Penjimatan Pintar: 5 Penyaman Udara Eco Inverter 1.5HP Terbaik Untuk Dibeli Di Malaysia Tahun 2024
Penyaman udara dengan teknologi inverter semakin popular di Malaysia kerana kecekapan tenaga yang lebih baik dan penjimatan kos jangka panjang. Penyaman udara inverter berfungsi pada kelajuan rendah apabila suhu bilik mencapai tahap yang dikehendaki, mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 30-50%. Ini pasti mengurangkan kerisauan kita apabila bil elektrik tiba di rumah.
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenama yang menawarkan penyaman udara dengan teknologi inverter. Namun, tidak semua produk mempunyai fungsi yang sama. Jom lihat 5 pilihan terbaik penyaman udara Eco Inverter 1.5HP yang ada di pasaran Malaysia untuk tahun 2024 ini.
HAIER HSU-13VQA22 SPLIT AIR COND 1.5HP INVERTER CLEAN COOL
Penyaman udara inverter Haier HSU-13VQA22 menyediakan penyejukan yang berkuasa dan cekap dengan teknologi inverter 1.5HPnya. Pengguna boleh menikmati sehingga 63% penjimatan tenaga, anda tidak perlu risau akan bil elektrik bulanan anda! Fungsi Hyper PCB yang ada pada produk ini direka dengan teknologi yang lebih tahan lama dan mampu beroperasi dalam keadaan cuaca yang ekstrem seperti suhu tinggi, kelembapan tinggi, atau voltan elektrik yang tidak stabil. Ini memastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik tanpa gangguan dalam pelbagai situasi.
Kelebihan HAIER HSU-13VQA22 SPLIT AIR COND 1.5HP INVERTER CLEAN COOL:
- Kadar pensterilan Smart Clean 99.9%
- Kering pintar
- I FEEL: Satu butang kawalan suhu pintar dan lebih selesa
- Hyper PCB: Lebih stabil dan lebih tahan lama
- Anti-kakisan
Kekurangan HAIER HSU-13VQA22 SPLIT AIR COND 1.5HP INVERTER CLEAN COOL:
- Harga sedikit mahal
Spesifikasi HAIER HSU-13VQA22 SPLIT AIR COND 1.5HP INVERTER CLEAN COOL:
Model: | HSU-13VQA22 |
---|---|
Kapasiti penyejukkan (unit indoor): | 12500 |
Dimensi : | 805/200/292 |
Jenis penyejuk: | R32 |
Berat: | 8.4kg |
Waranti: | 3 tahun |
Harga sebelum diskaun: | RM 1,759 |
MIDEA 1.5HP Fairy Series Non Inverter R32 Wall Mounted Air Conditioner MSMF-13CRN8
Penyaman udara ini dilengkapi dengan teknologi penyejukan pantas yang membolehkan bilik mencapai suhu yang dikehendaki dengan lebih cepat, memberikan keselesaan segera.Reka bentuk yang moden dan elegan menjadikan penghawa dingin ini sesuai untuk pelbagai gaya hiasan dalaman. Ia juga dilengkapi dengan penapis udara yang mampu menyingkirkan bakteria, habuk, dan zarah halus, memastikan udara di dalam bilik lebih bersih dan sihat.
Kelebihan MIDEA 1.5HP Fairy Series Non Inverter R32 Wall Mounted Air Conditioner MSMF-13CRN8:
- Penyejukan pantas
- Reka bentuk elegan
- Pengoperasian senyap
Kekurangan MIDEA 1.5HP Fairy Series Non Inverter R32 Wall Mounted Air Conditioner MSMF-13CRN8:
- Agak berat berbanding produk lain
Spesifikasi MIDEA 1.5HP Fairy Series Non Inverter R32 Wall Mounted Air Conditioner MSMF-13CRN8:
Model: | MSMF-13CRN8 |
---|---|
Kapasiti penyejukkan (unit indoor): | 12150 |
Dimensi : | 805X285X194 (ID)/887X555X303(OD) |
Jenis penyejuk: | R32 |
Berat: | 10.6KG (ID) /29.7KG (OD) |
Waranti: | 2 Tahun + 5 Tahun |
Harga sebelum diskaun: | RM 1,749 |
SHARP AHX13BED SPLIT AIR COND 1.5HP INVERTER J-TECH
Penyaman udara Sharp ini dilengkapi dengan teknologi Inverter J-Tech yang lebih cekap dan jimat tenaga berbanding inverter biasa. Teknologi ini mengawal kelajuan kompresor untuk mengekalkan suhu stabil, yang mengurangkan penggunaan tenaga dan membantu menjimatkan bil elektrik.Selain itu, teknologi coanda aliran udara panjang yang selesa bertujuan mencipta persekitaran yang menyenangkan terutamanya bagi mereka yang sensitif kepada suhu rendah. Paling menarik adalah, anda boleh membuat penetapan suhu terendah sehingga 14C.
Kelebihan SHARP AHX13BED SPLIT AIR COND 1.5HP INVERTER J-TECH:
- Tetapan suhu terendah 14C – Menyejukkan sekata dalam cuaca panas yang teruk
- Mod Super Jet – Hembusan udara sejuk yang kuat dihantar untuk mengurangkan suhu sebanyak 5C dalam masa 5 minit
- Pelbagai mod operasi – mod ECO, mod tidur, mod bayi, operasi mod angin
- Mod eko mengurangkan kos elektrik dan menghalang penyejukan berlebihan
Kekurangan SHARP AHX13BED SPLIT AIR COND 1.5HP INVERTER J-TECH:
- Harga agak mahal
Spesifikasi SHARP AHX13BED SPLIT AIR COND 1.5HP INVERTER J-TECH:
Model: | AHX13BED |
---|---|
Kapasiti penyejukkan (unit indoor): | 13000 (3070-13200) BTU |
Dimensi : | 877 X 292 X 222 |
Jenis penyejuk: | J-TECH INVERTER |
Berat: | 10KG |
Waranti: | 1 Tahun |
Harga sebelum diskaun: | RM 2,399 |
PANASONIC YU12AKH-1 SPLIT AIR COND 1.5HP ECO INVERTER
Anda boleh mengawal berbilang unit penyaman udara dari mana-mana sahaja, di rumah atau di luar, dengan Panasonic Comfort Cloud. Penyaman udara ini juga dilengkapi dengan AI Eco yang membantu mengawal suhu berbeza di setiap ruang sambil memaksimumkan penjimatan tenaga. Jika inginkan ketenangan, tukar kepada mod Senyap, di mana kelajuan kipas dikurangkan kepada minimum. Mod ini sesuai apabila anda memerlukan persekitaran yang tenang dan damai, semasa waktu rehat atau belajar.
Kelebihan PANASONIC YU12AKH-1 SPLIT AIR COND 1.5HP ECO INVERTER:
- Pengurangan tenaga elektrik sehingga 41%
- AI Eco mengawal suhu berbeza di setiap ruang sambil memaksimumkan penjimatan tenaga
- Aliran udara meluas dengan Flap Besar
- Penyejukan kuat segera
Kekurangan PANASONIC YU12AKH-1 SPLIT AIR COND 1.5HP ECO INVERTER:
- Harga agak mahal
Spesifikasi PANASONIC YU12AKH-1 SPLIT AIR COND 1.5HP ECO INVERTER:
Model: | YU12AKH-1 |
---|---|
Kapasiti penyejukkan (unit indoor): | 12000 BTU |
Dimensi : | 364X847X260 |
Jenis penyejuk: | R32 |
Berat: | 9KG |
Waranti: | 1 Tahun |
Harga sebelum diskaun: | RM 2,187 |
LG S3-Q12JAPWL SPLIT AIR COND 1.5HP INVERTER DUALCOOL CLASSIC
Anda boleh nikmati kesejukan dengan lebih pantas dengan LG DUAL Inverter Compressor™ yang ada pada penghawa dingin LG ini. Ia juga membantu menjadikan persekitaran tidur lebih selesa dengan fungsi pelarasan automatik jika fungsi keselesaan tidur tersebut diaktifkan. Anda tidak perlu lagi bersusah payah membersihkan aircond anda dengan kerap kerana ia dilengkapi fungsi pembersihan automatik. Teknologinya membantu mengeringkan sebarang lembapan secara automatik di dalam penghawa dingin untuk memastikan ia sentiasa bersih.
Kelebihan LG S3-Q12JAPWL SPLIT AIR COND 1.5HP INVERTER DUALCOOL CLASSIC:
- Penyejukan lebih cepat
- Penjimatan tenaga
- Kurang bising
- DUAL Inverter Compressor™
- Kawal penggunaan tenaga dengan 4 tahap berdasarkan keperluan anda, sama ada bersendirian atau bersama keluarga
- Pembersihan auto
Kekurangan LG S3-Q12JAPWL SPLIT AIR COND 1.5HP INVERTER DUALCOOL CLASSIC:
- Saiz agak besar
Spesifikasi LG S3-Q12JAPWL SPLIT AIR COND 1.5HP INVERTER DUALCOOL CLASSIC:
Model: | S3-Q12JAPWL |
---|---|
Kapasiti penyejukkan (unit indoor): | 3517 |
Dimensi : | 308X837X189 |
Jenis penyejuk: | R32 |
Berat: | 8.2KG |
Waranti: | 1 Tahun |
Harga sebelum diskaun: | RM 1,99 |
Penghawa dingin inverter merupakan pilihan terbaik bagi pengguna di Malaysia yang ingin mengimbangi antara keselesaan dan penjimatan tenaga. Dengan teknologi yang mampu mengekalkan suhu bilik secara lebih konsisten dan cekap, ia tidak hanya membantu mengurangkan bil elektrik tetapi juga mesra alam.
Walaupun kos pembelian awalnya lebih tinggi berbanding penghawa dingin konvensional, pulangan dalam bentuk penjimatan jangka panjang menjadikan ia pelaburan yang bijak.