Bermula Dengan Mantap: 5 Jenama Terbaik Raket Badminton Untuk ‘Beginner’ di Malaysia

Bermula Dengan Mantap: 5 Jenama Terbaik Raket Badminton Untuk ‘Beginner’ di Malaysia
Gaya hidup


Bagi pemula dalam sukan badminton, pemilihan raket yang sesuai adalah langkah penting pertama. Untuk memilih yang terbaik, pertimbangkan gaya permainan anda dan pilihan idola anda. Lee Chong Wei, legenda badminton Malaysia dan juara Olimpik, telah menginspirasi ramai. Juga, pasangan berganda Soh Wooi Yik dan Aaron Chia telah membuktikan kebolehan mereka di peringkat antarabangsa. Untuk pemain berganda wanita, Thinaah Muralitharan dan Pearly Tan adalah contoh kecekalan dan kemahiran. Memulakan hobi badminton pada anak-anak anda adalah langkah bijak untuk menanam semangat sukan dalam diri mereka. Siapa tahu, mereka mungkin akan menjadi bintang baru dalam sukan ini. Dengan latihan gigih, latihan, dan bersenang-senang semasa bermain dan bersenam, mereka boleh memulakan perjalanan mereka dari kecil lagi.

Terasa ingin menjadi salah seorang juara badminton? Jom bermula dengan mantap! Jika baru ingin berjinak-jinak mencuburkan diri dalam sukan badminton, raket adalah peralatan wajib ada untuk anda mula bermain. Pastinya setiap daripada kalian impikan sebuah raket badminton yang hebat untuk digunakan sebagai permulaan. Untuk ‘beginner’, ini antara lima jenama raket badminton terbaik terdapat di pasaran Malaysia untuk dimiliki.

LI-NING XP 505 Pro Badminton Racquet – Aypq206-5

LI-NING XP 505 Pro Badminton Racquet - Aypq206-5
LI-NING jenama raket badminton popular dari negara China. LI-NING hadir dengan pelbagai siri raket badminton tersendiri dan semakin hari menjadi pilihan ramai pemain badminton kerana tahan lasak. Untuk pemain beginner, LI-NING XP 505 Pro Badminton Racquet – Aypq206-5 sangat berbaloi untuk dimiliki kerana dijual dengan harga yang sangat berpatutan. LI-NING XP 505 Pro Badminton Racquet – Aypq206-5 dilengkapi dengan ciri titik keseimbangan 310mm dan bahan keluli kilasan rendah yang meningkatkan kekuatan. Dengan spek ini, LI-NING XP 505 Pro Badminton Racquet – Aypq206-5 dapat membantu bermain dengan lebih hebat dan selesa ketika melakukan pelbagai teknik. Memiliki bingkai jenis aluminium yang ringan, LI-NING XP 505 Pro Badminton Racquet – Aypq206-5 turut memberi lebih kestabilan ketika memukul bulu tangkis. Untuk tali raket pula, LI-NING XP 505 Pro Badminton Racquet – Aypq206-5 memerlukan ketegangan tali sekitar 20-22lbs kerana direka untuk mereka yang agresif. Berat raket badminton memainkan peranan penting membuat pemilihan raket. Raket yang bagus selalunya mempunyai berat sekitar 80g sehingga 100g. Untuk LI-NING XP 505 Pro Badminton Racquet – Aypq206-5, ia memiliki berat sekitar 90g sahaja, membolehkan pemain bermain untuk jangka masa yang lebih lama tanpa rasa letih.

Kelebihan LI-NING XP 505 Pro Badminton Racquet – Aypq206-5:

  • Harga berpatutan
  • Kestabilan yang tinggi
  • Memiliki berat yang ringan sekitar 90g sahaja
  • Tahan lasak dan sesuai untuk pemain agresif

Kekurangan LI-NING XP 505 Pro Badminton Racquet – Aypq206-5:

  • Pilihan warna tidak banyak

Spesifikasi LI-NING XP 505 Pro Badminton Racquet – Aypq206-5:

Material: Aluminium
Warna: Hitam/Oren
Harga: RM79.00

FELET Fortune 300

FELET Fortune 300
FELET jenama raket badminton buatan Malaysia setanding dengan produk badminton antarabangsa yang lain. Jenama ini sudah menembusi 10 buah pasaran antarabangsa termasuk Indonesia, Vietnam, Thailand, China, Nepal, Iran dan UAE. Pemain Badminton Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito merupakan duta jenama FELET bersama dengan pemain bandminton Malaysia Goh V Shem dan Lim Khim Wah. Bagi beginner, raket FELET Fortune 300 adalah dicadangkan tidak kira lelaki mahupun wanita. Terdapat dalam 5 warna menawan iaitu merah, hitam, biru navy, kelabu dan ungu, FELET Fortune 300 dengan panjang raket 675mm juga dijual dengan harga yang mampu milik. FELET Fortune 300 telah dibangunkan dengan penyelidikan yang berterusan hadir dengan kualiti yang tinggi seperti bingkai Carbon Graphite. Setiap rangka, ketegangan (35LBS) dan saiz dibina dengan reka bentuk yang kuat agar membantu pemain untuk melaksanakan pukulan sempurna. Dengan berat sekitar 4U:82gram, FELET Fortune 300 sesuai untuk pemain yang memiliki pergelangan tangan yang tidak kuat kerana sifatnya yang agak ringan untuk siri raket jenis permulaan dan pertengahan.

Kelebihan FELET Fortune 300

  • Harga berpatutan
  • Bersifat ringan
  • Hadir dengan 5 pilihan warna
  • Tahan lasak

Kekurangan FELET Fortune 300:

  • Menjadi sasaran produk tiruan

Spesifikasi FELET Fortune 300:

Material: Carbon Graphite
Warna: Merah, Hitam, Biru Navy, Kelabu dan Ungu
Harga: RM179.99

Protech RS 42

Protech RS 42
Raket badminton siri Protech RS 42 memiliki prestasi memenuhi gaya dicipta dengan Toray HM Graphite Jepun 24T terbaik. Dengan material berkualiti tinggi, Protech RS 42 mampu memberikan prestasi yang tiada tandingan untuk pemain di dalam gelanggang walaupun anda seorang beginner. Pemain boleh melakukan pukulan dengan lebih kuat dan jauh dengan perasaan lebih yakin semasa bermain. Protech RS 42 hadir dengan pelbagai reka corak warna mengikut citarasa dan gaya masing-masing tidak kira lelaki mahupun wanita. Protech RS 42 mendominasi dengan teknologi bingkai Aero Force untuk menambah kelajuan dan ketangkasan. Bingkai raket dengan ciri ini memberikan gabungan pukulan padu dan hayunan lebih pantas. Protech RS 42 turut mempunyai elemen Ac-Zone untuk tangkapan yang lebih tepat dan memiliki saiz bingkai lebih kecil bagi mengurangkan rintangan udara yang tidak diingini. Manakala fungsi T-Curate pada Protech RS 42 pula membantu memberikan pukulan raket yang lebih tepat, stabil dan meningkatkan ketepatan arah shuttle. Akhir sekali, paling penting Protech RS 42 didatangkan bersama ciri 65 Extra Slim Shaft yang dapat memberi pukulan yang lebih kuat dengan berat keseluruhan yang ringan.

Kelebihan Protech RS 42:

  • Ultra slim memberi pukulan lebih kuat
  • Bingkai Aero-Force untuk hanyunan lebih laju
  • Tahan lasak
  • Reka corak dan warna yang pelbagai

Kekurangan Protech RS 42:

  • Sukar diperolehi di pasaran

Spesifikasi Protech RS 42:

Material: Japan High Modulus Graphite (Grafit Toray HM Jepun 24T)
Warna: Hitam, Biru, Ungu, Hijau, Putih
Harga: RM199.90

Yonex Arcsaber 11 Play

Yonex Arcsaber 11 Play
Yonex jenama raket badminton yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebagai pemain badminton yang baru, Yonex Arcsaber 11 Play siri yang dicadangkan dengan ciri-ciri yang sudah cukup sempurna bagi sebatang raket idaman. Sebelum membuat sebarang pembelian raket, Yonex mencadangkan memilih raket dengan spesifikasi terbaik yang sesuai untuk seseorang individu. Perkara utama yang perlu diambil berat sebelum membeli raket ialah ketegangan tali. Bagi kebanyakan pemain, sunken depth sebanyak 4U: 19 – 27 lbs, 3U:19-24 lbs, 2U:20-25 lbs merupakan angka yang paling sesuai seperti terdapat pada Yonex Arcsaber 11 Play. Raket ini sesuai untuk kegunaan lelaki dan perempuan serta sangat ringan dengan purata 83g sahaja, penting bagi mengurangkan kesilapan ketika memukul bulu tangkis. Yonex Arcsaber 11 Play memiliki spesifikasi bingkai yang diperbuat daripada sonic metal, grafit dan Neo CS Carbon Nanotube. Manakala bahagian batang raket atau shaft pula direka dengan menggunakan material grafit dan Ultra PEF (Ultra Poly Ethylene Fiber) yang berkualiti.

Kelebihan Yonex Arcsaber 11 Play:

  • T-Anchor, tetrapod bersaiz mikro
  • Lebih kuasa isometri
  • Tahan lasak dan berkualiti
  • Jaminan tempoh 2 bulan

Kekurangan Yonex Arcsaber 11 Play:

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi Yonex Arcsaber 11 Play:

Material: Grafit Hi Tech
Warna: Grayish Pearl
Harga: RM289.99

Yang Yang Y-Flash 100

Yang Yang Y-Flash 100
Yang Yang Y-Flash 100 salah satu raket badminton terbaik yang pernah dihasilkan dan pernah digunakan oleh beberapa orang pemain badminton profesional dunia. Jika anda seorang beginner dan tidak mempunyai masalah dengan bajet untuk bermain badminton, maka raket Yang Yang Y-Flash 100 sangat dicadangkan. Memiliki imbangan sekata dengan reka bentuk yang inovatif, fokus pada kedua-dua belah bingkai Yang Yang Y-Flash 100 dan sendinya mempunyai keseluruhan lengkung fleksibiliti bakal miliki kawalan yang sangat baik. Yang Yang Y-Flash 100 dihasilkan daripada material Nano + Jepun Hi Modulus 40Tonne Graphite mampu meningkatkan lebih ketepatan dan ketahanan yang luar biasa. Yang Yang Y-Flash 100 turut menyokong prestasi pemain yang gemar melancarkan smash keras dengan ketegangan tali yang diperlukan berada di antara 23-30 lbs. Tambahan pula, raket ini mempunyai balance point yang seimbang iaitu 285-290mm. Yang Yang Y-Flash 100 juga mempunyai berat 3U:86-88g, 4U:84-85g dan bahagian dinding tiub tengah pada shaft sangat kuat sekaligus membantu pemain untuk memukul bulu tangkis dengan baik. Hasilnya pasti dapat menyerang pemain lawan dengan baik jika menggunakan skill yang betul.

Kelebihan Yang Yang Y-Flash 100:

  • Reka bentuk yang inovatif
  • Cengkaman yang sangat selesa.
  • Tahan lasak
  • Mengurangkan ketahanan udara
  • Memberikan anti-tork yang lebih tinggi

Kekurangan Yang Yang Y-Flash 100:

  • Harga tinggi

Spesifikasi Yang Yang Y-Flash 100:

Material: Nano Power + Japan Hi Modulus 40Tonne Graphite
Warna: Putih/ Hitam
Harga: RM599.00

Selain mendapatkan raket badminton yang baik, sukan badminton ini juga memerlukan setiap pemainnya menjaga kesihatan dengan cemerlang. Jika anda masih baru dalam sukan ini, apa kata cari sedikit stamina agar pergerakkan, aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian lebih sempurna. Semoga berjaya dan majulah sukan badminton untuk negara!

Tahukah anda permainan badminton telah diperkenalkan sejak zaman silam? Permainan badminton mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil ‘Battledore and Shuttlecock’, iaitu dua atau lebih pemain perlu memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Maka sejak itu, ia terus berkembang menjadi sukan kegemaran kebanyakkan individu di seluruh negara.



Related posts