Dari Gerai Jalanan ke Kafe: Teroka 5 Lokasi Menjamu Selera Jadi Sebutan Ketika Ini Di KL ...
Di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya sendiri mempunyai banyak lokasi tempat makan menarik untuk diteroka. Sebut sahaja menu yang diinginkan baik tempatan mahupun makanan barat, semuanya mudah ditemui. Namun, trend hari ini ialah mengunjungi lokasi makan yang menjadi bualan ramai untuk mencuba sendiri sajian makanan yang diperkatakan bersama teman serta keluarga tersayang.