10 Pilihan Pusat Jagaan Wanita Berpantang Terbaik Di Lembah Klang. Bayi Sihat, Ibu Bahagia!

10 Pilihan Pusat Jagaan Wanita Berpantang Terbaik Di Lembah Klang. Bayi Sihat, Ibu Bahagia!
Gaya hidup


Bergelar ibu dan ayah sangat mengujakan terutama pasangan yang baru pertama kali bakal menimang cahaya mata. Sebelum bayi lahir, bakal ibu bapa pastinya membuat pelbagai persediaan dan perancangan untuk menyambut kelahiran bayi termasuk berkaitan urusan berpantang. Ada yang memilih berpantang di rumah ibu bapa, berpantang sendirian di rumah sendiri dan untuk lebih selesa ada yang memilih berpantang di pusat jagaan wanita dengan bantuan penjaga pantang berpengalaman.

Perkhidmatan pusat jagaan wanita berpantang kini bagaikan sudah menjadi keperluan khususnya bagi pasangan yang menetap di bandar besar seperti Lembah Klang terutama Kuala Lumpur dan Selangor. Perkhidmatan pusat penjaga pantang kini diakui semakin mendapat sambutan terutama bagi pasangan yang berjauhan dengan ibu bapa dan keluarga terutama ketika musim pandemik ini. Selain itu, ada pasangan yang memilih penjaga pantang kerana tidak mahu menyusahkan keluarga terutama ibu atau ibu mentua yang sudah berusia. Tidak hanya servis ke rumah seperti banyak dipraktikkan hari ini, kini terdapat juga pusat jagaan bertaraf hotel lima bintang yang membolehkan si ibu dan bayi tinggal sepanjang tempoh berpantang. Antara 10 pilihan terbaik pusat jagaan wanita berpantang dipercayai ramai di Lembah Klang seperti berikut:

LYC Mother & Child Centre

LYC Mother & Child Centre
Selepas bersalin si ibu akan berasa letih dan memerlukan rehat yang cukup, namun faktor-faktor luar seperti kehadiran tetamu yang ingin melihat bayi akan menambah tekanan dan si ibu tidak dapat rehat secukupnya. Namun kini, kesedaran itu telah berubah dan semakin ramai yang memilih untuk terus ke pusat berpantang bagi memanjakan diri selepas sembilan bulan mengandung. LYC Mother & Child Centre merupakan antara pusat jagaan wanita berpantang popular dan sering menjadi pilihan utama ibu-ibu selepas melahirkan anak untuk ‘berbulan madu’. LYC Mother & Child Centre memperkenalkan pakej berpantang yang memberi peluang kepada si ibu mendapatkan rehat secukupnya selepas bersalin tanpa perlu bimbang perkara lain. Terdapat beberapa pakej menarik dicadangkan bermula pakej selama 14 hari hingga 44 hari. Elemen paling penting yang diberi keutamaan di LYC Mother & Child Centre adalah bilik penginapan si ibu yang setaraf bilik hotel bagi membolehkan ibu-ibu hebat ini berehat dengan selesa dan tenang. Pakej bilik juga didatangkan dengan beberapa pilihan mengikut bajet namun ia turut menempatkan ruang rehat yang selesa untuk para suami yang datang menemani isteri serta pengawasan keselamatan 24 jam.

Kelebihan produk :

  • Sajian makanan tradisi dan moden disediakan mengikut saranan pakar nutrisi dan doktor
  • Lawatan doktor memeriksa kesihatan ibu dan bayi setiap minggu
  • Program kecantikan dan kecergasan disediakan
  • Ada tiga cawangan iaitu di TTDI, Puchong dan Bukit Jalil

Kekurangan produk :

  • Perlukan tempahan awal, pilihan tarikh perkhidmatan sering penuh.
  • Harga perkhidmatan agak tinggi

Spesifikasi produk :

Hubungi https://www.lychealth.com
Alamat Level 2, Podium Block Plaza VADS, 1, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Harga Pakej (Tidak dinyatakan) / Pakej untuk 14-44 hari sahaja
Pengiktirafan Baby Talk Mama Papa Readers’ Choice Award 2019 / Malaysia Health Wellness Brand Awards 2019

Natalis Mother Care & Beauty

Natalis Mother Care & Beauty
Natalis Mother Care & Beauty semakin mendapat perhatian bukan saja dalam kalangan selebriti tetapi orang kenamaan (VIP) dan kerabat diraja. Perkhidmatan penjagaan selepas bersalin ini ditubuhkan sejak 13 tahun lalu dan popularitinya bermula apabila menjadi pilihan penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza sebaik saja penyanyi itu melahirkan anak pertama, Siti Aafiyah pada tahun 2017. Servis premium dengan nilai eksklusif yang ditampilkan membuatkan ramai beranggapan pakej ditawarkan syarikat ini terlalu mahal dan hanya layak untuk golongan ‘ada-ada’ saja. Sebenarnya ada banyak pilihan pakej lain yang disediakan bermula serendah RM1950 untuk pakej jagaan 7 hari sehingga RM40,000 untuk pakej 100 hari berpantang.

Kelebihan produk :

  • Menggunakan produk mengurut dan minuman kesihatan jenama sendiri
  • Hidangan makanan yang ditawarkan untuk ibu berpantang Halal
  • Khidmat penjaga pantang berpengalaman
  • Menjadi pilihan Artis No.1 Di Malaysia

Kekurangan produk :

  • Perlukan tempahan awal, pilihan tarikh perkhidmatan sering penuh.
  • Harga perkhidmatan agak tinggi

Spesifikasi produk :

Hubungi https://www.facebook.com/natalismothercare/
Alamat 60, Jalan 42/26, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Harga Pakej RM1950 – RM40,000
Pengiktirafan

Esther Postpartum Care

Esther Postpartum Care
Perkhidmatan berpantang secara eksklusif di pusat berpantang seluruh Malaysia lebih terkenal dalam kalangan pelanggan berbangsa Cina. Namun begitu, perubahan gaya hidup terutama masyarakat di kota tanpa mengira bangsa mula memilih pusat kesihatan postnatal sebagai hadiah kepada para ibu selepas melahirkan anak untuk berpantang. Esther Postpartum Care merupakan pusat jagaan wanita berpantang menggabungkan perubatan tradisional Cina dan moden dalam penjagaan ibu berpantang sejak berbelas tahun penubuhannya. Kesemua jururawat, bidan dan pengamal postnatal di Esther Postpartum Care dilatih secara eksklusif dari negara Taiwan kerana konsep berpantang di pusat ini adalah berpandukan kepada hospitaliti di Taiwan. Di Esther Postpartum Care tahap kesihatan Ibu dan bayi akan dipantau sebaik sahaja mereka dibenarkan keluar hospital selepas bersalin dan di bawa ke sini untuk berpantang. Bagi pelanggan berbangsa Cina, perkhidmatan penjagaan pelanggan hanya selama 28 hari tetapi untuk pelanggan berbangsa Melayu, ia boleh dilanjutkan sehingga hari ke-44. Bayaran pakej yang disediakan untuk berpantang selama 28 hari adalah antara RM13,888 hingga RM33,000 bergantung kepada pakej dan jenis penginapan seperti hotel butik.

Kelebihan produk :

  • Bilik selesa seperti bilik hotel percutian
  • Lawatan doktor memeriksa kesihatan ibu dan bayi
  • Tahap keselamatan premis diawasi oleh kamera tertutup 24 jam setiap hari
  • Ada tiga cawangan iaitu di Ampang, Hartamas dan Damansara

Kekurangan produk :

  • Perlukan tempahan awal, pilihan tarikh perkhidmatan sering penuh.
  • Harga perkhidmatan agak tinggi

Spesifikasi produk :

Hubungi https://www.estherpostpartumcare.com/
Alamat Oakwood Hotel & Residence, 222, Jalan Ampang, Kampung Datuk Keramat, 50450 Kuala Lumpur
Harga Pakej RM13,888 – RM33,000 (28 hari – 44 hari)
Pengiktirafan 2021 Reader Choice Award Best Confinement Care Services

MamaCare.MY

MamaCare.MY
Selain penjagaan postnatal yang ditawarkan oleh pihak swasta, ibu selepas bersalin mempunyai alternatif untuk mendapatkan perkhidmatan di bawah program naungan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) iaitu Mamacare. LPPKN diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga ditubuhkan sejak tahun 2021. MamaCare merupakan usaha kerajaan menubuhkan pusat kesihatan wanita bukan sahaja mengajar wanita cara mengendalikan ibu berpantang, tetapi menawarkan pakej berpantang untuk ibu lepas bersalin dengan harga berpatutan. Harga pakej bermula daripada RM499 hingga RM8699 untuk tempoh 3 ke 44 hari. Tidak jauh beza dengan perkhidmatan lain di pusat penjagaan berpantang wanita, MamaCare.MY memberi tumpuan seratus peratus kepada pemakanan dan rawatan urutan tradisional Melayu. Antara khidmat ditawarkan dalam membantu menjaga ibu selepas bersalin mengikut tahap kesihatan masing-masing seperti mengurut, mandi herba, pemakaian pilis; param; tapel, bertungku, bertangas, mandi bayi dan penutup pantang. Program MamaCare juga telah dijadikan kajian kes projek inovasi sosial telah dibentangkan di Challenges of Government Conference di Universiti Oxford pada 2016. Mamacare juga turut mengeluarkan produk berpantang sendiri seperti jamu, mandian herba, bengkung, dan penjagaan bayi.

Kelebihan produk :

  • Harga pakej berpatutan
  • Diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga
  • Penjaga wanita berpantang yang berpengalaman
  • Ada produk berpantang keluaran sendiri

Kekurangan produk :

  • Pakej tidak banyak tersedia
  • Jumlah pelanggan terhad

Spesifikasi produk :

Hubungi https://mamacare.my/mamacare/
Alamat NO. 12B, Bangunan LPPKN, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
Harga Pakej RM499-RM8699
Pengiktirafan Sijil Amalan Profesional Urutan Melayu MamaCare dari LPPKN.

The Senses Confinement Centre

The Senses Confinement Centre
The Senses Confinement Centre merupakan pusat jagaan wanita berpantang yang baru beroperasi beberapa tahun. Namun nama The Senses Confinement Centre sudah dipercayai dan menjadi pilihan ramai ibu selepas bersalin tidak kira latar belakang dan bangsa untuk mendapatkan khidmat berpantang. Di The Senses Confinement Centre, aspek psikologi ibu yang berpantang sentiasa dijaga kerana kebanyakan ibu-Ibu ini cepat sensitif. Penjaga pantang sentiasa bersiap sedia dan peka membantu ibu-ibu untuk menanganinya. The Senses Confinement Centre akan memberi fokus kepada ibu dan bayi menggunakan 5 deria utama seperti melihat, menghidu, mendengar, menyentuh dan rasa. Sejurus selepas bersalin dan dibenarkan keluar hospital, ibu dan bayi boleh terus ke The Senses Confinement Centre tanpa perlu membawa sebarang kelengkapan dari rumah kerana semuanya telah disediakan. Ini termasuk lampin pakai buang tanpa had, produk mandian dan pakaian bayi, pakaian ibu dan sebagainya.

Kelebihan produk :

  • Bilik selesa seperti bilik hotel percutian
  • Fokus kepada 5 deria utama seperti melihat, menghidu, mendengar, menyentuh dan rasa
  • Tahap keselamatan premis diawasi oleh kamera tertutup 24 jam setiap hari
  • Ada dua cawangan di Petaling Jaya dan Kota Kemuning

Kekurangan produk :

  • Harga perkhidmatan agak tinggi
  • Pakej tidak banyak tersedia

Spesifikasi produk :

Hubungi https://www.thesenses.com.my
Alamat 75, Jalan SS7/2, Ss 7, 47300 Petaling Jaya, Selangor
Harga Pakej 28 hari – RM16,888
Pengiktirafan

TYH Postnatal Care Centre

TYH Postnatal Care Centre
TYH Postnatal Care Centre merupakan pusat jagaan wanita berpantang mewah dengan rating enam bintang. Mensasarkan pasangan suami-isteri muda berkerjaya, TYH Postnatal Care Centre menyediakan kemudahan lengkap termasuk penjagaan penuh si ibu sepanjang berpantang selain jururawat khas yang menjaga bayi. Doktor pakar berpengalaman juga turut ditempatkan di premis bagi membolehkan ibu mendapat rawatan dan khidmat nasihat yang terbaik selain membantu jika terdapat kes kecemasan. Jenama Loccitane pula merupakan produk mandian dan penjagaan diri diberikan kepada setiap pelanggan sepanjang di TYH Postnatal Care Centre.

Di TYH Postnatal Care Centre terdapat dua pakej diperkenalkan iaitu perkhidmatan pelanggan selama 28 hari untuk berbangsa Cina serta lain-lain dan 44 hari untuk pelanggan berbangsa Melayu. Sementara itu, bagi memastikan si ibu sentiasa mendapat nutrisi secukupnya, di TYH Postnatal Care Centre menyediakan sajian sihat sebanyak lima kali sehari dengan pelbagai menu bersesuaian dan berkhasiat menggunakan rempah ratus yang enak dimakan. Semua bahan-bahan digunakan adalah halal malah cef yang menyediakan semua makanan kepada pelanggan adalah seorang Muslim. Walaupun baru beroperasi selama 2 tahun, nama TYH Postnatal Care Centre sudah dikenali ramai. Buktinya, tiada sebarang tempahan akan diterima bermula hari ini sehingga April 2022 kerana tempahan perkhidmatan sudah penuh.

Kekurangan produk :

  • Perlukan tempahan awal, pilihan tarikh perkhidmatan sering penuh.
  • Harga perkhidmatan agak tinggi

Spesifikasi produk :

Hubungi https://www.tyhpostnatal.com.my/
Alamat B8, Signature Park, 3-13, Jalan Teknologi 2/1A, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Harga Pakej bermula RM13,800 hingga RM36,800
Pengiktirafan

Nejlika Mother & Baby Centre

Nejlika Mother & Baby Centre
Nejlika Mother & Baby Centre sudah beroperasi hampir 8 tahun bermula pada tahun 2013. Nejlika Mother & Baby Centre menggabungkan konsep berpantang tradisi Cina dan juga gabungan beberapa perkhidmatan barat dan moden. Di pusat ini dilengkapi pelbagai kemudahan lain seperti kamar mewah, ruang spa, sauna, dan bilik senaman. Ruang bayi dan isolate dengan pengudaraan yang baik juga disediakan bagi menempatkan bayi yang dipantau oleh jururawat berpengalaman yang bertugas selama 24 jam bagi membolehkan si ibu berehat. Di ruang ini, bayi akan menjalani rutin catitan berat badan, penjagaan tali pusat, urutan badan bayi serta pemeriksaan kesihatan bayi dengan termasuk suhu badan, kadar degupan jantung dan juga pernafasan selain pemantauan penyakit kuning. Bayi hanya akan dibawa ke bilik ibu apabila tiba waktu menyusu selain untuk mengeratkan ikatan ibu dan anak. Selebihnya, jururawat terlatih akan menjaga bayi mereka agar si ibu dapat memberi fokus kepada proses pemulihan dan berehat.

Kelebihan produk :

  • Ruang kamar selesa dan mewah
  • Pengudaraan yang sangat baik
  • Mempunyai ruang isolate bayi agar bayi yang sihat dan kurang sihat tidak bercampur
  • Menawarkan pakej bayaran ansuran mudah perbankan

Kekurangan produk :

  • Kurang promosi pakej
  • Harga perkhidmatan yang tinggi

Spesifikasi produk :

Hubungi https://www.nejlika.com.my
Alamat 1, Jalan Perdana 10/10, Pandan Perdana, 56100 Ampang, Selangor
Harga Pakej Harga pakej bermula RM12,888
Pengiktirafan Taiwan Twin-certified Postnatal Consultants

Mom Retreat Home Confinement Care

Mom Retreat Home Confinement Care
Terasa bagai berpantang di rumah ibu sendiri itulah kelebihan memilih pusat jagaan wanita berpantang Mom Retreat Home Confinement Care yang sudah beroperasi sejak 2012. Sering menjadi pilihan pelanggan berbangsa Melayu, Mom Retreat Home Confinement Care menjanjikan keselesaan, ketenangan dan memudahkan urusan ibu berpantang serta bayi baru lahir. Setiap ibu berpantang akan dilayan ,mendapat penuh perhatian, diberi rehat yang cukup, ketenangan minda, kesegaran tubuh badan, pemulihan kesihatan yang sempurna serta kembali ke bentuk badan asal seperti sebelum hamil. Pakej bermula dengan harga RM840 hingga RM6900 untuk khidmat 3 hari ke 28 hari.

Kelebihan produk :

  • Harga pakej berpatutan
  • Penjaga pantang berpengalaman
  • Sajian makanan sihat dan Halal
  • Terdapat perkhidmatan spa dan urutan terapi

Kekurangan produk :

  • Kurang promosi pakej
  • Jumlah pelanggan terhad

Spesifikasi produk :

Hubungi https://www.facebook.com/MOMRETREATHOME/
Alamat 16, Jalan Permatang Pasir, Off, Jalan Teluk Gadong, Jalan Klang Lama, 58100 Kuala Lumpur
Harga Pakej Pakej bermula dengan harga RM840 hingga RM6900 untuk khidmat 3 hari ke 28 hari.
Pengiktirafan

Best Month Confinement Centre

Best Month Confinement Centre
Tradisi berpantang sudah banyak mengalami evolusi dan ia bukan lagi tanggungjawab ibu atau ahli keluarga untuk menjaga wanita yang baharu melahirkan cahaya mata. Kini populariti perkhidmatan penjagaan selepas bersalin semakin mendapat perhatian dengan menawarkan servis premium dan mewah sekaligus nilai eksklusif bagi memastikan keperluan ibu dan bayi sentiasa terjaga. Best Month Confinement Centre juga antara pusat jagaan wanita berpantang di Lembah Klang berkelas mewah dan mempunyai segala perkhidmatan serba lengkap. Berkonsepkan cara berpantang masyarakat CIna, Best Month Confinement Centre sentiasa peka dengan permintaan pelanggan terutama keselesaan dan penjagaan kesihatan si ibu dan bayi. Tahap kesihatan mereka akan dipantau sebaik sahaja mereka dibenarkan keluar hospital selepas bersalin dan dibawa ke sini untuk berpantang.

Kelebihan produk :

  • Tersedia ‘Water Boiled System’ khas untuk ibu dan bayi mandi tanpa mengubah suhu sedia ada
  • Sajian makanan tradisi dan moden disediakan mengikut saranan pakar nutrisi dan doktor
  • Lawatan doktor memeriksa kesihatan ibu dan bayi setiap minggu
  • Ada dua cawangan iaitu di Sri Damansara dan Kota Kemuning

Kekurangan produk :

  • Harga perkhidmatan tinggi
  • Perlukan tempahan awal, pilihan tarikh perkhidmatan sering penuh.

Spesifikasi produk :

Hubungi http://www.bestmonth.com.my
Alamat 32, Persiaran Industri, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur
Harga Pakej Pakej bermula dengan harga RM5950
Pengiktirafan

Kimporo Postnatal Rejuvenation

Kimporo Postnatal Rejuvenation
Semakin ramai bakal ibu atau yang berpengalaman melahirkan anak mengakui akan kepentingan berpantang dengan betul dan paling penting bebas daripada sebarang tekanan serta gangguan terutamanya ketika pandemik COVID-19. Ada yang berpendapat duit bukan segalanya yang penting kesihatan diri diutamakan dan badan dapat dimajakan semula selepas melahirkan anak.
Jika itu kata hati anda, maka Kimporo Postnatal Rejuvenation merupakan pilihan ideal anda untuk berpantang selepas melahirkan anak. Baru dianugerahkan sebagai The Best Luxurious Post-Natal Retreat 2021, Kimporo Postnatal Rejuvenation menyediakan penginapan berpantang yang mewah dan ekslusif untuk ibu dan bayi, selain dipantau kakitangan sokongan 24 jam sehari. Si ibu juga turut diberi khidmat rundingan laktasi bagi membantu anda yang mungkin mengalami kesukaran untuk menghasilkan susu untuk si comel. Selain itu, pelanggan juga akan menjalani rawatan spa khusus untuk mengembalikan semula kecergasan dan pemulihan badan.

Kelebihan produk :

  • Ruang kamar ekslusif bak percutian mewah
  • Lawatan doktor memeriksa kesihatan ibu dan bayi
  • Rundingan laktasi
  • Perkhidmatan terapi spa

Kekurangan produk :

  • Perlukan tempahan awal, pilihan tarikh perkhidmatan sering penuh.
  • Harga perkhidmatan tinggi

Spesifikasi produk :

Hubungi https://www.kimporo.com
Alamat Level 6 & 7, 30A, Menara Ruyi, Lorong Kapar, Jalan 2/87G, Off Jalan Syed, Putra,, 58000 Kuala Lumpur
Harga Pakej RM15,000 hingga RM50,000
Pengiktirafan The Best Luxurious Post-Natal Retreat 2021

Semakin ramai bakal ibu atau yang berpengalaman melahirkan anak mengakui kepentingan berpantang dengan betul dan paling penting bebas daripada sebarang tekanan serta gangguan terutamanya ketika pandemik. Perkhidmatan berpantang secara eksklusif seperti di pusat jagaan wanita selepas bersalin bukan perkara baharu dalam kalangan pelanggan berbangsa Cina malah kini ia semakin mendapat perhatian dan pilihan bakal ibu pelbagai bangsa seperti Melayu dan India kerana khidmatnya yang begitu membantu ketika proses berpantang.

Sebelum memilih pusat jagaan wanita berpantang, pastikan pusat itu diktiraf bagi memastikan keselamatan dan kualiti perkhidmatan terjamin. Langkah yang dibuat ini dibuat untuk memastikan perkhidmatan disediakan dipusat tersebut adalah memuaskan selain mengambil berat dengan faktor keselamatan dan kualiti yang ditawarkan kepada pelanggan terutama melibatkan nyawa bayi yang masih kecil dan ibu yang baru lepas bersalin. Setakat ini pusat jagaan wanita berpantang hanya diiktiraf sebagai perniagaan dan didaftarkan di bawah lesen perniagaan kendalian pihak berkuasa tempatan.



Related posts