

Saiz Tersedia: UK3.5 – 11UK
Warna: Core Black / Core Black / Carbon, Carbon / Core Black / Wonder Blue, Crystal White / Linen Green / Wonder Silver
Harga: RM1,099.00

Kasut larian lelaki yang dicadangkan seperti di atas adalah terbaik untuk pelari dengan teknologi serba baharu lebih selesa dan mudahkan larian. Kebanyakkan kasut larian terkini menampilkan teknologi adaptif serba baharu untuk pelari lelaki dengan kestabilan dan keselesaan yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Kasut idaman untuk berlari sudah ada, gaya pun sudah sempurna.. Jomlah berlari!

Pastikan kesihatan anda juga dalam keadaan baik ya. Dapatkan kebenaran dan nasihat daripada pakar kesihatan sebelum anda memulakan sebarang aktiviti fizikal yang berimpak tinggi. Sebelum berlari, lakukan latihan asas regangan dalam tempoh 5 ke 10 minit. Regangan juga larian setempat penting bagi menjana momentum pernafasan dan juga mengelakkan risiko otot terjejas. Kasut idaman sudah tersarung, tetapi pancit di tengah jalan akibat kecederaan memang potong betul kan? Maka, bersiap sedia dengan perkara asas terlebih dahulu sebelum mula berlari.



Related posts